Ghost (유령 / Yooryung)

Ghost (유령 / Yooryung)

ดาวน์โหลดคำบรรยายMalay

ข้อมูลรุ่น

Ghost E16 120719 x265 720p-HANrel
Ghost E17 120725 x265 720p-Baros
Ghost E18 120726 x265 720p-HANrel
Ghost E19 120808 x265 720p-HANrel
Ghost E20 END 120809 x265 720p-Baros
ความคิดเห็นโดย Nasrull07

แท็ก

720p
720
x265
เผยแพร่เมื่อ: 2018-12-06
ดาวน์โหลด: 53
ผู้พิการทางการได้ยิน: No

ตัวอย่างคำบรรยาย Malay

200 บรรทัดแรก

Apa maksud kamu?

Kamu kata saya melakukan pengintipan?

N-034723.

Ia pepijat dimiliki oleh pasukan kamu.

Inspektor Kim tiada kena-mengena dengan pepijat itu.

Saya tak tahu bagaimana ia boleh berada di pejabat pendakwa raya.

Tapi orang yang menggunakan pepijat itu ialah saya.

Mulai hari ini sehingga siasatan berakhir,

Unit Penyiasatan Jenayah Siber diberhentikan dari tugas.

Seseorang merancang semua ini

untuk menghalang siasatan dan merosakkan kredibiliti kita.

Pemimpin baru Sekang.

Pengerusi Cho Hyeon-min.

Sila beri tepukan.

Dia bukan pembunuh sebenarnya.

Kamu nak biarkan mereka buat sesuka hati saja?

Satu serangan DDoS kepada Safe Tech

akan dijalankan pada pukul 9 pagi esok.

Arahkan pasukan keselamatan ke bilik pelayan.

Sekarang!

Saya dari pasukan keselamatan.

Bagaimana keadaan di sana?

Mereka sangat pantas.

Mereka dah pun jumpa pelayan CNCnya.

Saya perlukan 10 minit.

Salin kad memori SD di belakang kotak hitam.

Dapatkan video pada 30 Julai.

Bagaimana dengan cakera keras komputer Encik Moon?

Periksa semua fail 16 Julai.

Itu jadualnya.

Alat ini mengandungi buktinya.

Saya perlukan bantuan tuan.

Mereka telah mengesani

Ketua Inspektor Kwon tidak mengintip pejabat pendakwa raya.

Ada orang masuk ke bilik pelayan dan salin rakaman CCTV?

Sebenarnya, sistem kami mengalami serangan DDoS semalam.

Serangan DDoS?

Cho Hyeon-min akan diberitahu

yang kita memasuki pelayan kemas kini.

Kita mesti cepat. Mereka akan padamkan semua maklumat

jika tahu kita kesani mereka.

Keluar dari sana!

Jangan tinggalkan apa-apa.

Kamu mesti padamkan semua rekod.

Pasang program pemadam! Sekarang juga!

Padam ia sekarang!

Kita dah kesuntukan masa. Cepat! Ayuh, cepat!

"Data sedang dipadamkan" Campak ia keluar, sekarang!

Kita dah kesuntukan masa. Cepat! Ayuh, cepat!

Ayuh!

Apartmen yang mana?

No. 506.

Kamu dan Yoo Gang-mi naik lif.

Kamu guna tangga.

Dan kamu hubungi bantuan.

Baik.

Kita pergi dari sini secara berasingan dan tunggu arahan.

Saya akan hubungi kamu nanti.

Ayuh.

"Data sedang dipadamkan"

Kang Eung-jin.

Bantuan pihak polis?

Belum sampai lagi.

Pergi ke tingkat satu...

Ke mana dia pergi?

Sana!

Kamu ditahan kerana melanggar Akta Perlindungan Maklumat.

Kamu berhak mendapatkan peguam dan membela diri.

Saya tak peduli sama ada kamu faham bahasa Korea atau tidak.

Kamu faham? Pandang bawah.

Bagaimana dengan Kang Eung-jin?

Kita dah kehilangan dia.

Bagaimana dengan data?

Semuanya dah hampir dipadamkan.

Boleh cuba memulihkan. Tapi rasanya sukar.

Tak guna.

Kita kehilangan bukti sekali lagi.

"CK Electronik Antivirus versi beta"

"Safe Tech, mengimbas"

Ini antivirus Safe Tech versi beta yang diuji di CK Electronik.

Jadi benarlah antivirus mereka program menggodam?

Ini maksud kamu? Ya.

Tapi walaupun ia didedahkan,

mereka boleh kata ia satu kesilapan

dan program terkini tiada masalah.

Kami akan cuba dapatkan maklumat lanjut dengan menyoal siasat suspek.

Baiklah.

Masukkan Kang Eung-jin ke dalam senarai yang dikehendaki.

Baik.

