200 rreshtat e parë.
Helo?
Ya, Tuanku, apa khabar?
Ya, helo.
Saya hubungi awak dari talian selamat.
Dia mempunyai suara yang amat tenang, terkawal dan mesra.
Saya baru hantar dokumen sulit kepada awak.
SULIT - MENTERI
Menteri Le Drian mahu mengatur sebuah sidang video.
Saya nampak di skrin Encik Le Drian di depan saya.
Saya tak tahu jika ia benar atau tak.
Menteri memberitahu saya, "Saya perlukan banyak duit."
4.8 juta.
Awak menerima bayaran sebanyak 886,000 euro.
Saya rasa antara 300 ke 400 ribu euro, tak lebih dari itu.
5.8 juta.
Ini amat penting awak bayar dengan segera.
Penipuan hebat yang berjaya memeras lebih 80 juta euro.
Dalang yang didakwa untuk operasi ini,
Gilbert Chikli, Raja Penipuan.
Dia ada sesuatu dalam suaranya yang boleh memujuk orang.
Ia seperti untuk pelakon hebat, artis hebat.
Sama ada ia berkesan atau tidak.
Pencapaian terkini dia, menyamar
Jean-Yves Le Drian.
Keberanian luar biasa mencuba segalanya.
Ia menjadi seni, bukan penipuan.
Teater.
THE MASKED SCAMMER
Biar saya perkenalkan diri saya. Nama saya Gilbert Chikli.
Saya tak fikir saya kejam atau jahat,
tapi akhirnya, semua akan menghakimi saya
sebab Gilbert Chikli bukan orang yang anda sangka.
Saya dilahirkan di Paris, di kampung kecil bernama Belleville.
Pada masa itu, kami tinggal dalam sebuah bilik sangat kecil.
Dari segi kewangan kami tiada apa-apa langsung,
dan saya tak dapat menerimanya.
Saya seorang budak yang sangat pandai dengan satu obsesi,
untuk cuba mengurangkan kesengsaraan keluarga saya.
Dalam dunia ini, hanya ada ruang untuk orang bijak.
Tolong alih kerusi sedikit ke kanan? Ya, sedikit saja.
- Bagus dan… - Saya nampak teruk.
Awak orang bagaimana, Shirley?
Itu satu misteri.
Itu satu misteri.
Saya nak kulit perang.
Kurus, lebih kurus. Kalau tidak, bencana nanti.
SHIRLEY BEKAS KAWAN DAN RAKAN SUBAHAT
Wang mengujakan.
Wang beri adrenalina, mengujakan saya.
Saya tak bangun jika bukan kerana wang.
Tentu ada wang di mana pun.
Awak seorang penjenayah?
Saya, penjenayah? Tidaklah.
Sebaliknya, saya bidadari. Saya buat perkara baik dengan wang.
Jadi, dengar.
Saya bercakap benar.
Beritahu saya tentang hubungan awak dengan Gilbert.
Dia beri saya cincin ini semasa saya berumur 25 tahun, saya masih ada.
Tidak, saya tak nak tunjuk, nanti saya disumpah.
Pada tahun 90-an, saya berada di Paris,
saya bekerja di sebuah syarikat pengiklanan
membuat iklan palsu.
Itu dikira sebagai penipuan,
tapi saya tak peduli,
sebab saya pujuk mereka melalui telefon untuk mendapat wang.
Saya selalu bersama orang yang pandai mendapat wang dengan mudah.
Semasa saya jumpa Gilbert, saya berumur 20 tahun.
Seperti biasa saya berada dalam kereta, saya memandu,
dan dalam kesesakan lalu lintas seperti semua orang, melihat sekeliling.
Tiba-tiba saya bertentang mata dengan Gilbert Chikli.
Dia bertentangan mata dengan saya.
Wah.
Kami terus serasi.
Dia seorang akal pintar dan tahu mendapat wang.
Saya selalu hidup dalam kemewahan, sangat "kaya".
Namun Gilbert dari Belleville.
Itulah kenapa kami serasi. Golongan borjuis dan budak jahat.
Gilbert memang seorang kaki judi.
Dia tak main untuk menang, dia suka berjudi secara besar-besaran.
Apa saya suka tentang dia ialah kepintarannya.
Pada tahun 2005, Gilbert ada masalah kewangan.
Dia berhutang kerana berjudi.
Dia perlu 200,000 ke 300,000 euro.
Ramai samseng inginkan wang daripada dia.
Dia beritahu saya, "Habislah saya Shirley, saya perlu wang, apa harus saya buat?"
Malam itu, saya berada di rumah dengan dia.
Saya menonton TV.
Tren bawah tanah sudah dikosongkan.
Jalan-jalan di London dipenuhi dengan ambulans…
Bila saya lihat di kaca TV serangan pengganas
di London pada tahun 2005…
Sejumlah enam letupan pagi tadi di tengah-tengah London.
Saya terus terfikir untuk mencipta satu penipuan.
Bermain dengan perasaan takut manusia
dan menyamar sebagai ejen cegah keganasan.
Jadi semuanya
berjalan dengan lancar.
Saya nak beritahu awak satu rahsia.
Manusia ingin tahu.
Bila berdepan dengan seseorang yang mitos, bermisteri,
mereka akan percaya sepenuhnya.
Saya tak pernah terfikir untuk sesaat pun orang akan mempercayai saya.
