200 rreshtat e parë.
(Kandungan berikut tidak sesuai untuk penonton di bawah 15 tahun.)
Ibu.
Ibu, Yi Young hilang.
Ibu! Yi Young hilang.
- Yi Young hilang! - Apa?
Oh Tuhan. Hei.
Hei. Ke mana dia pergi?
Mari pergi naik kereta kabel pagi esok, Yi Young.
Tidak.
Bukan saya yang lakukannya.
Bukan saya yang bunuh.
Bukan saya yang bunuh.
Bukan saya yang lakukannya.
Apa yang saya patut lakukan?
Apa yang saya patut lakukan?
Awak masih ingat saya?
Saya patut tukar soalan saya?
Awak masih ingat...
siapa yang awak bunuh?
(Hong Yi Young, Nombor Pendaftaran: 012074)
Hei.
Oh Tuhan, baru saya boleh bernafas semula.
Dia kedengaran baik-baik sahaja dalam telefon pagi tadi.
Saya takut setengah mati apabila dia tiba di sini dalam keadaan pengsan.
Pasti dia takutkan awak juga.
Dia cuma berjoging, awak pasti sangat ketakutan.
- Saya minta maaf. - Tidak mengapa.
Dia cakap dia tidak mahu,
tapi saya yang paksa dia ke Gunung Nam.
Saya minta maaf tentang semua ini.
Awak fikir dia akan ikut awak jika dia tidak mahu?
Saya pasti ada sebab kenapa dia ikut awak.
Jadi, awak berdua terlibat dengan Filharmonik Shinyoung?
Awak main alat muzik apa?
Piano.
Saya bermain piano.
Baiklah. Piano.
Nanti dahulu,
bukan awak orang yang bantu Yi Young sebelum ini?
Awak ingat hari hujan ketika dia pengsan?
Jadi,
saya tidak boleh cakap yang saya bantu dia.
Itu mungkin kerana laluan kami sama atau sesuatu,
jadi kadangkala kami akan terserempak satu sama lain.
Begitu rupanya?
Itu sebab kenapa sepupu saya yang dungu melebih-lebih.
Oh Tuhan, jangan risau.
Katanya kebelakangan ini dia kerap terserempak dengan seorang lelaki.
Dia risau jika lelaki itu seorang penghendap.
"Penghendap"?
Tolong jangan tersinggung.
Dia memang suka fikir yang bukan-bukan.
Dia akan risau tentang perkara yang remeh sejak dari kecil lagi.
Tapi, melihat awak secara peribadi...
buat saya rasa lega.
Siapa nama awak?
Nama saya Yoon.
Jang Yoon.
Awak boleh jawab dahulu.
Jika awak sibuk, awak boleh pergi sekarang.
Baiklah. Maafkan saya.
Saya minta diri dahulu.
"Jang Yoon"?
Saya seperti pernah dengar nama dia.
Barang awak nampak teratur.
Penala piano datang tadi.
Kad perniagaan dia ada di piano.
Mari pergi naik kereta kabel esok, Yi Young.
- Awak siapa? - Saya tidak tahu.
Siapa saya?
- Jangan dekati saya! - Kenapa awak menangis?
Saya hanya akan tahu jika awak beritahu saya!
Saya tidak tahu.
Saya tidak boleh ingat apa-apa.
Tolong lepaskan saya. Tolonglah.
Tolong lepaskan saya.
Saya patut ubah soalan saya?
Awak masih ingat...
siapa yang awak bunuh?
Sebelum festival muzik,
saya rasa sebuah konsert untuk Maestro Nam ialah idea yang bagus.
Saya di sini untuk minta pendapat awak.
Banyak peminat dia mahukannya.
Dan, kita boleh promosikan festival muzik itu.
Apa pendapat awak?
Itu kedengaran menarik.
Jangan risau tentang persatuan penyokong.
Teruskan sahaja dengan apa yang awak mahu lakukan.
Terima kasih, puan.
Saya akan maklumkan awak apabila kami putuskan muziknya.
Jangan buat secara sambil lewa.
Jangan buat ia nampak murah.
Kita juga perlu kekalkan reputasi yayasan kita ini.
Bagaimana dengan Nam Ju Wan?
Awak boleh kawal dia?
Saya perlu bekerja lebih keras.
Awak perlu kekalkan keseimbangan untuk dia.
Jika seorang lelaki muda seperti dia terlalu menonjol,
orang pasti akan kritik dia.
Maksud saya ialah ujibakat yang dia adakan baru-baru ini.
Dia berkeras untuk adakannya.
Saya dengar orang yang dipecat telah terjun dari Jambatan Sungai Han.
Nasib baik, tiada kecederaan serius.
