Sürüm bilgisi

Breaking Boundaries The Science of Our Planet (2021) NF WEB-DL
Şunun yorumuyla Ridz
Sub Retail Netflix

Etiketler

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
Yayınlandı: 2022-07-18
İndirmeler: 35
İşitme Engelliler: No

Malay altyazı önizlemesi

İlk 200 satır.

SEBUAH DOKUMENTARI ASLI NETFLIX

Anda boleh memandu di kawasan pergunungan

dengan jalan mengelilingi gunung,

enjin yang terlalu kuat memandu terlalu laju,

memandu tanpa lampu depan,

cenuram yang mendatangkan risiko untuk jatuh.

Anda perlu menyalakan lampu depan,

dan itu yang cuba dilakukan oleh sains sepanjang masa.

Untuk berikan lampu depan supaya kita boleh lihat risiko yang kita hadapi.

Penemuan terbaru ahli sains

mengkaji cara planet kita berfungsi

sememangnya amat penting

untuk kita semua.

Pandangan mereka sangat membimbangkan.

Namun, mereka juga beri kita harapan

kerana mereka tunjuk cara kita boleh baiki keadaan.

Salah seorang yang mengabdikan hidupnya

untuk mengkaji masalah penting di dunia ini

berasal dari Sweden.

Johan Rockstrom.

Apa yang dia dan rakan sekerja di seluruh dunia temui

mungkin pandangan saintifik paling penting pada zaman ini.

Johan memberi kita harapan.

Harap ada jalan keluar daripada krisis ini

yang jika anda juga dengar tentangnya,

anda mungkin takkan lihat dunia dengan cara yang sama lagi.

Ini bukan tentang planet.

Ini tentang kita. Ini tentang masa depan kita.

Kita masih ada peluang.

Tingkap masa depan untuk kehidupan manusia ini masih terbuka.

Saya rasa itulah keindahan dunia kita sekarang.

Pemahaman kita tentang cara planet berfungsi

sentiasa semakin maju.

Kita boleh melihat dengan lebih jelas

bagaimana kompleks kerumitan hidupan

penting untuk kelangsungan hidup kita sendiri.

Namun biodiversiti kian runtuh dan iklim semakin berubah.

Johan Rockstrom fokus kepada faktor kestabilan planet kita.

Kita generasi pertama, kerana sains,

tahu bahawa kita mungkin merosakkan

kestabilan dan kebolehan planet Bumi

untuk menyokong pembangunan manusia.

Ini data teras ais,

dan saya rasa ini graf terpenting yang kita ada hari ini.

Graf itu satu pendedahan.

Ia menunjukkan perubahan suhu global

sejak 100,000 tahun lalu

sejak kemunculan pertama manusia moden.

Suhu melonjak kira-kira 10 darjah Celsius dalam satu dekad.

Secara ringkasnya, kita menghadapi waktu yang sukar.

Apa yang kritikal ialah suhu itu stabil

sekitar 10,000 tahun lalu.

ZAMAN (BERIBU-RIBU TAHUN SEBELUM INI)

Anda boleh lihat daripada graf bahawa ia luar biasa,

malah tempoh antara glasier stabil yang menakjubkan.

Ahli geologi memberikan tempoh stabil ini

nama khas.

Ia dipanggil Holosen.

Holosen sangat luar biasa.

Ia adalah tempoh yang panas di mana suhu global planet

berubah hanya kira-kira satu darjah Celsius

sepanjang tempoh itu.

Sekitar satu darjah.

Satu darjah Celsius.

Inilah yang menjadikan dunia moden seperti sekarang.

Suhu stabil Holosen memberi kita planet yang stabil.

Paras laut stabil.

Buat pertama kalinya,

musim boleh dijangka dan cuaca yang pasti.

Kestabilan ini sangat penting.

Buat kali pertama, tamadun boleh berlaku

dan manusia tidak membazirkan masa dengan mengambil kesempatan.

Kita menanam beras, gandum,

teff, jagung, sorghum

di benua berbeza pada masa yang sama.

Kita menjalani

perjalanan peradaban seperti sekarang.

Inilah peringkat antara glasier yang membolehkan kita

membina peradaban moden seperti yang kita tahu.

Holosen satu-satunya keadaan di planet yang kita pasti

boleh menyokong dunia moden seperti sekarang.

Sejak awal peradaban,

kita bergantung pada keadaan stabil planet ini,

planet dengan dua litupan ais kekal,

sungai yang mengalir,

hutan rimba,

cuaca yang pasti,

dan banyak kehidupan.

Sepanjang Holosen,

planet stabil ini memberikan kita makanan,

air untuk minum dan udara bersih untuk bernafas,

namun kita baru saja meninggalkan Holosen.

Peningkatan eksponen oleh tekanan manusia kepada planet Bumi

kini telah mencapai tahap

di mana kita telah mencipta zaman geologi kita sendiri.

Ahli sains baru-baru ini mengisytiharkan Holosen telah berakhir

dan kita kini berada di zaman Anthropocene manusia

kerana kita sekarang ialah pemandu utama perubahan

di planet Bumi.

Kita telah menukar separuh tanah di dunia

untuk tanaman dan membela ternakan.

