200 rreshtat e parë.
Okey, tayangkan.
Jangan ingat nahas kereta dalam wayang ialah aksi ganas.
Tidak, itu semua melambangkan tradisi lama
optimisme Amerika.
Menekankan nilai tradisi dan kepercayaan.
Meraikannya.
Anggap pelanggaran ini seperti Hari Kesyukuran
dan Hari Merdeka.
Kita tak memperingati yang mati atau meraikan keajaiban.
Tidak, ini hari-hari optimisme sekular.
Meraikan diri sendiri.
Setiap nahas perlu lebih hebat daripada sebelumnya.
Sentiasa memperbaik peralatan dan kemahiran,
berdepan cabaran.
Seorang pengarah filem Amerika kata, "Saya mahu traknya
berpusing dua kali di udara dan meletup dengan bebola api
sebesar 10 meter diameter."
Filem itu beralih daripada keghairahan manusia yang rumit
untuk menunjukkan sesuatu yang asas, bising, api yang marak dan pelanggaran.
Lihat nahas kereta dalam sebarang filem Amerika.
Ia detik penuh debaran,
seperti aksi terbang ngeri gaya lama
atau melayang.
Pelakon-pelakon aksi nahas ini
dapat menggambarkan hiburan yang bersahaja dan menyeronokkan,
yang tak boleh dibuat oleh nahas kereta filem asing.
Awak fikir, "Bagaimana dengan darah dan kaca yang bersepah?"
"Pekikkan tayar dan mayat tersepit,
mayat berkecai? Itu optimisme apa?
Abaikan keganasan itu, saya kata.
Ia sarat dengan semangat murni dan riang.
Hai, pelajar baru!
GELOMBANG DAN RADIASI
Ada apa-apa, tanya saya.
Selamat datang. Ayuh, pelajar baharu.
Hei, kamu semua! Selamat datang!
- Jom. Kereta kita halang laluan. - Sabarlah.
Trafik sesak sekarang.
Mak tak nak tolong saya? Saya ada banyak barang.
Hei, kawan!
Kenapa ayah cakap begitu kepada rakan sebilik saya?
Ayah tak kenal dia. Jangan beritahu dia hal saya.
Mak dah ikat ini tiga kali.
Saya masih tak puas hati.
Nikmati hari tanpa tujuan ini selagi boleh.
- Awak patut pergi. - Mana?
Hari ini hari station wagon.
Saya terlepas lagi? Awak sepatutnya ingatkan saya.
Acara yang menakjubkan.
Barisannya panjang melepasi perpustakaan muzik
sampai ke lebuh raya.
Awak mesti ingatkan saya, Jack.
- Tahun depan ada lagi. - Harap begitu.
Saya sedar saya mulakan program Kajian Hitler pada 1968.
Dah enam belas tahun saya saksikan acara ini.
Saya tak peduli tentang station wagon. Saya nak lihat orang.
Mereka bagaimana tahun ini?
Wanita pakai skirt kain petak dan baju panas berjalur.
Dah agak. Lelaki semua pakai jaket menunggang.
Apa itu jaket menunggang?
Mereka terlalu banyak duit.
Mereka ingat mereka ada hak. Mula angkuh.
Bayangkan mati jika sekaya itu.
Mungkin mereka tak akan mati, cuma dokumen bertukar tangan.
- Kenapa angkasawan terapung? - Udara berat.
Mustahil mereka lebih ringan jika tiada udara.
- Kita pun ada station wagon. - Ia kecil, warna merah.
- Bukankah angkasa sejuk? - Pintu berkarat.
- Angkasa? - Station wagon kita.
Namanya korola matahari. Kami lihat dalam Saluran Cuaca.
- Corolla bukan kereta? - Semuanya kereta.
Di mana Wilder?
Wilder, kamu lapar?
Angkasa sejukkah?
Kamu masih lawan banduan itu?
- Dia terkepung. - Dia bunuh siapa?
- Dia cemas. - Berapa ramai dia tembak?
- Lima. - Lima orang?
Tak termasuk peronda yang ditembak kemudian.
Ini bukan makan tengah hari yang saya mahu.
Saya nak dadih dan germa gandum.
Macam pernah dengar.
- Mungkin di sini. - Mak beli benda tapi tak makan.
Steffie, Capricorn…
Babette fikir jika dia beli, dia akan makan.
Kita suka tabiatnya.
Saya paling layak menunjukkan disiplin dalam soal pemakanan.
…supaya bisnes awak untung.
- Itu bunyi apa? - Penggera asap.
- Ada api? - Api atau baterinya mati.
Jack, Virgo, kamu berenang lawan arus…
Kebanyakan kebakaran disebabkan litar pintas.
Frasa yang tak boleh diabaikan.
Saya akan gantikannya.
