172 rreshtat e parë.
DITULIS OLEH HYUUGA NATSU
‎KISAH INI FIKSYEN DAN SEMUA NAMA TOKOH ‎DAN ORGANISASI IALAH REKAAN.
‎KISAH INI TIADA KAITAN DENGAN INSIDEN ‎DAN PERISTIWA HIDUP SEBENAR.
MANISAN
Ini berapa?
Apa semua ini, Nenek?
Pesanan daripada Maomao.
Lagi?
Nampaknya ia akan bawa banyak untung.
Hantar seperti diarah.
Faham.
Cantiknya.
Saya ingat nak pamerkan ia dalam bilik saya.
Awak sihat hari ini?
Ya.
Selepas parti taman itu, Tuan Shishou memohon penambahan orang gaji.
Tapi dengan orang gaji seramai ini…
Ya.
Ini akan menyukarkan cik puan lain pertahankan maruah mereka.
Apa khabar,
Cik Puan Loulan.
- Awak cari sesuatu? - Tidak.
Kalau cari Maomao, dia di klinik.
Musim bunga telah tiba.
Apa awak sedang buat?
Apa maksud awak dengan "apa"?
Saya sedang buat minyak wangi.
Saya kemas pejabat perubatan dan terjumpa peralatan penyulingan.
Ini lebihan ros yang saya sediakan semasa buat ros biru tempoh hari.
Kuat juga baunya.
Berbanding ros liar, ia tak cukup kuat. Ada apa-apa awak perlukan?
Dengan bau sekuat ini, sesiapa saja pasti nak tahu.
Buat ini di sini agak sukar dibanding di Astaka Jed.
Betul, tapi
ada minyak wangi yang boleh menyebabkan kandungan gugur.
Tapi, saya tak rasa ia akan jadi masalah melainkan ia terlalu kuat.
Jadi, adakah minyak wangi digunakan di istana belakang perlu dikawal selia?
Tak, ia tak sepatutnya jadi masalah.
Doktor penipu itu baik, tapi terlalu banyak mulut.
Saya belum boleh biar sesiapa tahu tentang kehamilan Cik Puan Gyokuyou.
Itu apa pula?
Saya sedang menyuling alkohol.
Kalau suling ia beberapa kali, ia akan jadi lebih kuat.
Awak nak minum?
Ia untuk membasmi kuman.
Di Astaka Jed di mana tuan puteri berada,
saya nak pastikan ia sebersih mungkin.
Awak boleh buat begitu?
Awak boleh rendam kain di dalam ini
dan guna ia untuk membersihkan, selain kegunaan lain.
Banyak awak tahu.
Di Barat, mereka guna begitu, bukan?
Saya percaya ayah angkat awak…
Bagasi awak dah tiba.
Apa ini?
Itu sesuatu untuk gadis muda ini…
Tuan Jinshi, saya akan sediakan teh, jadi jemput duduk.
Apa di dalamnya?
Ini hanya kiriman kecil daripada keluarga saya, tiada apa yang istimewa.
Daripada keluarga awak?
Menyakitkan hati betul!
Ia hanya pakaian dalam.
Begitu.
Tapi untuk dua orang lelaki membawanya,
pakaian dalam ini diperbuat daripada apa?
- Aduhai. - Apa?
Masalah di istana belakang ialah
kekal sebagai anak dara itu suatu kewajipan.
Kebanyakan pembantu wanita di istana belakang ialah anak dara.
Walaupun mereka disukai oleh Maharaja,
jika mereka buat salah kerana jahil, ia menyedihkan.
Mereka perlu belajar lebih awal.
Jadi, awak sediakan ini untuk mereka?
Jika anda tertanya-tanya ini buku apa, ia buku yang ini.
Saya minta ia dihantar ke pejabat perubatan supaya Hongniang tak tahu.
Saya pesan untuk Maharaja memandangkan baginda suka membaca.
Saya juga pesan lebih dengan harapan untuk meluaskan pasaran,
tapi mungkin masanya tak sesuai.
- Aduhai. - Ini…
Ia dibuat dengan agak cantik.
Ia dibuat dengan kertas bagus.
Saya ingat dia nak kritik tadi.
Buku seperti ini kadangkala dijadikan sebagai mas kahwin.
Mereka yang tak boleh membaca juga boleh nikmati lukisannya,
jadi ada permintaan untuk ini.
