İlk 200 satır.
(Kandungan berikut tidak sesuai untuk penonton di bawah 15 tahun.)
Bukankah ini layanan istimewa untuk dia?
Oh Tuhan.
Eun Ju, bukankah awak dikecualikan daripada persembahan ini?
Awak masih di sini selepas gunakan perhubungan dengan ketua pengarah,
jadi kenapa saya dikecualikan?
Awak memang tidak waras.
Saya akan bunuh awak dengan tangan saya sendiri.
Awak sudah lebih baik sekarang?
Boleh awak fikir urusan sendiri?
Apa pun, awak sangat hebat.
Saya tidak tahu awak akan berlatih walaupun bukan pemain biola pertama.
Cukuplah.
Mendengar pujian awak langsung tidak menyenangkan.
Yi Young,
ketika kita junior di kolej,
bukankah kita ambil kelas pemasaran bersama-sama?
Ia mengenai pemasaran SNS.
Benar?
Saya rasa begitu. Tapi kenapa?
Awak ada masa sehingga pukul 12 tengah hari.
Jika sudah selesai, biarkan kertas awak di atas meja...
dan keluar dari pintu di belakang awak.
Awak masih ingat...
pembantu pengajar untuk kelas itu?
Pembantu pengajar?
Rasanya saya tidak ingat.
Ada pembantu pengajar?
Tidak mengapa.
Kenapa saya perlu bersusah payah bercakap dengan awak?
Pergi.
Awak sangat rawak.
Artis juga pekerja.
Tarik semula pemecatan tidak wajar awak!
Kami mahu permohonan maaf dari Nam Ju Wan!
Filharmonik Shinyoung perlu bangkit!
Artis juga pekerja!
Tarik semula pemecatan tidak wajar awak!
Saya tidak pernah jangka...
akan melihat Kementerian Buruh lakukan siasatan di sini.
Ketua pengarah sudah kembali?
Dia ada penerbangan ke sini pada hujung minggu.
Bagaimana dengan Presiden Ko? Dia masih marah?
Jangan mulakannya. Dia hubungi saya beberapa kali sehari.
Saya yakin dia akan beritahu lembaga pengarah yang ia salah saya.
Sebab itu awak perlu ambil hati mereka terlebih dahulu.
Apabila difikirkan,
kita bertiga mula bekerja di sini pada masa yang sama.
Dia lalui banyak masalah selepas menyertai orkestra...
ketika zaman kegelapannya.
Artis juga pekerja!
Tarik semula pemecatan tidak wajar awak!
Kami mahu permohonan maaf dari Nam Ju Wan!
Jika jawatan saya tidak dipulihkan, saya akan pergi ke Dewan Bandar.
Saya akan buat bantahan di sana.
Orkestra itu telah alami kerugian sejak lima tahun lalu.
Jangan berani berbohong!
Semua orang tahu yang Shinyoung telah membantunya.
Dana telah dikurangkan sejak dahulu lagi.
Saya takut kami semua akan hilang pekerjaan,
jadi saya bawa Maestro Nam sebagai harapan terakhir kami.
Saya minta maaf,
tapi saya tidak boleh berpihak kepada awak.
Tolonglah faham saya.
Selamatkan kami.
Kita adalah rakan sekerja.
Sebelum itu,
saya mahu tanya satu perkara kepada awak.
Awak juga fikir persembahan saya hanya bernilai 40 markah?
Saya hantar resume awak kepada Profesor Kang dari kolej muzik.
Awak akan jadi pensyarah untuk beberapa kelas.
Saya juga akan beri surat sokongan.
Saya berhenti menyanyi...
kerana nodul pada peti suara saya.
Awak masih boleh bermain muzik walaupun tiada persembahan.
Ia mungkin rasa seperti awak hampir mati sekarang,
tapi mati tidak semudah itu.
Saya berjaya melaluinya,
dan junior kita juga akan laluinya satu hari nanti.
Maestro Nam,
awak tahu yang mendiang Kim lan...
ada seorang abang?
- Apa maksud awak? - Di kolej,
Yi Young dan saya ambil kelas pemasaran bersama.
