ข้อมูลรุ่น

My Husband In Law (Ok Keub Hak Ab Ruk Khun Samee / อกเกือบหักแอบรักคุณสามี)
ความคิดเห็นโดย KalbindenPiraye
EP 2

แท็ก

other
เผยแพร่เมื่อ: 2020-06-08
ดาวน์โหลด: 20
ผู้พิการทางการได้ยิน: No

ตัวอย่างคำบรรยาย Malay

200 บรรทัดแรก

Langgar!

Jadi, mulai sekarang,

kalau awak terus berjumpa dengan isteri saya,

awak takkan terlepas.

-Kahwin dengan Moei secepat mungkin. -Mak dah hilang akalkah?

Tak mungkin saya akan berkahwin dengan Moei!

Tandatangan.

Sekarang dia akan menjadi suami saya.

Saya akan tidur di atas lantai. Saya selalu tidur sendirian.

Saya tak pernah berkongsi katil dengan orang lain.

Mungkin saya boleh jadi orang lain itu.

Abang Tien!

-Sakitkah? -Tak apa.

Mak Cik Sachi cakap kita sudah berkahwin, bukan?

-Sebab itulah saya nak... -Tidur dalam bilik awak sendiri.

Kenapa kita perlu berkongsi bilik?

Kita berada di Bangkok sekarang, bukannya di Phuket.

Snow!

Untuk bahagia dengan orang yang kita sayang...

ialah dengan melihat kebaikan dalam diri mereka secara diam-diam.

Hei.

Makanlah sekarang, saya perlu pergi kerja.

Kalau awak tak makan,

tuan awak akan marah saya.

Snow!

Snow!

Oyua!

Itu bukan makanan awak, Oyua!

Oyua!

Oyua!

Berhenti!

Oyua!

Oyua!

Oyua!

Snow!

Oyua!

Kenapa awak nakal sangat?

Jangan bergerak.

Pergi.

Rapat lagi.

Rapat lagi, abang awak takkan gigit.

Satu, dua, tiga.

Senyum.

Abang Tien.

Bukankah awak kata awak nak tidur dalam 30 minit lagi?

Ambil ini.

Sangat bising. Sakit telinga saya.

Awak nak pergi kerja?

Tunggu saya. Saya nak ikut awak.

Biar saya kemas ini dulu.

Tunggu, saya nak kemas sekejap.

Tunggu sekejap, Abang Tien.

Syarikat awak bekerja masih beroperasikah?

Abang Tien!

Awak asyik cakap begitu saja.

Abang Tien!

Awak tinggalkan saya lagi.

Ada masalah di sini.

Ada masalah di sini.

Kamu semua mungkin tak faham.

Feng syui adalah subjek yang sukar.

Sebab itulah saya nak awak mengubahsuainya.

Saya juga dah tuliskan ramalan horoskop Encik Songphop.

Maaf, saya faham apa yang encik dan Encik Songphop maksudkan.

Tapi kami dah ubah suai lebih daripada tujuh puluh peratus.

Apa maksud awak?

Ia belum siap sepenuhnya.

Tak perlu tergesa-gesa.

Kita boleh ubah suai.

Bila Tien akan sampai?

Daripada bina laluan masuk di sini,

kita patut bina terusan air.

Terusan air?

Biar air mengalir masuk supaya semuanya makmur.

Tapi di situlah terletaknya tangga kecemasan.

Bagus.

Kalau awak bertegas nak bina terusan air,

mungkin kami perlu ubah bajet.

Kami mungkin perlukan lagi...

satu juta baht.

Mereka nak bina terusan air supaya semua orang boleh lompat ke dalamnya?

Mereka takkan tambah satu juta baht. Mereka tak ada duit.

Mereka kedekut.

Kalau begitu, pindahkan laluan masuk ke tempat lain.

Awak tak boleh buat begini.

Ketinggian tangga kecemasan mestilah sekurang-kurangnya 60 meter.

Itulah spesifikasi yang ditetapkan oleh Akta Kawalan Bangunan.

Kalau kurang daripada 60 meter,

orang ramai takkan boleh keluar dalam masa tiga puluh minit.

Ada berita tentang itu.

100 orang telah terkorban kerana tangga kecemasan yang bermasalah.

Begini sajalah.

Kita bina saja kolam kecil di sini.

Tunggu.

Bangunan ini.

Saya rasa ia tak sesuai.

Sebab bumbungnya bulat.

Ini dipanggil seni bina romantik.

Ia gaya barat.

Kita patut neutralkannya dengan meletakkan laman luas mengelilinginya.

Ia dipanggil dewan terang dalam bahasa Cina, faham?