Dan juga, apa yang tuan tanyakan tentang kes Nam Sang-won,

saya tak jumpa apa-apa yang mencurigakan tentang Kim Woo-hyun.

Jabatan penyelia juga sedang memerhatikan dia.

Saya akan laporkan begitu kepada mereka.

Baik.

Oh, ya.

Khabarnya agensi kita akan menggunakan antivirus Safe Tech.

Ia belum diputuskan lagi.

Kami akan buat keputusan dalam mesyuarat pengarah nanti.

Baiklah, saya faham.

Pada hari Kang Eung-jin melarikan diri dari sini

saya datang untuk laporkan pada tuan.

Tapi tuan tiada di sini.

Oh, ya.

Saya berasa kurang sihat dan pulang awal.

Begitu.

Jadi kamu nak percayakan Pengarah Jeon?

Apa lagi yang boleh saya buat? Saya tiada pilihan lain.

Kamu senang percayakan orang, ya?

Moto saya ialah "Jangan percayakan apa-apa yang boleh bercakap".

Kamu ingat saya percayakan kamukah?

Saya pun tak percayakan kamu.

Saya tak suruh pun.

Mak cik, sebotol soju.

Ya. Soju?

Kamu ni memang suka menentang saya.

Sini.

Terima kasih.

Tentang apa?

Sebab selamatkan saya.

Di saat-saat beginilah saya lebih sukakan dia.

Kim Woo-hyun terlalu dingin orangnya.

Orang boleh bercakap dengan jujur waktu minum bersama.

Begitulah caranya berkawan.

Kami dikhianati lagi.

Kamu bertiga tinggalkan semua kerja kepada kami

dan datang minum di sini?

Itu nampak sedap. Saya nak duduk di sini.

Kamu mari sini.

Saya...

Tolonglah. Kamu patut berhenti minum.

Tidak, saya tak mahu.

Inspektor Yoo.

Kulit kamu teruk kebelakangan ini.

Saya rasa amat sedihlah.

Jangan risau, saya tak apa-apa.

Okey. Inspektor Kim.

Kamu tahu betapa saya sukakan kamu, bukan?

Saya pun.

Saya suka juga.

Okey, mari kita minum!

Kita kembali bekerja dan dapat tangkap suspek.

Saya nak minum lagi.

Park Ki-young.

Memang Lembu Gila.

Park Ki-young.

Kan saya suruh kamu berhenti minum?

Kita akan tangkap penjenayah itu, kan?

Park Ki-young.

Kita akan tangkap mereka.

Kita akan tangkap penjenayah itu semua.

Aduh. Saya dah mula sukakan kamu.

Saya suka. Kita akan tangkap mereka.

Mesti.

"Agensi Polis Kebangsaan"

Berikan saya butir-butir peribadi mereka.

Kwon Do-hyung. 21 tahun, menganggur.

Warga Cina.

Berdarah kacukan Korea-Cina dan dibesarkan di Hong Kong.

Dulu dia pelajar universiti di mana Tam Sha-ming mengajar.

Dia pula...

Nama, Cho Mun-joon, 24 tahun.

Dilahirkan di Hong Kong.

Tiada maklumat lain selain alamatnya.

Kita tiada bukti jenayah mereka.

Kita harus buat mereka mengaku.

Sukar hidup di negara orang, bukan?

Jangan menyeksa sesama lain lagi.

Cakap.

Saya tak tahu apa-apa.

Apa?

Saya tak tahu apa-apa.

Apa yang kamu cakapkan?

Saya tak tahu apa-apa.

Berhenti memperbodohkan saya!

Kamu baca menu Korea bila pesan makanan tadi!

Kamu faham kata-kata saya!

Saya betul-betul tak tahu.

Dengar, kawan kamu Kwon Do-hyung dah beritahu kami segalanya.

Kamu hanya mengikut arahan.

Cakap dan kami akan kurangkan dakwaan terhadap kamu.

Betulkah dia buka mulut?

Betullah.

Beritahu saya dua perkara saja.

Siapa dalang di sebaliknya.

Satu lagi,

di mana Kang Eung-jin.

Kami betul-betul tak tahu apa-apa.

Kami cuma lakukan apa yang Profesor Tam Sha-ming suruh.

Kamu kenal dia?

Saya tak tahu namanya.

Saya nampak dia datang kebelakangan ini.

Tapi saya tak pernah bercakap dengannya.

"Pengerusi Cho Hyeon-min"

Mereka dah tangkap Kwon Do-hyung dan Cho Mun-joon.

Pihak polis tiada bukti. Mereka akan dibebaskan tak lama lagi.

Tapi, kita tetap tak boleh lega hati.

Mengukuhkan keselamatan pelayan kemas kini.

Baik.

Kim Suk-jun, Nam Sang-won.

Cho Kyung-shin, Kang Yoon-woo, Lim Chi-hyun.

More Malay subtitles for Ghost (유령 / Yooryung)

ความคิดเห็น

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left