İlk 200 satır.
NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN
Angelina!
Angelina!
Sempurna macam biasa.
Kedudukan kami tak betul.
Gaya di hujungnya tak cukup impak.
Awak memang cerewet.
Selepas ini ada apa?
Ada rai akhbar.
- Jaga perangai. - Mestilah.
Saya nak kenalkan…
Angelina Costa. Madison Sparks, Celeb Buzzpop News.
Saya berbesar hati dapat bertemu awak.
Saya peminat awak sejak bayi.
Bayi? Serius?
Industri ini sudah banyak berubah sejak single pertama awak.
Rakan artis awak, Cheri, menggunakan Twitter
- bagi mempromosikan single terbarunya. - Ya.
Dia sangat inovatif.
Sudah pasti.
Jadi,
adakah awak mengalami kesukaran mengejar ikutan semasa?
Maksud saya, susahkah untuk kekal relevan?
Contohnya, baru-baru ini awak buat hantaran TikTok yang agak…
kolot.
Awak mahu cuba meniru artis-artis lebih muda, ya?
Bodohnya dia.
Maaf?
Saya suka kasut awak.
Dia tanya tentang TikTok, Mo.
TikTok!
Kenapa dia tak suruh saja saya bersara sebab dah tua?
Tak usah pedulikan dia.
Awak ada sesi fotografi muka depan Fashion Beat esok.
Fokus terhadap itu saja.
- Betul. Ya. - Baiklah. Okey.
Ya.
Ya.
Betul.
Barry telefon.
Jangan jawab.
Dia ketua syarikat rakaman. Saya kena jawab.
Jadi… Mo, cakap saya tak ada.
- Berilah apa-apa alasan. - Okey.
Barry. Hai.
Hai, Monique. Boleh saya cakap dengan Angie?
Dia baru saja keluar.
Cuba baju untuk sesi fotografi esok.
Bagus.
Saya ada idea. Ange patut buat lagu Krismas.
Lagu Krismas selalunya laris.
- Tidak. - Krismas sekejap saja lagi, Barry.
Lagipun, rasanya lagu Krismas tak sesuai dengan imej Angelina.
Apa? Cuba tengok macam Mariah.
Lagu itu saja dah boleh beli pulau sendiri.
Jangan risau. Dia sedang gubah lagu baru
dan saya janji pasti meletup.
Okey. Jadi bila saya boleh dengar?
Hari Ahad, semasa majlis nanti.
Okey. Baiklah. Pastikan ada lagu pada masa itu, ya?
- Sudah tentu. Okey. Selamat tinggal. - Tidak!
Kenapa awak cakap kita ada lagu?
Mana ada lagu? Saya berlatih lagu lama saya saja.
Mo, kebelakangan ini saya susah dapat ilham
dan saya… Lagu Krismas tak sesuai dengan imej saya.
Lagipun, bukannya syarikat rakaman akan gugurkan saya cuma sebab
saya tak ada lagu Krismas.
Awak serius?
Nanti.
Maksud awak, hanya kerana Barry sudah jumpa artis muda berhingus,
dia nak buang saya begitu saja?
Artis berhingus itu ada single dalam carta 10 Teratas.
Boleh saya nasihat?
Cakaplah.
Jangan nyanyi lagu lama awak saja.
Cuba selami jiwa Krismas awak
dan buat single baru untuk dilancarkan Krismas ini.
Saya masih hidup.
Saya masih hidup!
Mak.
Boleh perlahankan sikit telenovela mak?
Tak boleh!
Ricardo baru mati hidup semula!
Ya, itu lebih penting.
Cristina!
Sayang, tolong matikan lagu?
Sudahlah lagu kamu kuat, nenek kamu pula tengok TV kuat.
Telinga ayah nak pecah.
Ayah, tolong main gitar untuk video saya?
- Tak boleh. - Tolonglah.
Tak nak.
Tolonglah.
Saya akan potong muka ayah. Ayah takkan masuk pun. Okey?
Kamu janji.
Bagus!
FOTO KRISMAS KELUARGA
Saya rindu mak.
