200 rreshtat e parë.
THE SEVEN DEADLY SINS GRUDGE OF EDINBURGH
KERAJAAN LIONES, UTARA BRITANNIA
- Bagaimana? - Rasa itu berkesan kepada saya?
Kamu berdua…
Ayuh!
Awak memang pandai berlawan.
Awak pun sama.
Itu sudah pasti.
Lagipun, ayahanda saya Meliodas daripada Tujuh Pendosa!
Jika begitu, tentu awak kenal ayahanda saya.
Ini amat menyeronokkan!
Amat menyeronokkan
sampai jantung saya tak berhenti berdegup!
Apa terjadi? Kepala saya…
Darah saya mendidih.
Hei!
Putera Tristan!
Putera Tristan!
Dia tiada di halaman!
Tiada di sini juga! Saya geledah setiap inci kamarnya!
Putera Tristan!
Kami dah cari di dalam dan luar istana, tapi tak menemuinya!
Apa patut kita buat, Raja Meliodas?
Alahai.
Dia dah buat lagi, ya?
Saya kagum.
Kemahiran menunggang kuda awak memang hebat.
Terima kasih sekali lagi atas latihan awak, Gowther.
Nampaknya saya tak perlu ajar awak apa-apa lagi.
Masih banyak yang saya mahu belajar daripada awak!
Berapa lama awak merancang untuk tinggal di istana?
Untuk seketika.
Apa pun, Tristan.
Awak betul-betul ada masa untuk bersiar-siar dengan saya?
Kapten… Tidak.
Ayah awak menunggu awak, bukan?
Tentulah saya ada masa.
Benarkah?
Ada sesuatu mengganggu awak?
Tiada apa mengganggu saya.
Hei…
Sesiapa! Tolong!
Apa terjadi?
Apa agaknya?
Mari kita lihat!
Cepat!
Awak tak apa-apa?
Bertahanlah!
Apa terjadi?
Putera Tristan!
Tayar tiba-tiba longgar.
Dua orang di dalamnya…
Bertahanlah. Awak sakit bahagian mana?
Lelaki di depan awak alami kecederaan otot ekstensor karpi radialis longus.
Satu lagi retak rawan kosta
pada belah kanan dan proses xiphoid.
Kita kena bawa kepada Hendrickson…
Faham!
Hei! Bagaimana keadaan awak?
Rasa sakit dah hilang.
Saya tak sangka!
Begitu.
Jadi awak ada kuasa sama macam ibu awak.
Selamat menjamu selera.
Kamu boleh pergi sekarang. Terima kasih.
Baik.
Tak boleh kalahkan meja selesa untuk makan malam!
Jika tak, tak seronoklah.
Jadi kenapa kamu terlepas kelas tadi?
Ada kemalangan di pekan.
Saya membantu orang yang cedera.
Itu mengarut.
Kamu keluar menunggang bersama Gowther.
Tapi saya memang membantu orang.
Jadi semalam pula?
Hendy ajar saya cara menyediakan ubat.
Saya boleh sembuhkan kecederaan,
tapi saya tak boleh sembuhkan penyakit macam bonda.
Juga…
Sejak bila kamu jadi ahli farmasi, Tristan?
Bukankah impian kamu
menjadi Kesateria Suci dan hapuskan orang jahat?
Ya, semasa saya kecil!
Kamu masih budak-budak.
Ayahanda takkan faham perasaan saya!
Saya minta diri.
Tristan!
- Tolong! - Awak tak apa-apa?
Apa itu?
Kuasa awak itu?
Saya yang buat begini?
Apa terjadi di sini?
Putera Tristan…
Biarkan saya! Saya tak apa-apa.
Saya tak berniat buat begini!
Maafkan saya!
Tristan!
Bonda!
Apa yang mengganggu kamu?
Tak mengapakah tak jadi Kesateria Suci yang melawan kejahatan, bukan?
