200 rreshtat e parë.
~~TERJEMAHAN OLEH HAN~~ MYPANDASUBS TEAM
~~EDITOR OLEH AGENT_K2~~ MYPANDASUBS TEAM
~~EDITOR OLEH AGENT_K2~~ MYPANDASUBS TEAM
Selamat hari lahir!
Selamat hari lahir!
Selamat hari lahir So Yoon sayang...
Selamat hari lahir!~
Di umur aku 9 tahun,
Aku sebenarnya telah belajar benda baru.
- So Yoon. - Ya?
- Kamu kena buat hajat dulu. - Ah! Betul.
Sebelum meniup lilin, kita patut buat hajat dulu.
Selamat hari lahir Ji Ho sayang...
Selamat hari lahir...
Mari makan.
Walau bagaimanapun, dalam rumah yang dikuasai oleh kaum lelaki...
Selamat hari lahir kakak...
Anak perempuan tak mungkin akan ada peluang...
Mari semua makan.
Untuk buat hajat.
Mari semua makan.
Mari semua makan.
Selamat hari lahir Ji Ho!
Selamat hari lahir!
Apabila dah menginjak usia 20 tahun, akhirnya aku dapat juga buat hajat pertama dalam hidup.
Tahniah!
Setiap tahun, hasrat aku tetap sama.
Tolong...bantu aku jadi Penulis yang hebat.
10 tahun kemudian...
Aku benar-benar jadi seorang Penulis.
- Saya nak bercerai. - Apa yang awak cakapkan ni Soo Hee?
- Tolonglah... - Saya dah selesai bercakap. Selamat tinggal.
Aku sebenarnya Penolong Penulis melodrama.
Selama 5 tahun aku jadi Penolong Penulis.
Aku ada pengalaman yang cukup untuk menulis baris terjemahan yang hebat, tapi...
- Mak Jah! - Terkejut aku.
Apa yang kau buat?
Saya diberitahu untuk bersihkan...
pakaian bayi ini.
Bagi pada aku.
Keluar! Jangan berani masuk ke dalam bilik aku lagi!
Anakku...
Aku takkan maafkan kau,
Oscar.
(Gincu merah baldu, 3 kali diguna pakai oleh pelakon utama)
Bahagian paling penting dalam kerjaya aku adalah untuk mengumpul dana.
Tuan, apa yang tuan buat kat sini di waktu begini?
Aduhai!
Berani kau tak dengar arahan aku?
Keluar dari rumah aku!
Baiklah, saya akan pergi.
Tapi, tuan akan menyesal selamanya kerana halau saya.
Hoverboard - Sejenis alat mainan meluncur di jalan
Akhirnya,
Aku bebas!
Bukan salah saya kalau banyak sangat berlaku pertukaran produk.
Kalau awak tak gunakannya secara keseluruhan,
Tak perlulah saya paksa mereka dalam satu episod.
Apa?
Saya tak tahu! Berhenti telefon saya.
Kerja dah la makin bertimbun.
Ah..Selepas cium, sepatutnya perempuan tu tampar suaminya.
Atau sepatutnya dia tampar dulu kemudian cium? Tak tahulah aku...
- Puan Penulis. - Ya?
- Saya dah upload draf akhir. - Ok.
Saya gunakan ginseng merah, alat solek,
dan lain-lain lagi, semuanya sekali.
Bagus, baiklah.
Puan Penulis, saya balik dulu ye.
Okey, ke mana?
- Oh, nak balik dah ke? - Ya.
Baik. Terima kasih atas kerja awak.
Dah sebulan ke?
Tak, dah 3 bulan.
Dah lama kan?
Baik. Awak kata awak tinggal di Gangdong-gu, kan?
Gangseo-gu.
Seo-gu?
Betul, awak ada beritahu.
Awak tinggal bersama kakak, kan?
Dengan adik lelaki saya.
Siapakah dia?
Baiklah, awak boleh pergi.
Saya akan jumpa puan semula di parti akhir drama nanti.
Sinaran mentari.
Ya, Ji Ho.
Di mana lagi? Nak balik rumahlah.
Dah 3 bulan.
Kalau aku dah sampai di rumah nanti, aku nak mandi air panas,
Aku akan berselubung di atas katil rumah aku...
Kemudian nak tidur mati.
Ji Seok, si budak tu tengah buat apa?
Kalau ya pun dia nak lepaskan diri, sekurang-kurangnya dia patut ambil kakak dia.
Kau lebih-lebih pulak, baiklah.
Itu pun aku bersyukur sangat dia tak bakar rumah.
Apa pun, balik nanti terus terjun ke katil dan tidur.
Jangan nak mengemas atau nak basuh baju pulak.
- Dan, jangan jawab panggilan Ho Rang. - Kenapa?
Mereka bergaduh balik. Dua jam jugak mereka bergaduh.
Faham. Baik.
Kakak dah sampai.
Serius la? Seluar dalam...
