Mistari 200 ya kwanza.
Lihat pada perempuan yang nama keluarganya Baek.
Saya dengar dia berjaya pergi sejauh ini gara-gara perkahwinanya.
Apakah pekerjaan suaminya?
Dia tak akan sesekali buka mulut, itu sebabnya dia digelar singa betina.
Tujuan sebenar saya ke sini hari ini adalah untuk mencuci mata.
Saya tak sangka ada banyak perhiasan yang cantik di sini.
Tetapi Puan Baek nampak pelik hari ini.
Bukankah awak suka yang ini? Kenapa awak tidak membelinya?
Saya tak kata yang saya suka yang ini.
Nampaknya Puan Baek juga ada kekurangan.
Jika saya berada di tempat awak, sudah lama saya membelinya.
Jika begitu, barang ini... Saya akan...
Adakah teman wanita awak terlalu hebat sehingga awak perlu bawa saya bersama?
Lapan bulan berturut-turut.
Hampir setiap hari saya buat panggilan antarabangsa untuk berbual dengannya.
Jadi, awak perlu beritahu dia perkara yang baik-baik mengenai diri saya.
Apa yang awak tahu selain daripada meminjam kereta?
Cik, kita telah tiba di Seoul.
Sudah tiba?
Eun Sung!
Senior!
Senior Hyeon Jin, awak betul-betul datang ke sini?
Saya sudah beritahu, jika awak pulang, saya akan ke tepikan kerja saya.
Jun Se.
Saya Park Jun Se.
Melalui emel, saya telah beritahu awak dia adalah kawan baik saya.
Helo. Nama saya Go Eun Sung.
Kenapa masih berdiri di situ? Tolong saya angkat barang ini.
- Serahkan pada saya. - Tak mengapa.
Terima kasih.
Hei, apa yang awak pandang? Bukankah awak patut menyambut kedatangan saya?
Abang.
Kereta ini nampak hebat, nampaknya awak seorang yang berkedudukan.
Cara awak bercakap adalah seperti seorang lelaki.
Sebenarnya saya suka memandu.
Betulkah? Jika begitu awak boleh memandu.
Saya?
Tolong serahkan kunci kereta kepadanya.
Betulkah?
Jun Se.
Mari kita pergi!
Semuanya berlaku terlalu pantas, apa yang awak mahu saya lakukan?
Awak pernah berjanji dengan saya sebelum ini.
Maaf, tuan.
Encik Ji, jika awak juga begini...
Syarikat kita akan hancur.
Tuan, selepas perbincangan kita yang pertama,...
syarikat ini tidak akan pulih.
Encik Ji, tolong beri kami satu lagi peluang.
Satu peluang sahaja.
Kenapa awak berkelakuan begini? Tolong jangan buat begini.
Encik Ji.
Cepat, jawab panggilan telefon itu.
Helo, ini Go Pyung Joong.
Ayah!
Kenapa dengan suara ayah?
Eun Sung? Kenapa dengan suara ayah?
Nampaknya ayah telah pergi ke tempat itu dan naik marah,...
ayah telah menelan banyak habuk, bukan?
Ya, banyak habuk.
Saya akan buat bayaran di sini.
Sayang!
Eun Sung sudah tiba.
Eun Sung sudah tiba?
Saya tahu.
Baiklah. Saya akan masak.
Baiklah, mari kita pergi.
Awak akan meninggalkan tempat ini selepas beberapa hari, bukan?
Awak masih belum habis belajar, kenapa ayah awak benarkan awak pulang?
Mungkin ini semua kerana adik saya.
Jangan cari gaduh kerana saya takut dengan orang kulit hitam.
Mereka ganggu saya dahulu, bagaimana saya boleh berdiam diri?
Adik saya, Eun Woo sangat hebat bermain piano.
Adakah awak tahu, adik saya seorang autistik yang berkemahiran?
Autistik yang berkemahiran?
Saya bertengkar dengan orang tua,...
mengakibatkan saya duduk di dalam kapal terbang berjam lamanya.
Lelaki ini fikir dia hampir mati.
Di dalam dunia piano, orang yang...
memiliki kemahiran seperti itu amat sedikit bilangannya.
Adakah cawan itu datangnya daripada kereta itu?
Adakah orang seperti itu wujud di dunia ini?
Hei! Berhenti!
Apa?
Awak yang melempar cawan itu keluar, bukan?
Kenapa dengan mereka?
Mari kita pergi dari sini secepat mungkin.
Baiklah, kali ini, awak yang mulakan.
Lelaki itu...
Eun Sung...
Lelaki itu hampir menyebabkan kita kemalangan dan dia melarikan diri.
Saya tak akan sesekali memaafkan orang yang berperangai seperti itu.
Hentikan kereta!
Mahu bermain dengan saya?
Semua ini boleh mengakibatkan kemalangan. Jangan pedulikan mereka.
Untuk mengajar orang sebegini, bagaimana saya boleh kemalangan?
Maaf, senior. Ia buat awak rasa takut, bukan?
- Awak tak apa-apa? - Saya tak apa-apa.
Awak nampak terkejut. Masih boleh memandu?
Tak mengapa, saya masih boleh memandu.
Lelaki jahat. Kenapa saya tak langgar saja awak sebentar tadi?
Maaf, saya berniat untuk bersikap rasional kali ini.
Letakkan di bahagian lobi.
Mari kita pergi.
Jika awak terus begini, apa yang akan terjadi kepada saya?
