Maelezo ya toleo

Sensory Couple E05 150415 HDTV H264 720p-LIMO
Maoni na bellring86
Terjemah manual dari subs bahasa inggeris, dramafever

Lebo

HDTV
hdtv
720p
720
HD
Yamechapishwa tarehe: 2015-04-22
Upakuaji: 39
Wenye Ulemavu wa Kusikia: No

Hakikisho la manukuu ya Malay

Mistari 200 ya kwanza.

Episod 5

Hello?

Ini saya. Di mana kamu?

Kenapa?

Keluar. Saya ada di kawasan rumah kamu.

Apa yang buat kamu fikir saya ada di rumah?

Sekarang, kamu sedang makan ramen di rumah.

Saya boleh dengar bunyi TV juga. Keluar sekarang.

Rumah kamu jauh dari sini?

Apa kamu perlu rentas sungai dan panjat gunung?

Apa masalah kamu?

Saya berhenti makan ramen dan terus keluar!

Kenapa kamu lihat saya macam itu?

Saya tak rasa kamu patut pakai sebegini di rumah.

Apa? Apa lagi yang kamu tak suka sekarang?

Kamu tak mahu berlatih sketsa? Bukankah kamu kata ini peluang terakhir kamu.

Jadi kamu datang sini untuk berlatih?

Kenapa, tak mahu berlatih?

Saya boleh pergi kalau kamu sibuk.

Bukan itu...

Memandangkan kamu dah datang dari jauh, kita perlulah berlatih.

Mana kita patut berlatih? Di sana?

Atau sana?

Kamu kata kamu sedang makan. Ikut saya.

Dia selalu jalan dulu!

Saya datang!

Jadi, kenapa kamu datang ke Seoul?

Saya bawa 20 juta won(~RM60,000) untuk hidup di Seoul seperti kamu!

Saya mahu beli tempat yang ada banyak cahaya matahari dengan 20 juta won!

Saya akan hidup di Seoul!

Sekarang, jangan terperanjat bila saya beritahu kamu ini.

Dengan 20 juta won, kamu cuma boleh dapat tempat yang gelap sepanjang masa!

Kamu tipu!

Semua orang di sini tahu, kecuali kamu!

Macam mana kamu mahu hidup di Seoul macam itu?

Saya masih akan...

hidup di Seoul!

Bil.

Ada orang sudah bayarkan bil kamu.

Apa?

Dia mahu saya beritahu kamu yang duduk di kampung lebih baik.

Saya minta maaf banyak-banyak kerana membebankan pasukan ini.

Saya akan bayar dosa saya.

Saya berterima kasih di atas kebaikan yang kamu tunjukkan pada si jahat seperti saya.

Maafkan saya!

Detektif Choi.

Terima kasih kerana tangkap saya awal.

Saya mungkin akan lakukan lebih jenayah kalau dibiarkan saja.

Maafkan saya.

Masa kita bersama tak lama, tapi saya suka habiskannya bersama kamu.

Saya juga begitu.

Boleh saya salam kamu?

- Bersihkan segalanya. - Okay.

Kes pembunuhan jurulatih kini ditutup.

Ianya ditiru menyerupai pembunuhan bersiri kod bar...

yang mana telah mengelirukan siasatan kita.

Kita perlu sambung siasatan pembunuhan bersiri kod bar.

Tolong tumpukan perhatian dalam mengumpul bukti berkenaan kes Joo Ma Ri.

Mari bergerak.

Ini mungkin klise tapi dia memang perempuan berhati besi!

Saya sangat mahu berhenti kerja sekarang...

tapi saya perlu bertahan sehingga persaraan saya....

Mari gerak!

Kamu dapat kereta baru kamu hari ini. Kamu tak mahu belanja kami makan?

Hei, Elena Vashilivnashivanova saya pun belum naik lagi.

Mari gerak.

Kamu sentuh garisan.

Saya rasa kamu perlu lebih ke kanan.

Macam itu... Lurus...

Berhenti! Okay!

- Okay? - Ya.

Patut tak saya lebih ke kiri?

Macam mana kalau kereta lain kemikkan kereta saya dengan pintu mereka?

Ini kereta baru!

Kita perlu betulkan sesuatu. Ini bukan kereta baru.

Kamu baru beli kereta yang sudah ada mileage 75,000 km!

- Boleh kah kita? - Tunggu!

Saya mahu lebihkan ke kiri.

Ini dah cukup, Detektif Ki!

Okay... Hei, jangan buka pintu!

Buka bila saya dah matikan enjin!

Apa yang berlaku? Keluar dari kereta!

- Apa ini? - Bumbung!

Ada lelaki di bumbung!

Hadang area ini, Detektif Yeh!

Terima kasih kerana datang.

Terima kasih, jemput masuk.

Terima kasih atas jemputan, Chef.

Selamat datang. Susah tak nak cari arah ke sini?

Tak, terima kasih kerana tunjuk arah kamu. Saya datang sepantas angin!

Kenapa, Chef?

Sepantas angin...

Sila masuk.

Pasti akan sedap!

- Kamu boleh duduk di sini. - Terima kasih.

- Kita tak ada banyak masa. - Mana makanan kita?

Tunggu di sini sebentar, Cho Rim. Saya perlu periksa dapur.

