162 rreshtat e parë.
CERITA ASAL OLEH NATSU HYUUGA
KISAH INI REKAAN, SEMUA TOKOH DAN ORGANISASI IALAH REKAAN,
CERITA INI TIADA KAITAN DENGAN KEJADIAN DAN PERISTIWA SEBENAR.
Saya dengar wanita istana yang bunuh diri dan lemas itu
ialah orang gaji dari Astaka Garnet.
Dia yang
meracuni Cik Puan Lishu di taman parti.
Mungkin dia buat begitu untuk puannya, Gundik Ah-Duo.
Gundik Suci?
Ya.
Khabar angin mengatakan Cik Puan
akan disingkir dari Empat Gadis dan diganti dengan gundik lebih muda.
Gundik Ah-Duo, di umur 35 tahun, setahun lebih tua daripada Maharaja.
Anak lelaki Cik Puan mangkat semasa Maharaja masih
di Istana Timur.
Istana harem wujud untuk membantu dapat seramai anak yang mungkin. Tak mungkin...
Ibu kepada anak yang mati, bukan?
Jika Cik Puan Lihua kekal tiada anak, adakah nasib Cik Puan juga akan sama?
Sama dengan Cik Puan Gyokuyou.
Kita tak tahu berapa lama dia akan jadi kegemaran Maharaja.
Bunga yang cantik juga lambat laun akan layu.
Bunga di istana harem perlu berbuah untuk kekal bernilai.
Saya kena balik dulu.
Ambil ini sekali.
Ia lebihan daripada parti teh semalam.
Terima kasih!
Awak ada begitu banyak snek sehingga ada lebihan?
Parti teh memang hebat!
Awak rasa begitu?
Parti teh ialah tanggungjawab yang gundik perlu laksanakan.
Maomao, awak bersiap sekali!
Satu lagi?
Semua orang nampak luar biasa bertenaga.
Sudah tentu.
Gundik Mulia, Cik Puan Lishu akan datang!
Mikrokosma istana harem boleh dijumpai dalam bilik ini sahaja.
Selamat datang, Cik Puan Lishu.
Terima kasih.
Meneka motif tersembunyi satu sama lain.
Adakah nasib semua wanita menjadi tegang
apabila berhadapan dengan wanita lain?
Sejujurnya,
ia lebih tegang dari semasa Maharaja datang melawat.
Cik Puan Gyokuyou mengumpul maklumat walaupun dalam perbualan mesra.
Cik Puan mungkin nampak lembut, tapi dia masih gundik.
Nampaknya Cik Puan hantar maklumat dikumpul ke kampung halaman.
Kampung Cik Puan ialah titik perdagangan,
jadi pasti penting untuk memahami
pergerakan orang dan masa.
Perasa makanan di parti taman?
Saya lega dia tak dihukum sebegitu tegas.
Saya tak gigit.
Pembantu lain tak beri perhatian langsung kepada Cik Puan mereka.
Tapi, nampaknya mereka tak buli Cik Puan buat masa sekarang.
Nasib baik kalau laporan saya kepada Tuan Gaoshun itu salah.
Awak suka benda manis, bukan?
Saya suka benda manis.
Saya lega.
Sekarang sejuk, jadi saya ingat sesuatu seperti ini lebih sesuai.
Saya bancuh kulit sitrus dengan madu.
Ia akan hangatkan awak.
Saya harap awak suka.
Alamak, Cik Puan juga tak boleh makan madu?
Cik Puan memilih lagi?
Cik Puan tak akan sentuh apa dihidang?
Cik Puan Gyokuyou.
Saya tersilap.
Maafkan saya, Ailan.
Nampaknya kita kena rendam ia dengan lebih lama.
Saya akan tawarkan benda lain.
Awak boleh minum teh halia?
Ya, boleh.
Malangnya,
khabar angin tentang membuli itu betul.
Oh.
Biar kami kemas.
Awak pergi rehat, Maomao.
Saya pun boleh mengemas.
Bagaimana parti teh dengan Gundik Gyokuyou dan Lishu?
Saya rasa pelik apabila tiba-tiba jemput Cik Puan Lishu
untuk teh parti.
