200 บรรทัดแรก
Sebelum ini dalam Dexter...
Ryan, jam ini dah rosak.
Adakah awak tahu tempat yang boleh baiki ini?
Shauna, awak okey?
Bawa perempuan itu keluar kalau mahu.
Sentiasa ada lagi yang lain.
Tidak, tidak!
Wah, seperti melihat hantu.
Saya tahu maksud awak.
Ada seorang pembunuh bersiri
yang membunuh pemandu e-hailing.
Mereka memanggilnya Penumpang Gelap.
Apa itu?
Awak nak buru pembunuh bersiri itu?
Dia curi nama saya.
Awak pernah jumpa Penumpang Gelap.
Boleh saya tunjukkan video ini?
Hoodie yang sukar dikesan kamera.
Hoodie itu ada lampu inframerah, mengaburkan segalanya.
- Adakah awak orang itu? - Siapa?
Orang yang ceroboh masuk rumah saya
dan tinggalkan jemputan bersama semua trofi saya.
Saya di sini sebab
semua orang tak bersalah yang awak bunuh.
Awak dijemput ke majlis makan malam
untuk individu sehaluan yang berkongsi
minat yang serupa.
Dunia ini hanya ada ruang untuk satu Penumpang Gelap sahaja.
Tidak!
Apa pendapat ayah?
Ayah rasa awak tak patut pergi.
Saya maksudkan pakaian ini.
Mungkin ini satu perangkap.
Kami selalu memancing suspek seperti itu sepanjang masa.
Red kata ini ada dengan lesen pemandu berdarahnya.
Polis pasti dah tangkap dia,
bukan tinggalkan nota peminat rahsia.
Trofi, minat serupa,
individu sehaluan.
Ini majlis makan malam untuk pembunuh bersiri.
Bufet sepuasnya untuk Penumpang Gelap.
Bagaimana kalau mereka tak percaya awak Red?
Red tak tinggalkan banyak bukti.
Tiada gambar, tiada kehadiran dalam talian.
Setiap kali dia keluar, dia memakai semua ini.
Cap ibu jari diperlukan untuk masuk
tapi tidak kata cap jari itu mesti saya.
Siapa ada cap jadi palsu dan boleh jadi Red?
Jari ini.
Saya cuma perlukan satu trofi Red.
Ayah tak boleh menghalang awak daripada pergi,
tapi ayah boleh nasihatkan awak supaya berhati-hati.
Saya sudah penat asyik berhati-hati.
Ada satu lagi perjumpaan pembunuh bersiri yang kita tahu.
"Ladang babi."
Kononnya ada pembunuh bersiri lain
datang ke ladangnya di barat laut Pasifik.
Untuk pesta seks kejam dan pembunuhan.
Bagaimana kalau begitu juga?
Bagaimana kalau mereka mahu bunuh bersama?
Bagaimana kalau mereka...
Okey, 20 soalan ayah tamat.
Kalau ini terlalu baik untuk jadi kenyataan
saya akan bersedia.
Adakah itu wajah
awak nak tunjukkan di khalayak hari ini?
Apa?
Ini wajah pembunuh tepi jalan.
Awak perlu perbaiki ekspresi muka awak.
Baiklah.
Mata terbuka luas.
Senyuman besar dengan mulut tertutup.
Tunduk sedikit supaya mereka tahu awak benar-benar mendengar.
Awak tahu...
bertentangan dengan apa saja yang ini.
Adakah ini yang mereka ajar di kelas hospitaliti?
Tak mungkin.
Saya belajar ini di koridor sempit hotel mewah kita.
SERVIS BAIKI BARANG KEMAS QUENTIN
Maaf. Saya kena angkat panggilan ini.
Helo?
Ini servis baiki barang kemas Quentin.
Jam tangan anda sudah siap.
Jam ini dah rosak.
Adakah awak tahu tempat yang boleh membaiki ini?
Helo?
Ya. Sebenarnya, saya sibuk kerja.
Tidak mengapa.
Saya akan suruh orang menghantarnya.
Siapa nama tetamu?
Tidak, saya boleh datang ambil sendiri.
Red berusaha keras untuk kekal dalam bayang-bayang.
Tak dikenali, tak terlihat.
Adakah dia menyesal dengan jalan sepi ini?
Ronald Schmidt?
Panggil saya Red.
Halangan pertama.
Lulus.
Jangan. Duduk depan.
