İlk 200 satır.
THE MUSEUM OF INNOCENCE
Aku terjaga di lotengku pada tengah malam disinari rembulan.
Muziumku yang ada kalanya terasa seperti takkan lengkap ini
nampak menyeramkan dalam cahaya bulan.
Seluruh koleksi yang aku kumpul selama 30 tahun
diselubungi bayang-bayang.
Meja tempat aku makan bersama dia dan keluarganya selama lapan tahun,
televisyen yang kami tonton bersama,
aku dapat rasakan kisah semuanya, setiap satunya mengusik jiwaku.
Seperti seorang pawang yang melihat roh sesuatu objek.
Tapi orang yang mengunjungi muziumku tidak tahu satu pun kisah ini.
Jadi, saya nak satu buku yang ceritakan kisah semua objek ini, En. Orhan.
Awak nak saya tulis katalog muzium, En. Kemal?
Ya.
Tapi ia mesti ditulis seperti novel.
Ia mestilah novel
yang gambarkan cinta dan kekaguman saya terhadapnya.
Teruskan. Saya mendengar.
Saya cinta seorang wanita…
teramat mencintainya
sampaikan saya simpan rambutnya, klip rambutnya, barang-barangnya…
dan berpuluh-puluh tahun ia jadi sumber ketenangan saya.
Boleh saya ceritakan kisah saya sehabis jujur?
Tentulah.
Itu saat paling bahagia dalam hidup saya,
tapi saya tak sedar.
30 TAHUN LALU, 26 MEI 1975, ISNIN KIRA-KIRA 15 MINIT SEBELUM PUKUL TIGA
Kalau ketika itu aku tahu, aku takkan lepaskan kebahagiaan itu.
Segala yang berlaku selepas itu tentu berbeza.
Dia
seorang saudara jauh dan miskin berusia 18 tahun,
orang yang telah aku lupakan sehinggalah sebulan lalu.
Ketika itu aku 30 tahun.
Aku bakal bertunang dengan Sibel yang orang anggap amat cocok dengan aku.
- Berrin, tengok. - Okey.
Nampak elegan.
Saya suka rekaan kad ini.
Itu cita rasa Sibel.
- Dah tempah Hilton? - Ya.
Sungguh, mak cik kagum dengan ayah kamu yang terhormat.
- Dia kata kamu anak tunggalnya… - Tengok.
…dan dia nak adakan parti besar-besaran di Hilton.
- Kenapa tangguhkan pertunangan? - Kenapa? Tak dapat datang?
- Ini wain siapa? - Keluarga En. Kemal.
- En. Kemal? - Ikut saya.
Di kepala meja ialah bapanya, Mümtaz Basmacı, ahli perniagaan tekstil.
Di sebelahnya isterinya, Pn. Vecihe.
Itu anak sulungnya, En. Osman, dan isterinya, Pn. Berrin.
Di kepala meja bertentangan, Kemal Basmacı dengan bakal tunangnya, Cik Sibel.
Mereka pelanggan tetap di sini, jadi layan mereka baik-baik.
Beri kepada saya.
Ada yang tak kena dengan tempat itu?
Kawan baik saya, Nurcihan, sedang belajar di Paris.
Kami tunggu waktu cutinya.
Saya nak dia ada, itu sebab kami tangguhkan.
Bagaimana dengan gaun?
İsmet Sutera kata ia akan siap dua minggu lagi.
Alang-alang, biar saya tunjukkan.
- Kamu ada rekaannya? - Ya.
Mak cik teringin nak tengok.
Kami fikir nak sulam mutiara yang mak cik berikan begini.
Wah, cantiknya.
Mak cik ingat rekaannya menegak, tapi…
Entahlah. Itu bukan gaya saya.
Cantik sungguh.
Okey, mari ucap selamat buat pasangan bakal bertunang ini.
- Mari. - Ya.
- Ayuh. - Tahniah.
Selamat malam.
- Selamat malam. - Ya.
Kemal, perlahan sikit!
Teksi!
Kemal.
Saya rasa saya mabuk.
Saya pun sama.
- Yakah? - Ya.
Cantiknya beg tangan itu.
- Itu pun kereta awak. - Ya. Mari, sayang.
Sebenarnya,
aku bukan kaki perempuan budiman yang selalu belikan hadiah untuk wanita.
Tapi aku pergi juga ke kedai itu esoknya untuk beli beg itu.
Selamat datang. Boleh saya bantu?
Saya nak beli beg di tingkap itu.
Beg Jenny Colon warna kuning air itu?
- Yang di atas rak itu. - Baik.
Füsun?
Helo.
Aduhai, awak dah besar!
- Awak tak cam saya? - Saya cam awak serta-merta tadi.
Saya cam.
Tapi saya tak nak buat awak rasa kekok.
- Jadi? Apa awak buat sekarang? - Belajar untuk masuk universiti.
Saya di sini setiap hari. Saya kenal orang baru di sini.
Baguslah.
Jadi, berapa harga beg ini?
1,500 lira.
Tapi tentu Cik Şenay akan beri diskaun.
Dia balik sekejap.
- Kalau awak datang balik nanti… - Tak mengapa.
