200 บรรทัดแรก
Subtitle Oleh: arbi_theone
Awak boleh cakap Inggeris?
Kru Po, dia ajar awak, kan?
Dengar, saya mahu belajar dengan Kru Po!
Saya ada duit.
Saya cuma mahu berlatih.
Apa halnya, kawan?
Saya tak boleh bawa awak jumpa Kru Po, jika awak tiada kemahiran.
Hei! Buktikannya!
Kavi bertarung dengan lebih baik ketika dia mabuk.
Ya, dia begitu mabuk sehinggakan perlawanan hampir setara.
- Dia sangat pantas. - Tidak, awak begitu lembab.
Silakan.
Terima kasih.
Saya baru sahaja kehilangan tugas saya sebagai penjaga pintu.
Awak yang mulakannya.
Apa? Awak menyerang saya.
Saya datang dari jauh. Saya mahu berlatih dengan Tong Po.
Saya mahu berlatih dengan Guru Po.
Letakkannya semula.
Dan wangnya.
Awak tahu tak? Ambillah.
- Kesemuanya? - Ya.
Awak memerlukannya lebih dari saya.
Kamu petarung-petarung dari seluruh dunia telah
diundang untuk berlatih dengan Guru Po.
Dan menyaksikan sesuatu yang mustahil.
Sekarang, kamu mungkin fikir yang Guru Po
telah kehabisan cara yang tidak terfikirkan.
Tapi dia mahu mencabar dirinya dan tetap kreatif.
Dan terus menginspirasikan kamu semua dengan imaginasi yang tidak terhingga.
Perhatikannya!
Alam semesta ini terdiri daripada zarah.
Yang tertakluk kepada kuasa tumpuan.
Fikiran yang tenang.
Sekali lagi saya katakan! Perhatikannya!
- Dan boleh saya dapatkan amen? - Amen!
Itulah apa yang saya maksudkan. Perlawanan akan bermula.
Kecuali seseorang mahu mencabar Guru Po terlebih dahulu.
Awak mahu katakan tiada siapa di sini yang cukup gila
untuk bertarung beberapa pusingan dengan Guru?
- Boleh saya dapatkan amen lagi? - Amen!
Mari bertarung.
Pusingan seterusnya kita akan guna senjata.
Awak datang kemari untuk bunuh saya?
Sloane.
Abang awak seorang yang berani, dia adalah seorang pahlawan.
Tidak seperti awak...
seperti seorang pengecut.
Datang kerumah saya membawa senjata...
untuk membunuh saya tengah tidur.
Para hadirin semua, abang saya, Eric Sloane, juara dunia.
Mari, awak lakukannya.
- Kita akan lakukan ini? - Sudah semestinya.
Baiklah.
Sekali lagi, sekali lagi. Bersedia?
Saya perlukan minuman.
- Saya akan ambilkan sedikit wain. - Lihat siapa yang datang.
Apa yang membawa awak kepinggir bandar ini?
Saya kemari untuk melihat Eric Sloane yang hebat.
- Awak nampak menawan. - Terima kasih.
Awak sudah membuat diri awak agak ternama.
Saya tengah usahakannya.
- Hampir menjadi pahlawan zaman moden. - Hampir.
Saya dengar awak memenangi emas.
Ya, memang.
Lalu, apa seterusnya?
Entahlah. Mungkin besarkan gym, dapatkan beberapa peralatan baru.
- Sebenarnya, saya ada satu idea. - Saya pasti awak ada, sayang.
Awak kena berbincang dengan Kurt sebab dia pengurus merangkap jurulatih saya sekarang.
Awak selalu menjaga adik awak, saya suka sifat awak itu.
Menjaga dia? Awak perli saya, dia yang jaga saya.
Dia sentiasa menggalakkan saya ke arah yang
betul, dan menasihati saya tanpa meminta apa-apa
tidak seperti sesetengah orang dalam bidang ini.
Betul.
Jadi, siapa yang mahu pergi ke Thailand?
Bolehkah awak berikan seseorang detik untuk meraikan kemenangan?
Kami sedang berpesta di sini.
- Saya bercakap tentang keabadian. - Keabadian.
Tiada peraturan, tanpa pengadil.
Hanya kecerdasan dan kemahiran awak untuk terus hidup.
Apa maksud awak tiada peraturan?
Tidak, tunggu, saya pernah dengar pertarungan haram ini di sini,
tapi apa kebaikannya buat kami?
200 ribu sekarang juga.
Dan 200 ribu lagi apabila awak tiba.
Dan peluang untuk diingati seumur hidup.
- Baiklah, sekarang kita berbincang. - Teruskan.
Saya dapat tahu petarung ini yang bernama Tong Po.
Dia juara Muay Thai yang tidak pernah tewas.
Dan saya rasa awak boleh mengalahkannya,
dan menjadikan kita semua dilimpahi wang dengan berbuat begitu.
Kurt, awak mahu ke Thailand?
Biar kita bincangkannya kemudian. Mari kita minum dulu! Ini pesta!
Jangan biarkan dia mempengaruhi awak.
Bukan dia mempengaruhi saya, pernahkah awak tengok wang sebanyak ini, sebelum ini?
Kita boleh beli tempat ini dan senang seumur hidup.
Eric, jika awak menolaknya tak mengapa.
Ianya bukan untuk semua orang.
Dia masuk, memandang dan senyum pada awak, dan awak masuk ke perangkapnya?
Dia seorang penjahat!