HALAMAN PEMINAT ANGELINA COSTA
#PEMINATANGELINANO1
Tak kira ke mana kau pergi
Aku akan sentiasa mengenang dirimu
Dan kutahu
Cintamu kekal sampai mati
Aku akan sentiasa mengenang dirimu
Dan aku sentiasa
Menyimpan ruang di dalam hatiku
Hanya untuk dirimu
Lagu itu dinyanyikan Angelina Costa.
Dia ialah… Siapa tak kenal dia?
Dulu saya dan mak saya selalu dengar lagu itu bersama-sama.
Mak saya meninggal beberapa tahun lalu.
Saya akan mainkan lagu itu untuk quinceañera saya minggu depan
agar saya dapat rasa kehadirannya.
Bagi hari jadi Krismas saya, saya berharap dapat jumpa Angelina.
Mungkin ambil swafoto dengan dia.
Saya mahu beritahu dia betapa bermaknanya lagu dia kepada saya.
Itu pun dia!
Senyum untuk kamera, sayang.
Ricardo! Tak sangka betul.
Hai, semua.
Saya bakal keluarkan lagu baru untuk anda tak lama lagi.
Apa kata kalau saya cuba cetuskan ilham awak?
Sudah tentu.
Okey.
Selamat Hari Krismas untuk saya.
Okey.
- Sudah. - Kenapa datang?
Kenapa, sayang? Saya tak boleh lepaskan ini.
Suasana belakang tabir macam ini yang digemari orang ramai.
Tidak. Berhenti.
Kita dah bincang.
Sayang, kita ada 15 juta pengikut yang dahagakan video kita.
Lagipun kita perlu promosikan majlis juga.
Apa? Apa kaitan ini dengan majlis?
Itu untuk kebajikan, bukan kita.
Saya setuju dengan awak.
- Okey? - Ya.
- Ricalina. Demi kebaikan kita berdua. - Baik.
- Ya? - Ya.
- Ya? - Ya! Ya. Ricalina.
- Awak dah kata ya. - Okey.
Jumpa lagi, Mo.
- Jumpa lagi nanti. - Ya.
Selamat tinggal.
Apa?
Bukankah awak patut cakap awak dah putus?
Tak boleh.
Tak boleh!
Betul kata dia. Belum lagi.
Kami perlu kumpul pengikut.
Sekarang 15 juta. Kami perlu 200 juta.
Mesti sama macam Beyoncé.
Terserahlah.
- Ayah, mana telefon saya? - Kamu letak mana?
Kalau dia tahu itu, tentulah telefon itu tak hilang.
Ayah buat apa?
Pozole.
Sedapnya bau.
Ini dia.
Bagus!
Bateri dah mati.
Wah, keajaiban Hari Krismas!
Mari. Nanti kita lambat. Pergi dulu, mak!
- Ya. - Jumpa nanti, nenek!
Wah!
Cantiknya baju awak!
Ia memang cantik tapi setelah tengok awak pakai…
- Sangat terletak! - Terima kasih.
Ya, saya pun suka.
Memang patut pun.
Saya nak pesan makanan. Awak nak?
Tak boleh.
Saya ada persembahan, kena jaga badan.
Ini diet apa pula?
Saya nak buat diet selada sampai majlis nanti.
Sekejap. Diet selada apa?
Kita cuma makan daun selada
tapi kita tukar-tukar jenis daun selada yang dimakan.
Bukannya teruk sangat.
- Mo? - Apa?
Pertukaran daripada daun arugula ke salad campuran
sangat nikmat.
Okey. Jangan berdalih, jangan mengelak… Pergi. Lupakan arugula.
Sini. Duduk.
Cepat.
Cakaplah.
Saya tak ada hati, Mo.
Saya tak ada hati.
Saya memang tak bersemangat sambut Krismas sejak…
- Mak saya meninggal. - Saya tahu.
Tapi mereka suruh saya tulis lagu Krismas. Serius?
Penuh meriah, penuh ceria?
Tidak. Mustahil.
Okey, marilah.
Awak nampak cantik.
- Perlu ketat sikit. - Tidak… Kita… Tak.
- Perut saya geleber? - Saya tak nak jawab.
- Saya boleh tahan. Saya akan tahan. - Jangan tahan.
- Angie. - Barry.
- Ada apa? - Hei.
No comments yet. Be the first to leave one.