முதல் 200 வரிகள்.
BRING SMILE IVF PUSAT KESUBURAN & IVF
Jaya Srivastava?
Kamu nak buat IVF tanpa beritahu suami?
Saya bawa sampel dia untuk ujian, saya akan bawa untuk prosedur.
- Ya, ayah? - Berapa kali nak cakap?
Aku takkan minum teh yang pembantu rumah buat.
Saya balik 10 minit lagi.
- 10 minit saja. - 10 minit dari pasar?
- Apa? - Saya pergi ke kuil.
- Kuil? Balik sekarang. - Ya, ya.
Bawa suami kamu ke sini.
- Biar saya cakap. - Mestilah dia punya.
Kenapa nak susahkan dia?
Kalau saya beritahu dia, dia akan fikir ia anugerah tuhan.
Itu pun betul.
Hanya kalau kami dapat sampel cepat. Tiada jaminan.
Okey. Berapa kosnya?
Kira-kira 550,000 rupee.
Satu, dua, tiga, empat, lima…
Kedai besar, berilah diskaun besar.
Saya beli tiga!
Tengok ini. Nah. Kami dah beri harga terbaik.
BUKU AKAUN
TEEN PATTI AKAUN 2024 - 25
Govind, saya nak balik. Kunci kedai nanti.
Kenapa awal sangat?
Ada urusan penting.
Pergi dulu.
Rahul4clicks tanya, "Mana abang ipar hari ini?"
Satu saja cara untuk panggil.
Tanda pagar AbanglparBolehSayaPergi?
Hai, Susage!
- Tanda pagar AbanglparBolehSayaPergi? - Tanda pagar AbanglparBolehSayaPergi?
Funny Akhil tanya, "Kamu berdua cuma kawan?"
Funny Nikhil, abang ipar dan adik ipar tak boleh berkawan?
Shruti Chat tulis, "Jijiknya.
Kau buat video lucah dengan ayah kau juga?"
Ayah kau ajar kau troll?
Mulut macam anjing! Shruti, penjilat! Aku yang menjijikkan?
- Aku menjijikkan? - Hei, diam. Bertenang!
Jangan maki-maki dalam siaran langsung.
Mengata ayah saya tak menjijikkan?
Aku cabut lidah kau nanti!
Sial! Kau tunggu aku cari kau!
Hidang makan malam.
Budak-budak dah lapar.
Tengok tiga orang ini…
- Kakak ipar! Roti! - Kakak ipar! Roti!
SUNYI? TEMAN SEMUA PERINGKAT UMUR
Boleh jalan dari sini? Bagus, jalanlah.
Ya, saya dengar. Saya dah nak sampai!
Keluarlah, saya dah sampai.
- Kakak ipar! Roti! - Kakak ipar! Roti!
Sekejap.
DAHAGA PERHATIAN!
BINI OLOK-OLOK DAH SAMPAI
TAMAN IMPIAN KERJA SEDANG DIJALANKAN
- Kakak ipar! Roti! - Kakak ipar! Roti!
MUAT NAIK ANDA
2546 10 ORANG BERHENTI MENGIKUT
Seorang wanita, sebuah rumah agam kosong.
Siapa boleh selesaikan misteri ini?
Malam ini, kita bongkar kebenaran dalam kes pembunuhan
yang sensasi di bandar ini.
KHALBALI
Watak utama kisah bermisteri ini ialah wanita penggoda
yang boleh memikat mana-mana lelaki dengan satu pandangan.
AHLI SIHIR
Pada malam yang panas itu, apabila dia keluar dari bilik air,
dinding juga berpeluh.
Malam itu, seperti malam-malam lain,
- dia bersendirian di rumah. - Helo?
Tapi malam itu, dia menunggu seseorang.
- Ayah dah tidur? - Ya, dia dah tidur.
- Nak saya hidang makanan? - Tak, belum lagi.
Awak patut basuh tangan sebelum bawa gelas.
Hai, Susage!
- Tanda pagar AbanglparBolehSayaPergi? - Tanda pagar AbanglparBolehSayaPergi?
Funny Akhil tanya, "Kamu berdua cuma kawan?"
Funny Nikhil, abang ipar dan adik ipar tak boleh berkawan?
MAK
Helo?
- Jaya! Jaya! - Mak?
Kenapa? Mak menangis?
Mak takut. Mak betul-betul takut.
- Kamu dan Sushma. Mana Sushma? - Sekejap.
Saya telefon balik.
Telefon dia.
- Mak nak cakap dengan kamu berdua. - Saya masuk.
- Ini sangat penting. - Tunggu sekejap, mak.
Manas sedang tidur. Tak boleh tunggu sekejap?
Mana Sushma? Mak nak cakap dengan kamu berdua!
Sushma tak tinggal di sini. Dia gaduh dengan bapa mentua saya.
Buat benda itu dengan dia, jadi benda itu.
- Benda apa? - Benda yang semua orang telefon.
- Panggilan persidangan? - Ya, panggilan persidangan.
