A Child of My Own

A Child of My Own (Un hijo propio)

ดาวน์โหลดคำบรรยายMalay

ข้อมูลรุ่น

A Child of My Own 2026 SPANISH NF WEB H264-DOCUMENTARY
ความคิดเห็นโดย tedi
Retail NF | 1:36:53

แท็ก

webdl
เผยแพร่เมื่อ: 2026-08-13
ดาวน์โหลด: 1
ผู้พิการทางการได้ยิน: No

ตัวอย่างคำบรรยาย Malay

200 บรรทัดแรก

NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN

29 JULAI 2000

DITERBITKAN OLEH GATO GRANDE

Impian saya ialah menjadi ibu.

Saya berkahwin dengan penuh harapan. Saya 17 tahun dan hamil.

Itu antara sebabnya kami berkahwin, tapi…

Saya sayangkan Arturo.

Saya suka kanak-kanak.

Saya sentiasa seronok dengan mereka.

Kanak-kanak,

contohnya, semua anak saudara saya,

mereka rapat dengan saya.

Keluarga saya besar.

Dalam keluarga saya, semua orang ada anak.

Semua sepupu saya dah jadi ibu.

Jadi…

Saya suka mendengar, "Dia akan jadi ibu!"

Juga…

Ia seperti memenuhi impian saya untuk berkeluarga.

Sejak hari saya mengandung dan kami berkahwin,

itulah rancangan kami.

Saya memang nak jadi ibu.

Berhenti!

Bagus. Saya suka!

Boleh kita cuba gaya yang lebih bersahaja?

Dialog awak daripada temu bual yang kita nak tiru

dan watak awak

ialah Ale, dari 15 tahun lalu.

Ia seperti imbasan semula

oleh seorang pelakon tentang Ale sebenar. Ya?

SEBUAH DOKUMENTARI MAITE ALBERDI

- Pelakon. F1. Ambilan 1. - Mula.

Keinginan itu sangat kuat…

sampailah saya terlibat dalam masalah yang semakin besar.

Saya mula buat,

yalah,

keputusan

dan tindakan yang buat semua semakin rumit.

Sehingga tiada jalan keluar,

tak boleh berpatah balik.

A CHILD OF MY OWN

Cantik.

Itu dia.

Satu lagi.

Itu dia. Dekat lagi.

Itu dia. Cantik. Tengok kamera.

Sempurna. Senyum.

Tunjuk kegembiraan untuk Ale dan Arturo.

ALEJANDRA DAN ARTURO

Syabas!

PERKAHWINAN KAMI

Syabas!

Begitulah!

Cium! Cium!

Semasa saya berkahwin,

saya rasa tertekan untuk gembirakan keluarganya.

Saya sentiasa disayangi dan dihargai oleh keluarga saya.

Apabila saya jumpa keluarganya,

ibunya macam tak terima saya

dan saya rasa saya kena buat apa saja untuk ambil hati ibunya.

Tahniah untuk pasangan pengantin!

Untuk pasangan pengantin!

Saya keguguran semasa tinggal bersama mak mentua.

Saya tak nak jumpa sesiapa.

Tapi mereka datang ke bilik

dan salah seorang mak cik Arturo kata, "Kenapa menangis?"

"Hei, jangan menangis. Kita semua laluinya."

Ya, memang sedih.

Ibunya kata, "Patutnya lebih berhati-hati.

Jangan buat begitu."

Kamu rasa macam mana, Ale?

Saya terpaksa baring dan dengar

sehingga mak saya tiba.

Mak dah sampai, sayang.

Kenapa saya kehilangannya?

Saya yang bersalah.

Saya yang bersalah.

Saya tak berhati-hati.

Saya berlari.

Saya pergi kerja.

Saya salahkan diri sendiri.

Ini bukan salah kamu, tak apa.

Rehatlah.

Kita ada banyak ruang untuk parti.

Minum!

- Rumah ini sangat besar. - Sangat luas.

Sangat besar.

Awak dah tengok dapur?

Makanan sedap!

Rumah ini sangat cantik,

tapi ia terlalu besar.

- Lagipun, mereka tak ada anak. - Mak.

- Atau kamu nak bela anjing? - Mak, dahlah!

Seorang anak pun jadilah.

Pak cik pun sama?

Kami cuma nak kamu gembira dengan ada anak, betul?

Anak main lari-lari.

Nenek nak ada cicit.

Saya tahu, nenek, tapi saya baru 25 tahun…

Lebih cepat, lebih baik.

