İlk 200 satır.
- Apa khabar? - Baik. Apa khabar?
Bron, awak duduk di sebelah sana.
- LeBron, di sini. - Okey.
- Ya. - LeBron di sini, Kobe di sana.
Baiklah, Kobe. Awak menang pingat emas. Yang mana lebih penting?
Itu keutamaan lebih tinggi.
Kami mewakili negara,
bersaing dengan pemain bola keranjang yang terbaik di negara mereka.
Bagi saya, itu lebih penting.
Bila kamu sedar ia lebih penting daripada diri kamu?
Apabila saya berjalan-jalan setiap hari.
Apabila pergi ke kedai runcit, beli kopi,
orang di jalanan kata, "Bawa balik pingat emas."
Saya baru nak pukul lelaki pakai jersi Celtics di Disneyland
kerana saya marah dia pakai jersi Garnett.
Saya fikir dia nak sindir tentang perlawanan akhir NBA.
"Bawa balik emas untuk kami."
Itu buktinya.
Ya. Bawa balik emas.
Selamat datang ke Beijing,
Upacara Pembukaan Olimpik Musim Panas 2008.
Masanya sudah tiba.
Fokus China dan dunia adalah pada Stadium Negara.
Peminat sukan bola keranjang tahu gelaran skuad tahun ini,
Pasukan Tebus Kalah.
Mereka digelar "Pasukan Tebus Kalah".
Pasukan Tebus Kalah.
Pasukan Tebus Kalah, kerana kegagalan lalu pada peringkat antarabangsa.
Era baharu dalam bola keranjang Olimpik iaitu Amerika Syarikat bukan lagi dominan.
Duit dan ketamakan NBA,
adakah itu mengubah sifat persaingan?
Boleh dikatakan begitu.
Maruah kita jatuh di peringkat antarabangsa.
Kita hilang rasa hormat terhadap diri sendiri.
- Melo, apa yang berlaku? - Entah, saya tak main.
Kecaman bertimpa-timpa.
Dalam kekalutan ini,
mereka bawa cerita masing-masing.
Kobe tidak bergaul.
Dia tak pernah sependapat.
Saya rasa saya pemain terbaik di dunia, tapi belum cukup buktikannya.
Sejarah kekalahan menghantui setiap perlawanan.
Pasukan 2008 benar-benar laparkan kejayaan.
Kami perlu tunjukkan banyak perkara kepada dunia.
Bukan hanya bola keranjang.
JULAI 2008 LAS VEGAS, NEVADA
Masuk, Mike! Okey!
Ini perkara paling penting yang jurulatih buat.
Sejak dua tahun lalu, saya belajar
yang kamu semua berjiwa besar dan sangat berani.
Pasukan ini diwujudkan untuk menang pada peringkat antarabangsa.
Kami ada tiga pemain point guard terbaik di dunia.
Ada Dwyane,
Carmelo, LeBron
dan Kobe.
Pasukan ini ada 12 orang
yang boleh menang kejohanan Olimpik
dan kamu tak tahu siapa yang akan dipanggil
untuk memainkan peranan penting dalam kemenangan besar.
Saya jaga awak di luar!
Ramai yang tiada semangat berpasukan.
Kobe ikut kepala sendiri.
LeBron masih belum buktikan dirinya sebagai ketua.
Semuanya dikendalikan oleh jurulatih daripada tentera.
Itu cabaran yang amat besar.
Mari sini!
Bagaimana kita nak menang? Apa yang kita akan menang?
Kita nak capai apa?
Adakah hanya untuk layak ke Olimpik?
Jika itu saja sebab kita di sini, itu terlalu dangkal.
Jangan lupa, dari 2004 hingga ke saat itu,
AS asyik kalah.
Pasukan Bola Keranjang AS berada di bawah.
Apabila kita sertai pasukan AS, kita patut selalu menang.
Kita sepatutnya sempurna.
Tapi mereka tak sempurna.
PASUKAN AS YANG TERDIRI DARIPADA PEMAIN KOLEJ
SERTAI 10 OLIMPIK DARI 1936 HINGGA 1984
Keputusannya, AS 89, Rusia 55
dan AS menjuarai kejohanan dunia bola keranjang.
ROM 1960
AS MENANG SEMBILAN PINGAT EMAS DAN CUMA KALAH SATU PERLAWANAN.
Pemenang pingat emas, Amerika Syarikat.
Amerika Syarikat.
AS memenangi satu lagi kejohanan tanpa kalah mana-mana perlawanan.
Dalam bola keranjang Olimpik, pingat emas hampir pasti milik Amerika.
Perlawanan yang sengit pun cukup menggemparkan.
Bola keranjang AS sangat dominan dan kita ada bintang besar.
Tapi itu mula buat kita rasa
kita hebat hanya kerana kita orang AS.
Kononnya orang Eropah atau Amerika Selatan
tak boleh jadi sebagus itu.
Itu tak benar.
Mereka pun ada kemampuan untuk mahir dalam bola keranjang seperti kita.
Selamat datang ke separuh akhir.
Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet.
Drama bermula.
Perlawanan bermula!
Kali terakhir mereka main, 16 tahun lalu di Munich.
Itu sekali sahaja pasukan AS kalah perlawanan bola keranjang Olimpik.
Orang di AS, peminat sukan, kami ambil mudah.
"Di Olimpik, ini sukan kami. Kami cipta, kami menang.
Tak kira siapa pemainnya." Itu yang kami fikir.
