முதல் 100 வரிகள்.
SEBUAH SIRI NETFLIX
Apa yang menghantuimu?
Mata siapa yang melihatmu dari gelap?
Rasanya dia ikut sini.
Di sana.
- Kejar dia. - Dia di sana.
- Ajar dia. - Siaplah awak.
- Ayuh. Sini. - Dapat pun.
- Kejar dia. - Cepat.
Tempat kau di sini, dengan binatang.
Kami tak nak tengok muka kau lagi.
Dengar tak?
Apa?
Kau nak mengadu kepada mak kau?
Cukuplah.
Mereka serang saya.
Tak kisahlah.
Kawal diri kamu.
Jom kita balik.
Mereka yang mula.
Dah berminggu-minggu mereka buli saya.
Kita bincang di rumah.
Banyak lagi kamu kena belajar, Jin Kazama.
SEBUAH SIRI NETFLIX
Saya tak layak ada di sana.
Jin,
pernah kamu terfikir
yang kamu memang tak sesuai pun ada di situ?
Terima kasihlah.
Pandai mak jaga hati saya.
Jin, budak-budak itu benci kamu sebab mereka takkan pergi dari sini.
Ya, mereka membesar di sini, hidup di sini, mati di sini,
tapi kamu…
ditakdirkan untuk jadi lebih baik.
Mak pasti mereka sedar tentang itu.
Satu hari nanti, kamu akan tinggalkan pulau ini, mengembara satu dunia
dan mak yakin yang kamu berpotensi besar.
Kamu tak patut sakiti mereka.
Kamu berlatih teknik berlawan Kazama
dari dulu untuk melindungi, bukan menyakiti.
Itu yang buat mak kecewa.
Kamu tumpas hari ini, Jin.
Mak salahlah.
Kamu tumpas dengan diri sendiri, Jin.
Kamu gagal lawan kemarahan kamu.
Mak tahu kamu lebih baik daripada itu.
Saya macam pernah tanya, tapi kenapa kita pindah ke sini?
Jangan lupa, Jin,
dunia ini penuh dengan kebaikan dan kejahatan.
Kita berpindah ke sini supaya mak boleh pastikan kamu jadi baik.
Kenapa kita tak pernah bercakap tentang ayah?
Pergi sambung belajar dulu, nak.
Kamu pilih. Bahasa Inggeris atau matematik dulu.
Tak bolehkah kita berlatih menendang dulu?
Cukuplah kamu bertarung hari ini.
Lagipun, jika minda kuat…
- …tubuh pun kuat. - Tubuh pun kuat.
Ingat, lawan pertama yang perlu dikalahkan ialah diri sendiri.
Kamu mesti kuasai minda kamu.
Jika kamu terganggu, bagaimana nak nampak jalan untuk tumpaskan lawan?
Sentiasa fokus pada saat yang datang segera.
Bukan hari sebelumnya,
atau selepas itu.
Satu-satunya perkara yang sepatutnya wujud ialah jurus dan bentuknya.
Apabila kamu dah kuasai saat itu,
barulah betul-betul
kamu boleh mara ke depan.
Ingat, kamu boleh tangkis semua saiz dan kekuatan lawan
dengan kejutan dan teknik.
Contohnya…
Jurus Kazama Ryu-un-tsui.
Kamu mesti terkejut.
Ya.
Mari berlatih.
TENAGA SEMULA JADI
Bagus, kamu dah faham.
- Teruskan berlatih. - Ya, puan.
Baik, masa untuk tempuhi satu lagi musuh setiap pejuang akan hadapi.
Siapa musuh itu?
Kelaparan.
Mak makan apa masa di Afrika?
Situ ada ikan dan nasi? Benda kita makan?
Situ lain sedikit,
tapi kami makan pelbagai makanan lazat di safari.
Saya harap saya boleh bawa WWWC masak bersama saya.
- Mereka itu pakar… - Ayah nak cakap dengan budak itu.
Ayah kata, ayah nak cakap dengan budak itu.
Tengok apa dia buat!
Dia serang anak aku.
Budak itu memang tak pandai nak hormat orang lain!
Mereka yang serang saya.
- Mereka selalu bergaduh dengan saya. - Ingat apa mak cakap.
Kawal kemarahan kamu.
Jangan biar ia kawal kamu.
Mak nak kamu minta maaf pada budak ini sebab pukul dia.
Kita patut tanggung perbuatan kita sendiri.
Minta maaf.
Itu cukup bagus.
Kalau budak itu ada ayah dia,
baru elok sedikit perangainya.
No comments yet. Be the first to leave one.