200 บรรทัดแรก
BERDASARKAN AUDIO SIAR OLEH WONDERY DAN BLOOMBERG
Boleh saya bantu?
Aloha.
Mahalo.
- Rabai Sherman. - Helo.
- Atau raja ping-pong? - Betul.
- Awas. Dia macam ninja. - Terima kasih.
Thea? Awak semakin membesar atau saya yang mengecil.
Hei. Jumpa di restoran Nick & Toni's, okey?
- Rabu malam. Saya akan hubungi awak! - Okey.
Tentu awak suka jagung itu.
Dari Round Swamp Farm. Saya yang kupas. Itu pun dia!
Tunduk, semua!
- Jangan cakap dan fikirkannya. - Apa?
- Saya takkan main golf dengan awak lagi. - Kenapa?
"Kenapa?" Itu bukan golf, tapi hoki.
Saya sangka akan mati.
Dah cuba tab panas? Awak patut cuba.
Pasti awak takkan terlepas.
Saya pasti terlepas…
Benjamin, kenapa?
Awak nampak kepanasan dan seperti mahu pengsan.
Saya tak suka udara segar.
Sebab ibu awak terlalu manjakan awak.
Ayuh. Mari masuk. Ada penyaman udara.
Ada banyak filem pemenang Anugerah Academy.
Jaga-jaga dengan bola bocce.
Lisa. Ike Herschkopf.
- Hai. - Terima kasih sebab datang.
- Awak cantik seperti biasa. - Terima kasih.
Boleh kita bergambar sekejap?
- Boleh. - Mana satu butang…
- Bahagian atas. - Saya perlu pusing…
Tidak, tekan saja.
Okey.
- Atas. - Saya tersalah tekan.
- Saya nak ambil cermin mata. - Tidak.
Tak mengapa. Hei! Mari sini.
- Terima kasih. - Okey.
Mari sini. Ambilkan gambar kami.
- Awak seronok? Bagus. - Ya.
Seronok. Saya suka rumah awak.
Terima kasih.
- Berjaya. - Bagus.
Mari, saya nak tunjukkan lembu. Saya beli dari galeri di bandar.
- Okey. - Ia menyeronokkan.
Boleh kutipkan tuala-tuala basah?
Okey, tunggu di sini.
Berhenti. Hei, kamu nak ke mana? Mari sini.
Mak nak cari dia. Itu pun dia. Mari sapa bapa saudara kamu, Lizzie.
Phyllis, hubungi penghapus serangga.
Ada serangga perosak berlari-lari di sini.
Saya dah aturkan janji temu dengan Dr. Herschkopf
- untuk awak tengah hari ini. - Oh, Tuhan. Ia menghurung saya.
Ini serangga apa?
Biar pak cik lihat. Ada banyak bulu. Tengoklah tapak tangan melekitnya.
- Awak dengar? - Saya tak boleh pergi.
- Kenapa? - Dengar,
- saya tak nak jumpa orang asing… - Dia bukan orang asing.
Rabai Goldberg syorkan dia.
Saya tahu. Hei!
Jangan geletek pak cik.
Okey, anak-anak. Sudahlah. Jangan ganggu Pak Cik Marty kamu.
Mari ambil gambar sebelum pakaian kamu kotor.
Budak-budak! Mari. Cepat.
Letakkan telefon itu.
Itu telefon awak?
Bukan. Baiklah, terima kasih. Awak nampak comel.
Tengoklah. Saya ada soalan.
Wujudkah perangkap besar yang boleh tangkap semua serangga ini?
Pasti wujud. Perangkap itu ada di belakang.
Betul. Bruce, ambil penyapu.
Kita perlu…
- Oh, Tuhan! Kepala saya! - Pergi ambil penyapu!
Jadi, awak akan pergi?
Saya tak perlu jumpa Dr. Herschkopf, faham? Saya okey.
Memang ada serangga perosak di sini.
Alamak!
- Awak pegang kamera. - Ya.
- Saya akan uruskan dia. Okey? - Ya, okey.
Okey.
Ayuh.
- Deborah! - Mana dia?
Seronok jumpa awak juga.
- Awak sampaikan mesej saya kepada Marty? - Ya. Kesemua lapan mesej.
Awak pasti? Dia tak hubungi saya semula.
Mungkin sebab kamu berdua dah berpisah.
Tidak. Dia tak boleh putuskan hubungan melalui faks, Phyllis.
Saya setuju, tapi ada cara yang paling teruk.
Suami saya hancurkan perkahwinan kami dengan meniduri setiausahanya.
Jadi, saya lebih suka menggunakan faks.
Saya tak peduli. Saya…
Saya nak jumpa dia.
- Dia tiada di sini. - Dia tak boleh selalu mengelak.
Dia boleh.
Dia berhutang dengan saya.
Okey, jangan mengarut lagi. Hari ini, saya tak boleh terima.
