My Name Is Pauli Murray

My Name Is Pauli Murray

ดาวน์โหลดคำบรรยายMalay

ข้อมูลรุ่น

My Name is Pauli Murray 2021 720/1080/2160p WEB H264-BIGDOC | CMRG | XVID | ION10 | RARBG | GalaxyRG | PSA | [YTS MX]
ความคิดเห็นโดย RagnarLothbrok
Twitter >>> @RagnarLthbrok0

แท็ก

web
720
XviD
1080
TS
YTS
เผยแพร่เมื่อ: 2021-10-01
ดาวน์โหลด: 28
ผู้พิการทางการได้ยิน: No

ตัวอย่างคำบรรยาย Malay

200 บรรทัดแรก

Saya nak lihat Amerika seperti yang tertulis

dalam Pengisytiharan Kemerdekaan dan Perlembagaan.

Amerika, jadilah seperti yang awak janjikan!

Boleh saya ambil gambar dekat tanpa kaca mata awak?

Baring.

Duduk. Baring.

Baring.

Bagus.

Dia nak ikut serta dalam semua.

Nama saya Pauli Murray,

dan bidang tumpuan saya ialah hak asasi manusia.

Seluruh sejarah peribadi saya ialah demi mencapai piawai kecemerlangan

dalam masyarakat yang dikuasai oleh pemahaman

bahawa orang berkulit hitam tak setanding orang berkulit putih,

dan wanita tak setanding lelaki.

Pauli Murray ialah seorang yang mendahului zamannya.

Bertutur dan melakukan perkara yang orang lain buat di masa depan.

BILIK TUNGGU NEGRO

Pauli berani menghadapi diskriminasi

pada zaman yang berbahaya untuk berbuat demikian.

Kejadian demi kejadian yang kian berlaku bererti lambat-laun,

sama ada saya akan naik gila

atau saya akan memberontak.

Pauli seorang penulis, peguam, paderi, penyair.

"Harapan ialah tangkai remuk di celah-celah genggaman jejari.

"Harapan ialah lagu dalam tekak letih."

KITA AKAN MENGATASINYA

Pauli mainkan peranan penting dalam hak dan kebebasan kita hari ini.

Pauli Murray bukan saja peguam dan feminis yang hebat,

tapi dia juga homoseks dan tak mengenal jantina.

Para pelajar saya asyik tanya, "Kenapa kami tak kenal Pauli Murray?"

Bagaimana seseorang begitu penting,

tapi kami langsung tak kenal namanya?

Nama Saya Pauli Murray

Nenek saudara saya Pauli panggil saya dan kata

dia dah nazak.

Dia kata, "Awak perlu buat sesuatu untuk saya,"

dan dia mati beberapa jam kemudian.

Saya dapati bahawa saya wasi hartanya...

KAREN ROUSE ROSS CUCU SAUDARA PAULI

...dan saya perlu kemas barangnya.

Almari fail mengelilingi bilik dan rak buku berada di atasnya.

Kotak, fail, surat kepada kerajaan.

Dia simpan semuanya.

PERPUSTAKAAN SCHLESINGER

UNIVERSITI HARVARD

Wasiat Pauli sangat jelas.

Dia nak karyanya disimpan di Perpustakaan Schlesinger,

salah sebuah tempat di mana karya sejarah wanita disimpan.

Mak Cik Pauli tak banyak berkongsi hidupnya dengan saya.

Saya tahu dia seorang paderi dan peguam,

tapi dia tak pernah sebut tentang pencapaiannya.

Saya pergi baca apa yang saya tak pernah baca

dan kemudian saya sedar.

"Kejadian bas Petersburg. Mac, 1940."

15 TAHUN SEBELUM ROSA PARKS ENGGAN PINDAH KE BELAKANG BAS

Saya tak berniat mencabar...

RAKAMAN AUDIO PAULI MURRAY

...undang-undang segregasi Virginia.

