200 rreshtat e parë.
(Kandungan berikut tidak sesuai untuk penonton di bawah 15 tahun.)
Saya rasa awak patut...
simpan video ini, bukan saya.
Saya sangat takut, jadi ini sahaja yang saya boleh lakukan.
Maafkan saya.
Awak ada apa-apa minuman di rumah?
Kenapa awak cari minuman di sini?
Berikan saya segelas apa-apa sahaja yang ada di rumah.
Sejak ini, saya sering terlibat dalam kejadian menjengkelkan.
Kejadian apa?
Awak masih ingat apa Yoon Young Gil katakan pada awak?
Orang itu bukan sahaja mempunyai mata.
Itu mengganggu saya, jadi saya pergi mencarinya.
Saya pergi ke kafe yang Yoon Young Gil selalu pergi..
Dan, saya bertemu...
dengan Yi Young di sana.
Yi Young berada di kafe?
Saya tahu, bukan? Dia tidak berhati-hati.
Saya bertemu dengan dia hari ini dan semalam.
Nampak seperti pemilik kafe...
memberikan dia CD.
Saya mahu tahu,
jadi saya panggil dia untuk berbual.
Sebaik sahaja dia lihat saya, dia larikan diri.
Dan?
Saya kejar dia dan bertanya kenapa dia larikan diri.
Malangnya, dia mengalami kemalangan.
Kemalangan?
Sukar untuk beritahu awak apa yang terjadi,
tapi dia cedera.
Dia dilanggar oleh kereta.
Yi Young dilanggar oleh kereta?
Di mana dia sekarang?
Di mana awak fikir? Sudah tentu dia di hospital.
Dia dilanggar oleh kereta,
tapi awak tidak melawat dia ke hospital?
Awak mahu katakan pada saya yang sebaliknya awak ke sini?
Mengapa awak menengking saya?
Bukan saya yang langgar dia dengan kereta saya.
Ia terjadi kerana seorang pelajar sekolah menengah...
melompat di hadapan kereta itu.
Kenapa awak di sini?
Profesor Kang beritahu saya.
Sekejap sahaja.
Apa yang dia beritahu awak?
Ada dia beritahu awak yang dia punca ini terjadi?
Bagaimana awak boleh datang ke sini berjumpa dia?
Awak sudah hilang akal?
Saya hanya mahu melihat keadaan dia.
Kerana itu juga awak di sini.
Oh Tuhan.
Bagaimana awak tahu...
Maafkan saya kerana datang waktu lewat begini.
Saya dengar tentang kemalangan itu.
Begitu.
Terima kasih kerana datang pada waktu lewat begini.
Dia...
belum sedarkan diri lagi.
Maafkan saya.
Kenapa awak minta maaf?
Orang lain yang lakukan ini kepada dia.
Mari bercakap di luar.
Bagaimana awak rasa selepas melihat dia terbaring sakit?
Tanya saya apa sebenarnya yang awak mahu tanya.
Ada orang hantar video kepada saya...
yang awak bunuh Yoon Young Gil.
Mahu lihat?
Awak berjaya mencarinya. Tahniah.
Awak menipu saya.
Dan, itu sahaja yang awak boleh katakan pada saya?
Awak bunuh dia kerana dia tahu apa yang terjadi setahun lalu, bukan?
Kami dalam perbalahan, dan dia tertolak.
Awak sudah lihat video itu, jadi awak tahu itu.
- Awak boleh menangkap dia. - Tidak, saya tidak boleh.
Kenapa awak tidak telefon hospital sejurus selepas itu?
Saya ada konsert yang harus dikendalikan. Orang ramai menunggu.
Itu alasan awak?
Saya hanya beritahu awak perkara sebenar.
Saya minta maaf,
tapi apa yang awak fikir tidak semuanya betul.
Jadi, beritahu saya perkara yang betul.
Siapa yang membunuh lan?
Hari itu, Yi Young,
Ian, Yoon Young Gil, dan awak...
berada di tempat kemalangan.
Dan, dua di antara mereka mati.
Yoon Young Gil ialah satu-satunya saksi kematian lan.
Dan, video yang ada dalam simpanan saya sekarang...
adalah bukti awak membunuh saksi, Yoon Young Gil.
Pada pandangan saya, awak juga membunuh lan.
Semua keadaan ini menuju kepada awak.
Kenapa awak tetap mahu nafikannya?
Bukankah awak yang membunuh Yoon Young Gil...
kerana dia telah lihat awak bunuh lan?
Tidak.
Saya bukannya mahu bunuh dia.
Itu tidak penting. Awak bunuh dia.
Serahkan diri. Saya akan beri awak peluang.
Beritahu pihak polis siapa yang bunuh lan.
Bagaimana? Saya tidak tahu siapa yang bunuh dia.
Maestro Nam.
Awak tahu apa yang buat saya hilang akal sekarang?
Buat seketika, saya syak Yi Young yang bunuh lan,
cederakan dan buli dia.
Awak nampak bagaimana keadaan dia sekarang, bukan?
