முதல் 200 வரிகள்.
Sarikata oleh : Cocobutter - Malaysia Subbers Crew-
Maafkan saya, tuan. Kita akan mendarat di Hyderabad
Tuan, Metro Pillars Moulding akan berlepas ke Bangalore dari Unit Moulding
Tuan kena periksa dan berikan kebenaran.
Mari pergi.
Tuan, staf pentadbiran datang untuk berjumpa tuan sekejap.
Selamat pagi, tuan.
Apa?
Esok ialah hari terakhir perayaan Sri Ram Navami di kawasan kami.
Kami rasa gembira jika tuan dapat datang bersama keluarga.
Maaf Prasad, esok ada majlis keluarga. Awak teruskan saja. Okey.
Kami sangat berharap tuan.
Tapi saya tak boleh datang.
Ayah belum tidur lagi?
Awak dari mana?
Saya ada kerja sikit yang perlu dibuat.
Tak boleh beritahukah?
Sebenarnya, staf kita anjurkan perayaan Sri Rama Navami..
... di kawasan mereka. Saya pergi ke tempat mereka tadi.
Betulkah? Mereka patut jemput saya dan saya pun boleh pergi.
Apa yang awak buat di situ?
Ada acara sembahan dan pujian pada Dewa.
Awak tahu pakcik adakan parti keluarga dan kita semua kena hadir.
Awak pun tahu saya tak berapa suka parti sebegini.
Harsha, awak terlepas semua parti dan keseronokan.
Ya, saya tahu.
Orang kenamaan semua ada di sini dan abang saya rasa janggal bila awak tak ada.
Tapi lebih baik kita penuhi jemputan staf sebab itulah saya ke sana.
Cukup Harsha!
Kenapa dengan awak ni?
Itulah soalan yang saya nak tanya pada ayah.
Staf kita meraikan perayaan dan ayah anjurkan parti yang ..
..membazir dan tak ada siapa pun yang datang.
Mereka gembira bila nampak saya datang ke sana.
Ayah nak berbincang dengan awak.
Boleh tak awak luangkan masa?
Dah lewat ni. Kita bincang esok.
Selamat malam mak.
Baru semalam tanah hitam sampai dan anak pokok di tanam.
Boleh kita berbincang sekarang?
Ayah hanya perhatikan awak dan cuba memahami.
Pemikiran kita tidak serupa.
Awak anak ayah! Ayah cuba memahami awak.
Sayang betul!
Ayah ingat awak pilih asrama berbanding sekolah..
.. kerana awak suka berkawan.
Inginkan kolej terbaik tapi awak pergi ke tempat lain.
Awak ingin keluar negara, ayah ingat awak nak terokai dunia.
Kemudian awak tidak mahu berniaga dan awak terima tawaran kerja.
Ayah ingat awak nak belajar selok belok pekerjaan.
Akhirnya awak balik.
Ayah harap awak ambil alih perniagaan ini
Tapi ianya tidak berlaku.
Di rumah awak menyendiri.
Bukan hanya ayah, tapi semua orang tak memahami awak.
Kenapa?
Setiap lelaki ada sesuatu yg sukar di fahami. Begitu juga ayah.
Saya tak pernah nampak ayah bercakap dengan lemah lembut pada semua orang.
Kenapa?
Kita di sini bukan nak bertekak, kita berterus terang saja.
Bila awak nak ambil alih perniagaan?
Saya tak berminat.
Apa?
Saya tak berminat untuk warisi perniagaan ayah.
Awak adalah satu-satunya pewaris harta beribu kror.
Macam kelakarkan..
Ayah ingat awak berbeza, tapi awak sebenarnya gila.
Apa ayah nak buat dengan semua harta ini?
Macam mana saya nak jawab?
Apa pekerjaan datuk?
Petani.
Jadi selepas datuk, kenapa ayah tak terus jadi petani?
Ayah melawan cakap datuk untuk berjaya macam sekarang.
Saya hormati ayah dalam hal ini.
Jadi biar saya buat apa yang saya mahu.
Biar saya juga diberi penghormatan.
Apa yang awak nak buat?
Saya masih belum fikirkannya.
Tengoklah dulu.
Veeraiah, suruh dia hantar tanah merah - Okay Tuan!
Ravi, kenapa ni?
Tiada pukulan yang sempurna sejak pagi tadi.
Anak saya.
Kenapa dengan dia? Dia bijak. Anak awak yang terbaik.
Saya pun fikir begitu.
Saya berharap yang dia akan ambil alih perniagaan saya satu hari nanti.
Akhirnya dia kata tidak.
Apa?
Dia tidak mahu kekayaan. Dia cuma nak buat apa yang dia suka.
Dalam usia begini memang ada pemikiran yang nakal.
Kita kena alihkan perhatiannya.
Kenapa tak kahwinkan saja dia?
Keluarganya sendiri tak memahaminya. Inikan pula seorang gadis.
Teh? - Terima kasih
Awak tahu tak keindahan hidup ini?
Ianya indah.
Tahu tak macam mana nak hidup dalam keindahan ini?
Macam mana?
Dengan cara yang indah.
Harsha, ada mesyuarat di pejabat esok tentang kerjasama projek baru.
Awak salah seorang dari Ahli Lembaga Pengarah.
Jika awak datang ahli yang lain akan rasa senang hati.
Boleh awak datang? Atau awak ada kerja lain?
Kenapa dia tak datang ke mesyuarat penting?
Dia orang pertama yang akan tiba.
Salam tuan. Selamat datang!
Ia jodoh yang baik Madhav Rao, budak lelaki itu terpelajar. Dari keluarga baik-baik.
Jangan fikirkan tentang mas kahwin, tapi jika kita uruskan perbelanjaan..
