200 บรรทัดแรก
HEARTBEAT
SEMUA WATAK, NAMA, ORGANISASI, KUMPULAN, ACARA DAN LATAR
ADALAH FIKSYEN DAN GARIS PANDUAN KESELAMATAN HAIWAN DIPATUHI
Sejak dahulu kala, tanah ini
dihuni mereka yang berdarah sakti.
Ada manusia tamak yang ingin meminum darah itu
untuk hidup selama-lamanya.
Tangkap mereka! Di sana!
Jangan terlepas!
Mari.
Maaf. Semuanya salah saya.
Tuan, ini barangnya.
Anak panah yang diperbuat daripada kayu hawthorn dengan mata perak
seperti yang tuan inginkan.
Woo-hyeol.
Awak tak apa-apa?
Macam mana ini?
Mesti awak sakit.
Cepat lari. Cepat.
Awak kena pergi.
Kalau mereka tahu awak siapa, mereka takkan lepaskan awak.
Jangan risaukan saya. Cepat pergi.
Pergi sekarang!
Jangan...
Tunggu apa lagi? Lepaskan anak panah!
Jangan terlepas!
Tangkap makhluk bengis itu!
Tidak!
"Seon Woo-hyeol."
"Dia merupakan kawan baik kami.
Kami takkan dapat lupakan dia.
Dia pemimpin kami.
Orangnya kacak dan pandai bergaya.
Biarpun digilai ramai wanita,
dia tak tahu bersyukur dan biadab..."
Apa?
"Dia seorang sahabat yang penyayang.
Walaupun dia dah tinggalkan kami,
kami akan simpan segala kenangan kami bersama dalam hati
dan mengingatinya."
"Maka,
saya ingin memiliki kot kegemarannya
supaya dapat mengingati dia buat selamanya."
- Seop, awak pun pilihlah satu. - Tak apalah.
Awak pernah cakap awak suka topi Woo-hyeol.
Topi itu nampak cantik sebab dia yang pakai.
Tak sesuai dengan saya yang berkepala besar.
Sesuai atau tak sesuai, tak penting.
Yang penting pilih saja satu.
Tak apalah. Saya suka macam ini. Tak perlu topi.
Simpanlah dulu. Nanti beri kepada saya.
Saya tak nak buat sampai begitu.
- Jadi... - Perkabungan yang saya minta,
pemberontakan yang saya dapat.
Bila masa pula dia keluar?
Woo-hyeol, janganlah keluar.
Saya belum buat upacara utama.
Awak.
Kalau saya tak ada, awak akan jual rumah ini?
Tak baik cakap begitu.
Woo-hyeol, ini sayalah, Lee Sang-hae.
Kita dah kenal lebih 130 tahun.
- Awak masih tak percaya saya? - Tak.
Yakah? Lupakan!
Jangan kutip! Biarkan!
Tahu tak betapa susahnya nak tulis eulogi ini?
Saya berjaga tiga hari tiga malam sampai hidung saya berdarah!
Saya curahkan hati ke dalam setiap perkataan.
Patutkah awak layan saya begini?
En. Joo.
Dia tak jawab.
Saya dah agak hanya awak yang boleh dipercayai.
Tolong jaga kunci ini.
Saya berbesar hati, tuan.
Keturunan saya akan menjaganya.
Lepas. Woo-hyeol.
Saya nak tanya.
Saya teringin nak tahu sejak 130 tahun lepas.
Kenapa awak nak sangat jadi manusia?
Baru sekarang nak tanya?
Cubalah jawab.
Kenapa awak bersusah-payah nak jadi manusia?
Nak tahu sebabnya?
En. Joo.
Biar saya jadi manusia dulu.
Ayuh, saya mati-mati nak tahu ini!
Kita bukannya boleh mati.
- Kami puntianak. - Kenapa dengan awak?
Makhluk penghisap darah yang perlukan darah manusia untuk hidup.
Kami ditakuti manusia.
Tapi sebenarnya,
kami tak banyak beza dengan ini.
Seperti nyamuk yang menghisap darah untuk hidup tanpa membunuh manusia,
kami juga tak minum darah manusia
sehingga mereka mati.
