வெளியீட்டு விவரம்

Hospital Playlist Netflix Complete
கருத்துரை வழங்கியவர் 53k54
Netflix

குறிச்சொற்கள்

other
வெளியிடப்பட்ட தேதி: 2020-09-08
பதிவிறக்கங்கள்: 48
காது கேளாதோருக்கானது: No

Malay வசனங்களின் மாதிரிக்காட்சி

முதல் 200 வரிகள்.

SIRI ASLI NETFLIX

Awak boleh hidupkan lampu hari ini juga, bukan?

Seok-hyeong, saya pegang kopi.

Maaf.

Dah berapa lama tempat ini kosong?

Banyaknya habuk.

- Lebih kurang tiga ke empat tahun? - Aduhai.

Saya rasa macam berada di kelab.

Lampu itu akan terbakar.

Aduhai.

Mak, elektrik terputus lagi.

Boleh tolong panggil juruteknik cepat?

Oh, begitu.

Kalau begitu, sekejap lagi sampailah.

Okey.

Kenapa tak tanya sekali awak boleh minum kopi atau tak?

Dia kata secawan saja sehari.

Awak belum buang lagi.

Kenapa saya nak buang?

Tapi, benarkah awak tak mahu lakukannya?

Aduhai. Tentulah tidak.

Jadi kenapa datang?

Untuk jumpa awaklah. Saya risaukan awak.

Kalau begitu, buat sajalah.

Awak hanya perlukan Ik-jun.

Awak tak perlukan saya.

Dia menolak.

Biar betul? Dia tak nak?

Saya pun tak nak.

Saya tak ada masa pun. Saya kena tolong kawan-kawan saya buat tesis.

- Tolong saya juga. - Kenapa pula?

Oh ya, awak ada jumpa Ji-eun hari ini?

Ya.

Awak beli yang dia suka?

Saya belikan dia makanan

dan beri dia pembesar suara Bluetooth supaya dia boleh dengar muzik.

Kalaulah awak sebaik itu dengan kawan-kawan awak.

Lampu terpadamkah?

Ya. Yang ini berkelip-kelip dan terbakar.

Aduhai, nampaknya awak patut buat pendawaian semula.

Kami akan baiki untuk sementara waktu.

- Panggil pakar jika berulang. - Ya.

Bilik saya baiki esok sajalah. Jangan kerja hingga lewat malam.

Terima kasih.

- Baiklah. - Alamak.

Hati-hati, encik.

Encik, baik awak tutup alat itu sebelum buat begitu.

Awak tak pakai sarung tangan pun. Nanti kena kejutan elektrik.

Telefon ambulans.

Awak tak apa-apa? Awak sakit?

Helo? Alamat di sini ialah 33-1 Jogang-dong.

Ada orang pengsan kena elektrik.

Tolong ke sini cepat. Secepat mungkin.

Susah nak bernafas?

Aduhai. Apa yang berlaku?

Aduhai.

Alamak. Kenapa dengan dia?

Di sini!

Kami di sini!

Di sini!

Encik.

Encik?

Encik tahu encik di mana sekarang?

Tinggalkan saja dia di sana. Awak buat dengan baik.

Ya, sekejap lagi saya balik.

Dia kena kejutan elektrik tujuh minit lalu dan ada kesan terbakar di tangan kanan.

Saya buat CPR selama dua minit.

Jantung dia kembali berdegup, tapi masih belum stabil.

- Awak doktorkah? - Ya.

Vitalnya nampak tak stabil.

- Boleh awak ikut kami? - Saya ada panggilan kecemasan.

Doktor lain akan teman awak.

Yang itu.

Awak tak apa-apa?

Awak sangat bertuah.

Mereka berdua doktor.

Awak boleh dengar, bukan?

Tekanan darah dan nadi semakin stabil.

Begitu.

Tapi kenapa dia menggigil seperti ini?

Hei, awak tak apa-apa?

Dia cuma dingin.

Encik, boleh tolong kuatkan pemanas?

Boleh awak mesej dia?

Suruh dia kuatkan pemanas.

Seok-hyeong hantar mesej, bukan? Saya kata saya akan buat.

- Jawapan saya, tidak. - Awak dapat mesej dia?

Tak, itu jawapan saya kalau dia mesej.

Bukankah kita terlalu tua untuk itu?

Saya lebih rela jumpa teman wanita saya. Kenapa saya nak jumpa awak semua?

Hei, awak nak bertunangkah hari ini?

Kenapa segak-segak nak jumpa teman wanita?

Saya buat tempahan di tempat romantik di Busan dengan pemandangan laut.

Untunglah. Dapat keluar berjanji temu, sementara saya pula pergi kerja.

- Macam mana awak nak ke sana? - Dengan kereta teman wanita saya.

Itu pun dia. Berhenti.

Nampaknya dia masih mabuk.

Dia berjaga sepanjang malam. Kami akan terus bertolak.

- Hei, awak patut memandu. - Yalah.

- Hei. - Ya.

Kerja rajin-rajin.

Tak guna.

