முதல் 200 வரிகள்.
FILEM INI MENGANDUNGI BAHAN BERKAITAN PERISTIWA TRAUMATIK KEHIDUPAN SEBENAR.
BUDI BICARA PENONTON ADALAH DINASIHATKAN
Ia adalah hari yang indah.
Anda dapat rasa bahang dari gunung berapi.
Anda dapat rasa tanah itu hangat.
Anda boleh nampak warna kuning yang cantik.
Serta warna jingga gelap.
Warnanya di merata tempat.
Wap keluar dari tanah.
Satu pemandangan yang sangat menakjubkan.
Ia kelihatan seperti Marikh.
Terdapat lebih banyak wap daripada yang saya jangkakan.
Anda tahu ada sesuatu
yang indah dan dahsyat, serta anda mahu melihatnya.
Tetapi pemandu pelancong kami kata, "Jangan dekati tebing kawah."
Saya menjadi sangat cemas,
jadi, saya bercakap dengan dia
dan tanya, "Apa kita nak buat jika berlaku letusan?"
"Sebab saya rasa semakin gementar."
Saya amat sayang isteri saya,
tapi menjadi cemas bukanlah keadaan luar biasa baginya.
Jadi, saya cuma abaikan.
Malah, saya kata, "Ia takkan meletus."
Sebagai warga New Zealand,
di mana lebih baik untuk membesar?
Ada bukit, ada tempat memburu dan memancing.
Serta lautan untuk berenang.
Tiada yang lebih baik.
Whakatāne ialah sebuah komuniti yang indah, penuh pengembaraan.
Secara geografi, kami berada di pantai timur North Island.
Auckland ada di sini.
Kemudian ke bawah pantai ialah Whakatāne.
Orang ramai akan menyebutnya "Wock-a-tain" or "Feck-a-tah-nee"
atau "Wock-a-tah-nee".
HELO WHAKATĀNE
Tapi ini komuniti kecil yang ada banyak kasih sayang di pusatnya.
Ada 38,000 penduduk di Whakatāne.
Kami ada 51 peratus orang bukan Māori.
Serta 48 peratus orang Māori.
Komuniti kami saling menyokong.
Dengan bersatu, kami ada kawasan yang indah,
termasuk gunung berapi yang aktif dan bernafas,
Whakaari, nama Inggerisnya, "Pulau Putih."
Pulau Putih terletak kira-kira 48 kilometer dari pantai Whakatāne.
Apabila anda memandu di pantai,
anda melihat ke seberang ufuk
dan anda melihat kepulan
asap putih yang besar keluar dari kawah.
Sungguh menakjubkan. Ia keindahan alam semula jadi.
Dalam cerita rakyat kami, kami berasal dari pergunungan.
Kami sebenarnya keturunan Whakaari.
Serta kami adalah pelindung pulau itu.
Pulau itu sendiri adalah tenaga dan kuasa yang mengagumkan.
Tetapi ia juga sangat istimewa dari segi pelancongan.
LALUAN KE LAPANGAN TERBANG WHAKATĀNE PULAU PUTIH
PELANCONGAN PULAU PUTIH
Pelancong suka Pulau Putih.
Ramai orang berkaitan dengan Pelancongan Pulau Putih di sini.
Restoran kami,
KAFE PULAU PUTIH
…motel kami,
kedai, butik, semuanya…
SAYA INGIN TEROKAI SAYA INGIN ALAMI - SAYA INGIN TEMUI
…semuanya bergantung pada orang yang Pelancongan Kembara bawa ke bandar kami.
CHARLESTON, CAROLINA SELATAN
Perkahwinan kami
adalah hari keajaiban paling sempurna.
Saya tak pernah tersenyum sebanyak itu sepanjang hidup saya.
Saya pencari pengembaraan.
Dia sama sekali bukan pencari pengembaraan.
Saya jenis yang suka bersantai, atau
hanya berehat di pantai dan sebagainya.