Dia tak endah tapi dia nak dengar.
Macam benci tapi rindu.
Dia tahu dia bunuh siapa atau dia tak kenal?
- Tak kenal. - Ada terdengar suara?
- Di TV, ya. - Apa mereka kata?
Dia disuruh melakar sejarah, tapi dia tak boleh.
Media tak endahkan Iron City yang kecil.
Mak nak pergi mandi
dan kita pergi gedung, lepas itu mak ajar kelas postur.
Kita masih ada Pringles?
Bukankah dia dah mandi hari ini?
Boleh bagi saya satu? Bagi dua.
Saya akan beri tiga
sebab awak akan minta lagi.
Mungkin tidak.
Dylar.
- Apa awak mahu buat? - Apa awak mahu buat?
Apa yang terbaik untuk awak.
Maka saya mahu ceriakan awak.
Saya suka awak izinkan saya ceriakan awak.
Salahkah orang lelaki prihatin kepada pasangannya?
Saya pasangan awak jika main tenis,
yang mana kita mesti main lagi.
Jika tidak, saya isteri awak.
Awak nak saya bacakan?
Elok juga.
Jangan pilih yang ada
lelaki di dalam wanita atau lelaki memasuki wanita.
- Baik. - Kami bukan lobi atau lif.
"Saya mahu dia di dalam saya."
Macamlah dia merangkak masuk,
daftar nama, tidur, makan dan sebagainya.
Yang penting mereka tak masuk atau dimasuki.
Kehidupan ini baik, Jack.
Kenapa ungkit pasal ini?
Saya rasa kita patut bincang.
Saya nak mati dulu.
Awak macam beria-ia nak mati.
Hidup ini mesti amat sedih dan sunyi tanpa awak.
Terutamanya jika anak-anak dah besar dan tinggal di tempat lain.
Ketika ini kita selamat.
Selagi anak-anak di sini. Mereka perlukan kita.
Saya suka mereka di sini tapi apabila mereka besar dan bertempiaran,
saya nak mati dulu.
Tidak, Jack.
Kematian awak akan buat hidup saya kosong.
Saya hanya boleh bercakap dengan kerusi dan bantal.
Kematian awak lebih daripada kekosongan.
- Apa yang lebih? - Jurang yang besar.
Kematian akan meninggalkan kesan mendalam,
- jurang. - Jangan jadi bodoh.
Jika awak mati, saya lagi sedih
- berbanding sebaliknya. - Awak akan okey.
Awak akan jalani hidup baru yang seronok.
Saya akan duduk dengan sut yang saya pakai ke pengebumian awak selamanya.
Awak salah. Awak bukannya nak mati dulu.
Awak tak nak keseorangan,
tapi awak lagi tak nak mati daripada keseorangan.
Saya harap kita hidup selamanya.
Terketar-ketar, rongak,
jeragat, berhalusinasi.
Siapa tentukan semua ini?
Siapa di luar sana?
Siapa awak?
Apabila manusia buntu dan takut, mereka tertarik kepada makhluk ajaib.
Makhluk mitos.
Individu penting
yang menakutkan dan mengancam.
Boleh awak bercakap tentang plot Stauffenberg 20 Julai
untuk bunuh Hitler?
Semua plot terkubur bersama dalangnya.
Inilah sifat semula jadi plot.
Plot politik,
keganasan, kekasih,
plot naratif,
plot permainan kanak-kanak.
Ajal semakin dekat apabila kita merancang plot.
Umpama kontrak yang semua mesti sain…
perancang plot,
juga sasaran plot itu.
Biar saya lihat.
Bagi balik.
Fenomena yang menakjubkan.
Lihat lidah saya.
"Esok hari Selasa."
"Esok hari Selasa."
Esok bukan Selasa. Esok hari Rabu.
Tapi, "Esok hari Selasa."
"Esok hari Sel…" Baik…
"Saya makan salad kentang."
Baik awak jangan sebut tentang pelajaran ini kepada sesiapa.
Awak mungkin tak tahu,
tapi saya salah seorang individu terkenal
dalam Kajian Hitler di Amerika Utara.
Saya J.A.K. Gladney.
Saya mengajar Nazisme Lanjutan di College-on-the-Hill.
Jadi awak akan faham,
malulah jika saya tak bercakap bahasa Jerman.
Sebab itu saya pakai kaca mata hitam, tapi
jangan buat penilaian.
Awak tentu dah tahu,
ada masalah dengan belakang lidah dan lelangit saya.
Lagipun saya wajibkan pelajar saya belajar minimum setahun bahasa Jerman.
Ini perlu demi Persidangan Hitler.
Ia akan berlangsung di College-on-the-Hill pada musim bunga,
dan cendekiawan dari seluruh Jerman akan hadir.
No comments yet. Be the first to leave one.