முதல் 200 வரிகள்.
Beberapa Dekad Lalu
Di mana ia?
Itu dia. Sasaran yang mudah.
Dia sendirian.
Dompet, kunci kereta. Sekarang.
Pengecut. Tak guna.
Tolong jangan bunuh saya.
- Takkan ada yang merindukannya. - Jangan!
Tinggalkan saya.
Saya membunuh seorang lelaki malam ini.
Stargirl S01E09: Brainwave
Radio4ctiv
HARI 1
Saya membunuh seorang lelaki malam ini.
Dia jatuh dan mati di depan mata saya.
Paramedik,
mereka menganggapnya mengalami kekejangan.
Tapi kebenarannya, saya...
Saya percaya saya yang bertanggungjawab.
Sebulan lalu,
teori saya berkait meluaskan kapasiti otak
dianggap keterlaluan oleh majikan saya.
Dana saya ditolak,
saya memilih untuk
secara rahsia melakukan ujikaji...
pada diri saya.
Sejak itu, sakit kepala saya semakin teruk.
Minggu lalu,
Saya mulai mendengar suara-suara.
Malam ini...
Saya membaca fikiran seorang lelaki dengan jelas untuk pertama kalinya.
Fikiran yang teruk.
Dia sudah membunuh seseorang.
Dia ingin membunuh saya.
Saya rasa seperti...
naluri bertindak balas, dan...
Dan saya menyebabkan kekejangannya.
Saya akui, untuk dokumentasi,
ketika saya buat dia diam di pemikirkannya,
saya rasa lega.
Migrain saya hilang.
Hari Satu. Ujian percubaan...
berjaya.
Saya boleh...
mendengar fikiran Henry di kepala saya.
Dia tidak tahu apa yang berlaku.
Dia jerit untuk berhenti.
Dia sangat takut.
Saya juga takut.
Saya boleh merasakan semua yang dia rasakan.
Dia...
Dia kesepian, keliru...
sedih.
Saya tidak fikir itu.
Dia tidak seperti Cindy...
atau seperti ayahnya.
Saya tahu perbuatannya terhadap Yolanda sangat tidak baik...
tapi saya nak minta dia membantu kita.
Saya tahu itu berisiko...
jika dia boleh baca fikiran, dia boleh beritahu kita siapa lagi ahli ISA.
Pat?
Apa yang berlaku?
Senario terbaik kita
adalah ISA datang ke Blue Valley
selepas mereka membunuh Justice Society untuk bersembunyi.
Sembunyi dan hilang.
Tapi kalau Dr. Ito adalah ayah Cindy...
dan dia bekerja untuk ISA...
...mereka pasti merancang sesuatu.
Menurut gogal Beth,
lelaki ini dihukum bunuh
atas jenayah perang, kira-kira ratusan tahun lalu.
Saya tak pasti dapat membunuh Dr. Ito.
Dia jadikan dirinya bahan eksperimen, Court,
hingga dia berubah menjadi sesuatu yang melangkaui manusia.
Seperti Cindy, tapi sangat jauh lebih teruk.
Dia menyebut dirinya "Dragon King".
Dia menghabiskan hidupnya membina senjata
yang dirancang untuk membunuh belasan ribu nyawa.
Bagaimana awak tahu Dr. Ito masih hidup,
tapi gogal Beth tidak?
Sylvester dan saya ada di pasukan berbeza ketika kami melawan Dr. Ito.
Ini sebelum kami sertai JSA.
Awak sebahagian dari pasukan lain?
Ya, kami menyebut diri kami Tujuh Tentera Kejayaan.
Ada Robin Hood,
dan kesatria.
Dan ada lapan diri awak, Pat.
Ya, kami selalu bertengkar tentang nama.
Awak ada seorang koboi?
Seperti Orang Kampung?
Itu The Vigilante. Crimson Avenger, Wing.
Mereka orang baik, cuba yang terbaik.
Meski setiap dari mereka ada masalah sendiri.
Dr. Ito...
Dia membina senjata untuk menghancurkan New York.
Kami berjaya menghancurkannya.
Tujuh Tentera tidak pernah dapat pujian
seperti Justice Society, tapi kami menyelamatkan banyak nyawa, bandar...
bahkan dunia dulu.
Saya hilang hubungan dengan mereka bertahun lalu.
Kalaulah saya tahu lokasi mereka.
