முதல் 200 வரிகள்.
OVERTUR
CERITA MARGARET MITCHELL TENTANG NEGERI KONFEDERASI
Inilah bumi Satria dan Ladang Kapas yang digelar Negeri Konfederasi...
Di bumi indah ini Keperkasaan menutup tirai...
Inilah kali terakhir kelihatan Satria dan Wanita mereka
Tuan dan Hamba...
Ia hanya tercatat di dalam buku sebab ia hanya mimpi yang diingati.
Ketamadunan yang hilang dibawa angin...
Peduli apa kalau kita dibuang kolej?
Perang akan meletus jadi kita bukanlah tinggalkan kolej.
Teruja kan, Scarlett?
- Yankee bodoh nak berperang. - Kita akan ajar mereka!
Perang, perang, perang!
Topik perang ini membuatkan semua majlis jadi tak seronok.
Bosan betul.
Lagi pun, perang tak akan meletus.
- Perang tak akan meletus? - Memang kita akan berperang.
Kalau awak sebut "perang" lagi sekali
saya akan masuk ke dalam rumah.
- Tapi, Scarlett! - Awak tak nak kita berperang?
- Tunggu dulu! - Kami minta maaf.
Baiklah...
Tapi ingat, saya beri amaran.
Saya ada idea!
Kita bincang pasal barbeku Wilkes di Twelve Oaks.
Awak akan hadir, kan?
Saya belum fikir lagi. Saya akan fikir hal itu esok.
Kami nak menari dengan awak.
Brent dulu, lepas itu saya. Barulah orang lain.
- Janji? - Boleh saja.
Tapi saya sudah banyak janji untuk menari dengan orang lain.
- Itu tak adil! - Kalau kami beritahu satu rahsia?
Rahsia? Rahsia siapa?
Awak kenal Melanie Hamilton?
Sepupu Ashley Wilkes? Dia melawat keluarga Wilkes di Twelve Oaks.
Dia yang tunjuk baik itu! Semua orang bercakap pasal dia.
- Kami dengar... - Orang kata...
Ashley Wilkes akan kahwini dia.
- Keluarga Wilkes kahwin sepupu. - Jadi kami dapat menari tak?
Tentulah.
- Tak mungkin! Ashley cintakan saya! - Scarlett!
- Apa hal dengan dia? - Kita buat dia marah?
Awak nak ke mana tanpa selendang dan sudah hampir senja?
Kenapa tak ajak mereka makan lewat malam?
Awak sudah makin biadab.
Setelah saya dan Cik Ellen membesarkan awak!
Cepat masuk sebelum awak kesejukan.
Tak nak. Saya nak tunggu ayah balik dari rumah keluarga Wilkes.
Cepat masuk!
Cepat!
Berhenti bekerja!
- Siapa kata? - Saya kata.
Saya mandur. Saya tentukan masa untuk berhenti bekerja di Tara.
Berhenti bekerja!
Berhenti bekerja!
Tiada yang boleh menandingi awak.
Ayah!
Bangga betul ayah!
Katie Scarlett O'Hara, awak mengintip ayah.
Macam kakak awak. Awak akan beritahu mak awak, ayah menunggang kuda lagi.
Saya bukan penyibuk macam Suellen.
Tapi selepas lutut ayah patah akibat terjatuh tahun lepas...
Ayah tak akan biarkan awak beritahu ayah boleh menunggang atau tidak.
Ayah akan tentukan sendiri.
Baiklah. Buatlah sesuka hati ayah.
- Apa khabar orang Twelve Oaks? - Keluarga Wilkes?
Biasalah. Sibuk dengan persediaan barbeku esok dan soal perang.
Jangan kisah hal perang? Ada orang lain di situ?
Sepupu mereka Malanie dan abangnya, Charles.
Melanie Hamilton bermulut jahat dan saya benci dia!
Ashley Wilkes tak rasa begitu.
Ashley Wilkes tak mungkin suka orang sebegitu.
Kenapa awak berminat pasal Ashley dan Cik Melanie?
Tak ada apa-apa. Ayuh masuk ke dalam rumah.
Dia bermain asmara dengan awak? Dia ada ajak awak kahwin?
- Tak. - Dia tak akan buat begitu.
Saya diberitahu secara rahsia oleh John Wilkes petang tadi.
Ashley akan mengahwini Melanie.
Ia akan diumumkan di majlis pada malam esok.
Saya tak percaya.
Apa yang awak mahu?
Scarlett!
Apa hal dengan awak?
Awak tergilakan lelaki yang tak mencintai awak?
Sedangkan awak boleh dapat mana-mana lelaki pun.
Bukannya saya tergilakan dia, saya cuma terperanjat.
Jangan cuba nak tipu ayah.
Jika Ashley hendak ' kahwini awak, ayah setuju.
Ayah hendak awak bahagia. Awak tak akan bahagia dengannya.
Saya bahagia!
Tak kira siapa awak kahwini, kan? Asalkan orang Selatan.
Ayah akan tinggalkan Tara untuk awak bila ayah sudah tiada.
Saya tak nak Tara. Ladang tak bermakna jika...
Adakah awak nak beritahu ayah, Katie Scarlett,
bahawa tanah tak bernilai untuk awak?
Tanahlah satu-satunya harta yang berharga di dunia,
berbaloi untuk dijaga dan dipelihara.
- Itu saja yang tak akan hilang! - Ayah cakap macam orang Ireland.
Ayah bangga ayah orang Ireland. Awak pun jangan lupa
awak pun berketurunan Ireland juga.
