The first 146 lines.
Bagus!
Akhirnya kembali normal.
Hajime nampak lebih kacak kalau ada rambut.
Lancar betul mulut awak.
Dah nak masuk musim luruh.
Wah, dah lama tak ke kota Dungeon!
Oh, betulkah?
Ya.
Musim begini saya sangat sibuk, jarang dapat singgah.
Comelnya loket ini!
Cantik sangatlah.
Tapi harganya agak mahal...
Kak, saya nak beli yang ini.
Baiklah.
Dia nak pakai terus, asingkan kotaknya, ya.
Tak perlulah, ini mahal, saya tak boleh terima.
Awak selalu bantu saya,
sangat sesuai dengan awak.
Hajime memang buaya darat.
Sebagai ganti, biar saya ramas dada awak.
Tak guna!
Ini kali pertama saya dapat hadiah daripada seorang lelaki...
Kenapa tiba-tiba rasa seram sejuk pula?
Bukan begitu, Rirui!
Hei, Hajime.
Rirui pun nak hadiah juga.
Aduhai, apa boleh buat.
Awak suka daging, 'kan?
Makanlah sampai habis!
Bukan macam ini! Hajime bodoh!
EPISOD 11, KUASA DAYA TARIKAN
Saya faham.
Sebab itulah Rirui monyok, ya.
Rirui cuma mahu dilayan sebagai seorang gadis oleh Hajime.
Kalau begitu, awak perlu perbaiki penampilan.
Cukup sekadar mandi dengan bersih, 'kan?
Bukan macam itu.
Maksud saya, berusaha untuk jadi cantik macam saya.
Kalau awak cantik,
lelaki pasti rela belikan perhiasan.
Tapi Hajime tak pernah beri apa-apa pun pada awak.
Adakah awak tak cantik?
Lelaki itu memang bodoh!
Padahal ada kawan sejak kecil secantik ini,
tapi sombong sangat!
Tapi saya tak mahu terlalu bergantung pada kuasa sukubus saya...
Mata daya tarik.
Kalau guna ini, lelaki pasti akan tergila-gila.
Tapi ia cuma sementara,
rasa macam jatuh maruah pula, 'kan?
Jika Hajime tak suka pada Rirui, mungkin Rirui patut guna kuasa itu.
Oh, agresif sungguh.
Hei, Kak,
macam mana nak guna kuasa daya tarik itu?
Jenisnya berbeza bagi setiap orang.
Jadi awak cuma boleh tunggu ia bangkit sendiri...
Begitu, ya.
Nanti awak akan pandai sendiri.
Ayolah, semangat!
Esok saya akan tunjukkan sesuatu yang bagus pada awak.
"Sesuatu yang bagus"?
Bagus.
Wah, comelnya!
Solekan awak cantik, Rirui!
Helo, kenapa berkumpu di sini?
Hajime!
Kenapa bibir awak berkilat, Rirui?
Makan daging pagi-pagi, ya? Nanti jadi gemuk.
- Aduh! - Lelaki tak guna!
Pergi kutip semula nurani awak yang dah hancur itu!
Kenapa?
Saya minta maaf.
Sebab nampak macam lemak daging tadi.
Macam mana caranya supaya Hajime sukakan Rirui sebagai seorang gadis?
Rirui?
Kalau itu...
Jadilah diri sendiri saja, Rirui.
Apabila sudah dewasa nanti, awak pasti akan jadi gadis hebat.
Jadi diri sendiri saja?
Tak boleh diharap...
Dia beri jawapan klise saja.
Kalau begini...
Kuasa saya pasti bangkit kalau saya jadi lebih kuat!
Cepatlah naik tahap
dan tundukkan Hajime dengan kuasa daya tarik saya!
Semangat betul hari ini.
Kata-kata saya tadi berkesan, ya?
Bukan soal semangat itu.
Rirui nampak menakutkan hari ini.
Benarkah?
Rirui!
Pom?
Maaf!
Hei, bahaya! Berhenti!
Berhentilah!
Gawat!
Masa untuk lari!
Bangun!
Sasarkan jantungnya!
Awak pernah nampak saya potong dagingnya, 'kan?
Baklah...
Pasti di sini!
Awak hebat juga, Rirui.
Hajime!
Eh...
Rirui berlumuran darah.
Syabas, Rirui!
Mungkin Kakak betul.
Walaupun saya tundukkan Hajime guna kuasa daya tarik,
pasti rasanya takkan segembira ini.
RIRUI NAIK TAHAP KUASA BARU: DAYA TARIK
Awak dapat kuasa baru?
Tak salah kalau nak cuba sekali.
Kenyit!
Mata awak masuk darah ke?
Kenyit!
Kenyit!
Wah, apa ini? Hebatnya!
Kenyit!
Kuasa daya tarik lawan, ya.
Tapi tak berkesan kalau tahap sasaran jauh berbeza.
Hebat sangat.
Padahal baru dapat kuasa macam sukubus,
tapi kenapa cuma berkesan pada raksasa?
Kali ini pasti berjaya!
Kenyit!
Mata masuk habuk lagi ke?
Bukan ini yang Rirui mahu!
"RANTAI DAYA TARIK" NAMPAKNYA TAK BERKESAN PADA MANUSIA
Selamat pagi!
Selamat pagi juga!
Anya!
Ini Topeng Dewa Rusa!
Tak lama lagi ada festival, jadi saya buat awal-awal!
Ada festival ke?
Katanya itu festival persembahan
untuk Dewa Rusa, Roh Agung Kesuburan.
Oh, selamat pagi Cocko.
Selamat pagi.
"Kesuburan" apa?
Maknanya, hasil tanaman akan melimpah ruah.
Nanti akan ada banyak gerai masa pesta,
semuanya makanan yang sedap-sedap!
Betul ke?
Oh, apa kata kita buka gerai juga?
Kita bakar daging dari Dungeon.
No comments yet. Be the first to leave one.