Kerja dia rupanya.
Mereka nampak seronok.
Kita belum habis berbual.
Boleh lepaskan saya?
Tentang kejadian keracunan di parti taman.
Awak tahu ia dilakukan oleh pembantu Astaka Garnet yang bunuh diri?
Saya dengar khabar angin.
Awak memang rasa dia bunuh diri?
Itu bukan untuk saya putuskan.
Kenapa seorang pembantu biasa nak
letak racun dalam pinggan Cik Puan Lishu, Gundik Mulia?
Saya tak tahu.
Jadi, boleh awak tolong di Astaka Garnet bermula esok?
"Boleh?"
Dia cakap begitu macam saya ada pilihan lain.
Baik, tuan.
Suasana sesebuah astaka
ditentukan oleh tuannya.
Astaka Jed Cik Puan Gyokuyou begitu tenang
dan Astaka Kristal Cik Puan Lihua
anggun dan mulia.
Astaka Garnet di mana Cik Puan Ah-Duo tinggal pula
cekap, anggun dan praktikal.
Maaf minta awak datang begitu mengejut.
Saya harap dapat bekerjasama dengan kamu untuk tiga hari ini.
Saya belum diarah oleh Tuan Jinshi untuk buat apa-apa.
Baik kerja kalau begitu.
Saya tak pernah nampak kamu.
Siapa mereka, Fengming?
Mereka ke sini untuk bantu pembersihan menyeluruh.
Baiklah. Terima kasih datang.
Gundik Suci, Cik Puan Ah-Duo.
Cik Puan tak begitu menonjol atau tembam.
Tapi, Cik Puan feminin, maskulin dan bermaruah. Cik Puan cantik.
Jadi, Cik Puan 35 tahun?
Jika Cik Puan pakai jubah, orang ingat dia penjawat awam muda.
Cik Puan mungkin nampak lebih bagus berpakaian hufu,
daripada jubah dan skirt untuk gundik.
Nampaknya mereka suka Cik Puan.
Cik Puan teringatkan saya kepada seseorang.
Cik Fengming, ketua dang perwara.
Dia pasti datang daripada keluarga yang bagus berdasarkan kedudukan dia,
tapi dia sangat peramah.
Mula-mula, boleh kamu keringkan buku-buku ini?
Jika terlalu berat, beri sahaja kepada sida-sida.
Seperti dijangka untuk gundik veteran berpangkat tinggi.
Walaupun rumah agam ini bersih,
ia dipenuhi dengan barang.
Sama dengan Astaka Jed,
pembantu Astaka Garnet pekerja yang rajin.
Saya nak tunjuk kepada pembantu banyak cakap, tak buat kerja.
Kita dah selesai di sini.
Bagus. Awak dah siapkan sebanyak ini?
Semuanya juga begitu kemas. Awak banyak membantu.
Boleh awak tolong di bilik tetamu sekali?
Baik, puan.
Dia peramah, tajam pemerhatian dan puji dengan bagus.
Dia mahir dalam mencari orang sebagai ketua dang perwara.
Dah lama saya tak buat kerja berat. Penatnya.
- Tahniah. Terima kasih tolong hari ini. - Sama-sama.
Awak bermalam di Astaka Garnet, bukan?
Mari ikut saya.
Bau manis?
Guna ini. Sejuk malam ini.
Terima kasih, puan.
Berehatlah.
Tuan Jinshi tak suruh saya buat apa-apa lagi,
tapi...
Saya memang boleh cari dalang di sebalik keracunan di sini?
Semua orang memang bekerja keras.
Bukan sahaja pembantu, tapi...
Cik Fengming!
Kami boleh lap di sini.
Tak apa, bukan benda besar.
Saya baru perasan, itu saja.
Cik Fengmin ialah ketua kumpulan.
Dia dah melepasi umur untuk berkahwin.
Tapi, jika dia berkahwin, dia pasti isteri baik.
Dia tak terfikir untuk berkahwin?
Mungkin dia pilih untuk dedikasikan seluruh hidup dia kepada Gundik Ah-Duo.
Rasa setia yang begitu kuat
No comments yet. Be the first to leave one.