200 บรรทัดแรก
Berdasarkan peristiwa sebenar
Pusing kanan, puan.
Terima kasih.
Siap.
PARIS 29 Disember 1386
Perhatian!
Tuan-tuan! Kesatria! Kesatria muda!
Serta semua hadirin yang lain.
Atas junjungan perintah tuan kita, baginda raja Perancis...
adalah sekali-kali dilarang...
dengan hukuman mati dan rampasan harta...
bagi sesiapa di sini untuk bersenjata...
atau membawa pedang mahupun pisau belati...
kecuali orang tersebut mempunyai kebenaran...
daripada tuan kita, baginda raja.
Setiap lelaki ini akan bertempur...
dengan menunggang kuda atau berjalan kaki...
dan menggunakan senjata yang disukainya...
iaitu sebarang senjata atau alat untuk menyerang mahupun bertahan.
Kecuali senjata atau alat yang sama rekaannya...
atau diperbuat dengan jampi mahupun sihir...
atau sebarang benda yang diharamkan oleh Tuhan dan gereja suci...
bagi semua penganut Kristian.
Jika ada pejuang yang membawa masuk ke dalam medan pertempuran...
sebarang senjata yang ditempa dengan sihir...
jampi, mantera, atau sebarang ilmu hitam...
penjenayah tersebut akan dihukum sebagai musuh Tuhan...
atau sebagai pengkhianat...
atau sebagai pembunuh.
Ketatkan lagi.
Para kesatria, mulakan.
Lepaskan mereka!
Lepaskan mereka!
BAB SATU Kebenaran menurut JEAN DE CARROUGES
Ayuh bertempur!
Kamu semua akan mati!
PERTEMPURAN LIMOGES 19 September 1370
Kamu semua akan mati seperti khinzir!
Ayuh!
Ayuh, sampah tak guna...
Kita tak boleh diam saja.
...dan lawan!
Jean, Pierre arahkan kita untuk pertahankan jambatan ini.
Pedulikan arahan. Ini demi raja.
Demi raja!
Demi raja!
Terima kasih.
Saya takkan mohon ampun ke atas pertempuran kamu hari ini.
Saya berbangga berada di situ dengan kamu.
Limoges dah ditawan.
Sekutu kita pula gagal kuasai pelabuhan di Brest.
Tuan baharu kita, Pierre,
kini telah menamatkan peperangan dan mengarahkan kita pulang.
Kita bertolak pada waktu subuh.
Faham.
Kepada raja.
Pierre sememangnya tak gembira.
Ada nyawa terselamat.
Bukan di Limoges.
Ayuh pulang, kawanku.
Awak selamatkan nyawa saya hari ini.
Terima kasih.
KUBU BELLEME
Isytiharkan diri kamu!
Kesatria Muda Jean de Carrouges.
Anak kepada kapten kubu ini.
Buka pintu pagar!
Ia satu penghormatan, Pierre pilih istana ayah awak untuk majlis ini.
Saya sedia ambil alih jawatan kapten setelah kematian ayah saya.
Harapnya taklah bertahun-tahun.
Ayah. Ibu.
Kapten. Puan.
Kesatria muda.
Jangan biar tuan kita, Pierre, menunggu.
Saya akan berkhidmat sepanjang hayat.
Tuan, saya pesuruhmu. Saya sumpah khidmat sepanjang hayat.
Tuan, saya pesuruhmu. Saya akan berkhidmat sepanjang hayat.
Tuan, saya pesuruhmu. Saya sumpah khidmat sepanjang hayat.
Tuan, saya pesuruhmu. Saya sumpah khidmat sepanjang hayat.
-Tuan... -Dekat lagi.
Tuan, saya pesuruhmu.
Saya sumpah khidmat sepanjang hayat.
Isytiharkan diri kamu.
Saya Helen dari Troy.
Le Gris.
Gembira jumpa awak, kawanku.
Walaupun saya tidak datang hanya sebagai kawan.
Ada sebab lain saya datang melawat.
Cakaplah.
Pierre arahkan saya kutip hutang.
Baiklah.
Saya dah lawat semua penyewa lain di dalam kawasan jajahannya.
Jadi...
Awak datang jumpa saya.
Saya datang jumpa awak.
Levi ini untuk tujuan pertahanan.
Awak pun tahu musuh kita sentiasa ada.
Kita perlu bersedia.
