145 rreshtat e parë.
CERITA ASAL OLEH NATSU HYUUGA
KISAH INI REKAAN, SEMUA TOKOH DAN ORGANISASI IALAH REKAAN,
CERITA INI TIADA KAITAN DENGAN KEJADIAN DAN PERISTIWA SEBENAR.
- Ya. - Saya rasa begitu.
Dia mencurigakan!
Jadi, itu masalah baharu, bukan?
Arak. Bagi saya lebih banyak arak.
Dia dah banyak berubah.
Tengok muka dia buat arak rasa tak sedap.
Saya setuju sepenuhnya.
Apa? Terima kasih.
Berapa lama awak nak merajuk begini?
Saya tak merajuk.
Jangan lupa, awak di tempat kerja sekarang.
Saya tahu.
Dia tak tahu.
Lelaki seperti Tuan Jinshi tak menjawab macam budak seperti tadi.
Lelaki seperti Tuan Jinshi tak akan taasub dengan mainan dia seperti ini.
Lebih banyak kerja untuk awak.
Bersusah payah saya nak tahu apa berlaku hari itu
daripada Cik Puan Gyokuyou yang sibuk ketawa.
Salah faham?
Cik puan jelaskan bayaran penjamin itu
ialah pertemuan dengan pelacur terkenal.
Untuk fikir gadis itu ada hubungan seperti itu...
Apa benda mengarut yang tuan saya bayangkan agaknya?
Keremajaan memang menakutkan.
Tapi, dia siapkan kerja dia dengan begitu cepat
supaya boleh jumpa budak itu,
hanya untuk dapat tahu budak itu balik dengan lelaki lain.
Pasti sangat mengejutkan.
Kenapa mereka tak guna otak mereka?
Ramai birokrat yang cadang undang-undang hanya untuk kepentingan mereka.
Saya kasihan beban kerja dia bertambah kerana benda mengarut begitu.
Tuan Jinshi!
Waktu bekerja telah tamat. Urusan ini boleh ditangguh?
Tak, ini bukan tentang kerja. Sebenarnya...
Tuan Kounen?
- Tuan Jinshi. - Mari pergi, cepat!
Aduhai, itu berita buruk.
Nampaknya ada birokrat atasan telah mati.
Ini mungkin kedengaran kasar,
tapi saya tak cukup sentimental untuk berkabung kepada orang asing.
Dia dalam 50-an dan sebab kematian
ialah minum berlebihan.
Dia sendiri yang cari masalah.
Tapi, kalau orang ini
bersusah payah minta ketua dang perwara beredar, jadi...
Apotekari, awak memang rasa punca kematian dia ialah arak?
Saya dah agak dia akan tanya.
Sesiapa yang suka minum arak
akan tahu minum terlalu banyak beri kesan buruk kepada badan.
Minum berlebihan selama bertahun-tahun akan buat organ kamu merosot.
Minum jumlah banyak sekali gus boleh menyebabkan kematian dalam beberapa kes.
Saya dengar dia di jamuan dan minum arak yang banyak.
Kalau begitu, dia akan mati.
Tapi, Tuan Kounen tak mudah mabuk.
Tak mungkin dia mati minum berlebihan.
Nama si mati itu ialah Kounen.
Dia askar lincah yang boleh minum satu botol sekali gus
dan dia disukai ramai.
- Gaoshun. - Ya, tuan.
Ini arak yang dia minum di jamuan itu.
Wah, arak!
Botol yang mengandungi minuman Tuan Kounen
telah pecah dan semuanya tumpah keluar.
Jadi, kita tak akan tahu jika botol itu mengandungi racun.
Tepat sekali.
Dia tak begitu bersemangat. Mungkin dia tahu dia minta perkara mustahil lagi.
Dia patut jadi dirinya yang berkilau itu.
Kebelakangan ini, saya perasan Tuan Jinshi
lebih kebudak-budakan daripada biasa.
Ada campuran rasa manis dan masin.
Rasa macam ada orang tambah garam pada arak yang memang manis.
- Kenapa? - Rasanya unik.
Ya. Ia manis, bukan?
Ini apa Tuan Kounen suka.
Dia lebih suka benda manis.
Dia tak akan sentuh daging salai atau garam batu paling mahal.
Begitu.
Dulu dia suka benda pedas, tapi dia kata
dia tiba-tiba suka benda manis.
Hidangan dia juga kebanyakannya manis.
Itu akan menyebabkan kencing manis.
Jangan bawa memori saya kepada realiti.
- Awak masih minum? - Pencinta pedas kepada pencinta manis?
Ada garam di jamuan ini?
Ya. Mereka hidang garam batu, kek bulan dan daging kering.
Patut saya sediakan benda sama?
Tidak. Saya akan habis minum sebelum semuanya siap.
Itu bukan apa saya...
Boleh kita dapatkan botol yang Tuan Kounen minum?
Ia pecah berderai.
Tak apa.
Ada satu perkara lagi saya nak awak periksa.
Maafkan saya.
- Ini laporannya. - Terima kasih banyak.
Saya dah agak.
Ini botolnya.
Tak apakah awak jilat?
Tak ada racun di sini.
Garam?
Tepat sekali. Awak ada beritahu, Tuan Jinshi,
yang Tuan Kounen tiba-tiba suka benda manis.
- Dia hanya makan benda manis selepas itu. - Ya.
Tapi, dalam botol ini ada begitu banyak garam sehingga ada sisa butir
selepas ia kering.
Garam bahan yang diperlukan untuk tubuh manusia.
Tapi terlalu banyak, ia menjadi racun.
Jadi, punca kematian ialah...
Mengambil kira kuantiti dia minum,
dan berapa banyak garam yang larut dalam air,
ini mungkin punca sebenar dia mati.
Tapi kalau dia minum
sesuatu masin begini, tak mungkin dia tak perasan rasanya.
Dia tak perasan. Sila tengok ini.
Ini rekod tabiat gaya hidup Tuan Kounen.
Melihat rekod ini, saya rasa Tuan Kounen
telah hilang keupayaan untuk rasa garam.
Tak mungkin...
Saya tahu yang Kounen
birokrat rajin dan berbakat
yang menjalani kehidupan biarawan.
Bertahun-tahun lalu juga,
dia kehilangan isteri dan anaknya kerana penyakit wabak.
Selepas itu, dia hanya bekerja.
Dia jumpa kegembiraan hanya pada arak dan makanan manis.
Ada penyakit di mana seseorang hilang deria rasa.
Punca termasuk diet tak seimbang atau tekanan.
Orang yang rajin sering menahan emosi mereka
dan beban itu boleh membawa kepada penyakit.
Jadi, siapa letak garam dalam botol arak?
Bukan tugas saya untuk siasat itu.
Tapi, garam juga ditambah pada arak semalam.
Mungkin seseorang yang tak suka minuman manis
tambah garam dari jamuan.
Atau ramai orang tak suka orang yang rajin dan jujur.
Mungkin mereka sengaja mengusik seseorang mereka tak suka
dengan mensabotaj arak mereka di parti.
Jika orang itu berterusan minum tanpa perasan,
mereka mungkin akan terus tambah garam sehingga orang itu perasan.
- Gaoshun. - Ya.
Ya, tuan.
Saya memang pengecut.
Ketika ini, saya seperti beritahu mereka siapa pelakunya.
No comments yet. Be the first to leave one.