Saya tak nak. Kalau mak nak cakap, telefon sendiri.
Tolonglah, buat saja!
Ini sangat penting!
Janganlah drama sangat.
Saya kata saya tak nak. Jangan menjerit. Sakit telinga saya.
Kalau mak mati, kamu lebih aman?
Yalah, saya telefon.
- Ya, telefon. Cepat. - Tunggu.
Apa?
Mak nak cakap dengan kita.
Kenapa?
Mana kakak nak tahu?
Sushma dah di talian. Cakaplah.
Sushma!
- Sushma! Mak takut! - Ya, Sushma ada! Beritahu kami!
Kamu berdua datang sini! Datang sekarang!
- Apa? - Mak kata, datang sekarang!
Mak nak kami naik pesawat sekarang?
Mak tak boleh berfikir. Mak menggigil.
- Tak boleh pegang telefon. - Menggigil?
Bulan lepas, mak makan telur pada hari Isnin. Inikah balasannya?
Telur?
Ampunkan aku kali ini. Aku takkan makan lagi.
Perut mak sakit?
Kenapa ini selalu terjadi kepada mak?
Kenapa mak minta dihukum macam ini?
- Sushma! - Habis menangis dulu.
Baru telefon balik.
- Jangan letak! - Gilir-gilir bercakap.
Itulah yang saya cakap.
- Diamlah. - Kenapa? Kakaklah diam.
- Kamu diam. - Kakak diam.
Diam. Sebab itu saya tak nak telefon dia.
Dengarlah mak nak cakap.
Mak rasa mak takkan selamat.
Saya tak fahamlah. Cakap dengan jelas. Mak menjerit macam puntianak.
Cakap saja.
Tuan Gupta…
Dia…
Dia dah tak ada.
Apa yang tak ada?
Dia…
Dia dah mati!
Dari seberang jalan?
Tiba-tiba?
Dia sakit jantung?
Berapa kali saya nak cakap? Amalkan yoga, berjalan.
Walaupun nampak muda, arteri tersumbat boleh sebabkan…
Jaya! Apa kamu merepek? Mak tampar nanti!
Mak, kalau Pak Cik Gupta dah mati,
kenapa mak sedih sangat?
Dia mati di rumah mak!
Tapi kenapa mak menangis?
Beritahu saya, apa jadi?
Mak!
Mak, saya pun menggigil.
Bagaimana dia mati di rumah kita?
MAA BEHEN
- Mak. - Cepatlah datang, Jaya, Sushma.
Macam mana jadi begini?
Rekha hanya berusia 22 tahun,
apabila dia memakai sari berbunga,
merah macam darah dan kuning macam jaundis,
lalu melangkah masuk ke Taman Impian buat kali pertama sebagai pengantin.
MISTERI REKHA
Sukumar, seorang pemeriksa tiket, tak beritahu sesiapa di mana dia jumpa
isteri secantik Rekha.
Tapi rahsianya terbongkar
disebabkan oleh blaus tanpa lengan Rekha.
Bencana menimpa kita!
Mak! Mak cik, dengar dulu! Mak!
Ketika itu, pandangan Rekha, lebih tajam daripada pedang Tipu Sultan,
mengimbas semua lelaki seperti kod QR.
Tiba-tiba, taufan kuat melanda!
Penduduk taman mendakwa
cuaca di Taman Impian tidak sama sejak itu.
Renungan jahat pengantin baru,
seperti hujan tak bermusim itu,
tertumpu kepada Charitra Kumar Gupta yang tinggal di seberang jalan.
Akauntan berkanun yang rajin beribadat dan bersenam,
serta lelaki berkeluarga ini,
dapat rasa kelakuan liar Rekha sejak hari pertama lagi.
Tapi demi sahabatnya dari kecil, Sukumar,
dia telan kepahitan itu dan berdiam diri.
Apabila Jaya lahir pada bulan ketujuh perkahwinan mereka,
sifat sebenar Rekha terdedah.
Hari demi hari, tingkah laku Rekha menjadikannya lebih terkenal.
Kata mereka, hari Ahad sangat mencabar untuk taman itu.
Ambillah, bodoh!
PEMANDANGAN TERBAIK
Dia tahu
apabila jari halusnya menyentuh tubuh Sukumar,
tubuh setiap lelaki di taman seolah-olah mengalir arus elektrik.
Satu hari, arus itu menjadi kejutan 440 volt
yang menggemparkan seluruh taman!
Semua orang tahu,
Sukumar pernah pinjam duit
daripada Tuan Gupta dan menjadikan rumahnya cagaran.
Jika Tuan Gupta mahu, dia boleh halau Rekha
dari taman itu serta-merta.
Tapi hatinya lembut bak puding labu air. Dia tidak tergamak.
Perempuan tak tahu malu.
Beberapa tahun berlalu dan usia meningkat, tapi hanya untuk penduduk taman.
Orang percaya, ahli sihir tidak menua.
No comments yet. Be the first to leave one.