Dia tak berhutang apa-apa dengan awak. Ia dah berakhir.
Saya perlu bincang sesuatu dengan dia.
Hal peribadi.
Awak hamil lagi?
- Berani awak tuduh saya hamil? - Awak tak hamil?
- Awak tak guna, Phyllis. - Dengar sini.
Marty lelaki yang baik.
Malah, dia terlalu baik. Tapi, saya suka dengan kebaikannya
dan takkan biarkan awak pergunakan dia.
Awak anjing pengawalnya?
Lebih teruk. Saya adiknya.
Anjing pengawal cuma akan gigit awak,
tapi seorang adik akan tarik keluar trakea awak
dan jadikannya seruling.
Awak nampak perbezaannya?
Ini bukan urusan awak, Phyllis!
Awak silap!
Marty ialah tanggungjawab saya.
Okey.
Okey.
Jika dia tak hubungi saya tengah hari ini, masalah akan timbul.
Nampaknya, masalah akan timbul.
- Ya, banyak masalah. - Saya dengar awak cakap tadi.
- Awak tak guna, Phyllis. - Bagus.
Perempuan tak guna.
Bagus.
Senyum lebar dalam kiraan tiga. Satu, dua, tiga.
Oh, Tuhan. Okey. Beginilah.
Tak perlu senyum, tapi kurangkan reaksi menakutkan.
Kamu nampak macam kembar dalam The Shining yang ada kembar lain.
En. Abelman, tunggu sekejap.
Bruce, boleh gantikan saya? Suruh mereka senyum.
Saya tak mahu gambar kanak-kanak yang tak ceria.
Saya akan cuba.
Baiklah. Awak pesan
langsir teater baldu velour kapas.
- Betul. Dengan lisu kelompok. - Ya.
Seperti awak nampak, ia ada pail berarah dan kemasan matte.
Adakah itu warna merah jambu Puccini? Nampak gelap.
Bukan, ini merah jambu Puccini biasa. Nampak gelap kerana pencahayaan di sini.
- Saya tak… - Jadi, kami buatkan
langsir kain kasa sharkstooth dan dua langsir tepi pentas.
Saya nak tengok langsir tepi pentas.
Itu apa?
Ini langsir tepi pentas velour hitam.
Di belakangnya.
Itu pelapik langsir.
Kenapa?
Ia memberikan kelegapan maksimum.
Saya tak pesan pelapik langsir.
Kami cadangkannya,
sebagai pelengkap untuk langsir baharu
dan pelapik ini dapat buatkan langsir tahan lama.
Awak pekak? Saya tak minta pun.
Kami tak jahit langsir tanpa pelapik.
- Saya tak percaya. - Maksud saya,
- ia tahan lama. - Awak dapat kenakan lebih banyak bayaran.
- Dengar sini. - Tidak, awak dengar.
Saya tak perlu hadapi semua ini semasa bapa awak uruskan.
Saya cuba lakukan yang terbaik.
Sudah 34 tahun saya berurusan di sini.
- Kami hargai kepercayaan awak. - Mana Jerome?
- Bapa saudara saya dah tak kerja di sini. - Kenapa?
Sebab ia rumit.
Saya nak bercakap dengan Jerome.
Boleh awak tunggu sekejap?
En. Abelman!
Hai, apa khabar?
Saya takkan bayar satu sen selagi tak dapat cakap dengan Jerome.
Begitu.
Boleh awak tunggu sekejap?
Marty, apa awak buat?
Awak perlu keluar sekarang.
Marty, hentikan. Lepaskan.
Berhenti.
Awak alami serangan panik?
Kenapa dengan awak?
Apa awak takutkan?
Dia cuma guru Talmud perengus dan tua yang ada bulu telinga sejak umur 30 tahun.
Apa yang awak takutkan?
Marty, pandang saya. Sekarang, awak ketua. Awak bos.
Bos tak gigit fabrik, Marty.
Kenapa? Marty, awak nak pitam?
Berdiri. Berdiri sekarang. Hentikan.
Awak perlu keluar. Awak…
Hentikan! Marty, berdiri.
Biar betul?
Tak guna, Marty!
Maafkan saya, Marty sedang hadiri mesyuarat penting.
Di belakang langsir?
Ya, di belakang langsir. Boleh saya bantu?
Dia pasang pelapik pada langsir tepi pentas saya. Saya tak minta pun.
Jika awak tak keluarkan daripada invois, saya akan cari kedai lain.
Kami pasti bersedih atas kehilangan awak.
Bapa awak pasti tak gembira.
Betul.
Tapi, selama ini dia memang tak gembira.
Selamat tinggal, En. Abelman.
Ayuh.
Mari sini.
Oh, Marty.
Tengoklah diri awak.
Awak lelaki dewasa yang bersandar pada dinding,
No comments yet. Be the first to leave one.