200 บรรทัดแรก
Hei, nampaknya Ji Su dapat tempat pertama kali ini.
Awak tahu markah awak?
Dia dapat A dalam Ujian Kecergasan. Dia juga dapat anugerah dalam seni.
Kenapa awak berminat tentang Han Ji Su?
Sebenarnya,...
...saya nak jadikan dia salah seorang teman wanita saya.
Jangan ganggu dia.
Kenapa? Awak suka dia?
Hei, Ji Su!
Saya patut belikan dia sesuatu.
Saya dah cakap, jangan ganggu dia.
Kenapa? Awak bukannya suka dia pun.
Saya suka dia.
Saya sukakan dia!
Awak tak tahu?
Akhirnya, dia sukakan sesuatu selain daripada bola sepak?
Awak sedar tak ramai teman wanita awak...
...pernah luahkan perasaan pada Shin Woo?
Saya tahu. Tapi dia tak tahu itu luahan hati mereka.
Sebab dia dungu hal perempuan.
Tapi kalau dia sedar, semua perempuan awak akan lari.
Kalau awak nak pastikan perempuan awak tak lari, jangan ganggu dia.
Ji Su boleh buat.
Tak selera nak makan.
Betul juga cakap dia.
Fikiran orang bijak ini memang unik.
Hei.
Kenapa awak suruh saya ke kafe internet?
Awak cakap awak suka Ji Su. Jadi, saya nak tolong awak.
-Macam mana? -Permulaan cinta...
...selalunya di miniWORLD.
miniWORLD
miniWORLD ini mewakili awak.
Pertama, muat naik gambar profil...
...yang menarik perhatian.
Kemudian, salin kata-kata yang hebat...
...beserta gambar terbaik awak.
Hei, saya tak pernah ambil gambar itu.
Hei, beginilah caranya.
Wah, ramainya pengikut awak.
Dan sebab saya ini selebriti miniWORLD.
Tapi selepas tengok laman web dan gambar awak,...
...saya yakin mereka akan lari melihat ejaan awak.
Diamlah.
Apa pun, apabila laman profil awak aktif...
...awak boleh melihat laman profil orang yang awak suka.
Lepas itu?
Awak tak dengar?
Saya dah cakap, semuanya ada di sini!
Makanan, buku, muzik kegemaran...
...dan lelaki idamannya. Mula-mula, awak perlu buat analisis.
Kemudian, awak jumpa dia...
...dan beritahu itu kegemaran awak sebelum dia sebut tentangnya.
"Yakah? Awak juga suka? Samalah!"
Ini boleh merapatkan hubungan awak berdua.
miniWORLD?
Apa ini?
Cuma kawan dia yang boleh lihat profilnya.
"Kawan."
Tidak. Terlalu bosan.
"Rakan sekelas."
Tidak. Itu sama seperti 30 rakan kelas lain.
Ayuh, Kang Shin Woo. Fikirlah!
"Kawan Lelaki Dari Kelas Awak."
Yalah, saya bukan kawan perempuan dia.
Saya melebih-lebih?
Tekan sajalah. Satu, dua,...
PERMINTAAN MENJADI KAWAN KEPADA HAN JI SU
Tak apa. Minta menjadi kawan...
...agak keterlaluan ketika ini.
Apa yang cikgu buat ini?
Tekan sajalah!
Bukankah saya patut cakap "Jangan menyibuk" kepada cikgu?
Diamlah!
Itu yang saya akan jawab.
Kalau awak nak tahu, ini juga urusan saya.
Kenapa pula?
Sebab awak pelajar saya!
Tekan sajalah!
Kalau awak masih teragak-agak, awak akan terlepas peluang...
...dan rasa menyesal seumur hidup!
Hei!
Apa masalah cikgu itu?
Maaf.
Tak apa.
Makanan, buku, muzik kegemaran...
...dan lelaki idamannya! Awak perlu buat analisis.
Awak patut cakap itu kegemaran awak...
...sebelum dia sebut tentangnya.
Mungkin dia ada buku ini sebab ia kegemarannya?
Hei, saya suka baca buku ini.
Yakah?
"Yakah? Awak juga sukakannya? Samalah."
"Yakah? Awak juga sukakannya? Samalah."
Baguslah itu.
Saya baca dua muka surat bila saya susah nak tidur.
Memang senang buat saya tidur.
Ia pernah dijadikan filem jadi saya cuba nak baca. Tapi saya rasa bosan.
Lain orang, lain minat. Apa pun, terima kasih.
Saya harap yang dia bukan saya.
-Hei. -Helo.
-Awak nak ke perpustakaan? -Ya.