Kami merancang untuk memberi dia duit untuk menenangkannya.
Pastikan awak biar dia senyap, supaya wartawan tidak mengetahui.
Perkara akan diam.
Awak tidak tahu bagaimana orang cemburu dalam industri ini?
Kita perlu menyelamatkan air mukanya...
jika kita gunakan dia untuk masa yang lama.
Dia fikir konduktor itu apa?
"Gunakan dia"?
Si tidak guna itu.
Ini saya.
Mari berjumpa. Saya rasa murung. Saya perlukan minuman.
Saya fikir awak Cik Yoon.
Awak sentiasa tahu di mana saya berada.
Saya hanya melihat monitor CCTV keselamatan.
Jika awak masuk ke tempat begitu, orang takkan sukakan awak.
Sebab itu awak tidak perlu mematikan telefon awak.
Saya rasa lemas.
Mari dapatkan udara segar.
Saya tidak tahu awak mahu datang ke tempat begini.
Kenapa? Tempat ini tidak sesuai dengan saya?
Saya datang ke sini ketika bosan berlatih.
Awak tahu ada pelangi di sini?
Pelangi?
Jika awak bernasib baik, awak akan nampak.
Tapi, saya tidak nampak tahun ini.
Saya ada satu soalan.
Awak sentiasa ada banyak soalan. Apa itu?
Ini mengenai Jang Yoon.
Awak memilih dia, bukan?
Kenapa awak tanya begitu tiba-tiba?
Bagaimana awak membawa dia?
Dia tidak belajar muzik dan tiada pengalaman.
Dia juga tidak mengikuti uji bakat.
Awak tahu semuanya, bukan?
Biar saya cuba ingat.
Saya fikir saya mendengar dia bermain piano...
dalam perjalanan ke uji bakat.
Dia tiada sebarang teknik khas, tapi saya tertarik kepada dia.
Dia menyentuh emosi saya.
Tapi, kenapa awak bertanya?
Cara dia memainkan piano...
kedengaran terlalu sama dengan orang lain yang pernah saya kenal.
Awak rasa begitu juga, bukan?
Saya tertanya-tanya jika sebab itu awak memilih dia.
Jangan bayangkan perkara begitu.
Ramai orang yang ada gaya yang sama.
Cukup dengan novel awak dan bangun. Saya ada jadual yang sibuk.
Saya tidak pasti jika awak tahu itu.
Dalam wawancara sebelumnya, awak kata awak berminat...
dalam afasia di kalangan kanak-kanak...
kerana sepupu awak.
Boleh awak beritahu kami mengenainya?
Saya ada sepupu perempuan yang lebih muda seperti adik saya.
Pada usia lima tahun, dia kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan kereta,
dan kami hidup bersama sejak itu.
Kerana trauma,
dia tidak boleh bercakap selama satu hingga dua tahun.
Ketika itulah saya menyedari penyakit itu.
Dan, kejadian itu yang mendorong saya untuk memilih kursus.
Semasa bila awak paling sukar?
Bila saya paling sukar?
Semasa afasia dia berlaku semula.
Tahun lepas, dia terlibat dalam satu lagi kemalangan besar.
Ia juga merupakan kemalangan kereta.
Dia tidak boleh bercakap selama sebulan.
Dia masih menderita kesan dari kejadian itu,
jadi dia tidak ingat kejadian itu.
Dia menderita insomnia dan mimpi buruk.
Sebagai seorang doktor sendiri, saya sedih.
Oh Tuhan.
Kepala saya...
Awak terjaga?
Soo Young?
Sedapnya.
Awak pengemis? Di mana adab meja awak?
Ini pil sakit kepala untuk dua hari.
Saya anjing? Jangan ganggu semasa saya makan.
Apa yang awak buat sekarang? Awak tidak pernah joging.
Saya sudah beritahu awak. Saya dipaksa.
Jika awak tidak mahu pergi, awak patut menolak, lembab.
Apa hubungan awak dengan Jang Yoon?
Jangan mengarut.
Tiada apa.
Bagaimana boleh begitu kan awak berjoging bersama?
Awak menjadi seorang ratu drama mengatakan dia seorang pengintip.
Tolonglah sedar, boleh?
Jangan begitu mudah terpengaruh.
Baiklah. Jangan risau.
Kenapa awak meninggalkan telefon di wad?
Telefon awak terus berdering, jadi saya menjawabnya.
Latihan awak untuk hari ini akan bermula satu jam lebih awal.
- Apa? - Apa?
Apa maksud awak?
Hei! Kenapa awak tidak beritahu lebih awal?
Berani awak menjerit pada saya kan saya yang selamatkan awak?
Hei, bersihkan ini!
Tidak guna!
No comments yet. Be the first to leave one.