Banyak ini saja dah cukup.
Sajian kecil adalah rahsia umur yang panjang.
Memang kami tak suka cahaya,
tapi kadangkala kami keluar juga waktu siang.
Apabila terdedah pada matahari,
darah kami cepat hilang.
Jadi kami kena sentiasa gantikannya.
Kekuatan luar biasa?
Kami gagah dan boleh terbang tinggi,
tapi kami tak gunakan di luar
sebab tak mahu manusia perasan.
Bukannya nak tolong kemas. Menyakitkan hati.
- Awak cakap apa? - Tiada apa-apa.
Cukuplah sekadar memudahkan kerja mengemas.
Baiklah.
Wah, segak betul.
Ukuran badan awak sangat menonjol.
Tengok sajalah di cermin itu.
Awak suka?
Itu pun kalau saya nampak.
Malangnya,
kami tak boleh lihat diri kami
dalam cermin.
Saya sangat berkenan.
Terima kasih.
Semakin lama masa berlalu, manusia mula lupa kewujudan kami.
Kami mula dapat berasimilasi
di kalangan manusia dengan baik.
Dia sangat kacak.
Lihatlah dia.
Kacaknya.
- Wah. - Kacaknya.
Susah betul jadi popular.
Mereka bukannya tengok awak.
Apa bezanya saya dengan Woo-hyeol?
Saya pun ada dua mata dan satu hidung.
Tapi bentuknya berbeza.
Bentuk?
Awak hodoh.
Silakan, tuan.
En. Joo, kita tak lambat?
Tak.
Mungkin dia akan datang hari ini.
Dia pasti akan datang.
HEARTBEAT EPISOD 1
Wahah Teduh.
Ia bermaksud teduhan daripada matahari,
lokasi terhangat di Gyeongseong.
Mereka yang lebih sukakan malam daripada siang
akan berkumpul di sini sekali lagi.
Bagus!
Sekarang, tiada lagi pemburu puntianak.
Beginilah kehidupan kami di sini.
Tanpa kamu semua sedari.
En. Joo, bagi segelas arak yang kuat.
Baik, yang kuat.
Koktel lembut.
Koktel kuat.
Wanita pasti terpikat.
Pastikan dapat kali ini.
Jemputlah minum.
Saya rasa saya dah mabuk.
Baguslah kalau mabuk.
Ada perisa alkohol.
Apa?
Tiada apa-apa. Minumlah.
Tak ada teman wanita?
Teman wanita?
Susah nak percaya, tapi tak ada.
- Bagi saya teman wanita... - Bukan.
Maksud saya, bos awak.
Jangan pedulikan dia.
Nak tak kita pergi tempat yang senyap?
Jom keluar. Sekali saja saya nak...
Seriuslah! Jangan bertenggek macam lalat hurung najis. Pergi.
Lalat hurung najis?
- Kalau saya lalat, maksudnya awak najis! - Apa?
- "Najis"? - Bau macam najis!
- Apa? - Hei!
Jangan curi tulang. Sambung kerja.
- Sakitlah. - Sakit?
Maaf.
- Ikut saya. - Tengok oranglah!
Tuan.
Macam mana awak boleh sekacak ini?
Awak sangat sempurna.
Awak ada teman wanita?
Maaf, saya minta diri.
Hari ini pun dia tak senyum.
Apa awak buat ini?
Saya dah ingatkan.
Dilarang menghisap darah manusia di Wahah Teduh.
Saya tak bunuh dia, cuma nak rasa saja.
Dilarang menghisap darah manusia
di Wahah Teduh.
Saya dengar Seon Woo-hyeol masih belum putus asa.
Nak jadi manusia konon.
Katanya dia hanya minum darah orang mati.
Puntianak tak minum darah manusia?
Mengarut saja.
Jangan nak mengata kawan saya.
Jangan cakap sembarangan.
Habis tercabut gigi taring itu nanti.
- Sejuk? - Taklah.
Hobi saya sejak dulu ialah melihat manusia
No comments yet. Be the first to leave one.