200 บรรทัดแรก
Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh.
Saya rasa mesin rakaman ini mungkin dalam keadaan tertekan.
Ucapan berbolak-balik dari seorang kepada orang seterusnya.
Apa-apa pun, mari mulakan rakaman dengan betul.
Nama saya Dennis Nilsen.
RAKAMAN SUARA DENNIS NILSEN DI PENJARA
Rakan-rakan, seperti yang awak dengar,
sepasang burung sedang mengawan, Hamish dan Tweetles.
Ia budak baik, Hamish.
Saya duduk di sini,
menghisap rokok gulung Scaferlati.
Aduhai.
Ya, kita merosakkan kesihatan diri.
Kita semua akan mati kerana sesuatu, bukan?
SEBUAH DOKUMENTARI NETFLIX
Pagi ini, seorang warden yang mesra meminjamkan akhbar News of the World,
sekeping kertas menarik iaitu surat khabar…
dan perhatian saya tertumpu kepada halaman 21.
"Dennis Nilsen menjadikan jenayahnya suatu jenaka
dengan meletakkan poster di selnya
poster The Silence of the Lambs bintang Hannibal Lecter."
"Dia percaya satu hari nanti,
eksploit menakutkannya akan diabadikan dalam filem."
Tamat cerita.
Mengarut betul!
Selamat petang.
Scotland Yard melancarkan siasatan pembunuhan terbesar hari ini…
KEDIAMAN NGERI
Selepas penemuan mayat di London.
Dalam beberapa jam lagi,
skala jenayah ini akan terbongkar.
Jadi,
apa ketepatan artikel ini?
Ya, saya memang disabitkan atas pembunuhan,
namun selain itu, kebanyakannya hanyalah rekaan.
Pihak pendakwa mengatakan ada satu corak pembunuhan.
Galeri awam Mahkamah No. 1 penuh setiap hari.
Mereka yang ingin dengar kekejaman tidak pernah kecewa.
Bagus. "Des Nilsen si raksasa."
"Oh, Nilsen." Sebaik saja awak sebut nama itu,
orang dah buat keputusan tentangnya.
Dennis Nilsen, lelaki yang menggelar dirinya
"pembunuh abad ini."
Mereka masih cuba menanam imej
makhluk berbahaya yang popular dalam kisah fiksyen.
Raksasa filem.
Kini Nilsen mahu menerbitkan autobiografinya
dari dalam penjara.
Kisah yang sukar difahami.
Baiklah, mari mulakan!
London, tahun 1983.
Selamat tengah hari. Cuaca boleh dikatakan agak sejuk.
Ia takkan lebih hangat dalam beberapa hari lagi
kerana angin utara akan menghala ke utara…
Saya ingat hari itu
kerana cuaca sejuk dan tidak selesa di luar,
dan saya duduk di pejabat
apabila rakan sekerja beritahu
yang dia perlu ke Cranley Gardens
di mana mayat manusia disyaki ditemui di lurang di sana.
CRANLEY GARDENS, UTARA LONDON
Ketika kami tiba di sana, penyewa berkumpul di sekeliling lurang.
Tandas telah tersumbat
dan seorang jurutera dipanggil untuk membersihkan longkang.
Dia menemui banyak daging dan tulang.
Saya tak berapa tahu
tapi saya mengesyaki
ia bukan haiwan.
Ada sesiapa menunjukkan minat dengan apa yang awak temui?
Ya, lelaki yang saya rasa tinggal di tingkat atas pangsapuri.
Kemudian, penyewa beritahu
malam sebelum itu, kira-kira tengah malam,
mereka terdengar bunyi bergeser di luar.
Apabila mereka pergi ke pintu depan dan membukanya,
mereka nampak lelaki yang tinggal di tingkat atas.
Dia berpakaian jaket biasa saja.
Ingat, ia bulan Februari yang sangat sejuk.
Mereka tanya jika dia okey.
Dia kata, "Ya. Saya keluar untuk kencing."
Saya buat siasatan lanjut di Cranley Gardens
dan mendapati dia berada di JobCentre di mana dia bekerja.
Biasanya dia pulang dari kerja
pada jam 5:30 petang setiap hari.
Kemudian kami dapati kepingan tulang dari parit
adalah daripada tubuh manusia.
Ahli patologi mengatakan, kepingan daging itu
mempunyai tanda jerut padanya.
Nah!
Kami nampak seorang lelaki berjalan.
Waktunya sudah tiba
Waktunya sudah tiba
Dia sangat tenang.
Ketika saya tiba di Cranley Gardens,
polis kelihatan tak pasti apa perlu dilakukan.
DES NILSEN
Mereka berusaha dengan harapan mendapat maklumat
tentang sampel daging manusia yang ditemui di dalam…
longkang.
Nilsen kemudian kata,
"Sangat pelik pegawai polis datang dan bercakap tentang longkang saya."