Pasti.

Apa kamu sedang buat?

Tetamu sedang tunggu. Kenapa makanan masih tak dihidangkan?

Saya masih belum terima pengesahan.

Mana pemilik restoran? Mana Chef Hong sekarang?

Dia naik ke bumbung untuk ambil rempah. Tapi masih belum balik lagi.

Ini bukan restoran saya, tapi memandangkan kita sibuk, kita mesti buat apa yang boleh.

Buat balik hidangan ini, dan ini semua boleh dihidangkan.

Ya, Chef.

Chef Hong sudah gila ke?

Chef Hong!

Apa kamu buat di sini?

Chef Hong!

Apa?

Itu... Ini...

Tak ada orang lain di sini.

Kamu ditangkap.

Tunggu, dengar cakap saya. Bukan seperti yang kamu anggap...

Kawasan ini ditutup. Tak ada siapa masuk, tak ada siapa keluar.

Ini kes bunuh. Terima kasih atas kerjasama.

Tolong beri laluan!

Chef Kwon!

Mari pergi.

Kawasan ini ditutup.

Maafkan saya.

- Terima kasih atas kerjasama. - Tak mengapa.

Kamu kenal dia?

Ya. Dia pernah bekerja di bawah saya.

Dia baru saja tinggalkan restoran saya dan buka restorannya sendiri.

Kenapa kamu bunuh dia?

Ada kesan cekik pada leher dia.

Adakah kamu cekik dia sampai mati dan tolak dia dari bumbung?

Saya enggan jawab. Saya perlukan peguam saya.

Okay. Kamu boleh hubungi peguam kamu dari balai polis.

Detektif Choi.

Ya.

Saya sangat sedih...

Chef Kwon tak ada apa-apa bau pada tangan dia.

Jadi tak mungkin dia yang cekik mangsa.

Tak mengapa.

Itu bau yang sama!

Dia pembunuhnya!

Kwon Jae Hee memang kaya!

Dia minta peguam dia bawakan salinan pakaian.

Saya sangat suka gaya fesyen dia!

Saya patut tanya di mana dia beli jaket itu semasa soal siasat.

Kamu fikir kamu boleh penjarakan dia?

Apa yang buat kamu fikir kami tak boleh?

Dia seorang diri di bumbung di mana mayat mangsa yang sesak nafas jatuh.

Waran carian akan dikeluarkan esok pagi.

Kita perlu berjumpa, Pegawai Choi.

Saya tadi berada di bumbung, Pegawai Choi.

Rempah yang mangsa tanam tak ada bau itu.

Dan bau itu juga tak ada di tangan Chef Kwon.

Bau di leher mangsa adalah bau yang sangat kuat.

Dan saya nampak lelaki yang punya bau itu di tangannya!

Saya juga nampak dia.

Saya nampak dengan jelas muka Chef Kwon merenung ke arah mangsa yang jatuh.

Sangat menjengkelkan!

Saya beritahu kamu yang Chef Kwon tak bunuh dia!

Tangan Chef Kwon tak ada apa-apa bau! Tak ada!

Cuma ada dia seorang saja di bumbung masa mangsa jatuh.

Itu bukti yang sangat jelas.

Bukan dia yang bunuh! Sangat mustahil!

Cuba fikirkan.

Hanya ada Chef Kwon dan mangsa di bumbung.

Semasa mereka berbalah, Chef Kwon menolak mangsa ke hujung sambil mencekik dia...

Dan apabila mangsa sudah tidak berdaya akibat dicekik....

Dia tak boleh buat apa lagi selain jatuh.

Bukan macam itu, Pegawai Choi...

Apa pun, Chef Kwon memang pembunuh itu.

Jangan masuk campur dalam kes ini.

Memanglah...

Saya tak akan bagitahu kamu apa-apa walau kamu datang merayu!

Soal siasat lagi?

Minum. Ini dari Oh Cho Rim.

Dari Cho Rim?

Dia minta saya layan kamu baik-baik memandangkan dia tahu kamu tak bersalah.

Kalau kami tak dapat cari apa-apa di rumah kamu esok pagi...

kami tak akan dapat penjarakan kamu.

Tolong beritahu saya kalau kamu perlukan apa-apa lagi.

Ya. Terima kasih, Pegawai Choi.

Ah ya.

Oh Cho Rim risaukan anjing kamu.

Dia risaukan anjing kamu seorang di rumah.

Ah, Moongchi...

Hei, Moongchi!

Hello!

Lama tak nampak. Kamu apa khabar?

Kamu mahu pulang ke rumah dengan saya?

Bau ini...

Bau wangian Joo Ma Ri...

Ah ya, dia teman wanita Chef Kwon.

Saya rasa ini kenangan dia.

Mari pergi, Moongchi.

Oh, tuhanku!

Maafkan saya, Cho Rim. Saya terperanjatkan kamu?

Tak, tak apa-apa. Kamu ke sini kerana Chef Kwon?

Ya, saya dengar kamu ambil Moongchi.

Ya...

Jaga Moongchi baik-baik.

Saya rasa saya akan berada di sini buat sementara.

Begitu. Selamat malam.

More Malay subtitles for The Girl Who Sees Smells

Maoni

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left