Saya juga nak ke sana. Biar saya tolong awak.
Saya macam pernah tengok budak itu...
-Setuju! -Setuju!
Maafkan saya. Saya tak boleh menerimanya.
Saya suka orang lain.
Baru saya ingat! Lelaki yang beri dia bunga!
Lelaki ini dan lelaki yang Ji Su suka.
Ada banyak musuh. Saya perlukan rancangan.
REKOD PELAJAR KELAS 2-3
HAN JI SU
Kalau dia tahu sesuatu tentang Ji Su...
...dia pasti takkan malukan diri sendiri depan Ji Su, kan?
Kalau dia tak boleh ambil sesuatu miliknya,...
...saya terpaksa ajar dia.
-Ketua Kelas. Mari sini. -Ya, cikgu.
Suruh Shin Woo letakkan ini di meja saya nanti?
-Apa? -Berikan ini kepada Shin Woo.
Suruh dia letak di atas meja saya.
Hei, cikgu suruh bagi ini kepada awak.
Dia suruh awak letak semula di mejanya.
Apa maksud dia?
Macam mana dia dapat semua maklumat ini?
REKOD PELAJAR KELAS 2-3
Ini memang hebat!
Mari lihat.
Cantiknya.
Wah, hebat!
Tak sangka berguna juga si tak guna itu.
Teruskan kutuk diri sendiri.
Han Ji-su. Filem kegemaran, "If Only."
Lagu kegemaran, "Into the New World."
Haiwan kesukaan, anak anjing.
Tapi, kenapa wajahnya nampak macam pernah tengok?
Ugh, that’s hot!
Filem, makanan...
... dan lagu kegemaran awak.
Antara semua persoalan yang saya ingin tahu...
...ada sesuatu yang saya takkan tahu.
Siapa lelaki...
...yang awak suka dulu?
Hei, saya dah tengok video itu semalam.
Apa? Awak tengok filem lucah?
Habislah awak kalau kakak awak tahu.
Apa awak merepek ini?
Saya tengok filem. Tajuk "If Only."
"If Only?" Apa maksudnya?
Apa?
Awak tak tahu apa maksudnya? Tengok sajalah cerita Korea.
Hei, Ji-young. Awak dah habis kelas?
"Kalaulah kita buat begini."
-Apa? -Maksud tajuk filem itu...
...tapi kalau awak menontonnya, saya rasa ia merujuk kepada...
...penyesalan watak lelaki utama...
...dan hasratnya untuk selamatkan heroin.
Oh, itu maksudnya.
Tengok sajalah cerita Korea.
Tajuk cerita pun tak tahu.
Awak rindukan saya?
Kalaulah saya boleh bunuh Geun Deok sekarang, tentu bagus.
Hei, Chu Geun Deok!
Kamu tahu hari Sukan akan tiba, kan?
Kita perlukan dua orang wakil untuk perlumbaan tiga kaki.
Kita akan pilih sukarela. Siapa nak buat? Angkat tangan.
Tak ada. Jadi, saya akan pilih.
Memandangkan hari ini 12 hari bulan... Wakil pertama Kang Shin Woo...
...dan seroang lagi Han Ji Su.
Kita berdua.
Itulah.
Ada bantahan?
-Tak ada. -Cikgu!
Tapi aka kena mengana antara...
...nombor 1 dan 10 dengan 12 haribulan?
Ada alasan tertentu.
-Tutup mulut! -Tutup mulut!
Apa pun, mereka akan jadi wakil kelas kita.
Awak berdua perlu berlatih bila ada masa. Bersurai.
Jangan cub ponteng kelas tambahan.
Untuk kapten kelas, kamu boleh pergi berlatih.
Awsak nak berlatih nanti?
Baiklah.
Saya dah buat begini untuk dia. Dia tak boleh rosakkannya.
Muzik kegemaran: "Into the…"
Tempo sangat penting dalam perlumbaan ini.
Mungkin kita patut cuba lakukannya dengan muzik.
Macam mana dengan "Into the New World" oleh Girl's Generation?
Awak suka lagu itu? Saya juga!
Yakah?
Saya gunakannya sebagai nada dering telefon.
Saya juga gunakannya.
Saya patut kerap telefon awak untuk dengar lagu itu.
Saya pun patut buat begitu supaya awak boleh mendengarnya.
-Apa kata kita cuba? -Baiklah.
Sekejap.
Tak nak mula?
Jom!
-Kaki ini dulu. -Baiklah.
REKOD PERLUMBAAN TIGA KAKI
Masa kita ambil lebih cepat kalau langkah besar, kan?
No comments yet. Be the first to leave one.