Sepertimana yang sering berlaku pada zaman itu,

suatu kejadian akan berlaku

yang mana kita tiada pilihan lain kecuali melawan.

Saya dan kawan saya dalam perjalanan

dari New York ke Durham

untuk melawat dua mak cik saya untuk Easter.

Kawan saya bernama Adelene McBean.

Dulu kami panggil dia "Mac".

Bagi ibu saya, itu kali pertama...

MARGHRETTA MCBEAN ANAK ADELENE

...dia menyaksikan situasi yang sudah biasa berlaku di Selatan.

Semasa melintasi sempadan Mason-Dixon, kami terpaksa berpindah ke belakang.

PUTIH

Bas ialah contoh unggul segregasi.

Kesesakan di dalam bas membolehkan penghinaan kaum kulit hitam dengan terbuka

yang dilakukan di depan kaum orang putih yang diberikan keutamaan,

mereka menyaksikan penghinaan kami dalam senyap dan tak peduli.

Semasa tiba di Virginia,

orang kulit hitam pun berpindah ke belakang,

dan lebih ramai orang putih naik.

Pemandu bas mendesak agar kami pindah ke kerusi sebelah.

Kerusi itu rosak dan kami enggan duduk di situ.

Pemandu basa kata dia tak akan memandu

sehingga dia pindah ke belakang.

Polis datang dan memberkas kami.

PENJARA DAERAH PETERSBURG, VA

Saya dan Mac sangat lapar dan sejuk, tapi kami takut nak tidur

sebab tilam dipenuhi pepijat.

Apabila saya mengadu, pegawai penjara menjerit,

"Diam atau awak akan dikurung di penjara bawah tanah.

"Selepas awak jumpa tikus,

"baru awak tahu takut."

Kami mula sedar.

Saya rasa itu amat menakutkan.

Pauli meminta bantuan NAACP,

dengan harapan mereka dapat perintah yang mengisytiharkan...

...kedudukan segregasi tak mengikut perlembagaan.

Butiran kejadian:

Didakwa Menyebabkan Gangguan

Gambar rajah bas

Saya dan Mac membuat laporan,

ringkasan kes, fakta...

Selepas dibebaskan dengan ikat jamin,

kami dijemput untuk bertemu peguam NAACP Thurgood Marshall,

Hakim William H. Hastie dan Dr. Leon A. Ransom.

Itu pertama kali saya nampak peguam Hak Sivil beraksi,

dan saya terpegun selama beberapa jam.

Mereka berjuang agar orang hitam berhak diasimilasi ke dalam kehidupan Amerika.

Tapi hakim itu tahu ini menyebabkan masalah,

dan akhirnya mereka tewas.

MAHKAMAH HUSTINGS PETERSBURG

Hakim menggugurkan statut segregasi yang diguna pakai dan berkata,

"Kamu mengganggu ketenteraman."

DILARANG MEROKOK ORANG HITAM DUDUK DI BELAKANG

Jadi, mereka tak berjaya mengubah undang-undang.

Mereka dijatuhkan hukuman ringan dan dibebaskan.

Pada masa itu, saya hanya rasa kecewa

atas kekalahan peribadi,

tapi saya mula sedar bahawa kami sebahagian kecil usaha

yang bercita-cita menggulingkan semua undang-undang segregasi.

Kesedaran itu memeranjatkan.

UNIVERSITI RUTGERS

Jadi, hari ini kita berpeluang

mempelajari tentang Dr. Anna Pauline Murray.

Pauli Murray begitu menakjubkan

hingga saya tak mampu sebut semua pencapaian dan kehebatannya.

Bayangkan jika awak orang berkulit hitam pada kurun ke-20

dan awak cuba bangkitkan hujah bahawa hak kemanusiaan awak harus dihormati.

Awak tinggal di dunia di mana awak dibenci

sebab awak berkulit hitam.

Saya nak awak faham situasi hidup Murray.

