Tomorrow

Tomorrow (내일)

ดาวน์โหลดคำบรรยายMalay

ซีซั่น 1

ข้อมูลรุ่น

내일 Tomorrow S01E13 KOREAN WEBRip x264-ION10
ความคิดเห็นโดย SapickeD
Terjemahan sari kata oleh Nadia Othman

แท็ก

webrip
web
x264
BRip
เผยแพร่เมื่อ: 2022-05-14
ดาวน์โหลด: 48
ผู้พิการทางการได้ยิน: No

ตัวอย่างคำบรรยาย Malay

200 บรรทัดแรก

SEBUAH SIRI NETFLIX

Ada apa tuan ke mari?

Saya nak cari sesuatu.

Dah dapat kebenaran pengarah?

Perlukan kebenaran pengarah untuk tengok kitab malaikat lain?

Ya. Undang-undang privasi di Jumadeung pun sama ketat.

Saya nak tengok kitab saya.

Tolong tunggu sebentar.

Pelik.

Tuan boleh tengok kehidupan tuan yang lepas,

tapi kehidupan yang sebelum itu telah dikunci.

Dikunci?

Ia jarang berlaku, tapi satu-satunya orang yang boleh tengok

ialah pengarah.

- Kenapa? - Sebab pengarah sendiri yang kunci.

Saya pergi dulu.

Tunggu.

Ada tak kitab malaikat lain yang dikunci?

Sebentar.

Ada satu lagi.

Pn. Koo Ryeon.

PASUKAN PENGIRING JEON BO-YUN

Saya staf baru yang ditugaskan ke sini. Nama saya Jeon Bo-yun.

Lama tak jumpa.

Dah jadi staf Jumadeung?

Tuan masih ingat saya?

Saya hampir tak kenal sebab awak dah berubah.

Saya ingat tuan tak ingat saya sebab saya mati masa kecil.

Bukan awak saja.

Saya ingat semua yang saya iringi.

Pusat latihan ada maklumkan kepada saya yang roh tak selesa

apabila diiringi oleh kanak-kanak,

sebab itu mereka suruh saya kekal dalam bentuk dewasa.

Tapi tuan rasa warna rambut saya akan buat mereka tak selesakah?

Tak jadi masalah kalau kerja bagus.

Hari ini

orang itu akan meninggal?

Ya. Betul, tuan.

Mereka akan pergi dalam keadaan tenang

apabila melihat awak di hujung hayat mereka.

Iringi mereka dengan baik.

Terima kasih kerana bertimbang rasa,

tuan.

Tuan.

Saya…

nak tuan tahu, yang tuan ialah orang yang paling saya kagumi di dunia ini.

MUSIM BUNGA

- Nak pergi jumpa Cik Yoo Bok Hui? - Ya.

Dia dah lama dalam senarai kami,

tapi baru-baru ini indeks kemurungannya naik mendadak.

Nampaknya Pasukan PR dan Pasukan Pengiring dah ditakdirkan untuk bekerjasama.

Untuk kes ini,

bekerjasamalah dengan malaikat baru Pasukan Pengiring.

Pasukan Pengiring?

Kenapa pula?

Anggap saja sama macam kes Lee Young-chun.

Pasukan kamu selamatkan kes bunuh diri,

sementara staf baru Pasukan Pengiring akan iringi roh yang baru meninggal.

Roh yang malaikat baru akan iringi

ialah orang yang ada kaitan dengan kehidupan lepas Choi Jun-woong.

- Apa? - Walaupun dia sendiri pun belum tahu.

Dah sampai pun.

Apa khabar, puan?

Wah, Pn. Koo Ryeon.

- Awak kenal saya? - Mestilah!

Puan malaikat paling terkenal di Jumadeung.

Puan juga sangat terkenal dalam kalangan malaikat baru juga.

Terkenal dengan kejahatan.

Baiklah.

- Saya faham. - Baik.

Mari saya kenalkan.

Malaikat baru Pasukan Pengiring. Dia akan bekerja dengan kita.

Wah. Budak baru?

Dulu pun saya pernah macam itu, bukan?

Selamat berkenalan.

Okey. Cik Jeon, ya?

Tak mudah bekerja di Jumadeung,

tapi jangan risau. Relaks.

Buat saja macam pejabat sendiri.

Baik. Terima kasih.

Ramai juga orang baik di Pasukan Pengurusan Risiko.

Betullah. Zaman susah memang cepat dilupakan.

- Mari mulakan tugas. - Ya!

Yoo Bok-hui.

Berumur 91 tahun.

Ada seorang anak lelaki dan perempuan. Suaminya dah meninggal dunia.

Dia kaya dan tak bermasalah.

Dia juga ada hubungan yang baik dengan cucu-cucunya.

Jadi kenapa…

Siapa yang awak akan iringi dalam kes ini?

Cik Lee Jeong-mun nak sangat jumpa Pn. Yoo Bok-hui

sebelum dia meninggal dunia.

Apa agaknya hubungan mereka?

TUGU KEAMANAN

GUNUNG

Pn. Yoo Bok-hui?