Awak tahu kenapa?
Apa yang paling penting ialah mempercayakan diri sendiri.
Watak Gilbert adalah berpura-pura menjadi ejen perisikan rahsia.
Mencari kelemahan orang adalah perkara pertama untuk dilakukan.
Menakutkan mereka, beritahu mereka kami tahu rahsia mereka.
Saya tahu satu rahsia awak.
Ya, saya tahu rahsia tentang awak.
Kami bermain-main dengan jiwa orang yang kami menipu.
Kami dapat tahu kalau mereka merokok atau tidak,
kalau mereka ada anak, kalau mereka ada hubungan sulit.
Kami berjaya memasuki kehidupan peribadi mereka.
Kami suruh mereka ambil wang, wang yang banyak.
Nama saya Élise le Guével, Saya seorang wartawan.
Saya bekerja di rancangan TV Envoyé Spécial di France 2 selama tujuh tahun.
Satu malam, saya bersama kawan.
Dia bekerja di sebuah syarikat Perancis yang besar,
dan dia beritahu saya, "Sesuatu pelik berlaku pagi tadi.
Ada orang dalam jabatan saya mendapat panggilan
dari seorang berpura-pura menjadi CEO syarikat.
CEO ini beritahu dia,
"Salah seorang pelanggan bank membiayai keganasan.
Kami nak minta bantuan awak untuk melawan pengganas."
Saya menjadi pengarah kewangan untuk beberapa tahun.
Pada bulan Mac tahun 2006,
saya melalui sesuatu tak patut dilalui sesiapa,
isteri saya meninggal kerana kemurungan.
Dia membunuh diri dan tinggalkan saya dengan tiga orang anak.
Itulah masa yang sukar bagi saya,
bila saya perlu percaya, percayakan sifat manusia sekali lagi.
Lima belas hari kemudian, saya berada di meja saya.
Kemudian, seorang rakan sekerja pindahkan panggilan
dan beritahu saya, "Dia CEO".
Helo?
Saya En. Roger, apa khabar?
Dia beritahu saya akan menerima satu lagi panggilan
daripada seorang lagi ejen DGSE.
NOMBOR TAK DIKETAHUI
Saya menerima panggilan itu.
Ya, helo.
Awak tahu, saya telefon dari talian selamat.
Dia mempunyai suara yang tenang, terkawal dan mesra.
Dia beritahu sumbangan saya akan membuat pemindahan bank
yang akan dikesan oleh pasukan dia dan cuba menangkap mereka
bila mereka menerima duit itu.
Ini adalah jenayah dalaman,
jadi jika anda dapat lakukannya,
kita akan lakukan bersama,
jika tak, saya cukup matang untuk hubungi orang lain.
Jadi sepatutnya tiada hubungan antara saya dan awak.
Awak perlu membuat bayaran itu sendiri.
Saya mula menyoal diri sendiri.
Bila saya teragak-agak,
dia beritahu, "Kami tahu siapa awak, tahu hidup peribadi awak
sekarang memang teruk."
Dia beritahu saya tentang isteri saya membunuh diri, anak-anak saya.
Dia tahu tentang diri saya, banyak yang dia tahu.
Saya harapkan awak, hantar sekarang. Ia penting.
Saya teragak-agak.
Saya teragak-agak tapi teruskan sebab saya mainkan peranan.
Percubaan ini adalah untuk lebih 10 juta euro.
10 JUTA EURO
Saya dapati saya ada kemampuan untuk buat benda menakjubkan.
Jelas sekali, saya mampu untuk terus maju.
Gilbert, dia sedar resipi itu menghasilkan kuih bagus,
jadi dia membuat satu kedai kuih.
Helo?
- Bagus, awak ada di depan komputer? - Ya.
Awak telah menerima bayaran sebanyak 886,000 euro.
Ia tugas yang menarik yang menyeronokkan.
Saya rasa seperti dalam filem.
Saya rasa antara tiga ke empat ribu euro, tak lebih.
Setiap syarikat Perancis di pasaran saham,
yang besar, yang kecil, semuanya menjadi sasaran panggilan ini.
Ia di tahap skala industri.
Saya tak faham.
Pada pukul berapa saya akan terima butiran akaun bank?
Awak patut menerimanya esok.
Mangsa-mangsa tak semestinya nampak mudah ditipu, lemah.
Mereka profesional, mahir,
orang yang mahu berjaya,
dan ini yang penipu itu mahukan.
Jadi dia mesti ditemui.
Apa khabar?
Awak pula?
Ya, itu sebabnya saya telefon awak balik.
Ya, saya ada situ, saya telefon awak balik.
Semasa muda, ada ketua kumpulan,
seorang nombor satu, nombor dua, nombor tiga.
Gilbert ialah nombor satu.
Mari, duduk.
Sebentar, peguam baru hubungi saya.
Bila dia lancar penipuan, dia nak banyak duit.
Namun kenapa? Sebab dia ada cerita dan dia masukkan sekali.
Dia sediakan dan tak melepaskannya walaupun ambil masa dan duit.
Penipuan dia bagus jadi ia akan berkesan. Jadi dia akan mencubanya.
Dia akan lihat jika dia berjaya,
dan dia tak dapat duit, makna ada tak kena.
Dia akan membuatnya semula untuk tahu kenapa ia gagal,
No comments yet. Be the first to leave one.