Jadi, untuk bulan madu kami, kami mula melihat pelayaran.
Kami jumpa pelayaran ke New Zealand. Kami melihatnya,
"Bagus ini! New Zealand ada geografi dan daya tarikan
yang menakjubkan. Ini nampaknya sempurna."
Saya dan adik saya
sangat suka apa saja boleh beri kami keterujaan, dan saya rasa
itu meletakkan kami pada risiko yang menyeronokkan.
Wah!
Kami melompat dari Menara Auckland.
Wah!
Kami pergi berakit air hitam.
Ibu dan ayah saya sebelum ini pernah menaiki beberapa pelayaran
dan mereka sangat menikmatinya, jadi, mereka berikan idea
kepada saya dan adik untuk naik pelayaran ke New Zealand.
Dalam pelayaran itu, kami diberi pilihan lawatan ke tanah besar.
Saya akan memilih lawatan satu hari,
dan Matt akan pilih lawatan untuk hari yang berbeza.
Jadi, 9 Disember sebenarnya adalah hari Matt untuk memilih lawatan.
Saya minat perkara berkaitan sains. Jadi, ia kedengaran sangat menarik.
Seperti gunung berapi sebenar yang boleh anda pergi dan lihat.
PENGALAMAN GUNUNG BERAPI PULAU PUTIH PELAYARAN DAN PENEROKAAN BERPANDU
Pulau Putih adalah berbeza,
bukan benda biasa yang anda boleh buat
kerana ia salah satu gunung berapi paling aktif di dunia.
MENDEKATI DRAMANYA
Dari penerangannya, ia pendakian mudah saja.
Ia tak perlu peralatan memanjat batu dan lain-lain untuk ke sana.
Cuma berjalan ke kawah dan melihat gunung berapi yang menakjubkan ini.
TASIK ASID BERWAP MENAKJUBKAN
Mereka buat ia kedengaran menarik dan tak berbahaya.
Saya kata, "Baiklah, itu nampak bagus."
Kami melihat penerangan, dan fikir, "Baiklah."
Kami tinggal di Hamilton di New Zealand,
dan saya seorang paderi sepenuh masa di sebuah gereja.
Anak perempuan saya belajar geologi dan aktiviti gunung berapi di sekolah
dan saya kata kepadanya, "Kita harus pergi sementara kita ada peluang untuk pergi."
Kemudian untuk hari lahir saya ke-50,
dia mengejutkan saya dengan tiket ke Whakaari.
9 DISEMBER 2019
Pagi Isnin, sunyi.
Tak banyak lalu lintas di sekitar.
Kami tiba di pejabat pelancongan dan kami membaca
beberapa dokumen keselamatan, kemudian kami diminta untuk menandatangani hanya
butiran hubungan dan butiran waris terdekat.
PELANCONGAN PULAU PUTIH
Saya tahu ada risiko dan saya berada di sana bersama anak saya,
saya takkan membahayakan dia.
Tapi saya tak pernah takut dengan apa yang kami lakukan.
Hei, selamat pagi!
Pada hari itu, terdapat beberapa bot yang melawat pulau itu,
dan kami naik bot Phoenix.
Kami meninggalkan dermaga,
melayari sungai selama lima atau sepuluh minit.
Anda menyeberangi Sungai Bar menuju ke lautan terbuka.
Kemudian dari situ ke Pulau Putih.
Kami bertolak dari kapal persiaran utama lebih kurang pukul sembilan pagi.
Kami menaiki bas selama sejam ke Whakatāne,
ke pelabuhan tempat kami berlepas, dengan 40 atau lebih pelancong lain.
Kami semua naik ke Te Puia,
pemandu pelancong kata ia kapal baharu.
Saya rasa mereka baru dapat tahun itu.
Ada empat pemandu di Te Puia.