Kita perlu semua bantuan yang boleh kita dapatkan.
Kita perlu Henry.
Rumah Cindy kosong?
Saya boleh mengesahkan tidak ada tanda suhu haba.
Tidak ada orang di rumah, Beth.
Ke mana dia pergi?
Rekod sekolah mencatatkan
Cindy Burman berhenti dari Sekolah Tinggi Blue Valley
untuk "belajar dengan ibunya."
Semestinya.
Lepaskan saya!
Tolong lepaskan saya!
Lepaskan saya! Ayah!
Stargirl memburu saya, dan saya akan membunuhnya juga,
kalau bukan kerana Henry!
Dia masalahnya, bukan saya!
Ayah!
Saya akan bunuh ayah...
seperti saya bunuh mak...
kalau Ayah tidak melepaskan saya sekarang.
Saya tahu ayah takkan mengurung anak sendiri.
Tunggu!
Tolong!
- Tolong! - Dia perlu tidur.
Lepaskan gas.
Gas itu selalu menenangkannya ketika bayi.
Sekurangnya pengembaraannya menunjukkan...
kemampuan anak Brainwave.
Sekarang...
...kita tidak perlu menunggu ayahnya berikan tenaga mesin saya.
Kita...
ada anaknya.
Hari ini saya akhirnya sedar, saya boleh lakukan hal lebih...
dari hanya membaca fikiran.
Saya boleh menggerakkan benda dengan fikiran saya.
Saya boleh memanipulasi objek mengikut kehendak saya.
Kemampuan saya semakin berkembang,
begitu juga kepercayaan saya pada kemampuan saya.
Henry? Awak sudah gila?
Bagaimana awak boleh fikir dia akan sertai kita selepas perbuatannya pada saya?
Manusia tidak berubah, Court.
Di luar, mungkin ya,
tapi tidak di dalam diri mereka.
Itu tidak benar.
Atau adil.
Lihat kita semua! Yolanda. Saya. Kau.
Kita semua berubah. Kenapa Henry tidak?
Henry adalah anak Brainwave.
Dia tidak fikir dua kali untuk menghancurkan hidup saya.
Dia akan lukakan kamu semua.
Saya setuju dengan Yolanda.
Membantu awak melawan Cindy mungkin perangkap.
Dia boleh merancang perangkap kita.
Kadang kala kita hanya perlu letakkan kepercayaan.
Sebelum awak jatuh.
Saya percaya pada kamu semua, dan saya masih berdiri.
Saya harap ada pilihan lain,
tapi sekarang, kita perlu setiap bantuan yang boleh kita dapatkan.
Saya tak nak sertai pasukan bersama Henry.
Ketika saya masih kanak-kanak,
saya merayu ayah saya untuk membelikan saya bola getah
yang menyala ketika bolanya terpantul.
Ayah saya menolak.
Jadi saya masukan bola itu ke dalam poket saya.
Ketika ayah saya menangkap saya bermain dengan bola itu,
ayah saya suruh kembalikan ke kedai.
Saya protes, saya lontar bola itu ke dalam perigi.
Ayah saya...
memegang pergelangan kaki saya di atas perigi itu,
dan beritahu dia akan menjatuhkan saya
kalau saya tidak patuh lagi.
Saya boleh ingat melihat kegelapan di bawah sana.
Saya rasa seperti itu sepanjang hidup saya.
Sangat tidak berdaya.
Seperti saya boleh jatuh ke dalam perigi itu bila-bila saja.
Sampai sekarang.
Saya membaca fikiran seorang lelaki di kereta hari ini.
Dia memandang wanita muda di depannya.
Otaknya penuh dengan fikiran kotor...
Saya membutakan fikirannya.
Namun, saya masih mendengarnya. Dia panik.
Ketika itu...
sakit kepala saya kembali.
Ketika kami keluar dari kereta bersama,
Saya melihat kereta lain datang...
dan saya menolaknya secara telekinetik.
Ketika dia mati...
Saya rasa lebih baik.
Hinggalah saya baca fikiran seterusnya.
Dan seterusnya.
Cemburu. Marah. Dengki.
Penyelewengan.
Tidak peduli fikiran siapa yang saya intip,
fikiran kotor memenuhi otak mereka,
dan sebagai gantinya, saya.
Saya belajar kebenaran tentang manusia.
Dalam diri mereka...
Manusia adalah raksasa.
No comments yet. Be the first to leave one.