Nanti mereka nampak macam cucu, bukan anak.

Kenapa tak ambil anak angkat?

Ia tak sama.

Kami akan ada anak sendiri, okey?

Cuma Ale sibuk. Kerja di hospital sukar.

- Tak lama lagi. - Keutamaan.

Pasti ambil masa.

- Lagi? - Tak apa.

- Bawakan dua. - Ya.

Apa terjadi selepas keguguran pertama?

Tak lama kemudian, saya hamil lagi.

Arturo akan cakap,

"Kena berhati-hati. Jangan buat ini, jangan buat itu."

Sejak kehamilan pertama, saya suruh dia jaga diri,

jangan buat kerja berat, berehat.

Saya bekerja, saya tak boleh pantau dia sepanjang hari.

Saya kata, "Kalau bukan untuk awak, buat untuk anak,"

tapi dia degil.

Betul.

Jadi, saya keguguran lagi.

Itu keguguran kedua saya.

Selepas beberapa tahun, kami mula risau.

Saya tak hamil.

Ini sangat sukar bagi saya. Saya cuma nak ada anak, tapi tak dapat.

Apa yang tak kena?

Dia pernah hamil, kenapa sekarang tak boleh?

Kami tak guna pencegah hamil, bukan?

Entahlah. Seolah-olah tubuhnya tak berupaya menampung…

Entahlah.

Jangan risau.

Kami akan periksa keadaan rahim awak selepas prosedur D&C.

Analisis air mani suami awak juga.

Kita boleh cuba permanian dalam rahim

untuk bantu awak hamil.

Boleh halang keguguran?

Tiada rawatan yang dijamin 100 peratus,

tapi sistem badan kita bijak.

Ia takkan biar bayi yang tak sihat membesar sampai cukup bulan.

Awak masih muda. Masih ada masa.

Hampir selesai.

Kamu akan okey.

Terima kasih.

Apabila saya akhirnya hamil buat kali ketiga,

Arturo beritahu saya,

"Kali ini awak kena banyak berehat. Awak perlu buat ini, awak perlu buat itu.

Awak perlu duduk di rumah.

Awak patut berhenti bekerja."

Saya kata, "Awak bergurau, bukan? Saya takkan berhenti kerja."

Dia akan kata, "Awak memang degil."

Hai, Ale.

- Hai, doktor. - Apa khabar?

Baik. Tiada lagi rasa loya.

Semua dah siap?

Hai. Selamat pagi. Masuklah.

- Terima kasih. Jangan lupa kopi. - Ya.

Saya jumpa bos saya.

Saya menangis. Saya kata, "Saya rasa sakit."

Maaf, Ale. Pendarahan sangat banyak…

Awak keguguran.

Lagi sekali…

Saya bersimpati.

Apa saya nak beritahu Arturo?

Bertenang.

Relaks.

Cakap dengan suami awak. Bincangkan pilihan.

Memang susah untuk dapat kandungan yang cukup bulan.

Pakailah baju.

Saya duduk di bilik menunggu

dengan perasaan bercampur baur.

Saya salahkan diri sendiri.

Dah lama saya di sini. Boleh sesiapa tolong saya?

- Tunggu giliran awak. - Saya cuma perlu buat janji temu.

Saya mempersoalkan Tuhan.

Saya fikir, "Kenapa? Kenapa ini berlaku? Kenapa?"

Ketika itulah saya jumpa Mayra.

Kenapa?

Saya nak jadi ibu, tapi tak boleh.

Saya akan jadi ibu dan saya tak nak.

Apa?

Saya baru tahu.

Mayra beritahu…

Saya tak nak.

…dia mahu gugurkannya.

Ayahnya tak nak bertanggungjawab. Dia kata bukan anak dia.

Saya tak boleh ada anak lagi.

Awak boleh jaga sendiri.

Tak boleh. Saya tak belajar atau bekerja.

Saya cuma tolong mak buat kerja rumah.

Awak boleh cari kerja.

Jual sesuatu, apa-apalah.

Tidak. Saya tak suka bekerja.

Kadangkala saya jual barang.

Tak. Saya tak boleh ada anak lagi.

Saya dah ada anak perempuan.

Kalau saya hamil lagi,

mak saya akan halau saya.

Dia takkan halau awak.

Saya tak tahu nak buat apa.

Entahlah.

Lebih baik beri orang daripada buang.

ความคิดเห็น

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left