Dia membenarkan kami masuk ke dalam rumah…
dan kami naik ke loteng.
Sebaik saja dia buka pintu,
bau itu hinggap di hidung.
Saya tahu bau busuk itu.
Jadi kami kata kepada dia…
"Berhenti bergurau. Di mana mayat yang lain?"
Dia pandang saya,
dan tunjuk almari.
Apabila saya buka almari,
ada dua plastik sampah besar, dalam kedudukan senget.
Saya gari dia dan dia diberitahu
yang dia ditahan kerana disyaki membunuh.
Dalam perjalanan pulang ke balai polis,
saya duduk di sebelah dia…
namun ada sesuatu yang mengganggu saya.
Kedua-dua plastik sampah itu besar.
Dalam kereta, dalam perjalanan ke balai polis, saya ditanya…
"Ada satu atau dua mayat?"
Saya segera jawab…
"15 atau 16."
Ia buat bulu tengkuk saya meremang.
Saya juga nampak inspektor ketua detektif
memandang saya melalui cermin.
Saya minta dia fokus pada pemanduan
kerana dia mula berubah haluan.
Saya berkata, "Ada pembunuh bersiri di sini."
BALAI POLIS HORNSEY
Saya melalui koridor yang panjang dengan pengiring,
dan saya diletakkan di sel pertama di hujung garisan.
Saya dimasukkan di sini, di dalam bilik antik ini,
yang mempunyai bangku kecil dan keras bersebelahan meja kecil.
Saya duduk di situ, menyalakan rokok dan berhenti.
Kami tak pasti
sama ada apa yang Nilsen beritahu kami adalah benar.
Awak fikir, "15 atau 16 orang?"
Kami cuma ada kuasa untuk menahan dia selama 48 jam,
dan itu saja.
Awak perlu dapatkan semua maklumat daripada lelaki ini.
REKOD TEMU BUAL POLIS METROPOLITAN
Namun jangan terlalu beri tekanan kepada dia
sehingga dia tak mahu bercakap dengan awak.
SAYA AKAN TANYA BEBERAPA SOALAN
ADAKAH AWAK BERSEDIA UNTUK JAWAB?
Untuk mengelakkan soal jawab yang panjang,
saya beri kejutan kepada Jabatan Siasatan Jenayah
dengan mengatakan saya akan beritahu segalanya.
Nilsen tak berhenti bercakap.
Dia mula memberitahu
apa sebenarnya yang berlaku.
DI MANAKAH AWAK JUMPA MEREKA SEMUA?
Dia akan masuk pub…
SAYA MINUM
dan bercakap dengan seseorang,
bawa mereka pulang ke pangsapurinya.
Mereka akan minum. Mendengar muzik.
Keesokan paginya, Nilsen akan bangun
dan ada mayat di sebelahnya.
ADA TALI DI LEHER
SAYA DUDUK DAN TERKEJUT
KETAKUTAN
Apabila dia ditanya lebih lanjut, dia kata,
dia tak ingat apa yang berlaku.
APABILA AWAK MABUK, AWAK TAK INGAT APA-APA
Biasanya, dalam kes pembunuhan,
awak akan ada mangsa,
kemudian awak akan cari pembunuhnya.
Dalam kes ini, kami ada pembunuh…
MANGSA PERTAMA
tapi dia tak tahu siapa mangsa.
SAYA LUPA NAMANYA
MANGSA KEDUA
SAYA TAK TAHU NAMANYA
Kami terpaksa berundur, jika awak mahu,
dan mengesan semua mangsa.
LIHAT JIKA AWAK BOLEH INGAT SEMULA
Tiada soalan yang saya enggan jawab.
MANGSA KEEMPAT?
5'8" TINGGI
RAMBUT BERALUN, BERTATU
Meneliti setiap butiran kecil.
MANGSA KETUJUH KIRA-KIRA 5'9" TELOR IRELAND
Jika difikirkan…
MANGSA KESEPULUH, PUCAT, CENGKUNG, DIAM, KURUS KERING
tiada pembunuh British lain…
sangat berterus terang…
RAMBUT PERANG 25 ATAU 30 TAHUN
BAJU TERPAKAI
dalam mengakui salah laku seperti saya.
MANGSA KE-13 27-28 TAHUN
BEKAS PENGAWAL KESELAMATAN MEROKOK
MEROKOK APA?
MILIK SAYA
Dia beri maklumat terhad, namun mangsa adalah orang muda.
Namun saya fikir,
jika apa yang Nilsen beritahu adalah benar,
bagaimana mungkin di tempat seperti London,
15 orang dibunuh tanpa disedari?
Polis ada semua bukti untuk menuduh saya.
Kes ini akan diletakkan di bawah perlindungan sub judice
No comments yet. Be the first to leave one.