Adakah ia cetakan kayu?
Tidak, ia dicetak dengan plat logam, bukan blok kayu.
Itu mengagumkan.
Ya! Memandangkan ia produk yang bagus,
saya rasa ia patut dilihat oleh lebih ramai orang.
Tapi, ini perkara berbeza.
Kalau awak suka, awak patut simpan satu.
Tak, bukan begitu. Mana ada saya fikir begitu!
Kali ini nampaknya saya akan biarkan.
Yakah?
Beritahu saya nama kedai di mana ini dijual.
Saya dah cakap, bukan begitu! Saya cuma nak tahu bagaimana mereka cetak.
Ya, saya faham.
Nama kedai itu, bukan?
Xiaomao!
Kenapa?
Saya rasa subjek lucah mungkin perlukan penapisan.
Tapi Maharaja cakap yang sebelum ini tak cukup.
Tak dibenarkan.
Nenek dah begitu bekerja keras pilih.
Di bawah bunga indah yang mekar,
apa yang saya cari?
Hei, awak rasa apa yang ditanam di sini?
Najis kuda?
Tengok, sebab awak tamak sangat.
Semuanya salah awak, Maomao!
Novel ini begitu popular sekarang!
Awak boleh membaca, Xiaolan?
Saya tak boleh membaca.
Tapi, mereka yang boleh baca, bacakan untuk orang lain.
Saya tak sabar nak tunggu apa yang berlaku selepas ini!
Kalau orang gaji yang tak boleh membaca pun bercakap tentangnya,
ia pasti sangat popular.
Saya dah balik.
Apa itu?
Maharaja edarkan kepada semua gundik baginda.
Baginda minta kita kongsi dengan yang lain sebaik selesai membacanya.
Maomao, nak baca?
Nampaknya ia sama dengan novel yang Xiaolan kata.
Novel yang popular?
Ia tak dianggap berkelas tinggi antara kelas atasan, tapi…
Tapi kenapa baginda…
Tanda ini. Ini yang saya tunjuk kepada Tuan Jinshi tempoh hari.
Untuk sebuah novel, kualitinya layak untuk dijadikan hadiah kepada Maharaja.
Kalau semua gundik dapat satu salinan,
pasti ada sekurangnya 100 cetakan.
Tuan Jinshi mungkin memintanya daripada Maharaja.
Saya patut dapat komisen untuk ini.
Tapi kenapa?
Kenapa edar sesuatu dianggap tak senonoh kepada gundik dibesar dengan baik?
Saya tahu ini pasti ada kaitan dengan politik,
tapi pasti dia sedang rancang sesuatu.
Dah habis baca.
Saya nak cepat baca yang seterusnya.
Tuan Gaoshun kata
apabila yang baharu keluar, dia akan edarkan lagi.
Kenapa?
Bukankah kita sahaja orang gaji yang berkhidmat di Astaka Jed?
Rasa membazir bila kita sahaja
boleh nikmati sesuatu yang dihadiahkan oleh Maharani.
Tapi, kita tak boleh beri kepada orang luar istana.
Kita perlu jaga dengan teliti.
Kalau hilang, ia akan jadi masalah.
Betul.
Kalau tak boleh pinjamkan buku itu,
apa kata salin dengan tangan?
Lukisannya mungkin agak sukar,
tapi Ailan, tulisan awak cantik.
Ia tak sepatutnya jadi masalah.
Awak rasa begitu?
Awak sanggup buat begitu?
Yinghua, jangan cakap begitu.
Kalau ini selari dengan niat Tuan Jinshi, ini mungkin jawapan yang betul.
Kalau buku tersebar ke seluruh istana luar,
lebih ramai akan cuba belajar untuk membaca.
Lebih bagus kalau ia novel popular.
Semasa saya jadi orang gaji Tuan Jinshi,
saya ditanya soalan ini.
Apotekari, bagaimana nak tingkatkan kadar celik huruf wanita dalam perkhidmatan?
Apa pun, jauh dia berpusing untuk capai matlamat itu.
Hei, Maomao!
Saya nak awak ajar saya membaca dan menulis!
Kenapa?
Gadis yang bacakan novel untuk saya dah banyak kali baca,
dan sekarang suara dia dah hilang.
Dia buatkan salinan buku itu untuk saya,
tapi saya tak boleh membaca.
No comments yet. Be the first to leave one.