Yoon Ji Seok, kakak dah balik ni.
Ya, Ji Ho.
Sejujurnya, dia takkan berani...
mulakan perbualan dengan aku tujuh tahun yang lalu, kak.
Dulu dia nampak macam beruang, dan aku yang tukar dia jadi manusia berguna...
Apa! Sekarang dia nak tinggal dengan neneknya?
Itu dah melampau.
Kau boleh ketawa pulak, Ji Ho?
Tak lah.
- Tak lah. - Cik Yang.
Ji Ho, aku kena pergi sekarang. Aku akan cerita lebih teperinci nanti.
Ok.
Cerita lebih terperinci nanti?
Aku ada ke baju dalam warna ni?
Ini bukan saiz aku ni.
Yah, Yoon Ji Seok!
Aku dah balik, tak nak tanya khabar kakak dia ni.
Dengan pasang muzik kuat-kuat, rumah dah macam tongkang pecah gamaknya!!!
Kakak nak kau basuh tuala dan seluar dalam kau sekarang jugak!
Main game lagi ke?
Kak Ji Ho!
- Mata aku! - Tak.. tak.
Tunggu, tunggu, tunggu! Kak! Kak!
Kak!
Sekejap! Kak!
- Jangan ikut aku! - Kak!
- Jangan ikut aku! - Sekejap!
- Jangan ikut aku lah! - Tunggu sekejap!
- Kak! Tunggu. sekejap. - Pergilah!
Kak, kak ok?
Luka tak? Kak terseliuh ke?
Yah, Ji Seok, kak ok je.
Kak betul-betul nak bersendirian sekarang.
Jadi k-kau boleh sambung apa yang kau dah buat.
Sambung apa?
Jomlah balik sekarang. Kak kena jumpa dia.
Jumpa siapa? Perempuan yang berbogel tu?
Tak, tak nak.
Tak apa.
Aaa..Kak kena jumpa seseorang. Kak hampir lupa.
Teruklah ingatan kak.
Kak balik lambat harini,
Jadi kau enjoylah dengan dia puas-puas sebelum kak balik.
Baik. Kak pergi dulu.
Dahlah.
Dia takkan pergi mana-mana. Dia duduk kat sini.
- Kenapa? - Dia...
Dia isteri saya.
Sejak bila?
Dah empat bulan.
Tak lama lagi kak akan jadi mak saudara.
Kak akan jadi makcik. Dia dah hamil.
Tiada siapa yang sedar,
hari ini sebenarnya...
adalah ulang tahun ke-30 aku.
Episod 1: "Kerana Ini Adalah Hari Lahir yang Ke-30 aku"
Mesti jadi masalah kan, abah.
Abah?
Tak langsung.
Kamu tak letih ke, anak?
"Anak"?
Abah yakin kamu dah dengar perkara ni dari Ji Seok,
Tapi abah tak dapat nak bagitahu kamu sebab kamu sibuk bekerja.
Bagaimanapun, kerana kita semua satu keluarga,
gunakan tandas secara adil dan beri giliran pada yang lebih memerlukan.
Berbaik antara satu sama lain, dan hidup bersama dengan baik, okay?
- Tinggal bersama? - Tinggal bersama?
- Ketiga-tiganya? - Kenapa? Tak boleh ke?
- Tak mungkin! - Mana boleh!
- Mereka baru berkahwin! - Kami baru berkahwin!
Jadi, apa yang kamu nak abah buat!
Hei, mestilah Ji Seok yang kena keluar.
Kau jugak bayar belanja harian dan penyelenggaraan.
Berani-berani dia suruh kau keluar, dengan dia cuma pelajar tanpa bekerja?
Hei, rumah tu didaftarkan bawah nama kau.
Takkan timbul sebarang isu sebab ia sah disisi undang-undang.
Rumah?
Nama Ji Seok.
Apa? Macam mana tu?
Kau bayar deposit sementara kan? Masa ayah kau beli rumah tu dulu.
Kau mana tahu apa-apa sebab waktu tu kau ada kat Amerika.
Di Korea bila mak ayah beli rumah untuk anak lelaki dan anak perempuan,
Secara automatiknya rumah tu milik anak lelaki.
Macam kita berkorban untuk keturunan kita...
Dan juga untuk upacara nenek moyang selepas mak ayah tiada.
Ji Seok bertanggungjawab untuk teruskan zuriat keluarga mereka.
Ayah dia takkan ambil kira berapa banyak yang dia dah bayar.
Hei! Kolot gila otak tu.
Ji Ho.
Kau jugak kena mengandung malam ini.
Bangun, kita akan pergi ke kelab.
Kau kena mengandung untuk buktikan yang kau pun akan berkeluarga jugak.
Okay.
Kau main game lagi, kan?
Sekejap.
Boleh tak kau tak sebut benda yang macam ni depan aku sekarang?
Aku sebenarnya...
tengok Ji Seok buat.
No comments yet. Be the first to leave one.