Awak tak faham, bukan?

Saya ada satu cara mudah untuk mengubahsuainya.

Iaitu...

dengan membuang bumbung bulat itu.

Buang bumbung bulat itu?

Betul itu.

Bumbung bulat itu...

sebenarnya adalah takungan kecil.

Bila ada kebakaran berlaku,

ia boleh melambatkan penyebaran api.

Ia bersambung ke dalam bangunan...

dan mengeluarkan asap daripada bangunan.

Biasanya asap akan bergerak ke atas,

walaupun setiap tingkat terbakar.

Tapi biasanya orang mati...

akibat menyedut asap dan hipoksia.

Mereka tak mati kerana terbakar hidup-hidup.

Awak beritahu rakan sekerja saya...

yang awak nak buang sebahagian daripada dinding tangga kecemasan.

Sebenarnya, kita patut jadikannya sebagai ruang tertutup.

Apabila orang cuba melarikan diri,

kebakaran itu boleh dikawal setidak-tidaknya dalam sejam lagi.

Bangunan yang lebih tinggi...

perlu direka dengan lebih teliti.

Kalau awak bertegas nak buat begitu,

saya cadangkan kita ubah suai hanya dinding luar saja.

Memandangkan awak senyap saja,

saya akan anggap awak setuju.

Awak tak beri saya pilihan. Apa lagi saya boleh cakap?

Sekarang baru dia tahu betapa berkuasanya Tien.

Apa ini?

Kenapa kita perlu bergabung?

Betul, Abang Chat.

Apa ini? Syarikat kita sentiasa untung.

-Kenapa kita tak ada duit? -Betul!

Berhenti!

Bagaimana saya nak dengar kalau kamu semua cakap serentak?

Memang betul syarikat kita untung.

Tapi ia jauh dari sasaran kita.

Sebab itulah kita perlu bergabung dengan Syarikat TPC.

Itu saja.

Bergabung dengan Syarikat TPC?

Adakah ia begitu serius? Syarikat kita akan bergabung?

Syarikat yang bersaing dengan ayah untuk projek pencakar langit itu...

adalah Syarikat TPC.

Ayah dengar mereka tak pernah kalah dalam bidaan.

Tapi kali ini mereka akan kalah.

Apa yang membuatkan awak begitu pasti?

Sebab lembaga pengarah mereka ada kuasa untuk beri kelulusan.

Dan salah seorang daripada mereka rapat dengan ayah saya.

Dia banyak berhutang dengan ayah saya.

Ayah rasa lebih lega?

Ya.

-Awak betul-betul dah berkahwin! -Perlahankan suara awak.

Perlahankan suara awak.

Saya tak percaya awak berkahwin dengan Abang Tien.

Kenapa tiba-tiba saja awak berkahwin dengan dia?

Dipendekkan cerita,

perkahwinan kami adalah satu perisai.

-Perisai? -Ya, tapi jangan beritahu orang lain.

Ini rahsia antara kita berdua.

Kalau Abang Tien dapat tahu, dia pasti akan bunuh saya.

Kenapa awak merahsiakannya?

Saya tak faham kenapa awak merahsiakan hal ini.

-Awak perempuan simpanan diakah? -Awak dah gila?

Bagaimana perempuan simpanan boleh terima sijil perkahwinan?

Saya ada satu.

Memandangkan awak ada sijil perkahwinan,

kenapa awak merahsiakannya?

Saya benar-benar keliru.

Dia langsung tak menghormati awak sebagai seorang isteri.

Saya tak suka.

Tak apa, saya sudah cukup gembira...

kerana dapat berkahwin dengan dia.

Kamu berdua dah tidur bersama?

Belum lagi.

Kamu berdua sudah berciuman?

Sudahkah?

Ya, sudah.

Kamu berdua sudah berciuman? Betulkah?

Saya bergurau saja. Saya hanya cium dia dalam mimpi.

Dalam mimpi awak?

Biar betul?

Awak tak boleh cium dia dalam mimpi awak, kawan.

Oh ya, awak dah beritahu Abang Tien yang awak akan bekerja di TPC?

Saya belum beritahu dia lagi.

Bila Abang Tien akan balik?

Bagaimana saya nak beritahu dia apabila dia balik nanti?

-Saya sangat gementar! -Beritahu saya apa?

Abang Tien!

Apa yang awak nak beritahu saya?

Lambat-laun, awak perlu beritahu dia juga.

Kalau dia nampak kita bekerja di TPC,

habislah kita.

Saya hanya masak salmon dan satu hidangan untuk hari ini.

Itu saja?

Salmon?

Ya.

Saya rasa nak makan.

ความคิดเห็น

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left