200 บรรทัดแรก
Rekod suhu di New York mencatatkan
suhu 100 darjah yang sudah berlarutan selama lima hari
tanpa tanda-tanda akan menurun.
Aku akan beritahu siapa aku nak!
Saya dah cakap, nanti saya telefon.
Kau akan dapat apa kau nak.
...si bedebah tembak aku.
Memang tak pernah jadi!
Apa masalah awak? Saya cakap jangan sentuh.
Kau nak alih kereta kau, ya?
Beri laluan!
Oh, Tuhanku!
Ke tepi!
Mereka lepaskan tembakan.
Beri laluan!
Letak senjata!
Letak senjata dan meniarap...
Beri laluan! Ke tepi!
- Ke tepi! - Keluar!
- Beri laluan! - Keluar, sekarang!
Telefon 911.
- Kemudian dia pergi... - Kau!
Jangan gelabah!
Telefon polis.
Tolong lepaskan saya!
- Tolong! Sesiapa tolong saya! - Diam!
Semua orang jangan dekat. Okey, tolong ya?
SIRI ASLI NETFLIX
BERDASARKAN KOMIK MARVEL KARYA STAN LEE DAN BILL EVERETT
Pernah tak kau bangun pagi
dan bangun dari katil rasa macam
setiap zarah dalam badan kau sakit?
- Tak pernah. - Badan aku sakit sangat.
Kau ke gim semula?
Memang taklah.
Kau ingat aku mampu menjalani hidup sihat?
Aku keluar, Matthew. Pergi menari.
- Susah nak percaya. - Tapi betul.
- Boleh aku tanya soalan peribadi? - Silakan.
- Kau dah hilang akal? - Ya.
- Tolong cakap dia barista itu. - Hei, Foggy. Kau nampak segak!
Nama dia Bethany dan badan dia sangat fleksibel.
Kau wira aku.
- Jalan pandang depan! - Jadi, bila janji temu kedua?
- Ini yang tak seronok. - Tak!
Ya, sekali itu saja.
Malam itu dia peluk aku dan cakap, "Nanti saya telefon awak."
Aduhai, kejamnya.
- Kau tahu apa masalah aku? - Kau tak reti menari.
Aku pandai menarilah.
Malangnya si buta tak boleh tengok aku menari.
Tapi aku boleh sebut nama tokoh yang aku belajar dulu.
Jadi, apa masalah kau?
Aku tak ada kawan baik. Kau dah tak keluar dengan aku.
Boleh kau bayangkan Nelson dan Murdock menari?
Dengar macam menakjubkan.
- Keluarlah dengan aku, Matt. - Baiklah.
Marilah, sekali saja. Kita berdua.
Apa dia?
Kau berdarah.
- Ya? Di mana? - Di belakang kepala.
Dah lap?
Tak ada orang perasan pun.
Terima kasih.
- Benci. - Tak perlu cakap.
Idea yang baik.
Karen selalu tanya. Tentang luka, calar, lebam-lebam.
- Apa yang kau beritahu dia? - Kau kaki minum.
Teruknya.
Itu lebih baik daripada cakap kau pakai sut
dan pukul orang tak dikenali.
Semua ini bukan masalah kau seorang.
Aku dah tak peduli kalau kau patah riuk
atau kena pukul sampai koma.
- Macam mana dengan kita? - Nelson dan Murdock?
Apa jadi kalau kau kena tangkap?
Paling tak pun, kena pecat.
Kau teruskan buat kerja mulia yang kita mulakan.
Kau sedar tak apa kau cakap?
Kau kawan aku. Aku tak nak buat seorang diri.
Foggy.
Minggu lepas ada pelanggan datang ke pejabat, Zuly Almeida.
Dia dalam bahaya dan kita tak boleh beri bantuan sah.
Aku ingat.
Kau cadangkan tempat perlindungan untuk wanita teraniaya.
- Dia pergi? - Ya, dia cuba pergi.
Malam itu, suaminya dapat tahu.
Dia ikut ke perhentian bas
dalam keadaan mabuk sambil pegang pisau pemotong daging.
- Kau tak pernah beritahu. - Aku nak beritahulah.
En. Almeida keluar dari pangsapuri
dengan niat untuk kerat Pn. Almeida kepada beberapa bahagian,
bermula dengan penggal kepalanya.
Tahu apa yang jadi?
Tiada apa-apa yang jadi.
Sebaliknya, dia tersedar di hospital dengan kedua-dua tangan patah
dan arahan sekatan disemat pada badan dia.
Gilalah, Matt.
Kalau aku berehat satu malam, ada orang cedera.
Aku tak nak kehilangan kau.
- Kau takkan kehilangan aku. - Kau janji?