Coles dihalang, Sabonis dapat bola. Dua lawan satu.
Marčiulionis…
Itu beri kemenangan kepada Soviet.
USSR 82 - AKHIR - 76 AS
Amerika Syarikat pulang dengan terkejut.
Besarkah kemenangan itu?
Rekod Olimpik AS sebelum itu ialah menang 84, kalah satu perlawanan,
menang sembilan daripada sepuluh emas.
Kekalahan kepada Soviet ini mungkin akan mempercepatkan AS
membolehkan pemain profesional NBA bertanding dalam Olimpik.
Bola Keranjang AS mula cemas
dan kata, "Kita perlu buat sesuatu
yang mewakili bola keranjang Amerika."
Jadi, siapa yang muncul pada tahun 1992?
Tuan-tuan dan puan-puan, Pasukan Impian Olimpik Amerika.
Ini mungkin pasukan yang terhebat pernah digabungkan
dalam sejarah sukan berpasukan.
Apabila pihak lawan minta autograf sebelum perlawanan,
kita ada kelebihan berbanding mereka.
Mereka buat yang terbaik, tapi mereka kalah teruk.
Ia mengembalikan sedikit kemegahan untuk AS.
Tapi Pasukan Impian bukan tentang patriotisme.
KHAYALAN PASUKAN IMPIAN BOLA KERANJANG OLIMPIK JADI PROMOSI NBA?
Ia bukan untuk AS. Ia sebenarnya untuk NBA.
SELAMAT DATANG NBA
Inilah Pasukan Impian,
yang bermatlamat untuk memenangi semula maruah bola keranjang AS.
Tapi ia ada matlamat lain juga iaitu untuk perniagaan.
Kami ada produk Amerika yang hebat
dan mahu pasarkannya secara global
dengan penuh bergaya dan berjaya.
Pasukan Bintang ini terlampau bagus.
Ada yang mahu kembalikan pemain kolej. Ini terlalu mudah.
Kalau begitu, haramkan pelari Afrika menyertai lumba lari 10,000 meter
kerana mereka jadikannya nampak mudah juga.
Ini tentang pemain terbaik. Ini bagus untuk sukan bola keranjang.
Dengan pemilihan kesembilan dalam Pemilihan NBA 1998,
Milwaukee Bucks memilih
Dirk Nowitzki dari Würzburg, Jerman.
San Antonio Spurs memilih
Emanuel Ginóbili dari Argentina.
Atlanta Hawks memilih
Pau Gasol
daripada FC Barcelona, Sepanyol.
Bola keranjang naik ke tahap lain selepas itu di seluruh dunia.
Perlawanan antarabangsa meningkat maju dengan cepat.
Ia mengejutkan.
Gelombang seterusnya yang diilhamkan oleh Pasukan Impian
lebih berdaya saing, lebih mengancam Bola Keranjang AS.
Ia diperkenalkan sebagai sukan global pada 1992,
tapi sukan ini mula mengejar AS.
Negara lain ada pemain bola keranjang berbakat yang diajar asas bermain.
Kini, dunia dah berani.
Mereka dah tak takut.
Rakyat semua,
pada waktu ini,
Amerika dan tentera bersekutu berada di peringkat awal operasi ketenteraan
untuk lucutkan senjata Iraq, bebaskan rakyatnya
dan lindungi dunia daripada bahaya besar.
17 BULAN SEBELUM OLIMPIK ATHENS
Berkenaan Sukan Olimpik di Greece,
ketakutan terhadap keganasan membuatkan
pasukan bola keranjang lelaki AS dalam ketidaktentuan.
Dulu bintang terkenal sumbangkan bakat untuk bawa pulang emas,
tapi kali ini, ada yang menolak.
Jurulatih Larry Brown telah dengar macam-macam alasan.
Jason Kidd sakit lutut.
Shaquille O'Neal mahu lihat dulu kemajuan Lakers dalam pusingan main habis.
Jika kita lihat keadaan semasa Olimpik 2004,
itulah Sukan Olimpik Musim Panas yang pertama selepas 9/11.
Dengan pencerobohan Iraq,
orang rasa AS bertindak sesuka hati
dan mula menjadi tetamu yang tak disukai di seluruh dunia.
Jadi, isu keselamatan wajib dipertimbangkan.
Semua pemain yang dah bermain pada tahun 1996 dan 2000
rasa mereka tak perlu buat begitu lagi.
Saya menonton TV
dan nampak ada pemain tak mahu pergi.
Ia macam menjadi wabak.
NBA mendesak supaya pemain bintang masa depan dipilih.
Dwyane Wade, Carmelo Anthony dan LeBron James.
Saya tak rasa saya layak sertai pasukan itu.
Itu musim panas selepas tahun pertama saya dalam NBA.
Saya cuma fikir nak melepak bersama kawan-kawan,
keluarga dan berlatih.
Saya baru setahun dalam NBA.
Saya di Chicago bersama keluarga pada musim panas.
Ada panggilan minta saya sertai pasukan Olimpik
dan saya terkejut.
Sembilan orang keluar.
Mereka perlu isi tempat itu dan panggil kami.
"Kamu nak jadi sebahagian daripada Pasukan AS?"
Saya kata, "Mestilah. Mari lakukannya."
CARMELO MASUK SENARAI PEMAIN OLIMPIK
Mereka minta saya sertai
pasukan hebat yang dikenali sebagai Pasukan Impian.
Saya pun setuju.
No comments yet. Be the first to leave one.