İlk 200 satır.
Ayah!
Ayah! Boleh saya tukar surat kepada Santa Klaus?
Tak boleh. Ayah dah hantar semalam.
Tolonglah, ayah.
- Tak boleh. - Saya pun nak tukar surat saya.
Harap kamu dah ucap selamat hari jadi kepada ayah.
Selamat hari jadi, ayah!
Selamat hari jadi…
Kenapa saya benci Krismas?
Sebab ini juga hari jadi saya ,
tapi saya tak diraikan,
sebaliknya ini berlaku.
- Adik. - Hai, Roberta.
- Tolong jemput mak ayah. - Tiada kereta?
- Tiada. - Baik, saya akan jemput mereka.
- Hai! - Awak datang dengan teman lelaki, Ale?
Ya, dengan Esteban.
Jauhkan dia daripada Pak Cik Miguel.
Saya akan uruskan. Terima kasih, Nuria.
- Umur tahun ini? - 41 tahun.
Jangan lupa, saya buat diet keto. Saya perlukan…
- Jangan risau. - Beli brokoli.
- Baiklah. - Terima kasih, jumpa nanti.
Apa cerita?
Bertambah lagi umur, awak nak apa?
- Selain daripada hutang saya. - Apa saya nak untuk hari jadi saya?
Alihkan kereta awak dari tanah itu.
Sabar, saya sedang usahakannya.
Jika hari jadi pada Krismas,
kita dilupakan, atau kita hanya dapat satu hadiah.
Bukan dua.
Jika kita merungut, orang kata kita pentingkan diri.
Ayah, boleh tolong saya?
Kenapa?
Tangan saya sakit sebab karate. Tolong balutkan.
Sekarang ayah di sini, beritahu dia supaya awak tahu mak tak melebih-lebih.
Apa dah jadi?
Pada hari terakhir sekolah, saya terjumpa fon kepala
yang tak bernama.
Jadi, saya ambil dan sekarang mak marah saya.
- Awak padam nama pada fon itu? - Tiada nama.
Tak kisahlah ada nama atau tidak, pulangkan kepada pengetua dan minta maaf.
Dalam hidup, apabila kita hilang sesuatu, tiada orang akan pulangkan.
Mereka juga takkan minta maaf. Itulah kehidupan.
Tepat sekali, itulah kehidupan.
Lagipun, ayah selalu kata, "Lebih baik awak yang kena daripada saya."
Tidak, itu pepatah yang teruk.
- Jangan dengar. - Kenapa?
Apabila sekolah dibuka,
pulangkan fon kepala itu dan minta maaf. Muktamad.
Okey, mak.
Awak pula, En. Pepatah, bukankah awak perlu buat sesuatu?
Buat apa?
Ya.
- Terima kasih. Sedap. - Tunggu. Saya nak cakap dengan awak.
Tunggu giliran awak.
Apa awak kata?
Tiada apa-apa. Awak tak rasa awak melebih-lebih?
Ya? Mereka boleh ambil barang orang lain?
Tidak, dan saya tak nak bergaduh tentang ini. Berdamai?
Entahlah. Suka hati awaklah.
Ya, ini malam sunyi dan suci, bukan?
Ya.
- Apa awak mahu? - Makan lebihan Krismas dengan mak ayah.
- Tidak, terima kasih. - Dah agak.
Dah beli hadiah?
Mestilah tidak.
Saya perlu keluarkan wang dan saya akan beli hadiah,
dan Nuria nak brokoli.
Saya dah masak makanan dia. Awak jemput mak ayah awak?
Roberta kata dia tiada kereta.
Saya rasa dia sebenarnya malas.
- Itu hal kecil saja. - Apa?
Cubalah hadap kesesakan trafik.
Mereka bukan mak ayah saya.
Ini hari Krismas dan hari jadi saya.
Semua orang lupa hal itu.
Untuk hari jadi awak, awak dapat jemput mak ayah awak
dan dapat satu ciuman.
Sayang, itu tradisi orang Amerika.
Awak nak ciuman atau tidak?
Selamat hari Krismas.
Saya pergi dulu.
Jumpa nanti.
- Bedebah! - Selamat tinggal!
- Awak memintas di sebelah kanan. - Apa hal?
Derma sedikit sempena Krismas?
- Saya hampir terlanggar awak. Hati-hati. - Ayuhlah.
Saya tiada duit.
Saya perlu letakkan lampu di bumbung supaya Santa tahu tempat tinggal saya.
Nah. Dah tawar, tapi bolehlah.
Jaga diri. Selamat hari Krismas!