Mereka ialah penduduk tempatan Whakatāne
dan mereka sangat teruja nak ceritakan tentang sejarah Pulau Putih.
Pada pagi 9 Disember,
saya, Hayden, Tipene, dan Jake jadi pemandu.
Kami menyediakan bot dan kemudian kami pergi seperti hari-hari lain.
Mendekati pantai, kita akan ke kawasan kawah dalam yang berpandu sepenuhnya.
Ini akan mengambil masa kira-kira sejam hingga satu setengah jam.
Adik saya, Hayden, suka aktiviti luar
dan dia ada minat terhadap musim panas.
Pada 2009, dia bermula sebagai pemandu pelancong, membimbing di Whakaari.
Hayden menyimpan diari terperinci setiap lawatannya ke pulau
dan dia dah buat 1,111 lawatan.
Itu menakjubkan.
Saya tak tahu itu lawatan Hayden ke-1,111 ke pulau. Tidak.
Hayden mungkin salah seorang pemandu yang paling lama bertahan.
Dia bantu melatih saya di tempat kerja, dan kemudian ya,
selepas bekerja, kami akan pergi ke kelab nelayan tempatan
atau kami akan melawat Air Terjun Tarawera.
Dia sentiasa mahu pengembaraan.
Dia mengembangkan minat mendalam terhadap seluruh alam sekitar.
Bukan saja Whakaari dan gunung berapi.
PHOENIX - WHAKAARI / PULAU PUTIH
Angin bertiup, ombaknya agak besar.
Ramai penumpang lemah sebenarnya
dipindahkan ke belakang Te Puia
kerana mereka rasa mabuk laut.
Saya duduk bersama keluarga, kami…
bukan mengejek mereka tetapi ketawa sedikit,
tersengih-sengih sendiri. Kami seronok berada di atas air.
Serta kami menikmati perjalanan yang bergelora itu.
Kami tak tahu betapa bergeloranya laut.
Kami berada di atas bot itu selama 90 minit.
Boleh dikatakan, sekurang-kurangnya tujuh atau lapan orang muntah
seluruh kapal akan naik dan kemudian ia akan turun semula,
dan anda akan melihat lautan, kemudian langit, kemudian lautan kemudian langit.
Saya hampir termuntah.
Saya betul-betul memegang perut saya begini.
Sejam setengah ke luar sana dan sejam setengah kembali.
Ada harinya, anda ke sana dan keadaan jadi teruk,
boleh jadi dahsyat. Jika anda tak biasa di atas bot selama sejam,
anda akan mudah rasa mabuk.
Jadi, ada pilihan lain juga.
Anda boleh menaiki helikopter dan itu hanya 20 minit penerbangan.
Bangun tidur hari itu,
saya rasa agak gementar dan tekanan.
Ini hari pertama saya dibenarkan menerbangkan penumpang secara solo.
Saya pergi ke New Zealand asalnya untuk dapatkan lesen.
Hanya cari tempat bagus untuk belajar terbang.
Pada hari cerah,
jika berlepas dari tanah besar, Pulau Putih dapat dilihat.
Anda boleh terbang lurus.
Keadaan pada hari itu pula sempurna.
Apabila Phoenix semakin hampir dengan pulau,
anak kapal mula menyediakan kami untuk turun.
Anak saya kata, "Jom, ayah, saya nak jadi yang pertama jejak di situ."
Lawatan bermula…
kami berjalan perlahan.
Ada dua pemandu, salah seorang akan jalan dulu
dan seorang lagi jadi orang terakhir dan kami berada antara mereka.
Ia seperti babak dari Jurassic Park
apabila anda mendekatinya.
Kali pertama mendarat di Pulau Putih rasa seperti mendarat di bulan
kerana persekitarannya luar biasa.
Selepas mendarat, saya beri taklimat keselamatan.
Kemudian saya mula berjalan ke arah kawah.
BRIAN - TASIK KAWAH
No comments yet. Be the first to leave one.