ข้อมูลรุ่น

Enai Noki Paayum Thota WEBRip Amazon
ความคิดเห็นโดย IPlateex

แท็ก

webrip
web
BRip
เผยแพร่เมื่อ: 2022-06-11
ดาวน์โหลด: 24
ผู้พิการทางการได้ยิน: No

ตัวอย่างคำบรรยาย Malay

200 บรรทัดแรก

"Amal yang membuatkan orang lain bersedih.

Uban di rambut tanda umur meningkat.

Akhirnya dijemput Dewa Kematian

seperti mereka yang sedang bergembira itu.

Adakah awak ingat saya pun akan gagal?

Saya harap permintaan saya diterima.

Jadikan saya roh baru tanpa penyesalan.

Beri saya kebijaksanaan dan kegembiraan selamanya."

Di mana pistol itu?

Di ruang simpan papan pemuka. Tunggu, biar saya ambil.

Lekas!

Awak menghilang ke mana?

Keluar dengan kekasih awak?

Berapa lama lagi, dungu?

Abang tak guna.

Semua ini disebabkan abang.

Disebabkan abang saya, saya dalam situasi ini.

Saya akan bunuh dia sekarang. Awak takkan berlengah lagi, bukan?

Sudah 40 saat dia acu pistol ini kepada saya.

Dia rasa dia berkuasa.

Dalam wayang, saya ketawakan lelaki yang acu pistol dan tak berhenti cakap.

Tapi sekarang saya tak merungut.

Sebab saya tak nak mati hari ini.

Hari ini bukan harinya.

Walaupun saya tak percaya dan sebab mak saya yang paksa,

saya pernah tunjuk tapak tangan kepada tukang tilik terkenal.

"Awak akan hidup lama sehingga 90 tahun," dia kata.

Selesaikan cepat.

En. Tukang Tilik, kalau saya mati hari ini saya nak duit saya balik.

Awak pun akan mati.

Bantu saya, semua. Dia pukul saya.

Tangkap dia!

Jangan biarkan dia terlepas!

Jangan, dengar cakap saya.

Dengar dulu.

Tiada peluru?

Habislah awak!

Saya akan bunuh awak.

Jangan pukul saya!

Suasana di rumah dah berubah. Kami dah tak sehaluan

sejak abang tinggalkan kami.

Kegembiraan dan gelak tawa kami pergi bersama dia.

Dia pergi begitu saja tanpa menoleh belakang.

Kami sangat sayangkan dia.

Tapi selepas dia pergi, saya sangat bencikan dia.

Dah 14 tahun saya tak bercakap dengan dia.

Abang.

Disebabkan abang, peluru itu menuju ke arah saya.

SEBUTIR PELURU DENGAN NAMA SAYA PADANYA

Saya nak jumpa abang saya.

Saya datang sini sebab nak cari dia

di bandar yang saya benci ini.

Lekha.

Kekasih dan nyawa saya.

Dia segala-galanya untuk saya.

Dah empat tahun saya tak jumpa dia.

Serta dah empat tahun dia tinggalkan saya.

Tiba-tiba dia telefon saya dan cakap, "Saya ada dengan abang awak.

Dia dalam bahaya. Boleh awak datang sini sekarang?"

Jadi saya datang untuk abang.

Sekarang saya dah sampai.

Saya rasa saya akan mati sebab saya boleh lihat imbasan hidup saya.

Abang, saya mungkin takkan dapat ingat wajah abang.

Sekarang pun saya tak boleh nak ingat.

Saya, Saranya dan Thiru.

Saranya lahir dua minit sebelum saya.

Dia kakak sulung saya.

Thiru pula tujuh tahun lebih tua daripada kami berdua.

Dia abang sulung saya.

Antara umur tujuh dan sepuluh tahun

bagi saya dan Saranya, abang kami adalah segala-galanya.

Dialah wira kami.

Tapi selepas itu dia tak bersama kami.

Dia jatuh cinta pada usia 16 tahun

selama dua tahun.

Dia selalu habiskan masa bersama kekasihnya.

Suatu hari

kekasih dia meninggal dunia.

Dia naik motosikal bersama Thiru.

Pada ketika itu, Thiru berumur 18 tahun.

Thiru kata itu pengakhiran hidup dia.

Dia terlalu muda ketika itu.

Atau itu memang diri dia.

Kurang dari dua bulan, dia pergi tinggalkan kami.

Dia pergi begitu saja.

Mak dan ayah cari dia.

Mereka dah cuba cari, tapi abang tak balik.

Abang beritahu mereka yang dia nak bersendirian.

Sejak itu mereka dah berubah.

Kehidupan kami sekarang hanyalah menanti kepulangan Thiru.

Adakalanya kami dengar berita tentang abang.

Tapi itu saja.

Pada usia 11 tahun, saya tak faham sebab abang tinggalkan kami.

Saya tak suka situasi ini sebab itu saya benci abang.

Sekarang saya dah 25 tahun dan dia 32 tahun.

Saya tak pernah terfikir pun

saya akan dapat berita tentang Thiru daripada Lekha

dan datang ke Mumbai.

Saya tak pasti kalau dia masih ingat saya.

Helo, abang.

Nama saya

Raghu.