Jangan risau.

Pasukan kami sedang bersihkan tugu itu.

Selalunya orang ramai buat tak tahu saja dengan tugu itu, tapi kenapa…

Saya dah lama mencari

seorang kawan masa kecil saya.

Saya

cari Yun-i macam nak gila sebab saya takut saya terlambat.

Tapi dia…

Yun-i…

Saya baru saja dapat tahu yang dia dipaksa menjadi hamba seks tentera.

Boleh saya tahu macam mana puan dapat tahu?

Cucu saya ambil jurusan sejarah di universitinya.

Dia juga sangat berminat dengan zaman penjajahan Jepun.

Kebetulan saya ternampak gambar wanita-wanita

yang dipaksa menjadi hamba seks untuk tentera Jepun.

Di antara gadis-gadis dalam gambar itu,

saya nampak kawan saya.

Tak mungkin saya silap orang.

Sebab dia pakai skarf yang saya hadiahkan kepada dia.

Saya langsung tak pernah terbayang yang Yun-i…

telah dipaksa menjadi hamba seks.

Jadi setiap kali saya ke Tugu Keamanan,

saya teringatkan Yun-i.

Hati saya sakit sangat.

Jadi apabila hujan turun,

saya letakkan payung supaya dia tak perlu duduk dalam hujan.

Jangan kena hujan, ya?

Apabila ada orang jahat yang rosakkan tugunya,

saya lapkan dia sampai bersih.

Itu rutin saya.

Kalau tak salah tekaan saya,

saya rasa kamu berdua ialah malaikat maut dari alam selepas mati.

Ya.

Macam mana puan tahu?

Mungkin sebab dah tua macam ini, firasat saya makin tajam.

Saya cepat tangkap berbanding orang lain.

Selain itu, kamu berdua ada aura tersendiri.

Tapi kami bukan pengiring puan.

- Apa? - Tugas kami adalah untuk membantu orang

menjalani hidup sepenuhnya.

Puan sedang bersedia untuk bunuh diri

dan memperkemaskan urusan yang belum selesai.

Macam mana awak tahu?

Puan nak bunuh diri

sebab rasa bersalah terhadap Yun-i?

Yun-i…

Yun-i masih hidup?

- Atau… - Dia dah lama meninggal.

Cuba

lihat gadis ini.

Apa kata puan jumpa Cik Lee Jeong-mun?

Saya dah jalani hidup

yang baik dan selesa tanpa ada sebarang penyesalan.

Sehinggalah saya dapat tahu bahawa sayalah yang menghantar Yun-i ke tempat itu.

Saya tak layak nak jumpa dia.

Saya bersalah terhadap dia seperti mana saya bersalah terhadap Yun-i.

Puan mungkin akan lebih menyesal di kemudian hari.

Masa tak menunggu sesiapa.

Cik Lee Jeong-mun dah tak banyak masa.

Dia sedang berjuang untuk hidup dengan sedaya upayanya

sebab dia nak jumpa orang yang masih mengingati Yun-i.

Apa kata puan buat keputusan lepas puan dah tengok keadaan dia?

Aduhai, luluh hati saya.

Orang gila mana yang sampai hati kotorkan tugu ini?

Saya harap bukan orang Korea sendiri.

Lebih sakit kalau orang kita sendiri yang tikam belakang.

Tak sejuk?

Kenapa awak tanggalkan jaket awak?

Sebab…

dia nampak agak sejuk.

Macam mana awak boleh bekerja dengan Pasukan Pengiring?

Tak takut dengan En. Park?

Kali pertama saya jumpa En. Park adalah semasa era penjajahan Jepun.

Keadaan masa itu dah cukup menakutkan.

Kita dipijak hanya sebab negara kita lemah.

Tapi bukankah alam kematian dipisahkan oleh negara juga?

Betul.

Waktu itu, keadaan di Jumadeung pun sama teruk.

"Tolong selamatkan saya."

"Selamatkan saya. Tolonglah!"

Sama sangat.

Kalau mereka nak hidup sangat,

mereka sepatutnya dilahirkan di empayar hebat Jepun!

Betul. Orang Joseon bodoh.

Saya nak jumpa mak dan kakak saya.

Tolonglah beri saya balik ke tanah air saya walau sekejap.

- Tolong… - Diam!

Awak buat apa ini?

Dia masih budak.

Kenapa kami kena pergi ke alam selepas mati orang Jepun?

Diam!

Tanah air atau alam selepas mati apa, kalau negara pun tak ada?

Orang Joseon angkuh tak bertempat.

Sampah.

Anak haram Jepun tak guna!

Kau itu orang Joseon, perosak!

Berani kau menghina malaikat maut dari Empayar!

Masih nak terus menderita walaupun dah mati, ya?

Kenapa kami kena ikut kau

walaupun selepas mati?

Baiklah.

Kalau itu yang kau nak, silakan.

Aku akan potong kau semua sampai ke roh!

Berhenti!

More Malay subtitles for Tomorrow

ความคิดเห็น

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left