Dan bagi orang yang berdarah Ireland,
tanah tempat mereka tinggal umpama ibu mereka.
Awak masih mentah.
Satu hari nanti, awak akan sayangi tanah.
Tak akan terpesong jika awak orang Ireland.
Scarlett, Suellen, Carreen, mak awak sudah balik!
Bertugas sebagai jururawat kepada orang putih miskin Slattery
dan tak makan lewat malamnya. Pasang api!
Meletihkan dirinya sendiri.
Pork! Bawa lampu ke laman!
Meletihkan dirinya. En. Gerald, Cik Ellen sudah balik!
Menunggu orang putih miskin.
Diam, anjing! Menyalak dalam rumah!
Bangun! Tak dengar kepulangan Cik Ellen?
Keluar dan ambil peti ubatnya!
Kami risaukan awak, Cik Ellen.
Tak apa, Pork. Saya sudah kembali.
Puan o'Hara, kami selesai membajak caruk hari ini.
Awak hendak saya buat apa mulai esok?
En. Wilkerson, saya baru pulang dari merawat Emmie Slattery.
Anak awak telah dilahirkan.
Anak saya, puan? Saya tak faham.
Sudah dilahirkan dan malangnya telah meninggal dunia.
Selamat malam, En. Wilkerson.
Saya sediakan makan lewat malam awak, awak mesti makan.
- Ya, selepas berdoa, Mammy. - Baik, puan.
En. O'Hara, awak mesti buang Jonas Wilkerson.
Tapi dia penyelia terbaik di negeri ini.
Dia mesti pergi dari sini pagi esok.
- Tidak. - Ya.
Yankee Wilkerson dan orang putih Slattery miskin?
- Kita bincang nanti, En. O'Hara. - Ya, Puan O'Hara.
Baju Scarlett lebih cantik daripada baju saya.
Boleh dia pakai baju merah jambu? Saya nak pakai baju hijau Scarlett.
Saya tak suka cara awak bercakap, Suellen. Baju merah jambu awak lawa.
- Boleh saya ikut majlis itu? - Awak boleh pakai garnet saya.
Kenapa saya tak boleh ikut ke majlis malam esok?
Scarlett.
Awak nampak penat. Mak risau akan awak.
Saya tak apa-apa, mak.
Kenapa saya tak boleh ke majlis itu? Saya sudah 13 tahun.
Awak boleh hadiri barbeku.
Saya tak nak pun pakai baju awak! Kedekut!
- Jangan bising! - Doa, anak-anak.
...ke atas dosa yang saya buat, dengan fikiran, perkataan dan perbuatan
adalah kesalahan saya.
Oleh itu, saya mohon Mary dirahmati,
dan rahmati Mikail penghulu Malaikat,
dan rahmati Baptis, John,
Hawari Suci, Peter dan Paul, dan semua keramat,
berdoa kepada Tuhan...
Ashley tak tahu yang saya cintakan dia.
Saya akan beritahunya bahawa saya cintakan dia,
jadi dia tak boleh kahwin.
Ya Tuhanku, yang maha mengasihani,
maafkan kami, ampuni dosa kami. Amin.
Tahan dan tarik nafas!
Mammy, ini hidangan untuk Cik Scarlett.
Bawa semula ke dapur. Saya tak nak makan.
Baiklah!
Awak akan makan semuanya.
Tak nak!
Pakai baju itu. Kita sudah lewat.
- Apa saya nak pakai? - Itu.
Tak! Awak tak boleh pergi sebelum pukul 3:00!
Saya akan beritahu mak awak!
Jika awak beritahu mak, saya tak nak makan langsung.
Baiklah...
Pakai selendang awak. Saya tak nak kulit awak rosak
setelah saya sapu dengan susu mentega untuk cantikkannya.
Sekarang, Cik Scarlett. Makanlah sedikit...
Tak nak. Saya akan makan di tempat barbeku nanti.
Awak mungkin tak peduli apa orang kata, tapi saya peduli!
Orang menilai seseorang gadis dengan lihat cara dia makan.
Saya tak nak awak makan di rumah John Wilkes macam pelahap!
Asyik mengomel je!
Ashley kata dia suka gadis yang makan banyak.
Apa orang lelaki cakap dan fikir adalah dua hal berbeza.
Dan En. Ashley bukannya nak kahwin dengan awak.
Jangan makan cepat sangat. Nanti awak muntah,
Kenapalah gadis kena buat kerja bodoh untuk dapatkan suami?
Scarlett O'Hara! Kalau awak tak turun lagi selepas kiraan 10,
- kami pergi tanpa awak! - Saya datang, ayah!
Satu, dua, tiga, empat, lima...
Alamak!
Baju saya terlalu ketat. Saya tentu sendawa nanti!
SESIAPA YANG MENGGANGGU KEAMANAN LADANG INI AKAN DIDAKWA.
John Wilkes.
- Hari yang cerah untuk barbeku. - Nampaknya begitulah, Gerald.
Kenapa Cik O'Hara tak datang bersama?
Dia uruskan akaun penyelia, tapi dia akan hadir majlis malam nanti.
- Selamat datang, En. O'Hara. - Terima kasih, India.
Anak awak makin cantik, John.
India, itu anak-anak O'Hara. Kita kena sambut mereka.
Saya tak suka Scarlett. Dia asyik menggoda Ashley.
Itu hal abang awak.
Awak mesti ingat tugas awak sebagai tuan rumah.
Selamat pagi, semua.
Selamat pagi, Scarlett.
India Wilkes, cantiknya baju!
No comments yet. Be the first to leave one.