Kita menggerakkan lebih banyak sedimen dan batu berbanding proses semula jadi Bumi.

Lebih daripada separuh hasil laut diambil secara aktif.

Sembilan daripada sepuluh daripada kita menghirup udara kotor.

Dalam satu hayat,

kita telah memanaskan Bumi dengan lebih daripada satu darjah.

Mungkin saya akan katakan bahawa mesej paling teruk kepada manusia

adalah berikut.

Dalam tempoh cuma 50 tahun, kita

berjaya menggesa diri kita

di luar kemampuan

kita dalam tempoh 10,000 tahun yang lalu.

Adakah kita berisiko merosakkan kestabilan seluruh planet?

Ia situasi yang sukar diterima akal.

Buat pertama kalinya, kita perlu mempertimbangkan

risiko merosakkan kestabilan seluruh planet.

INSTITUT KAJIAN IMPAK CUACA POTSDAM

Cita-cita Johan adalah untuk melihat gambaran besar,

memperolehinya daripada rangkaian pengetahuan global,

untuk tahu apa yang mengekalkan kestabilan dunia.

Apakah sistem yang menentukan keadaan planet ini?

Jika ia berumur lima atau 30 tahun,

kita tak tahu bila kita mula.

Kami baru saja fokus kepada soalan itu,

"Boleh kami kenal pasti sistem yang mengawal keadaan planet?"

Sistem itu mengekalkan planet

dalam keadaan stabil sepanjang Holosen.

Apabila tekanan di Bumi meningkat, ada kemungkinan sistem itu

akan mula rosak,

dan kita akan melanggar sempadan Bumi,

sehingga kestabilannya terjejas.

Saya amat pasti kami mahu

mengkaji takrifan sempadan planet yang mencabar ini

dan jika boleh kenal pasti titik kuantitatif

yang boleh akibatkan perubahan tak linear jika melebihi hadnya

dan adakah itu sempadannya?

Jika ahli sains boleh menentukan sempadan planet kita,

bolehkah mereka berikan kita hala tuju

membawa kita keluar daripada krisis ini,

bukan hanya tunjukkan cara elak kegagalan,

tapi juga cara untuk menjamin masa depan di planet Bumi?

Sempadan pertama yang paling jelas sangat kita ketahui.

Dengan suhu global semakin tinggi

berbanding pada awal tamadun,

ada kemungkinan bahawa kita dah melangkaui

sempadan dalam iklim Bumi.

Mungkin bukti yang paling mencemaskan

ialah perubahan pada ais di planet kita.

Sebagai orang Sweden, Johan lebih merasakannya.

Seperti kanak-kanak lain di Sweden,

kami tahu bahawa puncak selatan Gunung Kebnekaise ialah

puncak tertinggi di sini.

Itu sesuatu

yang sebati dengan identiti sebagai penduduk Sweden.

Sudah tentu, ini,

dengan sedihnya,

seseorang sedar bahawa perkara itu dah berubah.

Puncak selatan Gunung Kebnekaise kehilangan statusnya

sebagai puncak tertinggi Sweden.

Glasier yang membentuk puncaknya

telah susut dengan dahsyat pada kadar setengah meter setahun

sejak 50 tahun yang lalu.

Apa yang kami sedang lihat di Gunung Kebnekaise

bukan satu-satunya punca planet ini menjadi tak stabil.

Namun, dua litupan ais kekal

di Artik dan Antartika ialah

syarat terpenting bagi planet ini untuk kekal dalam keadaan

yang membenarkan kita untuk membangunkan tamadun.

Itu sebabnya ini suatu kerisauan yang besar

untuk melihat glasier mencair,

tidak kiralah jika glasier kecil di Gunung Kebnekaise

atau Greenland,

sebab kedua-duanya menyumbang

kepada kapasiti penyejukan planet ini.

Kesan penyejukan ini penting untuk mengekalkan

kestabilan suhu Bumi sepanjang Holosen.

Ais planet ini memantulkan jumlah tenaga matahari yang tepat

kembali ke angkasa.

Permukaan putih kekal yang kita nampak di sini hari ini

memantulkan semula 90 hingga 95 peratus haba yang datang daripada matahari.

Apabila lapisan ais ini mula cair,

bukan sahaja saiznya berkurang,

kawasan pinggir sangat gelap dan menyerap haba,

tapi ada permukaan cecair di atas ais

berubah warna dengan ketara, jadi boleh disimpulkan

bahawa lapisan ais bertukar daripada penyejukan kendiri

kepada pemanasan kendiri

dan itulah titik perubahan paling dramatik

dalam sistem Bumi.

Titik perubahan ialah titik

yang mana perubahan itu tak berbalik.

Seperti kereta api yang diletakkan di atas cerun

dan ia mula bergerak.

Kita kehilangan brek kereta api itu

dan kereta api itu mula memecut

dengan semakin laju sehingga kita hilang kawalan.

Kita sudah kehilangan brek

yang mampu menghalang pencairan litupan ais Greenland.

Ketika saya tiba di sini pada usia 20 tahun,

terasa bagaikan satu mimpi…

Breaking Boundaries: The Science of Our Planet subtitles in other languages

Yorumlar

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left