Cross (Keuroseu / 크로스)

Cross (Keuroseu / 크로스)

ดาวน์โหลดคำบรรยายMalay

ข้อมูลรุ่น

크로스ㅡCross-E01 180129 HDTV H264-NEXT
ความคิดเห็นโดย Nasrull07
improve timing sub : sources, NEXT Version Video

แท็ก

HDTV
hdtv
HD
เผยแพร่เมื่อ: 2018-12-19
ดาวน์โหลด: 32
ผู้พิการทางการได้ยิน: No

ตัวอย่างคำบรรยาย Malay

200 บรรทัดแรก

sync NaSrul07

sync NaSrul07

sync NaSrul07

sync NaSrul07

sync NaSrul07

sync NaSrul07

sync NaSrul07

sync NaSrul07

"Pemulihan Sebenar, Masa Depan Yang Cerah"

"Pemulihan Sebenar, Masa Depan Yang Cerah"

Kenapa kamu datang ke sini, encik?

Saya datang ke sini untuk menghadiri satu temu duga.

Sila tunjukkan kad pengenalan kamu.

"Pas Masuk"

Bukankah Universiti Myungin ialah

universiti perubatan yang terbaik di Korea?

Ya, betul.

Dia pelajar cemerlang di dalam kelasnya

dan dia juga telah lulus peperiksaan dengan markah penuh.

Ini sangat mengagumkan. Terima kasih.

Apa pendapat kamu tentang dia, doktor?

Markahnya bagus. Bukan setakat bagus saja.

Dengan kelayakan seperti ini,

dia mempunyai akal bijak dan seorang yang genius.

Nampak seperti kamu telah bekerja

di Hospital Universiti Myungin sehingga baru-baru ini.

Tahun ini adalah tahun keempat residen kamu sebagai doktor bedah.

Ya, betul.

Jika kamu bertahan selama beberapa bulan lagi,

kamu akan menjadi seorang doktor pakar.

Jadi, kenapa kamu berhenti kerja?

Pekerjaan itu tidak sesuai dengan karakter saya.

Apa? Menjadi seorang doktor?

Atau bidang kepakaran kamu?

Bidang kepakaran saya tidak sesuai dengan karakter saya.

Kamu boleh saja menukar bidang kepakaran kamu

dan bukannya berhenti kerja.

Sistem perantis dan suasana hospital juga

tidak sesuai dengan diri saya.

Kamu berhenti kerja bukan kerana kamu telah timbulkan masalah?

Masalah?

Apa lagi alasan doktor residen tahun keempat

berhenti kerja di sebuah hospital besar?

Kecelakaan perubatan. Atau tidak...

masalah berkaitan dengan wanita.

Bukan itu sebabnya.

Saya boleh periksa perkara ini dengan hanya satu panggilan.

Saya akan tahu sebab kenapa kamu berhenti bekerja.

Jika kamu meragui saya, kamu boleh tanya

ketua profesor di hospital saya.

Jangan rasa tersinggung.

Penjara adalah satu tempat istimewa

jadi dia mahu berhati-hati.

Itu tak mengapa.

Jika begitu, biar saya tanya kamu sesuatu.

Mungkinkah salah seorang saudara-mara kamu telah dipenjarakan di sini?

Tidak. Jika begitu,

adakah kamu mempunyai dendam terhadap seseorang di tempat ini?

Tidak.

Apa yang berlaku?

Apa yang dia sedang buat?

Gil Sang.

Hei, Lee Gil Sang!

Takdir kehidupan amat melucukan.

Saya yakin kamu tak sangka yang kita akan berjumpa di sini

semasa kamu tikam saya dan pergi begitu saja.

Bagai... Bagaimana kamu boleh berada di sini...

Saya sentiasa berada di sini,

menunggu kamu untuk muncul.

Hyung Bum, bawa... bawa bertenang, okey?

Saya betul-betul perlukan duit pada masa itu.

Benarkan... benarkan saya jelaskan apa yang berlaku...

Saya akan beri semua duit itu kepada kamu.

Pada masa itu, saya tidak mempunyai sebarang pilihan!

Tolonglah buang kaca itu, kamu tak guna!

Pengawal!

Melainkan kamu mempunyai niat lain,

tiada sebab kamu mohon untuk jadi seorang doktor di sini.

Dengan kelayakan seperti ini

dan cuma tinggal dua bulan lagi sebelum kamu jadi doktor pakar.

Jika begitu, adakah kamu

berada di sini kerana kamu kurang kelayakan?

Apa yang kamu cakap? Jika ini seperti apa yang kamu cakap,

kamu pasti mempunyai sebab lain untuk berada di sini.

Melainkan kamu kekurangan kelayakan.

Saya hanya mahu menjaga pesakit-pesakit...

Saya memohon pekerjaan ini

atas sebab yang sama.

Ini adalah untuk adik saya yang telah meninggal dunia

kerana dia tidak sempat menerima rawatan.

Ayah akan kembali.

Carilah duit yang banyak, okey?

