The first 120 lines.
STAR WARS - VISIONS MEMPERSEMBAHKAN
Apa itu?
Episod 3: SUARA DARI MASA LALU
Bibin mesti dipindahkan segera.
Rakyat kita perlukan semua bantuan untuk terbang
- keluar dari planet ini dengan selamat. - Cepat!
Tembakan tersasar?
Lepaskan tembakan kedua.
Tuan.
Bertenang, semua.
Semuanya akan baik-baik saja.
Kwana.
Tak cukup kapal untuk pindahkan semua orang.
Punggah semua bijih dari ruang kargo.
Semua orang, tinggalkan barang masing-masing.
Kita perlu bekerjasama untuk muatkan seberapa ramai orang yang boleh.
Saya panggil semua Asteroid Digger untuk bantu.
Kami tak cukup kapal untuk pindah keluar dari Bibin.
Tolong, kami perlukan satu kapal kamu untuk pindahkan pelarian.
Ethan?
Saya gembira awak masih hidup, Juro.
Terima kasih.
Kuasa senjata pancaran itu di luar jangkaan saya.
Senjata jenis apa yang kita hadapi dan di mana dia bersembunyi?
Kubu musuh ada di Yaago.
Jurutera Nawaam telah bina sebuah meriam yang kuat,
dan sumber tenaganya adalah kristal kyber.
Tapi saya tak tahu bagaimana ia boleh sampai ke Bibin.
Saya akan siasat dan maklumkan semula.
Ya, tapi sentiasa berwaspada.
Dah lama tak jumpa.
Sebuah kapal lama ditemui di dek penyelenggaraan istana.
Bersedia di pelabuhan.
Kami salah satu pasukan pencari.
Ini log mereka yang telah dikesan.
Nampaknya semua orang dah kembali ke pelabuhan.
Kita boleh mulakan pemindahan sekarang.
Di mana Lady Tafflah?
Dia kata dia nak ke istana untuk dapatkan kapal.
- Saya nak bercakap dengan dia. - Baiklah.
Lady Tafflah.
Lady Tafflah?
Awak dengar tak, Lady Tafflah?
Lady Tafflah!
Ini hangar diraja. Ada dek penyelenggaraan di bawah tanah.
Kara!
Puan muda, awak tak apa-apa?
Juro, kami tak apa-apa, tapi pintu sudah tertutup rapat.
Faham. Kita cari jalan lain untuk keluarkan kamu berdua.
Sila tunggu.
Ia dah rosak.
Malangnya, tanpanya,
kita tiada cara lain untuk buka hac di atas sana.
Boleh ia dilakukan dari jauh?
Jika kita hantar isyarat ke salah satu kapal, mereka boleh buat?
Awak seorang Jedi?
Mungkin. Ya. Saya Padawan Juro. Jadi…
Siapa nama awak?
Kara.
Kara, anak Lah Zhima.
Kwana kata ayah saya pembunuh Masternya.
Boleh tanya, apa sebenarnya yang ayah saya buat?
Saya tak tahu dia masih hidup.
Patut ada litar yang mengawal hac itu.
Kalau begitu, kita perlu cari cara
untuk alihkan kuasa dan sambungkan semula ke litar.
Begitu.
Zhima jadi tukang pedang.
Ya.
Saya tak tahu bagaimana rupa ayah saya waktu dia jadi Jedi dulu.
Dia tak pernah kongsi cerita waktu itu.
Sudah tentu tidak.
Hakikatnya, saya tak rasa ada sesiapa yang betul-betul kenal dia.
Betulkah ayah saya bunuh Masternya?
Kenapa dia sanggup buat begitu?
Apa yang saya pasti
ialah memang Zhima yang bunuh Masternya.
Tapi kenapa dia lakukannya adalah soalan yang tiada siapa tahu jawapannya.
Jedi sudah lama hilang.
Dah tak ramai yang tinggal untuk ceritakan kisah mereka.
Reno Tsutara salah seorang daripadanya.
Dia tiba di Bibin bersama Juro.
Reno antara 50 Jedi Master yang masih hidup.
Dia datang ke Bibin demi membangkitkan semula Jedi Order.
Saya dan rakyat saya bersetuju dengan visinya dan menyokongnya.
Saya ingatkan Jedi Order berjuang demi keamanan, tanpa agenda lain.
Dan kejayaan mereka akan membawa kebaikan.
Zhima adalah antara anak muda
yang dikumpulkan dan dibawa ke sini dari seluruh pelosok galaksi.
Dia menyerlah dengan cepat.
Jadi, ayah saya seorang yang kuat.
Ya.
Tak lama kemudian, Zhima dan Juro tamat latihan dan menjadi Jedi.
Reno cuba kembangkan Jedi Order.
Juro dan Zhima masing-masing
mengambil Padawan atas arahannya.
Walaupun Zhima tak mahir mengajar,
dia mula menyukainya dengan cepat.
Sekitar tempoh itu,
Reno mula aktif menjalankan misi diplomatik
dengan sistem bintang lain.
Dia juga berjaya memajukan sektor perdagangan.
Kapal inilah yang dia guna untuk selesaikan misi-misi itu.
Pada masa itu, tiada kerajaan pusat.
Sebab itu perdagangan tidak makmur.
Tapi Reno berjaya yakinkan dunia lain untuk melantiknya sebagai duta dagang,
supaya dia boleh bantu memakmurkan semua pihak.
Apabila ketua pelabuhan angkasa dari keluarga kaya hilang,
dia turut masuk campur untuk meredakan konflik dalaman.
Disebabkan itu, perniagaan Bibin berkembang pesat.
Tapi, tanpa disedari,
Zhima juga mula menjadi tokoh yang cukup berpengaruh.
Ayah saya?
Reno akan hantar dia untuk melawan baki ahli Sith.
Pada masa itu, ada sistem bintang yang mengupah Sith
untuk mendapat kelebihan perdagangan.
Zhima gembira dapat mengasah kemahiran bertarungnya dalam pertempuran sebenar.
Dia benar-benar percaya semua ancaman ini harus dihapuskan
dan galaksi akan menjadi lebih baik tanpa Sith.
Namun, semakin Reno taasub dalam politik,
No comments yet. Be the first to leave one.