200 บรรทัดแรก
SEBUAH SIRI NETFLIX
Saya teringin melakukannya sejak kecil.
Apabila lilin kek ditiup, kawan-kawan akan menyanyikan lagu.
Yakah?
Mungkin semasa di gred dua, saya suruh kawan-kawan saya datang.
Mak pernah belikan kek?
Apabila dia menggeledah peti ais,
semua telur dikeluarkan dan direbus.
Sebatang lilin dan lima biji telur.
Kawan-kawan saya menyanyikan lagu.
Masa itu kita gosok gigi menggunakan garam kerana tiada ubat gigi.
Ketika itu, barulah saya sedar.
Kehidupan kita berbeza dengan orang di kaca TV.
Kita tak boleh mahukan benda yang sama seperti orang lain.
Baguslah.
Kini kehidupan kita sama seperti orang lain.
Kita boleh belikan kek untuk sambut hari jadi adik.
- Kejutan! - Kejutan!
- Selamat hari jadi - Selamat hari jadi
- Selamat hari jadi - Selamat hari jadi
- Selamat hari jadi, In-hye - Selamat hari jadi, In-hye
- Selamat hari jadi - Selamat hari jadi
Terima kasih, kakak.
Selamat hari jadi.
Maaf.
Maafkan saya.
Tahniah, In-hye! Awak dah besar.
Kita dah sampai.
Masuklah.
Baiklah. Letak ini di dapur?
Tidak. Letak saja di mana-mana. Di sini.
- Baiklah. - Ya.
- Di sini? - Ya.
Oh, ya.
Kamu semua, ini bos restoran mak.
Gembira berjumpa semua.
- Hai. - Hai.
Awak nak segelas air?
- Saya kena pergi. - Okey.
Pasti awak sibuk. Selamat tinggal.
- Selamat malam. - Ya.
- Jumpa awak esok. - Sudah tentu.
Dia beri sekotak pucuk lobak.
Kimchi pucuk lobak untuk hari jadi In-hye.
Kimchi pucuk lobak?
Berapa banyak duit mak boleh dapat dengan ini?
Awak rasa duit keluar dari tanah?
Saya nampak bos mak suap mak daging bakar.
Mak makan sebab ia daging dari Amerika. Lainlah kalau daging Korea.
Tapi mak, In-hye tak makan kimchi pucuk lobak.
Awak tak makan?
Ini sangat sedap dibuat sup apabila tiada selera.
Awak tak makan rupanya.
Mak buatkan dengan sedap, jadi awak cubalah makan.
Mak akan buatkan kimchi dengan sedap
In-hye.
Awak nak apa-apa hadiah?
Apa hajat awak tanpa perlu fikirkan masalah duit?
Pembedahan hidung?
Hidung awak paling cantik.
Hidung awak paling comel antara kita semua.
Saya tak nak hidung begini.
Saya nak hidung yang luar biasa dan nampak mewah.
Bukankah awak nak pergi lawatan sambil belajar ke Eropah?
Betul.
Bukannya saya boleh pergi pun.
Tarikh tutup permohonan minggu ini, bukan?
Kakak.
- Awak suka? - Ya!
- Daripada pembedahan? - Ya!
Terima kasih, kakak.
Amboi, kamu berdua.
Apa…
Semasa mak nak pergi ke Filipina kerana ayah kamu kemalangan,
kamu cakap kamu tiada duit sebab akaun dan kad kamu dah negatif!
Memanglah tiada.
Lima tahun ayah berhutang
40 juta untuk penipuan skim cepat kaya, 25 juta untuk perjudian,
38 juta untuk pelaburan sauna dan 70 juta untuk pelaburan saham.
Saya dan In-kyung bayar selama empat tahun.
Sewa rumah lapan ratus ribu dan kos sara hidup dua juta.
Hutang bertambah setiap saat.
Jadi mak tak mampu ke Filipina hanya kerana kaki dia patah.
Sembilan, sepuluh.
Ini 2.5 juta won.
Tak masuk akal jika pelajar sekolah tinggi pergi ke Eropah untuk lawatan, bukan?
Patutkah saya tak pergi?
Saya memang tak nak pergi.
Mak, In-hye pelajar sekolah seni terbaik di negara kita.
Adakah kita bantu dia bersekolah di sana?
Dia sendiri lulus peperiksaan dan dianugerahkan biasiswa.
Tapi itu…
Bukankah dia diterima masuk kerana tanggungjawab sosial negara?
Masa In-hye diterima masuk,
saya dan In-kyung dah berjanji.
Walaupun kami tak dapat layan dia seperti budak lain,
kami takkan buat dia rasa rendah diri.
In-joo, awak pernah pergi lawatan sekolah?
In-kyung?
Sama ada ke Gyeongju, Pulau Jeju atau Busan,
kamu tak pernah ke lawatan sekolah.
Sebagai ibu, macam mana mak nak biarkan dia seorang naik kapal terbang?