Adik saya yang menghidap penyakit atresia biliari

sentiasa mengalami demam panas dan berada dalam keadaan koma.

Jadi apabila ayah saya tiada di sisi kami,

saya perlu pergi ke hospital

dengan menggendong adik saya.

Ada sesiapa di sana? Tolong selamatkan adik saya!

Sukar untuk cari hospital

yang buka pada waktu malam.

Apa masalah kamu? Sekali ini saja.

Pergi! Tolonglah!

Adakah kamu tak rasa bersalah? Sekali ini saja.

Sekali ini saja!

Dan biarpun saya menemui hospital yang masih buka,

kami akan dihalau kerana tidak mempunyai duit.

Tolonglah...

selamatkan adik saya.

Tolonglah.

Sesiapa saja boleh pergi ke hospital universiti

dan dapatkan rawatan jika mereka mempunyai duit.

Tapi saya mahu membantu orang terabai

yang tidak mempunyai duit atau kuasa

untuk pergi ke hospital sebegitu.

Mereka yang tidak boleh pergi ke hospital

walaupun mereka mahu.

Ada apa-apa soalan lagi yang kamu mahu tanya kepada dia?

Tiada.

Jika begitu, sila tunggu di luar sebentar.

Saya tidak bersetuju untuk ambil Kang In Kyu bekerja.

Nanti dulu, apa pula masalahnya kali ini?

Membazir saja untuk ambil doktor bedah bekerja

di sebuah penjara.

Kamu asyik kata 'penjara'.

Tapi kami menduduki peperiksaan untuk masuk ke sini, kamu tahu.

Kami ialah kakitangan kerajaan!

Penjara ini

layak menerima seorang individu yang berbakat!

Seorang doktor perubatan dalaman dan seorang doktor bedah.

Itu amat sempurna. Saya setuju.

Saya juga setuju.

Saya seorang saja yang berhak memutuskan siapa yang bekerja

untuk jabatan perubatan.

Dia cakap dia hanya mahu

kamu mati.

Dia suruh saya bunuh kamu.

Adakah kamu tidur dengan lena

selepas mengikut cakap orang tak guna itu dan mengkhianati saya?

Apa lagi yang patut saya buat pada masa itu?

Jika saya tak buat begitu, dia pasti akan bunuh saya.

Hei, berhenti!

Hei, apa yang kamu sedang buat?

Pasukan perubatan!

Ini satu kecemasan!

Dia mengalami kecederaan tikaman di bahagian abdomen.

Itu ruptur aorta.

Apa yang kamu tunggu lagi? Buatlah sesuatu.

Doktor! Di mana...

di mana kakitangan perubatan kecemasan?

Kamu tak ingatkah yang mereka membawa

Banduan Park Sung Pil keluar hari ini?

Jika begitu, hubungi 119...

Kami sudah menghubungi 119.

Sekejap, ini...

Kamu tak boleh buat begitu!

Dia akan mati serta-merta apabila kamu menarik kaca itu.

Berapa lama masa yang diperlukan untuk pergi ke hospital berdekatan?

Kira-kira satu jam. Dia takkan bertahan selama itu.

Jika begitu, apa yang patut kita buat?

Kita perlu lakukan satu pembedahan. Pem... pembedahan?

Apa yang kamu sedang buat, Doktor Baek?

Saya... saya tak boleh lakukannya.

Saya seorang doktor pakar perubatan dalaman.

Kamu seorang doktor bedah. Betulkan?

Tolong buat sesuatu.

Jika banduan ini mati, habislah kami.

Adakah kamu mempunyai mesin monitor pesakit?

Ya, kami ada, tapi...

Bagaimana dengan mesin anestetik?

Ya, kami ada mesin itu. Saya perlu melakukan laparotomi

jadi sila bawa kesemua peralatan yang diperlukan.

Laparotomi? Lapa... laparotomi?

Kamu akan membedahnya di sini?

Kamu fikir kamu siapa?

Adakah kamu mahu membunuhnya di sini?

Dia mengalami ruptur aorta,

jika kita tak membedahnya dengan segera, dia akan mati.

Saya orang yang bertanggungjawab di sini.

Jika sesuatu terjadi kepadanya,

adakah kamu akan bertanggungjawab ke atasnya?

Jadi, adakah kita patut biarkan saja dia mati

padahal kita boleh selamatkan dia?

Bolehkah kamu melakukannya?

Ya.

Saya belum lagi memutuskan untuk mengambilnya bekerja!

Hanya kakitangan perubatan berdaftar saja

yang boleh merawat pesakit semasa kecemasan.

Jadi, adakah saya diambil bekerja atau tidak?

Buat keputusan kamu sekarang!

Saya sudah beri amaran kepada kamu,

jika keadaan tidak berjalan lancar,

saya takkan bertanggungjawab.

Angkat serentak. Satu, dua, tiga.

Saya akan mulakannya.

Okey.

Pisau bedah.

Bovie.

Kamu perlu menariknya dengan sekali gus.

Okey.

Satu, dua, tiga.

ความคิดเห็น

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left