200 บรรทัดแรก
TEKSI MILIK INDIVIDU
LIMA HARI LALU
DIVISYEN BERGERAK
Kapten!
- Kau yang jawab? - Ya.
- Tapi Timbalan Kapten Wu tiba dulu. - Apa?
Kapten, saya di sini.
Kenapa kau datang? Kau patutnya cuti.
Saya tengok bunga api. Ini malam Tahun Baharu.
Apa situasinya?
Ada budak-budak jumpa mayat hanyut. Saya yang buat panggilan.
- Kau ambil keterangan mereka? - Ya.
Mereka nampak seorang wanita dengan pistol.
Niatnya tak diketahui. Saya fikir itu Timbalan Wu.
Jangan suka-suka.
Kapten dah salah kereta.
Ini kereta saya.
Sebenarnya, ini kereta Yang Chen-kuo.
Si bodoh mana beri kau pistol? Siaplah dia nanti.
Tak perlulah.
- Kita tak cukup pegawai. - Kau sedar?
Seorang dah tiada. Kau pula risaukan aku.
Saya okey, bukan?
Aku cuma harap tiada apa-apa jadi kepada kau.
Rahsiakan peluru daripada laporan. Aku uruskannya.
Datang ke pejabat esok.
Pistol itu.
Buang kereta ini cepat.
Salji turun.
Selepas ini lagi hebat.
Ada lagi.
Chieh.
Maafkan saya.
Saya kotorkan kereta.
PEJABAT KETUA
Timbalan kapten!
Mana kapten?
Pengarah panggil dia.
Kenapa kamu…
Kapten mahu semak laporan saya.
Cik nak baca?
Tidak, tak apalah.
Kapten!
Pelajar terbaik akademi polis. Nak jadi pustakawan?
Terangkan kes kepadanya.
Kapten, saya hantar permohonan pemindahan.
Aku tahu.
Kenapa panggil saya?
Tak ada apa-apa.
Tolong ajar budak baharu itu. Mayat hanyut kes yang mudah.
Jadi, dia boleh buat sendiri.
Mari.
Kamu tahu apa nak buat?
Periksa punca kematian, identiti, pengangkutan mayat,
semak Daftar Mayat Tak Dikenali, isi borang pengisytiharan dan tulis rekod.
Dia dah sedia.
Pengarah tak mahu ada masalah sebelum dia dinaikkan pangkat.
Kami nampak tak sensitif jika kau ditugaskan.
Aku nak berfikiran tenang sementara tunggu pemindahan kau.
Buatlah apa-apa selepas kau tinggalkan divisyen.
Saya tak mahu susahkan tuan.
Kau tak susahkan aku.
Wu Chieh, dengar sini.
Kemurungan Yang Chen-kuo bukan salah kau.
Kami semua turut bersedih.
Tahun lepas tak mudah bagi kau.
Aku beri kau cuti, tapi aku jumpa kau di tepi sungai.
Bimbing dia dan aku akan bantu kau pindah.
Kaulah yang buat.
Kau guna kereta aku dan ingat aku takkan tahu.
Dewa-dewa memerhati!
Apa kau merepek?
Kau nak ke mana? Surat saman baru sampai.
Aku tak ada di sini hari itu. Aku pergi ke tokong.
Nampak? Belok kiri secara haram di dua garisan kuning.
Aku tak guna kereta kau.
Kereta itu bergerak sendiri? Tengok!
Aku tak guna kereta kau.
- Sakit tangan nanti. - Kau salahkan aku?
Sakit tangan kau nanti.
Bayar sendiri.
KEDAI RUNCIT
Yu-sheng, nak ikut kami?
Tanya Tung-chi.
- Dia kata dia akan jaga kedai. - Jangan risau! Jom!
Kami sibuk hari ini. Lain kalilah.
Aku nak bawa teksi selepas makan. Bosan betul jaga kedai.
Jangan lupa kunci pintu.
Jangan lupa bayar saman.
Lili yang cantik.
Yu-sheng!
Aku nak balik ke Thailand.
Mana Waree awak?
Dah jumpa dia?
Aku pun cari-cari dia.
Kami belum jumpa lagi.
Aku hantar dia ke sini jika jumpa.
Awak tak sampai hati.
Lupakan saja! Mereka suka larikan diri.