Dia seorang penganjur perlawanan Kurt, mereka semua penjahat.
Tugas kita ialah dapatkan wang sebanyak mungkin
selagi kita boleh sementara saya berada dikemuncak.
Awak tidak tahu apa yang akan awak hadapi.
Kurt, awak buat saya jadi gila dengan semua ini.
Juara Thai itu sepatutnya bimbang dengan saya. Saya seorang yang kejam.
Berhenti jadi seorang pengecut.
Saya menjaga awak dan kerjaya awak.
Tinggal di sini jika awak bimbang dan lakukan yang awak rasa terbaik.
Awak betul-betul rasa awak boleh kalahkan Juara Thai itu dalam sukan mereka?
Adakah awak seangkuh itu?
Sebenarnya, saya tahu awak tidak, jadi saya rasa saya akan lakukannya sendirian.
Terima kasih atas pesta ini.
Awak nak pergi begitu sahaja?
Saya pergi menuju masa hadapan.
Hei, Kurt!
Kurt!
Awak dapat sesuatu dari Eric.
Dia akan bertarung dalam masa seminggu.
Pingat emasnya?
Saya kena pergi ke Thailand.
Bangun! Ayuh!
Eric! Keluar!
Eric! Eric!
Saya turut bersimpati.
Kurt.
Awak memerangkapnya.
Kami dapatkannya jurulatih terbaik. Dia berlatih dengn gigih.
Eric tahu apa yang akan dia hadapi.
Ada masanya perkara begini boleh berlaku.
Awak bunuh dia!
Ini salah awak. Ini semua salah awak!
Saya cuma mahu ucapkan selamat tinggal dan kemudian saya akan pergi.
Menjaga dia? Awak sindir saya, dia yang menjaga saya.
Dia sentiasa menggalakkan saya ke arah yang betul,
dan menasihati saya tanpa meminta apa-apa
Siapa ini?
Saya rasa ini adalah jurulatih abang awak.
Saya fikir dia mungkin ada sesuatu buat awak.
Boleh tolong jangan ganggu? Saya sedang melatihnya.
- Awak Durand? - Ya, saya.
Ini adik Eric.
Ini.
Ini bayaran Eric untuk perlawanannya. Dia mahukan awak ambil ini.
Jika sesuatu terjadi kepadanya.
Dan tentu...
sesuatu terjadi padanya..
- Awak buat lawak. - Adakah saya sedang ketawa?
- Awak latih abang saya Muay Thai? - Ya, saya.
- Kenapa awak biarkan dia lawan raksasa itu? - Saya melatih orang.
Saya tidak arahkan mereka bila untuk berlawan dan siapa untuk dilawan.
Awak tidak latih dia cukup baik, bukan?
Kita kena pergi. Kurt! Mari pergi!
Saya akan menghantar awak ke pesawat keluar dari negara ini.
Jika awak tinggal atau kembali, awak akan merengkok dalam penjara.
Awak faham?
Oh, En. Sloane.
Kami biasanya akan menyambut awak di rumah Guru Po yang sederhana,
tapi ianya jelas bahawa awak kemari dengan niat yang meragukan.
Tapi apabila Michael Corleone sedang duduk di restoran
bertentangan dengan dua orang yang cuba untuk membunuh ayahnya itu,
ramai pertikaikan bahawa dia telah bergelut dengan kesedarannya
sama ada untuk membunuh mereka dengan kejam atau tidak.
Tapi saya percaya keputusan telahpun dibuat pada malam dia mengunjungi ayahnya itu.
Dan melihat dia hampir tidak bernyawa di hospital.
Dia betul-betul tiada pilihan. Beliau terpaksa menarik picunya.
Dan sedangkan awak, En. Sloane,
apa yang perlu awak lakukan adalah menarik picunya.
Saya sepatutnya buat begitu.
Awak ikut saya.
Dengan mengejar Tong Po seperti itu, awak membuat sesuatu menjadi lebih sukar.
Dan pada penyiasatan saya. Hanya awaklah saksi yang sanggup tampil kehadapan
dan sekarang kredibiliti awak akan dipersoalkan.
Kredibiliti?
Saya rasa saya perlu berterima kasih kerana menyelamatkan nyawa saya.
Sayalah yang meyebabkan awak berada di sana.
Awak tahu saya mendapat arahan untuk menahan awak?
Apa yang terjadi pada mereka yang dijalanan itu?
Kami akan uruskan mereka.
Sementara itu jurulatih abang awak telah bersetuju untuk awak berlindung di sini.
- Bila itu berlaku? - Itu cuma untuk beberapa hari.
Latih saya untuk menentang Tong Po.
Saya telah membuat Eric gagal.
Apa yang saya nak buat pada awak?
Awak akan tolong saya perbetulkan perkara ini.
Saya akan latih awak.
- Kita bangun pukul 5 pagi. - Tiada sarapan.
- Apa yang berlaku? - Lupa untuk mengebaskan saraf.
- Oh, Tuhan. - Apa?
- Semua itu sebab apa? - Latihan.
Latihan jenis apa yang awak lakukan hingga demikian rupa?
Latihan dengan Durand.
Kenapa awak biarkan diri awak melalui semua ini?
Semasa saya berlatih, semasa saya ditempat itu
kesakitan itu menjadikan fikiran saya terhenti.
Saya tidak merasa apa-apa.
Itu bagus.
Apa yang awak rasa?
No comments yet. Be the first to leave one.