முதல் 200 வரிகள்.
Jerd, hari makin gelap.
Kami semakin hampir, Noi.
Kawan-kawan, awak semua ada dengar apa yang orang kata?
Ada peti di dalam rumah ini
yang mengandungi roh Nual.
Dia kuasai hutan ini dan enggan meninggalkannya.
Sesiapa yang datang ke sini pada waktu malam...
takkan dapat meninggalkannya.
Penakut! Ia cuma cerita saja!
Noi, awak nampak pucat!
Kalau awak takut, awak boleh pergi.
Awak berdua takut?
Lat tali lat tali tam plom!
Ting!
Saya lagi!
Kasihan awak. Sekarang tutup mata dan kira.
Satu, dua, tiga, empat, lima...
Noi, mari kita bersembunyi di atas. Dia takkan jumpa kita di sana.
Tak nak.
Ayuh!
Saya nak cari awak sekarang!
Pergi sembunyi di penjuru itu.
Saya akan pergi ke bilik itu.
Kalau Ting cari saya, awak sentuh dia dari belakang.
Baguskah kalau kita berpecah?
Ayah saya bagi saya tangkal perlindungan ini. Awak simpanlah.
Ayuh.
Sai!
Hai Jerd, Yam, Toh!
Tinggalkan ikan itu di rumah saya.
Awak tahu bila sekolah akan dibuka semula?
Kita perlu tunggu sehingga perang di Bangkok tamat.
Tapi seronoknya kita tak perlu pergi sekolah!
Ada orang yang mati dan cedera. Ini bukan permainan.
Mari kita pergi ke padang. Hari ini tentu tak ada pesakit.
Marilah, Sai.
Mari!
- Jerd! - Ayuh.
Mari.
Jerd, sudahlah!
Awak tak bosankah?
Doktor Metta!
Mon!
Tiada sesiapa di sini.
Mereka tentu telah dipanggil untuk urusan kecemasan.
Dengar kata, Bangkok dibom agak teruk malam tadi.
Jika tak kerana ayah saya, saya dah pergi ke sana.
- Awak tak takut mati? - Tidak.
Saya dapat jadi askar dan tembak musuh.
Ia tentu hebat!
Misi! Berhenti!
Mari bermain dengan saya!
Jerd!
Sai, tiada siapa yang akan datang. Jom kita keluar
Tidak boleh. Mungkin ada orang yang perlukan bantuan.
Tapi jika awak tak pergi, ada seseorang yang pasti jatuh sakit.
Aduh!
Misi, tolong.
Jerd!
Potong jari awak nanti.
Tolonglah.
Tidak.
Doktor! Doktor ada di sini?
Tengok?
Sebentar!
Sikit saja lagi.
Sai...
dengar kata, Krasue dah makan ayam Dang, jiran awak itu.
Saya tak tahu pula.
Malam tadi, Mai dan kawan-kawannya pergi memburu tikus.
Mereka nampak cahaya terapung.
Saya dah agak!
Awak perlu berhati-hati.
Bagaimana?
Tutup semua pintu dan tingkap pada waktu malam.
Jangan sidai baju di luar rumah.
Krasue suka lap mulut mereka dengannya.
Kalau saya Krasue, awak tentu dah mati sekarang.
Jika awak Krasue, saya tentu dah tembak kepala awak.
Cakap macam berani, ya?
- Sai! - Ya?
Awak tak rasa pelik tengok benda ini setiap hari?
Awak rasa takut?
Sedikit.
Tak sangka awak penakut.
Tapi ia menjijikkan.
Saya rindukan Noi.
Entah bagaimana keadaannya sekarang.
Sai!
Ayah akan keluar meronda malam ini.
Kerana Krasue itu, bukan?
Siapa yang beritahu awak?
Mak Cik Kamlai. Saya rawat anaknya hari ini.
Dia kata, Krasue makan ayam Dang.
Tapi dah lama orang tak melihatnya.
Entahlah...