Kalau In-hye dibayai oleh ibu bapanya seperti budak lain,
kami juga pasti akan cemburukan adik bongsu kami seperti keluarga normal.
Tapi saya dan kakak terpaksa bayar hutang yang menimbun.
Kami sangat gembira adik kami pergi ke Eropah untuk lawatan sekolah.
Kenapa mak kira duit ini?
Kecil hati mak dengan kamu.
Makanlah.
Saya tak diterima masuk kerana tanggungjawab sosial negara.
Saya ambil peperiksaan seperti orang lain.
Kakak tahu.
Kami berdua tahu, tapi…
Anak-anak.
Apabila mak tak dapat pergi ke Filipina semasa ayah kamu tercedera,
mak betul-betul menderita.
Kamu tahu tak pada usia mak ini, mak tak pernah pergi ke luar negara?
Mak tersedar mak tak pernah sambut hari jadi mak.
Mulai sekarang, mak nak hidup jadi diri sendiri dan bukan sebagai ibu.
In-hye, mak sangat bersalah kepada awak.
Tapi awak masih muda.
Awak ada banyak peluang untuk ke luar negara pada bila-bila masa.
Tolong jaga In-hye. Mak akan tulis surat setelah sampai.
Simpan kimchi pucuk lobak dalam peti ais selepas dibiarkan seharian di luar.
In-kyung, buang kimchi itu!
Ada sesetengah orang yang tak patut menjadi seorang ibu.
Tak sangka orang itu mak kita.
Mari kita lupakan.
Saya dah lupakannya.
Tak mengapa.
Saya tak pernah percaya saya boleh pergi lawatan sekolah.
Saya bukannya menangis sebab saya sedih.
Saya rasa terlalu marah.
In-hye, awak tetap akan pergi lawatan sekolah itu.
Kami akan cari duit sebelum hujung minggu.
Betul tak, kakak?
Ya.
Awak nak bahagi dua?
Tolong dengar sini.
Boleh tak jangan buat begitu?
Saya tak marah sebab semua cakap mak betul,
tapi saya lebih benci kakak bersusah payah.
KEJURUTERAAN & PEMBINAAN ORKID
- Saya jumpa dia. - Jadi?
- Selamat tinggal. - Baiklah. Ya.
- Bentuk badan dia sangat sasa. - Aduhai.
- Aduhai. - Saya suka.
Janji temu awak?
- Awak dah dengar? - Awak patut tengok.
- Aduhai. - Badan dia sangat sasa.
- Awak tengok badan dia? - Awak pasti akan buat juga.
- Tubuh badan sangat penting. - Cari lelaki yang bijak.
- Dia bijak tak? - Badan seksi saja tak cukup.
Bukankah terlalu ramai orang di Waikiki?
Saya lebih suka Pantai Kailua.
Ombaknya cantik dan tak ramai orang.
Betul. Pantai Kailua jauh lebih cantik.
- Betulkah? - Pn. Hwang.
Saya?
Awak nak bercakap dengan saya?
Ya.
Bolehkah
saya minta
sebahagian daripada gaji bulan ini?
Berapa banyak?
Dalam 1.25 juta won.
In-joo, dah berapa lama awak bekerja?
Empat tahun.
Tapi awak masih tak faham skop kerja awak?
Kita bekerja dengan duit.
Apa yang paling penting dalam kerjaya ini?
Kepercayaan, bukan?
Kalau pekerja buat permintaan mengarut hanya untuk 1.25 juta won,
macam mana syarikat nak percayakan awak?
Saya minta maaf,
tapi saya bukan minta gaji penuh.
Saya hanya minta gaji untuk kerja yang saya dah lakukan.
Adakah itu dikira melampau?
Cik Oh In-joo, kenapa awak tak tahu malu?
Awak tak sedar yang saya sangat tak selesa dengan perbualan ini?
Fikirkan perasaan orang yang terpaksa menolak.
Kenapa awak terlalu mementingkan diri?
Kalau saya di tempat dia, sekurang-kurangnya saya akan bertanya
kenapa saya perlukan 1.25 juta won itu.
Ju-eun.
Apa ini?
Hadiah untuk awak dari Hawaii.
Aduhai.
- Tak, awak yang salah. - Terima kasih.
Kenapa sebut tentang duit di tempat kerja?
Awak dipulaukan dan awak berani tunjukkan kelemahan awak?
Pn. Wang. Hari ini ulang tahun perkahwinan puan, bukan?
Aduhai. Ulang tahun perkahwinan saya juga awak ingat?
Macam mana saya boleh lupa?
Majlis perkahwinan puan sangat indah.
Hari ini, saya terpaksa belanja kamu makan.
Itu bukannya niat kami.
Rasanya saya boleh teka niat kamu.
Mesti mereka seronok makan tengah hari.
Mereka pasti gelakkan awak sebab awak minta 1.25 juta won.
No comments yet. Be the first to leave one.