Nenek dan ibu tahu yang saya pergi menjemput abang.
Jika begitu, berlakon di hadapan nenek.
Awak tak boleh beritahu mereka yang saya hilang tanpa pengetahuan awak?
Jadi, abang betul-betul tak mahu pulang ke rumah?
Abang juga telah matikan telefon bimbit?
Menyembunyikan diri.
Bagaimana jika abang terlibat dalam kemalangan.
Abang tak risau jika nenek bimbang akan keselamatan abang?
Bagi abang, Jang Sook Ja adalah seperti aiskrim.
Ia pasti akan cair.
Puan sudah tiba?
Bagaimana dengan urusan sebelum ini?
Berjaya mara ke peringkat seterusnya. Saya boleh bekerja tanpa rasa risau.
Jika kamu menjadi Miss Korea, itu semua hasil usaha Jang Sook Ja.
Jika puan masih lagi hidup pada ketika itu.
Apa kata jika kamu berdoa agar saya mati lebih awal?
Puan, saya ada temu janji rahsia esok.
Temu janji rahsia?
Siapa yang boleh hidup dengan kamu?
Puan nampak seperti orang baik, kenapa berkata begitu?
Bincang semula tentang perkara itu selepas kamu mengurangkan berat badan.
Dengan perut sebesar itu, siapa yang boleh cium kamu?
Selamat tinggal, senior.
Selamat tinggal.
Apa pendapat awak? Agak hebat, bukan?
Walaupun tidak sempurna, semuanya baik-baik sahaja.
Dia memiliki personaliti yang baik.
Maksud saya bukan Eun Sang, saya bercakap tentang rumahnya.
Apa?
Dia adalah anak perempuan Presiden Syarikat Seong Woo.
Adiknya ada berpenyakit autism.
Dia pernah beritahu saya,
dia sendiri perlu mengubah profesion kepada pengurusan medan selera.
Apa yang awak cuba beritahu saya?
Satu sahaja. Syarikat ini.
Syarikat Seong Woo tidak memiliki waris.
Ayah!
Budak ini...
Ayah... Ayah...
Pinggang ayah akan patah disebabkan kamu.
Tidak begitu serius, bukan? Jika ia patah hanya kerana satu pelukan,...
nama ayah saya pasti bukan Go Pyung Joong.
Kenapa badan ayah nampak terlalu kurus?
Ayah ingin hidup lebih lama, jadi ayah cuba mengurangkan berat badan.
Betulkah ayah cuba mengurangkan berat badan?
Ayah sudah cukup kacak.
Sangat sepadan dengan ibu.
Ibu, saya sudah pulang.
Ibu gembira kamu telah pulang.
Pasti banyak rintangan yang kamu telah lalui, pulang dari tempat yang jauh.
Kerana Eun Woo, ibu benar-benar risau, bukan?
Seung Mi.
- Sudah terlalu lama. - Sudah terlalu lama.
Saya dengar awak belajar di universiti. Apa pendapat awak mengenainya?
Biasa sahaja.
Saya tak patut tanya soalan itu.
Kebiasaannya awak adalah seorang pelajar contoh.
Jangan terus berdiri, jemput duduk.
Seung Mi, tolong bantu ibu.
Kenapa kamu pulang awal? Kenapa kamu tak terus menemani Hwan?
Dia beritahu saya bahawa dia ingin keluar berjumpa dengan rakan-rakannya.
Walaupun begitu, kamu tak sepatutnya pulang bersendirian.
Kamu memang kurang bijak.
Kamu perlu ikut ke mana sahaja dia pergi.
Sekurangnya makan tengah hari dengannya dulu sebelum pulang.
Apa akan berlaku jika nenek dapat tahu?
Untuk mengelak daripada berjumpa dengan nenek, dia tak boleh pulang sekarang.
Paksa dia pulang, dia tinggalkan rumah pada hari pertama dia tiba.
Bagaimana saya boleh pergi ke rumahnya?
Kenapa tidak?
Saya masih belum berkahwin, perkara seperti itu tidak wajar.
Kamu akan berkahwin juga satu hari nanti.
Saya akan masak lauk yang ayah suka.
Cepat, buat panggilan itu.
Hubungi mereka sekarang! Beritahu mereka kamu tak sempat berjumpa...
Hwan di lapangan terbang dan berpura-pura menangis.
Lakukannya dengan sempurna!
Lakukan perkara apa dengan sempurna?
Ibu tahu saya tak suka diperbodohkan, tetapi ibu tetap melakukannya, bukan?
Lupakan sahaja.
Adakah ini Young Ran? Apa yang perlu dilakukan...
Baiklah, saya faham. Terima kasih kerana menghubungi kami.
Suatu hari nanti, saya pasti akan hilang akal gara-gara Hwan.
Tak perlu sediakan sashimi lagi, Hwan tidak akan pulang.
Tetapi, Encik Park suka makan sashimi.
Encik Park akan ke sini?
Dia akan tiba.
Kamu ada menerima panggilan daripada ibu?
Jika begitu, kenapa kamu tak beritahu saya?
Saya majikan dalam rumah ini.
Kenapa kamu tidak hormat pada saya?
Saya tak pernah sekali pun tidak menghormati puan.
Bukankah itu yang kamu sedang lakukan?
Kamu tidak hormat pada saya dan tidak mahu mengakuinya.
Selepas puan ke butik kecantikan untuk bersolek pada pukul 7,
No comments yet. Be the first to leave one.