Terima kasih atas pembelian awak, cik adik.
Mari.
- Selamat pagi. - Helo.
Maaf, trafik sesak. Hari Krismas celaka.
Tak baik kata "Krismas celaka."
Krismas celaka.
Saya belikan awak kopi, perengus.
Terima kasih.
Dah sejuk, Conrado.
Awak perasan tingkap itu?
Mari sini.
Tengok.
Tingkap kotor, Conrado.
Cubalah lap sedikit.
Belakang saya sakit. Saya perlukan pembedahan.
Bila?
Saya akan perlukan pembedahan kalau saya sentiasa cuci tingkap.
- Cubaan yang bagus. - Betul-betul sakitlah.
- Kita perlu upah tukang cuci. - Tidak, Conrado.
Apa persetujuan kita?
Jual banyak, kurang berbelanja.
Apa akan jadi kalau kita upah tukang cuci?
Tingkap akan bersih.
Tidak! Kita akan belanja lebih.
Tentang perbelanjaan, saya perlukan duit.
Bercakap tentang perbelanjaan,
saya nak bincang dengan awak tentang benda usang ini.
- Saya perlukan Mac. - Ya.
Saya tak boleh bekerja. Saya tak pandai guna PC.
Tak bagus untuk rekaan. Mungkin sebab Windows…
Mungkin saya puncanya? Saya yang bodoh.
- Saya tak boleh… - Sudah, Conrado. Bertenang.
Tarik nafas.
Begitulah.
Jangan risau. Kalau kayu golf Lorena Ochoa terjual,
saya beli komputer baru.
- Itu takkan terjual. - Yakinlah.
- Tunggu, mari sini. - Apa?
- Apa ini? - Selamat hari jadi.
Itu untuk saya?
Mestilah!
Tak perlu susah-susah, Conrado.
Ia mengukur langkah dan kalori awak,
serta menghalang serangan jantung.
- Macam Dick Tracy, ingat? - Boleh tunjukkan masa?
Ya, tentulah.
Apa?
- Tidak? - Pelukan hari jadi?
- Tidak. - Mari sini.
- Tidak. - Ya.
- Tidak. - Chuy.
Okey, cukup. Lepaskan saya, Conrado.
Cukup.
Baiklah, jumpa nanti.
Saya perlu beli hadiah untuk anak-anak dan keluarga.
- Krismas celaka. - Selamat hari Krismas.
Tingkap, Conrado!
ALAT MAINAN
Saya nak patung beruang.
"Suri rumahku."
Murah. Boleh!
Ini yang Oscar mahu?
Peliknya.
Ini untuk saya.
HABIS
Dia pasti suka.
Mari sini, sayang.
Kenapa?
Saya rasa papan visi saya dah siap.
Visi apa?
Papan visi saya.
Cantik.
Keutamaan saya ialah keluarga yang bahagia.
Kemudian, barulah perkara lain.
Perkara apa?
- Keluarga kita dah memang bahagia. - Ya, betul.
Cuma, saya rasa banyak yang perlu kita perbaiki.
Sayang, kita dah okey.
Mari.
- Apa? - Ini rancangan saya.
Apa ini?
Salun.
Salun anjing?
Ya.
Sayang,
saya rasa awak tak mampu jadi suri rumah dan ahli perniagaan.
Keadaan akan jadi rumit.
Itu perkara paling seksis pernah awak katakan kepada saya.
Kenapa seorang ibu tak boleh jadi ahli perniagaan?
Jangan salah faham.
Saya nak sokong awak tapi kita tiada duit sekarang.
Saya tak minta duit.
Saya boleh cari pelabur.
Kalau mereka suka model perniagaan saya, mereka akan beri modal.
Itu satu cara. Kita juga ada tanah itu.
Jika kita jual tanah itu, kita ada wang untuk ini.
- Helo. Ya, saya dalam perjalanan. - Kamu di mana?
Selamat tinggal. Ya, mak. Saya turun tangga sekarang.
Kalau nak belok, beri lampu isyarat!
Bertenang, mak. Nanti kemalangan.
Garangnya awak.
Mak dah tak tahan dengan Nuria. Dia sangat biadab.
- Awak yang besarkan dia. - Aduhai.
- Awak pula di mana? - Saya bekerja mencari nafkah.
Mak dan ayah tak nak ucap selamat hari jadi kepada saya?
- Ya! Selamat hari jadi! - Selamat hari jadi, nak.
- Mata dah buta, tolol? - Ayah.
- Bodoh! - Ayah tarik tali pinggang keledar saya.
No comments yet. Be the first to leave one.