Kirim salam kepada Mak Cik Nesibe dan ayah awak.
Tunjuk perasaan…
Saya jumpa Füsun waktu beli beg untuk Sibel tadi.
- Anak Nesibe? - Ya.
Dia bekerja di kedai Şenay, bukan?
Sayang betul.
Mak sayang betul dia semasa dia kecil.
Nesibe selalu bawa dia waktu datang menjahit.
Mak beri dia mainan kamu berdua dan dia main dengan senyap.
Sekarang, mak lalu kedai itu setiap hari, tapi tak sampai hati nak tegur dia.
Apa hubungan kita sebenarnya?
Begini…
Ayah mak berkahwin dengan wanita Bosnia sebelum kahwini ibu mak.
- Maut dalam Perang Balkan. - Ya.
Dia ada anak dengan bekas suaminya.
Anak itu ialah ibu Nesibe dan nenek Füsun.
Rumit juga.
Jadi, kita tiada pertalian darah.
Mereka seperti saudara jauh kita.
Kalau tak silap, dulu Mak Cik Nesibe tukang jahit.
Dia memang handal.
Tapi mereka papa kedana.
Mak.
Mungkin semua orang di Turkiye sangat miskin waktu itu.
Mak kerap cadangkan khidmat Nesibe kepada kenalan, rakan dan keluarga,
tapi mak tak suka pertandingan ratu cantik itu.
- Itu sebabnya mak mengelak mereka? - Tentulah!
Tak sangka dia suruh Füsun sertainya, Füsun sedang belajar di sekolah bagus.
Dia ubah usia Füsun secara rasmi tanpa pengetahuan ayahnya.
Malu betul mak apabila dapat tahu,
tapi Nesibe pula bangga.
Syukurlah Füsun tak menang. Kalau tidak, tentu mereka malu besar.
- Tentu dia pun dibuang sekolah. - Itulah. Tentu dia dibuang.
Yalah, di negara kita,
gadis yang sertai pertandingan ratu cantik…
Semua orang tahu mereka bagaimana.
Hati-hati.
Kamu akan bertunang dengan gadis yang amat cantik dan istimewa.
Kini, iklan.
Mana begnya? Tunjukkan kepada mak.
- Mümtaz. - Ya?
Awak tahu Kemal belikan beg tangan untuk SIbel?
- Yakah? - Ya.
Ayah.
Ayah, tengok. Iklan Soda Meltem Zaim.
Anda berhak dapat segalanya.
ANDA BERHAK DAPAT SEGALANYA
Nuri, saya nak kopi, boleh?
Aku belajar pengurusan perniagaan di AS dan tamatkan perkhidmatan tentera.
- Minta fail itu. - Baiklah.
Ayah lantik aku menjadi pengurus besar di syarikatnya yang pesat berkembang.
Ya, sayalah orangnya.
Selepas semua pekerja pulang,
Sibel akan melawat aku di pejabat.
Saya menunggu awak.
Saya menunggu awak.
Masuklah.
- Awak buat apa tadi? - Tunggu awak saja.
Kami berasmara di atas sofa kulit.
Waktu itu,
anak-anak perempuan keluarga kebaratan yang pernah ke Eropah
mula bersetubuh sebelum berkahwin.
Orang muda kata "buat sampai habis".
Disebabkan kami dah buat sampai habis, kami terpaksa berkahwin.
Aku memang nak kahwin, tapi kalau tidak sekalipun,
aku tak boleh tinggalkan Sibel sebab aku dah ambil daranya.
Jumpa lagi.
- Sedikitlah. - Sedikit.
Selamat datang, Cik Firuze.
Saya tahu awak tak selesa berjumpa di pejabat, sayang.
Entahlah, rasa macam saya setiausaha di situ.
Apa kata selepas ini kita jumpa di rumah mak saya di Apartmen Merhamet?
Laman belakangnya pun cantik.
Sebab kita tangguhkan perkahwinan dan tinggal bersama?
Tak, mestilah tak.
Kemal, saya tak nak curi-curi berjumpa di apartmen itu macam perempuan simpanan.
Betul cakap awak.
Dari mana awak dapat idea ini?
Tak apalah.
Apa ini?
Kejutan untuk awak. Bukalah.
- Betulkah? - Ya.
Awak suka beg itu ketika ternampak di tingkap kedai.
Baiknya awak.
Sesuai dengan gaun pertunangan awak.
Saya dah ada beg untuk parti itu nanti.
Awak tak suka beg ini, ya?
Kemal, awak memang pemurah. Terima kasih.
Kalau saya nak pun, saya tak boleh bawa beg ini.
Sebab ini beg palsu.
Apa?
Ini bukan beg Jenny Colon asli. Ini beg palsu.
Macam mana awak tahu?
Nampak sangat, Kemal.
Tengoklah jahitannya.
Bandingkan dengan beg tangan asli yang saya beli di Paris.
Ada sebabnya ini jenama termahal di dunia.
Mereka takkan guna benang semurah ini.
Berapa awak bayar untuknya?
1,500 lira.
Saya boleh tukarkannya.
No comments yet. Be the first to leave one.