200 rreshtat e parë.
SEBUAH SIRI NETFLIX
8 TAHUN SELEPAS PENAKLUKAN CONSTANTINOPLE
Kenapa?
Mehmed.
Ibu Mara, apa awak buat di sini pada waktu begini?
Cari awak.
Berapa lama awak tak tidur?
Dua, tiga hari?
Entahlah.
Apa masalah awak?
Saya nampak Vlad.
Di sini? Di istana?
Tidak.
Dalam mimpi.
Mimpi buruk.
Ini menggilakan.
Kenapa kamu buat begini?
Kamu musnahkan keluarga saya.
Tidak! Saya lindungi kamu macam abang.
Tipu!
Kamu cuma ambil hak saya.
Tiada lagi!
Kebencian membutakan kamu, Vlad.
Pergi dan saya akan lepaskan kamu.
Riwayat kamu tamat di Wallachia.
Kamu akan mati sendirian.
Ahli Sufi kata mimpi saya adalah penglihatan masa depan.
Harap ini bukan petanda.
Lapan tahun selepas penaklukan epik Constantinople oleh Mehmed II,
dia tidak dianggap sebagai budak lagi.
Sekarang, Mehmed ialah pemerintah paling berkuasa di Timur,
dan yang paling ditakuti di Barat.
Ada logiknya Eropah bimbang tentang dia.
Dia menepati ramalan Nabi Muhammad.
Dia menakluki bandar ini, yang orang fikir tak mampu ditakluki,
dan dia menewaskan Empayar Rom.
Dia mula mengalihkan pandangan ke atas
Rom pertama, Rom asal.
Ada pelawat dari Itali yang datang ke istana Mehmed
yang bercakap tentang kemahuan beliau untuk mara
ke barat seperti Alexander Agung yang maju ke timur.
Jadi, Itali sentiasa dalam agenda.
Selepas penaklukan Constantinople, Mehmed terima gelaran Kayser-i Rum,
Caesar bagi orang Rom,
jadi niat dia tidak diragukan lagi.
Sebagai persiapan buat rancangan untuk mara ke barat,
Mehmed mengumpul ramai perisik di seluruh kawasannya di Eropah.
Tuanku, Rom memaklumkan bahawa
Paus sedang memulakan penentangan terhadap awak.
Dia gelar awak "Naga Merah Hari Kiamat."
Ular Florentine. Minta maaf segera.
Ejekan kanak-kanak daripada lelaki bertopi dungu.
Kedudukan mereka agak jelas.
Jika awak serang Eropah, semua Kristian akan bangkit menentang awak.
Seperti di Constantinople.
Siapa yang akan mengetuai tentera Kristian yang kuat menentang saya?
Tiada pahlawan hebat antara mereka sejak kematian Hunyadi.
Ada seorang pemerintah yang mencuri perhatian Paus sekarang.
Dia berlagak tahu tentang cara melawan orang Uthmani dan menang.
Pasti pemerintah ini bernama.
Vlad Dracula.
Saya mengajar Vlad cara berlawan semasa dia kecil.
Dia berani,
tapi dia tak cukup kuat untuk memulakan perang antara kita.
Awak dah sahkan maklumat ini?
Wazir Agung, itu cuma khabar angin buat masa ini.
Tapi baru-baru ini Putera Vlad melawat raja di Buda.
Putera sepatutnya pilih kawan dengan lebih berhati-hati.
Dibesarkan di Uthmaniyah bersama Mehmed
Vlad Dracula ialah seorang voivode, atau pemerintah Wallachia,
sebuah negara hamba dan sekutu Uthmaniyah
yang terletak di Romania sekarang,
tapi kerajaan yang terkenal beralih kesetiaan
antara orang Uthmani dan Hungary.
Pada dasarnya mengikut kehendak orang Uthmani dan Hungary
dari segi penguasa.
Vlad Dracula satu watak yang amat menarik,
dia terjebak antara dua kuasa besar ini.
Ada Empayar Uthmaniyah melalui Balkan
dan ada orang Hungary.
Mereka juara Eropah Katolik, dan
mereka nak Dracula kekal sebagai pelindung antara Uthmaniyah.
Dia sangat sukar dikawal, tapi tetap penting bagi mereka.
Dia orang jahat.
Dia tidak disukai.
Dia orang yang boleh dipakai
sebab reputasinya dalam perang bersesuaian,
dan dia antara yang ditakuti zaman itu.
Dia menentang orang Uthmani, Hungary dan Moldavia.
Semua orang ditentangnya.
Dia dianggap oleh penduduk Romania
sebagai salah seorang voivode teragung.
Kini, dia dikenali sebagai Dracula, puntianak yang dahagakan darah
oleh seorang lelaki Ireland abad ke-19 yang mempunyai masa
untuk menulis novel
kerana Vlad suka menyula orang.
Vlad Dracula sebenar, juga dikenali sebagai Vlad Tepes, "Si Penyula,"
memegang takhta di Wallachia pada tahun 1456
bertarung dan membunuh pendahulunya
dan memenggal kepala pesaing lain yang memaksa dia menggali kubur sendiri.