Ini bukan kereta perkhidmatan e-hailing, Encik Penumpang Gelap.
Nampaknya ada yang datang bersedia.
Jadi, adakah awak "kawan"?
Tidak.
Saya hanya meninggalkan jemputan itu.
Apa yang awak fikirkan apabila menjumpainya dalam binder kad sihir awak?
Awalnya saya terkejut. Hampir sahaja meninggalkan bandar.
Tapi wang itu memang menarik.
Wang sentiasa mampu mengubah segalanya.
Jadi, bagaimana awak tahu itu saya?
Awak memang sukar dikesan.
Tiada satu pun gambar dalam talian.
Tapi saya ada caranya.
Saya cuma perlukan tiga minggu.
Saya cuma perlukan tiga hari.
Hebat.
Boleh berikan saya maklumat awal tentang pertemuan ini?
Tidak.
Masa untuk menguji cap jari buatan saya.
Jangan begitu cepat.
Angkat tangan.
Ada pisau pemotong kotak dalam stoking saya.
Saya tak tahu apa yang saya hadapi.
Sebenarnya, saya masih tidak tahu.
Saya mahu bawa botol wain,
tapi jemputan tulis "trofi".
Jari saya berpeluh.
Red hadir.
Tapi dia dah terlibat dalam situasi apa ini?
Pastinya bukan Ladang Babi.
Masa untuk bertemu dengan tuan rumah.
Ronald Schmidt.
Selamat datang.
Bukanlah "tuan rumah" yang saya jangkakan.
Dia lebih suka dipanggil "Red."
Red.
Saya sebenarnya tak sabar mahu bertemu dengan awak.
Leon Prater.
Dan awak sudah bertemu Charley.
Ya, saya sudah.
- Dia sangat... - Terus terang, saya tahu.
Saya tidak boleh hidup tanpanya.
Saya sangat gembira awak menerima jemputan saya.
Saya tidak tahu nak jangka apa,
dengan identiti awak yang penuh rahsia.
Lega akhirnya dapat memadankan nama dengan wajah.
Inilah dia.
Wajah saya.
Memang benar.
Saya sudah menganjurkan pertemuan ini selama bertahun-tahun.
Saya faham betapa risaunya awak apabila ditemui,
tapi rahsia awak selamat dengan saya.
Tempat ini selamat untuk orang seperti awak.
Seperti awak?
Awak bukan seperti saya?
Saya?
Tidak. Saya cuma peminat setia.
Saya tak mempunyai kemahiran
atau imaginasi untuk buat apa yang awak dan mereka buat.
Jadi, ada lagi orang lain?
Dalam perjalanan.
Mari.
Saya suka masa berdua dengan kawan baru,
sebelum malam berlalu.
Mari saya tunjukkan sekeliling.
Jadi, apa yang awak buat?
Awak benar-benar menyepi dari dunia.
Tak sempat nak tengok berita dengan kerja membaiki komputer.
Saya memakai banyak topi.
Saya kerja sebagai pelabur modal teroka,
memupuk dan menguruskan syarikat permulaan.
Hebat.
Pada akhirnya, saya cuma menyatukan orang yang terbaik dan paling bersemangat.
Saya minta diri dulu, tuan-tuan.
Charley tidak...
menghargai apa yang saya hendak tunjukkan.
Tekan butang itu.
Saya mahu tunjukkan minat saya yang paling besar.
Badut?
Pogo si badut.
John Wayne Gacy.
Biar betul.
Awak betul-betul suka pembunuh bersiri.
Saya bangga mencari yang terbaik
dalam setiap bidang, jadi kenapa tidak kematian?
Kematian adalah sebahagian daripada kehidupan yang semula jadi.
Setiap saat, berjuta-juta sel mati,
membuang bahagian diri kita yang rosak
untuk beri ruang pada sel baru.
Kelahiran semula. Pertumbuhan.
Kehidupan.
Sejuta kematian kecil untuk menjaga kesihatan kita.
Ini milik Pencabut Nyawa New York.
Lelaki yang menimbulkan ketakutan
kawasan yang dulunya tempat bermain saya ketika kecil.
Sangat produktif.
Tak pernah ditangkap.
Mesti bagus.
Barang kenangan ini, piala-piala ini.
Harry pasti akan rasa menjijikkan.
Tapi di sini, mereka diraikan.
No comments yet. Be the first to leave one.