Salahkah menjadi Kesateria Suci yang membantu orang dalam kesusahan?
Pemikiran yang indah.
Bunyinya sesuai untuk kamu.
Betul, bukan?
Berlawan bukan satu-satunya tugas Kesateria Suci, bukan?
Tapi Tristan,
jika tiba masanya perlu berlawan untuk membantu seseorang,
kamu akan buat apa?
Ayah kamu lebih tahu tentang ini berbanding dengan orang lain.
Jika ada sesuatu mengganggu kamu, kamu patut bercakap dengan ayah kamu…
Selamat malam.
Tris…
HUTAN ALPA
Bedebah!
Itu makhluk apa?
Lepaskan saya!
Gandf!
Kita patut buat apa?
Mereka memang teruk!
Mereka dapat ayah…
Hei!
Hei! Jangan menangis atau mereka akan tahu…
Mereka dah temui kita.
Itu isyarat untuk kita pergi.
Lari dengan kelajuan penuh!
Saya tersekat!
Siapa buat begitu?
Entah siapa awak, tapi kami berterima kasih!
Jadi khabar angin itu benar.
- Siapa awak sebenarnya? - Khabar angin apa?
Baru-baru ini, satu kumpulan aneh
telah menyerang masyarakat Gergasi dan Pari-Pari di merata tempat
serta membawa mereka pergi ke suatu tempat.
Mereka akan bawa ayah dan yang lain pergi juga?
Kemungkinan besar.
Kita perlu selamatkan mereka segera!
Jangan jadi gila.
Mereka terlalu ramai.
Kamu sendiri akan tertangkap.
Tapi Recela akan…
Ayah…
Mereka dah tahu.
Sekarang, kita kena pergi dari sini.
Kemudian boleh fikir tentang misi menyelamat.
Tunggu!
ISTANA EDINBURGH
Lepaskan kami!
Bebaskan kami!
Lepaskan kami!
Sesiapa!
Lepaskan kami, sekarang!
Bebaskan kami!
Bebaskan kami!
Apa awak nak buat dengan kami?
Perlahankan suara.
Seperti yang diminta, saya akan lepaskan kamu sekarang.
Jangan fikir awak akan terlepas, Manusia!
Hei, Syaitan pun ada di sini?
Apa terjadi?
Tongkat Huru-Hara,
tunjukkan kuasamu!
Dengar sini, kaum yang berani menentang Puak Manusia.
Mulai hari ini,
kamu dilahirkan semula.
Kini, kamu hamba saya yang setia!
Bagus.
Paderi, inilah masanya.
Sebaik saja persiapan selesai, laksanakan rancangan itu.
Menurut perintah.
Tentera Kosong!
Kamu akan terus membawa kembali
semua kaum bukan Manusia dari seluruh negara.
Hari pembalasan dendam saya semakin hampir.
Mereka akan jadi yang pertama merasainya!
Putera Tristan!
Ada kecemasan! Mesti bangun sekarang!
Sekejap saja lagi.
Ratu Elizabeth dalam masalah!
Apa terjadi?
Ratu rebah!
Tak guna!
Putera Tristan!
- Bonda! - Elizabeth!
Kekal bersama saya!
Putera Tristan…
Kenapa dengan bonda?
Apa terjadi?
Dia tiba-tiba sakit pagi tadi
dan tak sedarkan diri.
Dia sihat saja malam tadi.
Hendy! Dia sakitkah?
Saya dah berinya macam-macam ubat,
tapi tiada yang berkesan.
Saya syak ini sejenis sihir
dan ia amat kuat.
Tapi siapa dalangnya dan kenapa?
Tak bolehkah rawat dengan salah satu sihir Druid awak?
Saya dah cuba, tapi tak berjaya.
Sihir Ratu Elizabeth boleh mengungkai sumpahan itu dengan mudah,
tapi apabila dia dalam keadaan ini…
No comments yet. Be the first to leave one.