Apabila difikirkan

kisah saya bermula dengan Lekha.

Ia berlaku lima tahun lalu.

Kisah cinta kami.

Hidup bermula dengan cinta.

Apabila kita jatuh cinta, kita berubah.

Tanpanya kita tak boleh berbuat apa-apa.

Saya rasa Lekha datang dalam hidup saya

supaya saya boleh jumpa abang saya semula. Selepas bertahun lamanya.

Saya dalam tahun akhir di kolej ketika bertemu Lekha.

Saya nak ambil kursus Kejuruteraan Mekanikal.

Tapi ayah saya cakap komputer adalah masa depan

dan suruh saya ambil Kejuruteraan Komputer Sains.

Kalaulah dia hanya rakan sekelas saya.

Raghu?

Apa itu EPROM, Raghu?

Saya tak tahu, tuan.

Mereka rakam filem di luar. Keluarlah dan tengok itu.

Dia bukan rakan sekelas. Mahupun pensyarah.

Dia juga bukan senior. Mahupun junior saya.

Saya dah agak awak akan datang. Lekaslah.

Nak pergi mana?

Nak lihat kecantikan yang belum pernah ada di sini.

Apa?

Awak tahu maksud "bidadari"?

Saya akan tunjukkan apa maksudnya.

Kolej ada wang yang banyak.

Pelajar bayar banyak yuran.

Kampus yang cantik.

Tapi mereka nak jana banyak lagi wang.

Jadi mereka sewakan untuk rakaman filem.

Dalam dua minggu, pasti ada rakaman filem.

Tengok, dia dah nak keluar.

Aduhai, hidup terlalu bosan. Pelajaran tak seronok.

Tiada yang indah untuk dilihat. Udara terhenti, tiada tiupan angin.

Ada 1,200 pelajar di kolej ini.

Tapi muka saya yang pertama dia lihat dulu.

Itulah detik ia bermula.

Dia pelakon wanita utama untuk rakaman filem itu.

Saya suka dia pada pandangan pertama.

Saya rasa dia pun suka saya.

Apa yang teratai buat di luar tasik? Dia tak takutkah kakinya terluka?

Apa seni agung ini buat di luar bingkai? Inikah hasil gabungan warna?

Kamera sedia dan mula!

Kamera turun.

Awak nampak hero datang. Lambai kepada dia.

Selesai.

Rakaman okey.

Awak tahu rakaman pembukaan Rose dalam Titanic?

- Ya. - Rakaman ini sama.

Dia tiru.

Aku tercungap-cungap, boleh kuharungi ini? Aku rasa macam nak demam 100 darjah.

Apabila fikirkan dia, aku rasa gembira. Setiap hari berlalu seperti sebuah filem.

Ribuan ros tak memadai. Cinta begini akan melenyapkan dosa.

Kenapa guna latar skrin hijau? Nampak hodoh!

Itu takkan masuk dalam filem. Mereka akan ubah.

Saya ponteng kelas sebab nak tengok dia setiap hari.

Semestinya dengan cara yang baik.

Setiap kali bangun pagi, imej kau bermain di mata.

Aku rasa lain. Seperti orang yang baru aku kenal.

Di mana taman bunga ini selama ini? Macam mana ia muncul dalam hidupku?

Melihat muka kau saja buat jantungku berdebar.

Dia pandang saya beberapa kali.

Dia sedar saya pandang dia beberapa kali.

Sekali itu, mata dia mencari saya. Oh, Tuhan.

Awak ini dungukah? Pergi masuk karavan.

Aku tercungap-cungap, boleh kuharungi ini? Aku rasa macam nak demam 100 darjah.

Apabila fikirkan dia aku rasa gembira. Setiap hari berlalu seperti sebuah filem.

Kenapa setiap kali melihatmu, kulihat seluruh hidupku bermain di mataku?

Bila aku balik, muka kau kembali bermain. Kenapa kau hadir cuma untuk menghantuiku.

Dia lihat saya ketika dia berjalan.

Dia tiada pilihan.

Dia pesan sirap bandung dan berdiri di meja sebelah saya.

Aduhai, dia dan sirap bandung.

Ini peluang saya untuk bercakap dengan dia.

Hai.

Ini filem zaman dulukah?

Mestilah.

Maksud saya,

seluruh set filem zaman dulu atau awak akan ada gaya moden?

Seluruh filem.

Umur awak mesti dalam 18 atau 19 tahun.

Kalau awak tak kisah beritahu saya.

Saya 19 tahun.

Sembilan belas.

Awak tak berminat berlakon?

Saya boleh perasan.

Hei, jangan ganggu dia.

- Dia datang nak relaks. - Maafkan saya.

Tak apa, Kishore.

Pergilah dulu. Beritahu saya kalau mereka dah sedia.

Baik, cik.

Maaf.

Perkataan maaf itu besar maknanya kepada saya.

Wahai bulan! Cuma sedikit curi-curi pandang takkan puaskan hati ini.

Kalau aku menyeru namamu, adakah kau akan menolak?

Seperti permata paling berharga, aku ikat kata-kata yang betul.

Kita tak boleh terus membisu. Kedinginan berterusan ini buatku gila.

ความคิดเห็น

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left