Kau nak aku pangkah dada aku?
Janganlah perli aku.
Aku sumpah.
Sudah. Jom pergi kerja.
Ya, aku pun dah tak tahan panas.
NELSON DAN MURDOCK PEGUAM PENDAKWA RAYA
Bodoh.
Selamat pagi.
Perjalanan yang indah pagi ini?
Selamat pagi pada awak juga.
Selamat pagi, Karen. Ada apa pagi ini?
Baiklah, anjing Encik Marino dipukul dengan teruk
oleh jirannya selepas anjing itu
mencabul patung Saint Francis miliknya.
"Mencabul"?
Mengenjut berkali-kali sampai puas.
- Anjing begini yang saya nak bela. - Silakanlah.
Lagi satu, En. Maxwell diserang ketika pergaduhan di bar semalam.
Dia yang cari pasal.
Saya dah hubungi Metro-General dan lelaki seorang lagi akan sembuh.
Tapi kalau nak buat perbicaraan,
mungkin kena tunggu sampai rahang dia dibuang.
Gadis ini sangat hebat.
Baru awak tahu.
Kertas kerja Cik Jacinto pula telah ditolak buat kali ketiga.
Ayahnya dah mati dan satu-satunya cara untuk sara keluarga ialah kerja kilang.
Beritahu dia, jangan risau.
Ya, saya dah tarik balik permohonan dia daripada DOE.
Bagus, kita carikan kerja yang lebih baik untuk dia.
Itu baru janji temu untuk jam pertama.
Nak dengar jadual untuk pukul 10:00 pagi?
Itu apa?
Itu pisang daripada Encik Tate.
Ganti rugi untuk kemalangan kecil itu dan untuk awak...
Rubarb strawberi.
Nanti saya makan awak.
Jadi,
saya dah pasang perisian perakaunan percuma dalam komputer saya.
Berita baiknya ialah saya boleh perbaharui lesennya setiap 30 hari
dengan alamat e-mel palsu, tapi...
berita buruknya ialah...
kita dah pokai.
Kita tak ada duit. Pendapatan kita tak cukup untuk bayar bil.
Kita akan uruskan.
Saya tak tahu macam mana, tapi saya tahu kita boleh uruskan.
Baiklah.
Sementara itu, kita ada
banyak pastri dan buah-buahan.
Ya, kipas pun ada.
- Kipas elektrik mudah alih. - Ya.
Dan,
kita ada satu sama lain.
Cik Jacinto, boleh awak masuk?
Mari tengok kalau ada cara lebih baik untuk hidup di Hell's Kitchen.
Silakan duduk.
Maaf, Encik Nesbitt. Blood tak tidur lagi.
Jaga betul-betul, Thomas.
Anjing bodoh yang menyusahkan!
Mana semangat kau macam sepuluh minit lepas?
Busuknya tempat ini!
Kau memang tak sedar diri.
Tolong beri lelaki malang ini minum.
Grotto, si tak guna.
Macam mana keadaan di tempat Nesbitt?
Kalian semua, izinkan aku...
cakap sedikit sebelum kita mula.
Malam ini ialah malam keraian.
Malam untuk kita bincang tentang masa depan puak kita,
rasa terhutang budi kita atas bantuan ayah dia.
Tapi apa yang penting ialah...
malam ini kita akan...
merenung kembali untuk sedarkan kita.
Menyedarkan konon.
200 tahun lalu, orang-orang kita yang lebih mulia daripada pekebun,
berjuang untuk terus hidup.
Mereka cuma ada harapan dan kudrat.
Itu yang mereka bawa apabila datang ke Amerika.
Kebanyakannya berhijrah ke bandar ini.
Dah banyak kau minum, George.
Ada di antara kamu yang muda,
jadi kamu tak ingat kisah ini.
Tapi suatu ketika dahulu
semasa orang Ireland menakluki Hell's Kitchen,
tiada seorang pun anak jantan yang mampu bertindak tanpa membayar kita
dan tiada siapa cukup bodoh untuk lawan kita mengenakan bayaran mahal.
Kita ada polis, hakim dan majlis perbandaran.
Seluruh bandar ini ikut telunjuk kita.
Tapi kita cepat puas hati.
Kita dah hilang taring.
Sampai si bangsat macam Wilson Fisk pun
boleh rampas hak kita.
Betul.
Ada antara kita yang takut dengan Fisk.
Malah, ada yang lari.
Sesetengah pula,
mungkin teringin nak kerja dengan dia.
Menentang puak mereka sendiri.
Tapi Devil dah hapuskan dia.
Dengan itu, kita dapat satu peluang lagi.
No comments yet. Be the first to leave one.