Cinta itu derita.
Kau cari pasal. Kenapa suka pekerja asing?
Cinta tak memilih.
Luka berbentuk C di dada kiri.
Luka itu dijahit. Mari, ambil gambar.
10 kali 12 cm.
10 kali 12 cm.
Luka tebuk di leher. Sini.
3 kali 1 cm.
Tatu di ruang jari pertama. Jari manis dipotong. Potongan licin.
Ambil gambar.
Cap jarinya telah diempelas, jadi…
Ambil gambar.
Sepuluh jarinya…
Maaf. Sembilan cap jarinya dihapuskan.
Luka di pergelangan tangan.
Ambil gambar.
Luka di buku lali juga.
Pegawai, tolong saya.
Tatu di bahu kanan.
Ambil gambar.
Tatu Sak Yant lima baris dari Thailand untuk tuah.
Mungkin pekerja Thai.
Pegawai Wu, mari mula.
Rusuknya dipotong.
Jantung tak ada.
Jantungnya hilang.
Punca kematian ialah hipoksia akibat keracunan karbon monoksida.
Bukankah keracunan karbon monoksida buat warna kulit jadi merah?
Tak semestinya.
Darahnya habis dikeluarkan.
Hemoglobin diperlukan untuk membentuk karboksihemoglobin.
Darah dikeluarkan melalui luka di leher.
Pembunuh salurkan darah untuk keluarkan jantung dengan kemas.
Jantung juga dapat dilihat jelas semasa dia mengeluarkannya.
Ya.
Ia lebih bersih
untuk memotong jantung atau jari.
Pembunuh ini berpengalaman.
Tapi kenapa ambil jantung dan jari, bukan organ lain?
Sebelum kita memahami peredaran darah,
orang percaya darah mengalir dari jari manis kiri ke jantung.
Mereka beri vena ini nama Latin yang sangat romantik.
Vena amoris.
Urat cinta.
Kamu tahu siapa pembunuh paling kejam?
Mereka yang hatinya dilukai.
Celaka.
Buka pintu!
Ada masalah?
Tak.
Awak lari ke mana?
Apa kamu buat?
Apa yang dinantikan dalam jamuan akhir tahun? Mari dengar!
Cabutan bertuah!
Semua orang dah sedia untuk menang, jadi mari kita mula.
Kapten…
Aku tahu kau tak nak ambil kes ini.
Dia pun tak boleh ambil.
Kenapa pula?
Kes ini rumit untuk polis muda.
Pelajar terbaik, kau boleh?
Tahun Baharu dah dekat. Semua orang sibuk dan kita tak cukup kakitangan.
Kau menolak. Siapa kisah jika dia muda?
Kau siasat. Tangkap semua yang terlibat.
Senang saja.
Tuan sengaja buat begini?
Sengaja buat apa?
Guna dia untuk paksa saya.
Kalau aku boleh paksa, kau dah buang kereta itu.
Berapa lama kau tidur di dalamnya?
Ada rumah, tapi tidur di kereta.
Kau tak rasa itu pelik?
Tuan, saya terima kes ini.
Mestilah! Siapa lagi?
Kau berdua tak nak bekerja. Aku yang paksa?
Menyelesaikan kes ialah tugas kita.
Kau tak boleh memilih. Kita tak ada pilihan.
Hidup perlu diteruskan. Kes perlu diselesaikan. Dengarlah.
Jika hati kau masih di dalam kereta itu, masalah takkan hilang.
Perlukah tengking dia begitu?
Terima kasih!
Indonesia?
Filipina? Vietnam?
Thai.
Awak ada duit?
Dua puluh ribu.
Dah kahwin? Ada anak? Mengandung?
Tak.
- Boleh berbahasa Cina? - Sedikit, tapi saya faham.
Kita buat dokumen palsu esok.
Bayaran broker 7,000.
1,000 sebulan selepas dapat kerja.
Selimut dan bantal di dalam almari. Caj di sini 200 satu malam.
Malam ini percuma.
Berehatlah.
Mana Waree?
Saya Saipin Napho.
Saya nak cari kakak saya, Waree.
Dia nak ke Kaohsiung pada hari jadinya dan bawa saya ke sini untuk Tahun Baharu.
Tapi tak ada berita sejak minggu lepas.
No comments yet. Be the first to leave one.