Pernahkah saya tak bersedia untuk berjuang demi raja saya?
Awak bersedia.
Lebih daripada orang lain.
Namun, bukan itu yang Pierre mahukan.
Tak, Pierre mahu...
Pierre nak tuntut hutangnya.
Saya tiada wang.
Wabak ini dah bunuh separuh jumlah pekerja saya.
Kutipan sewa saya menurun.
Hasil tanaman saya hanya ada separuh.
Kos buruh juga dah meningkat.
Ya.
Bagaimana orang lain bayar?
Mereka bayar sebab saya desak.
Begitu rupanya.
Sekarang, awak nak desak saya?
Saya cakap dengan Pierre.
Dia boleh dirunding.
Saya akan jelaskan keadaan awak.
Awak kawan sejati.
Namun, saya tak boleh pulang dengan tangan kosong.
Mestilah tak.
Terima kasih.
Biar saya tengok harta yang ada.
-Fikirkannya. -Dah.
Belum.
Saya akan berjuang di bawah Laksamana de Vienne.
Orang Inggeris sedang menjarah Semenanjung Cotentin sekarang.
Wabak ini bunuh isteri dan anak awak.
Saya tak biar Normandy ditawan.
Jangan keras kepala.
Awak tiada waris.
Jika awak mati, semua harta awak akan dimiliki Count Pierre.
Saya pasti Pierre sedar fakta itu.
Dia lebih suka awak berbanding saya.
Jangan, awak masih ada masa depan.
Untuk apa saya hidup di sini? Untuk apa?
Nama.
Nama awak terlalu gah untuk awak bersikap acuh tak acuh.
Ayah awak kapten Bellême.
Apabila dia mati, awak akan warisi angkatan itu dan semua yang berkaitan.
Saya pula kawan awak.
Ramai lagi orang lain yang tak nak awak terkorban.
Saya tak sertai peperangan ini dengan sikap acuh tak acuh.
Saya bukan menyertainya hanya untuk bertempur.
Jadi, kenapa?
Jacques.
Saya...
papa kedana.
Saya perlukan duit.
Daulat tuanku!
Daulat tuanku!
-Mereka kembali! -Lekas! Ayuh! Mereka kembali!
-Saya ambil. -Biar saya tolong, tuan.
Tolong pusing, tuan.
Angkat tangan.
Berikan mereka lagi banyak roti.
Di sini. Mereka nak lagi.
Robert de Thibouville.
Dia berikan tempat perlindungan dan makanan untuk kita.
De Thibouville?
Bukankah dia sokong orang Inggeris melawan kita di Poitiers?
Ya, tapi dia diampunkan bersama yang lain.
Dia di pihak kita sekarang.
Dia akan kekal begitu jika dia sedar manfaat untuknya.
Bertenang, Jean.
Ini tempat perlindungan kita.
Lagipun,
bilik simpanan wain miliknya agak bagus.
Anggun betul.
Dia ahli keluarga de Thibouville?
Ya. Nama keluarganya lebih lama berbanding awak.
Dia anak perempuan tunggal.
Ada hantaran yang boleh diperolehi.
Namun, lelaki itu bakal tanggung lambang kejatuhan bapanya.
Saya rasa tak sukar untuk hasilkan waris.
Tuan-tuan, selamat datang.
Kalian berjuang dengan berani.
Terima kasih kerana menerima kami.
-Saya perkenalkan... -Jean de Carrouges.
Reputasi awak memang jadi buah mulut.
Begitu juga reputasi awak.
Saya berbangga menerima awak dan askar awak.
Memang patut awak sokong askar yang bertempur demi raja.
Sesetengah pengajaran lewat dipelajari.
Benarkan saya perkenalkan anak saya.
Marguerite.
Marguerite, ini Kesatria Muda Jean de Carrouges.
Puan, saya berbangga bertemu puan.
Begitu juga saya.
Hantaran termasuk kawasan ini.
Bermula di kawasan memburu.
Ini apa? Yang berada di utara?
Aunou-le-Faucon.
Seperti yang saya katakan, bermula di kawasan memburu.
Saya nak tanah itu juga.
Sudah tentu.
Amen.
Saya lelaki yang kuat cemburu, puan.
Malam ini, awak milik saya dan takkan menari dengan orang lain.
Begitu juga malam-malam seterusnya.
Tak perlu risau.
No comments yet. Be the first to leave one.