Ini bab pertama, muka surat satu

autobiografi dalam bentuk manuskrip.

Dalam kajian yang diterbitkan pada 1910, tahun kelahiran saya,

Dr. Howard W. Odum, ahli sosiologi yang bekerja di Universiti Columbia,

menyatakan bahawa tiap bangsa mempunyai "keupayaan dan kemampuan" berbeza,

habis petikan.

Orang yang ingin membantu Negro harus, saya petik,

"jangan menaruh harapan terhadapnya."

"Dia tak faham konsep kebaikan,

"kebenaran, penghormatan, kemanusiaan, kewibawaan.

"Pendidikan terbaik bagi kanak-kanak Negro

"akan membolehkan dia tanpa ragu-ragu menerima

"hakikat bahawa dia bangsa yang berbeza daripada orang putih dan sememangnya,"

tamat petikan.

BAS SEKOLAH

Saya masih ingat lagi bangunan lama sekolah itu.

Bangunan itu sangat buruk, tiada buaian.

Tiada apa-apa permainan di luar.

Sekolah orang putih pula,

berada di perkarangan yang dikelilingi pagar.

Ada perbezaan besar antara layanan yang kami terima

dengan layanan yang orang putih terima.

Kami dapat merasainya.

Saya berasal dari kaum yang bangga.

Mereka degil. Mereka mencabar peraturan.

Ini rumah Pauli Murray.

Umur dia tiga tahun semasa dia datang ke rumah ini.

DURHAM, CAROLINA UTARA

Dia datang akibat tragedi.

Ibunya mati akibat pendarahan otak,

dan ayahnya dimasukkan ke hospital mental.

Walaupun dia dilahirkan di Baltimore, ini kediamannya.

Semasa saya ke Durham,

rumah ini ada Mak Cik Pauline, Mak CIk Sallie

dan datuk nenek keluarga Fitzgerald.

Keluarga Fitzgerald amat dikenali di Durham

dan bertaraf tinggi dalam masyarakat berkulit hitam.

Keluarga ini ada keturunan darah kacukan Cherokee,

Ireland, Afrika Amerika.

Ada beberapa ahli keluarga yang nampak begitu putih sehingga

dianggap orang putih.

Pauli berada antara kedua-dua itu.

Terdapat prejudis berdasarkan warna kulit

daripada masyarakat berkulit putih dan berkulit hitam.

Jadi, mereka agak unik.

Pauli adalah permata rumah itu.

Mak Cik Pauline tiada anak, jadi dia sangat manjakan Pauli.

Mak Cik Pauline mengajar di sekolah awam

dan semasa saya berumur empat tahun,

dia bawa saya ke sekolah dengannya setiap hari.

Saya dibenarkan duduk dengan kanak-kanak besar dan melihat mereka membaca.

Pada hujung tahun persekolahan,

Mak Cik Pauline terkejut apabila saya kata,

"Saya boleh baca, Mak Cik Pauline."

Saya ambil buku budak di sebelah saya dan mula membaca.

Selama saya berada di kelasnya,

saya belajar semasa dia mengajar.

Mulai hari itu, bilik darjah ialah rumah kedua saya.

Dia dibenarkan bertanya apa saja yang dia mahu.

Dia dibenarkan menyuarakan pendapat.

Tapi Pauli tak mahu pakai gaun.

Mak Cik Pauline selalu suruh dia ke gereja pada hari Ahad.

Mereka buat perjanjian.

Dia kata, "Awak boleh pakai seluar sepanjang minggu,

"tapi awak perlu pakai gaun apabila ke gereja."

Saya ada kehidupan yang terlindung.

Hidup hanya menjadi sukar

apabila ada kaitan dengan dunia luar.

Orang memanggil orang dewasa Negro sebagai "mak cik" dan "pak cik", "budak".

Ada 50 atau 60 orang digantung tanpa perbicaraan setahun.

ความคิดเห็น

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left