Vlad sangat dahagakan darah dan kejam, walaupun pada zaman pertengahan.
Dia hidup dalam masyarakat perang.
Jadi membesar dalam keadaan yang teruk sebegini,
membentuk personaliti dia yang gelap.
Semasa perebutan kuasa yang getir
dengan kelas pemerintahan Wallachia dan pemberi takhta, bangsawan,
Dracula menganjurkan jamuan Easter
untuk menyelesaikan masalah dengan pesaing politiknya.
Saudara yang saya hormati,
isteri saya, Anastasia dan saya berbesar hati meraikan Easter bersama kalian.
Seperti Christ yang dibangkitkan,
Begitu juga dengan tuah di Rumah Drauculeşti
yang dikembalikan,
dengan membawa Wallachia yang makmur dan merdeka.
Kejayaan ini buat kita.
Kita dihormati Hungary.
Kita juga takkan bayar cukai sultan lagi.
Tuanku, kita mesti bijak.
Perdagangan kita banyak dengan Uthmaniyah
dan kita senang dilindungi tentera sultan.
Ini suatu perayaan.
Akan ada masa untuk politik.
Nanti.
Kepada suami saya, Putera Vlad.
Hidup Putera Vlad!
Kepada Tuhan,
takdir,
isteri tercinta,
dan semestinya, kalian.
Kalian si licik, bangsat pengkhianat.
Kalian musuh sebenar Wallachia.
Fikir saya lupa cara ayah dan abang saya dikhianati?
Bersekongkol dengan musuh saya dan hidup senang!
Dimitrie, pastikan pengajaran ini sesuai dengan tetamu kita.
Ya.
Setiap bangsawan dan isteri mereka dibawa keluar.
Mereka disula.
Malangnya, kita tahu terlalu banyak tentang cara penyulaan.
Ia tak menyenangkan.
Tolong saya! Saya akan beri cincin saya. Tolonglah.
Satu kaedah pembunuhan yang kejam.
Ambil sebatang pancang atau alatan tumpul dan jolok ke dalam alat sulit mangsa.
Tidak!
Kemudian gunakan tukul
sampai ia terkeluar melalui bahu.
Dan jika dapat pembunuh utama,
dia akan mengelak organ penting
kemudian dipacakkan dan dibiarkan mati.
Pembunuh utama ini ialah Vlad.
Secara munasabahnya, tentang pembunuhan beramai-ramai Easter,
ada bukti konspirasi yang mereka akan menggulingkan dia.
Dia telah saksikan semua persaingan dan perancangan
yang bertujuan untuk bunuh penguasa yang adil dan mengenakan orang lain.
Ayah Vlad dibunuh oleh bangsawan.
Abangnya, Mircea diseksa dan dikebumikan hidup-hidup oleh bangsawan itu.
Saya tak rasa dia gila.
Ia cuma politik.
Inilah masanya
dia mula membina reputasinya sebagai, "Vlad Si Penyula,"
dan dia betul-betul buat seperti namanya.
Jadi ini sebahagian daripada identitinya sebagai pemerintah
dan teknik untuk mengekalkan kawalan.
Jika dia boleh tunjukkan yang dia paling
kejam walau bertubuh kecil,
sekali pun ada yang lebih besar, dia tidak akan diganggu.
Jadikan ini amaran kepada musuh kita,
saya tidak akan tunduk.
Mayat-mayat tersusun sehingga ke Târgovişte dan
gosip tentang pengkhianatan Vlad
menghantar penentangan dan mesej yang sangat peribadi kepada Mehmed II,
kesetiaan Dracula kepada teman sepermainannya semakin goyah.
Permusuhan antara Mehmed dan Vlad semakin ketat disebabkan oleh
adik Dracula, Radu.
Juga dibesarkan di istana Uthmaniyah,
tapi masih menjadi sebahagian daripada orang sultan.
Saya terima berita buruk daripada pengintip Itali.
Banyak maklumat Florentine.
Abang awak beritahu Paus yang dia boleh kalahkan saya dalam pertempuran.
Ada orang cakap dia sertai Perang Salib yang disokong Hungary.
Macam ayah awak.
Vlad bukan ayah saya.
Tak, dia lebih berbahaya.
Lagi mudah jika awak yang memerintah Wallachia, bukan dia.
Dia sukar dijangka.
- Awak pula, Radu… - Mudah dijangka.
Vlad suka bercakap gah,
tapi cuma cakap.
Mungkin.
Ada dia hantar surat?
Tak buat masa ini.
Mungkin di Eropah, ada yang nampak kesabaran saya
sebagai kelemahan dan jadi berani.
Tak boleh jadi.
Vlad sudah lupa diri dan
saya takkan biar dia halang rancangan di Barat.
Vlad bersumpah atas nama awak, Mehmed.
Dia cuma mencari perhatian.
Dan sekarang dia memilikinya.
Dia ada di atas takhta hari ini kerana perlindungan saya .
Dia bebas menguruskan negara dia kerana saya.
No comments yet. Be the first to leave one.