Seorang gadis yang tidak bersalah terlantar di atas katil.
Awak langsung tidak rasa bersalah?
Awak tahu apa yang telah berlaku setahun yang lalu.
Kenapa awak tidak mahu beritahu saya?
Jika awak terus rahsiakannya,
akan ada lagi seorang mangsa.
Awak mahu lihat ada orang lain cedera atau mati?
Atau Yi Young adalah mangsa yang seterusnya?
Siapa yang bunuh lan?
- Saya tidak tahu. - Beritahu saya.
Berapa kali saya perlu cakap yang saya tidak tahu? Saya tidak nampak.
Cuma awak sahaja yang tidak mahu percayakan saya.
Seteruk mana kecederaan dia?
Baiklah, saya akan pergi melawat dia.
Awak bayar sewa kemudahan menggunakan pembiayaan korporat.
Awak palsukan laporan perbelanjaan.
Dan, ia tiada dalam fail,
tapi penyata kad kredit syarikat ketua pengarah sukar dipercayai.
Berapa lama awak akan dipenjarakan jika pihak pendakwaan dapat ini?
Saya rasa awak akan jadi kambing hitam. Boleh awak uruskan?
(Yu Da: Nam Ju Wan adalah seorang pembunuh.)
Nam Ju Wan seorang pembunuh.
Saya nampak segala-galanya.
Awak yang telah bunuh Yoon Young Gil, bukan?
Awak yang tolak dia sehingga dia jatuh tangga.
Cik Yang.
- Ya? - Tolong bantu Maestro Nam...
buat masa sekarang.
Bagaimana dengan Yi Young?
Dia terlibat dengan kemalangan. Dia cedera.
Dia takkan datang ke sini buat masa yang agak panjang,
Awak ada dengar tentang Yi Young?
Ya.
Cik Yang akan jadi pembantu awak sehingga dia kembali semula.
Awak ada baca pos dia dalam laman forum atas talian?
Saya sudah baca.
Jangan biarkan pos itu buat awak rasa terganggu.
Saya perlu buat sesuatu tentang Yu Da.
Saya rancang untuk laporkan dia kepada pihak polis.
Awak tidak rasa mahu tahu jika itu semua benar atau tidak?
Awak tahu, 9 daripada 10 kisah seperti itu palsu.
Saya tidak boleh rasa terganggu.
Apa pendapat awak?
Saya pasti ahli orkestra yang lain akan rasa gelisah.
Jika awak tidak mahu berlatih hari ini, saya akan beritahu mereka.
Lupakannya.
Saya akan lakukannya.
Tolong beritahu mereka.
- Helo, Profesor Kang. - Hei.
Tapi, begitu, bukankah awak...
- bersedia untuk concours? - Ya.
- Bagaimana kelas Profesor Kim? - Dia sangat bagus.
Awak pasti boleh buat dengan baik. Suami dia akan jadi hakimnya.
- Berusaha dengan keras. - Terima kasih. Selamat tinggal.
- Hei.. - Siapa awak?
Lepaskan saya, tidak guna.
Lepaskan saya. Ini satu serangan.
Saya sudah beri awak amaran supaya sembunyikan diri, bukan?
Tidak guna. Ini tentang Yi Young?
Hei. Kenapa awak salahkan saya atas kecederaan dia?
Awak perlu salahkan pelajar sekolah tinggi itu...
kerana berjalan di depan kenderaan. Awak faham?
Saya tahu yang awak bersekongkol dengan Ju Wan.
Awak yang berkuasa di sini, bukan?
Saya tahu kolej ini juga ada kaitan dengan Filharmonik Shinyoung.
Awak tunggu sahaja. Saya akan dedahkan semua rahsia awak, faham?
Tidak guna.
Hei.
Awak masih mentah. Sepatutnya awak lebih tahu.
Dedahkan apa? Awak fikir saya akan benarkannya?
Awak pasti jadi berani kerana dapat sokongan ayah awak.
Tapi, jika awak datang jumpa saya lagi,
saya akan buat laporan terhadap awak.
Hari yang sangat malang.
Si tidak guna itu...
Yi Young sudah sedarkan diri?
Tidak, belum lagi. Apa yang ayah katakan?
Dia merancang untuk menyerahkan ini kepada pendakwaan.
Awak perlu mengawasi dia.
Saya pasti dia tahu bagaimana mahu selesaikan.
Betul.
Apa yang akan awak lakukan terhadap Cik Yoon?
Dia akan datang kepada saya.
Awak kelihatan begitu lesu.
Pergi pulang dan berehat. Saya akan melawat hospital.
- Baiklah. - Saya pergi dahulu.
Selamat tinggal.
Tuan, saya rasa lebih baik jika awak berehat hari ini.
Kenapa? Ada masalah?
Itu...
Ketua dan ahli bersama sekarang.
Mereka bincang untuk memboikot latihan hari ini.
Di mana mereka?
Ini sahaja yang kita ada?
Saya tidak boleh percaya ini.
No comments yet. Be the first to leave one.