.. untuk dia sambung belajar, itu dah memadai.
Ia memang jodoh yang baik, Sudhakar, tapi kami kena tengok kemampuan kami juga.
Selama ini saya merancang perbelanjaan untuk..
..pembelajaran dan perkahwinan anak dengan sama rata.
Jika saya habiskan semuanya untuk anak perempuan..
..bagaimana dengan masa depan anak lelaki saya?
Fikirkanlah sekali lagi.
Mereka akan datang untuk tengok calon perempuan petang ini.
Saya akan beritahu mereka tentang kemampuan saya..
.. yang lain terpulanglah pada takdir.
Tuan, mesyuarat dah mula, semua orang menunggu tuan.
Selamat datang semua.
Sebelum kita pergi kepada perkara teknikal dalam projek ini,
Saya nak beritahu beberapa perkara.
Seperti mana yang tuan semua tahu..
kami Jurutera RK tak pernah terlibat dalam kerjasama sebelum ini.
Tapi itu yang dulu. Mulai hari ini kami bersama tuan..
.. akan bekerjasama dalam menjayakan projek ini.
Tuan dan puan, pasaran sedang mememerhatikan kita dengan penuh minat.
Ini akan jadi projek paling berprestij pada masa sekarang. Boleh kita teruskan?
Harsha.. awak bosankah?
Saya okey saja.
Meghana! - Ya, pakcik!
Awak pun nampak bosan.
Apa kata awak berdua turun dan minum kopi?
Okey, boleh juga!
Harsha..
Awak tahu kenapa mereka panggil kita ke mesyuarat perniagaan seperti ini?
Untuk kita berjumpa dan berbual secara peribadi.
Keluarga kita adalah ahli perniagaan, dan kita berdua berpendidikan tinggi.
Kita satu-satunya waris di dalam keluarga.
Dan kita kenal satu sama lain.
Jadi mereka rasa kita memang ditakdirkan bersama..
.. dan ianya sudah tentu!
Mungkin saya nampak macam tu, tapi saya tak sempurna untuk awak.
Saya hidup dalam dunia saya, saya akan membosankan awak.
Awak sangat merendah diri, sekarang saya lebih menyukai awak.
Awak nak saya bercakap lebih jujur?
Sebenarnya awak tak sesuai dengan saya.
Awak akan nampak begitu membosankan di dunia saya.
Saya dah habis minum kopi, saya pergi dulu.
Salam.
Sudheer anak Madhav Rao.
Kami sangat sukakan anak perempuan awak.
Kami dengar tentang prinsip dan kebaikan awak maka kami gembira..
.. untuk menjalinkan hubungan dengan keluarga awak.
Saya tak tahu jika masa depan anak saya berkait rapat tapi jika dia..
.. stabil dalam kerjayanya, anak perempuan awak pun akan bahagia.
Kami rasa tak salah kalau kami nak tanya sesuatu..
Tuan Harsha! Tuan, di rumah kami?
Saya dengar ada calon lelaki nak tengok Rajani maka saya datanglah.
Anak Pengerusi Ravikant.
Salam tuan! - Silakan duduk tuan.
Marilah tuan. Silakan duduk.
Bila saya tengok ayah tuan, ia memberi saya inspirasi untuk bekerja keras dan berjaya.
Semoga berjaya!
Madhav Rao adalah pekerja lama dan dia umpama keluarga bagi kami.
Perkahwinan dalam keluarganya juga seperti perkahwinan kami.
Saya dengar anak encik perlukan duit untuk sambung belajar.
Kami ada meletakkan saham dalam syarikat atas perkhidmatan Encik Madhav.
Jadi tak ada masalah untuk kami berikan padanya.
Carilah tarikh yang baik.
Dia anak gadis kami, jagalah dia dengan baik.
Saya pergi dulu.
Saya akan hantar cek 20 lakh esok dari pejabat.
Bantuan apakah ini tuan?
Ini bukan bantuan, ini sokongan.
Selama ini awak dah menyokong kami, sekarang giliran kami pula.
Sudheer, belajar dengan baik tak? - Ya.
Ayah awak sangat percayakan awak, jadi banggakanlah dia.
Bawa dia masuk, semua orang sedang menunggu, pergilah masuk.
Harsha..
Awak pergi tiba-tiba dari mesyuarat dan tak pulang-pulang. Awak ke mana?
Mesyuarat yang mana?
Ayah boleh cakap terus terang nak jumpakan saya dengan gadis itu.
Kenapa cakap ada mesyuarat Ahli Lembaga, cakap tentang pejabat macam budak-budak?
Ia memalukan saya, dan ia juga akan memalukan ayah nanti.
Dia pergi ke rumah Madhav Rao kerani syarikat di bahagian tender..
..dan derma 20 lakh untuk majlis perkahwinan anaknya.
Dia juga arahkan duit itu perlu di hantar pagi-pagi esok.
Apa semua ini Harsha? 20 lakhs! Apa yang awak cuba buat?
Cuba untuk menjadi manusia.
Dia dah bekerja dengan kita selama bertahun-tahun.
Kita semakin kaya tapi dia bergelut untuk kahwinkan anaknya.
Ia sangat memalukan kita, Karthik!
Adakah kita akan terus menderma macam dia dalam masalah besar.
Mereka tu keluarga kita.
Dia tak tahu tentang itu semua, jika tidak dia akan berikan lebih lagi.
Karthik hantar duit itu awal pagi esok.
Ini baru 20 lakh, berapa banyak lagi yang dia akan dermakan?
Awak masih fikirkan tentang 20 lakh.
Pakcik bimbang tentang pemikirannya.
No comments yet. Be the first to leave one.