Berdasarkan kajian saya,

Hospital Daeseong menggunakan

prosedur tanpa pembedahan untuk rawat intususepsi.

Saya dah jelaskan tadi.

Untuk Bit-na, nekrosis mungkin dah terbentuk.

Pembedahan saja penyelesaiannya.

Doktor pasti, bukan? Bolehkah dia jalani pembedahan?

Dia memang perlu dibedah, puan.

Saya baca dalam Internet, kanak-kanak takkan tumbuh tinggi selepas pembedahan.

Jangan percaya benda-benda begitu.

Pergi ke kaunter, dapatkan tarikh pembedahan.

Okey.

- Jadi saya akan percayakan doktor... - Berdasarkan kajian saya,

Hospital Daeseong guna prosedur tanpa pembedahan untuk merawat...

Kita ada bilik untuk Bit-na? Telefon wad sekali lagi.

Baik.

Tolong jaga Bit-na.

- Terima kasih. - Tak ada masalah.

Dong-min, boleh kami angkat baju awak sebentar?

Sekali saja.

Aduhai, patung beruang. Awak datang sebab sakit perut?

Biar saya tengok.

Ya, doktor. Perut saya sakit sangat.

Mari kita lihat. Apa?

Wah, ia menghilangkan semua kesakitan. Awak betul-betul okey sekarang, bukan?

Ya, saya dah okey sekarang.

Baiklah.

Mari periksa perut mak awak sekarang.

Doktor, saya dah rasa lega.

Saya betul-betul okey sekarang.

Baiklah. Kemudian siapa pula?

- Dong-min, awak nak cuba? - Awak nak juga?

Mari kita lihat. Budak baik. Kamu budak yang baik.

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KANGWOON

Ini Busan?

Saya pasti saya sampai sebelum awak.

Mari makan malam bersama.

Okey. Saya nak periksa pesakit dulu.

- Pintu ditutup. - Bertenang.

Siapa yang urus Bilik 513?

Jadi siapa yang bekerja malam tadi? Awak?

Siapa yang beri ubat demam kepada Kim Suk-hui di Bilik 513?

- Tentu awak yang beri. - Tak, bukan saya.

Jadi awakkah?

Tak, memang bukan saya. Saya tak tahu pun rupa dia.

Ya. Awak tak pernah jumpa dia.

Awak beri ubat tanpa lihat dia sebab awak nak tidur.

Berani awak buat preskripsi tanpa berjumpa dia?

Awak begitu yakin yang awak seorang doktor?

Kalau tak nak jadi doktor, cakap. Jangan bazirkan masa saya.

Faham?

- Maafkan saya. - Maafkan saya.

Hei.

Kenapa tiba-tiba saja?

Okey, saya datang sekarang.

Tunggu apa lagi?

Dr. Kim, pesakit dipasang ECMO,

tapi dia terkena edema pulmonari, jadi kami masukkan tiub.

Kami dah periksa gema, tapi jantungnya lemah.

Tapi Eun-a okey saja sehingga semalam.

Kita akan buang ECMO dan bawa dia ke wad.

- Keluarga dia tahu? - Ya.

Biar kami periksa, puan.

Eun-a menghidap edema pulmonari sebab jantung dia tak berfungsi dengan baik.

Pasang ECMO saja tak cukup.

Hati buatan manusia pilihan yang lebih baik

untuk kurangkan tekanan kepada ventrikel kirinya.

Dia juga perlu dibedah hari ini atau esok.

Aduhai, apa patut saya buat?

Doktor, kami tak mampu bayar kos pembedahan sekarang.

Kosnya besar.

Mana saya nak cari duit?

Doktor, tolong beri saya seminggu.

Saya akan cari jalan untuk dapatkan wang.

Tolonglah... Eun-a saya...

Tolong selamatkan dia.

Tapi kami tak boleh tunggu lama. Dia perlu dibedah segera.

Kalau tunggu, dia tak selamat.

Jadi apa patut saya buat?

Jangan risau. Kami ada banyak program untuk sokong pesakit.

Saya pasti Eun-a boleh jalani pembedahan. Kita boleh buat segera.

Hei, cuba tanyakan.

- Hei, telefon mereka sekarang. - Ya, doktor.

RUANG SEMBANG PEMBEDAHAN JANTUNG

BUDAK 5 TAHUN, DCMP NAK TELEFON SIAPA?

KARDIOMIOPATI TERDILAT

Pembedahan saya buat, ini pun saya kena buat?

Awak buat apa?

Helo? Ini Kim Jun-wan daripada Pembedahan Jantung.

Boleh kami minta bantuan Program Talian Hayat?

Sekejap, ya.

PEJABAT PERKHIDMATAN SOSIAL

Helo. Saya Lee Seok-hyeon, doktor pelatih pembedahan jantung.

Boleh tolong pesakit kami dengan kos pembedahan dia?

Kami tak boleh tunggu. Dia perlu dibedah segera.

Ya, boleh tak Program Talian Hayat bantu tampung kos dia?

Dia lima tahun.

Pembedahan untuk masukkan alat bantuan ventrikular.

கருத்துகள்

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left