Awak duduk dengan nenek. Kunci semua pintu dan tingkap.
Ayah pergi dulu.
Hati-hati.
Aduh! Mari kita masuk.
Selamat malam, nenek.
- Hai. - Ya, nenek.
Nah!
Jerd suruh saya beri buah kundang kepada awak.
Terima kasih.
Saya singgah di rumahnya tadi.
Awak apa khabar, Dum?
Awak menawan betul.
Jerd pun menawan juga.
Kacak dan kaya...
Awak tak suka dia langsung?
Dia tergila-gilakan awak.
Orang kata dia ikut awak setiap hari.
Dia cuma menemani saya.
Kenapa awak gerakkan kaki awak? Huh?
Awak malu?
Taklah.
Yalah.
Selepas awak dah melakukannya, cepat-cepat beritahu saya.
Ting!
- Apa? - Apa maksud awak?
Baiklah, saya balik dulu.
- Mungkin saya patut makan buah kundang. - Baliklah.
Jangan lupa makan buah itu.
Jalan baik-baik.
Jumpa lagi.
Nah. Air pandan.
Sai.
Sai. Ayuh.
Sai!
Hmm?
Awak berkhayal.
Jerd.
Mari ikut saya pergi ke hutan.
Sai, tunggu.
Kita patut patah balik.
Tapi kita dah semakin hampir.
Ia berbahaya.
Kalau awak takut, awak baliklah dulu.
Saya tak takut, saya cuma risau.
Sai?
Noi!
Sai!
Sai!
Jerd!
Noi!
Kami dari Salaya dan Krasue telah mengucar-ngacirkan tempat kami.
Pada mulanya,
mereka makan semua ayam dan itik.
Kemudian, lembu dan kerbau pula.
Tapi penduduk kampung terlalu lambat bertindak.
Jadi...
Ia mula merebak.
Ketika itulah huru-hara tercetus.
Merebak? Bagaimana?
Sekiranya Ibu Krasue ludah di dalam air...
dan ada gadis meminumnya,
dia akan bertukar menjadi... Krasue.
Jika lelaki yang meminumnya,
dia akan menderita akibat kesan racun itu.
Selepas menderita dan akhirnya mati,
Krasue akan membaham isi perutnya.
Penduduk kami takut dan mereka dah lari meninggalkan kampung.
Kenapa saya patut percayakan cerita awak?
Pai. Plaew.
Ini antara Krasue yang kami berjaya bunuh.
Kami cuma mahukan tempat tinggal.
Sebagai balasan, kami akan buru hantu ini untuk awak.
Bagus juga, Tok Ketua.
Siapa yang kata Krasue ada di sini?
Saya bawa kari dan sayur rebus.
Saya akan letakkannya di situ.
Awak tentu penat selepas perjalanan tadi.
Terima kasih.
Selimut dan kelambu.
Saya harap ia cukup bagus.
Sudah tentu. Keadaan di Bangkok jauh lebih teruk.
Kenapa awak berseorangan di sini?
Mana ibu bapa awak?
Bangkok dibom dengan teruk pada malam itu.
Ibu bapa saya terkorban.
Takziah, Noi.
Awak apa khabar?
Baik.
Saya di sini setiap hari.
Tak ada banyak benda yang saya boleh buat di rumah,
jadi saya datang untuk tolong doktor dan jururawat.
Mereka baru saja dipanggil untuk pulang ke Bangkok.
Awak mahu jadi jururawat?
Entahlah. Mungkin.
Awak pula?
Saya baru mula belajar di kolej perubatan
semasa perang melanda.
Selepas awak lulus, awak boleh pulang dan bekerja di sini.
Sudah tentu.
Tapi saya tak tahu apa akan berlaku sekarang.
Awak pernah menghadapi kes kritikal?
"Kes kritikal?"
Pesakit yang sakit teruk.
Pernah. Awak ingat Atuk Samran?
No comments yet. Be the first to leave one.