Kelas itu ada seorang pembantu pengajar,
dan dia pernah menyelia peperiksaan kami sekali.
Dia juga kumpul tugasan untuk profesor.
Dan apa kaitan dia dengan lan?
Saya rasa...
dia adalah abang lan.
Dan dia adalah ahli orkestra kita sekarang.
Masuklah.
Hai.
Awak mahu kopi? Saya baru sahaja sediakannya.
Tidak, terima kasih.
Kenapa awak mahu jumpa saya?
Tiada apa. Saya hanya mahu tanya sesuatu kepada awak.
Saya dengar sesuatu yang pelik semalam.
Yang awak bukanlah Jang Yoon yang sebenar.
Saya semak resume yang awak hantar untuk sertai orkestra ini.
Awak palsukan segala-galanya seperti nama awak?
- Tidak. - Awak tahu...
itu melanggar undang-undang, bukan?
Saya tahu.
Jadi,
boleh saya tanya kenapa awak gunakan nama yang berbeza?
Tidak kira bagaimana saya fikirkan tentangnya,
saya tidak tahu apa kebaikan yang awak dapat daripadanya.
Dan awak bukannya curi resume orang lain.
Jadi kenapa awak buat begitu?
Saya tidak mahu bercakap mengenainya.
Ia sesuatu yang sangat peribadi.
Jika awak laporkannya dan saya dipecat, saya terima hukuman itu.
Bukannya saya boleh halang awak.
Awak buat begini kerana tidak mahu orang tahu identiti sebenar awak?
Awak sembunyikannya daripada siapa?
Dan kenapa?
Ini langsung tidak kena mengena dengan awak.
Saya minta maaf.
Saya faham yang awak tidak mahu bercakap mengenainya.
Saya akan fikir dahulu sama ada saya mahu laporkannya atau tidak.
Awak boleh pergi sekarang.
Oh Tuhan.
Kenapa dia panggil awak?
Awak ada buat salah?
Sudah tentu tidak.
Kami sedang bercakap tentang persembahan itu.
Jadi maksudnya saya risau tanpa sebarang sebab.
Dia jarang bertemu dengan orang atas sebab yang baik.
Namun begitu,
awak masih ingat bilik latihan yang ada Kolberg itu?
Kita rancang untuk ke situ,
tapi awak pengsan. Jadi kita terpaksa batalkannya.
Ya, saya masih ingat. Kenapa?
Awak mahu pergi esok?
Kita tiada latihan.
- Esok? - Ya.
Kenapa perlu esok?
Awak sudah ada rancangan?
Sebenarnya, ia bukanlah sesuatu yang penting,
tapi saya tidak boleh batalkannya begitu sahaja.
Itu pasti sangat penting sehingga awak sanggup...
lepaskan peluang melihat Kolberg itu.
Lupakannya. Tawaran itu datang sekali sahaja.
Kenapa awak kejam sangat?
Helo?
Yi Young,
awak lapang pada pukul 6 petang ini?
Saya fikir mahu adakan kelas kita awal sedikit.
- Mari pergi. - Saya rasa ini alamat yang betul.
Yi Young. Di sini.
Studio latihan awak pasti ada di sekitar sini.
Ya.
- Susah cari tempat ini? - Tidak juga.
Kita tidak akan pergi ke studio latihan awak?
Banyak yang awak perlu lakukan sebelum kita buat itu.
Jalan berjengket...
sambil pegang kayu dram awak.
Apa?
Jangan buat saya ulang. Jalan berjengket sambil pegang kayu dram.
- Fokus pada jari kaki awak. - Baiklah.
Bawa kayu dram ke dagu awak dan kemudian turun ke pusat awak.
Temponya ialah 120bpm dengan rentak 4 kali 4. Mulakan.
- Apa? - Saya kata,
120bpm dan rentak 4 kali 4.
Baiklah.
Longgarkan bahu awak...
dan jangan jatuhkan tangan awak di bawah pusat.
Sekarang, rentak 8 kali 8.
Sekarang, rentak 16 kali 16.
Saya akan naikkan tempo. 130bpm.
Apa?
Sekarang, 140bpm.
- Dan 150bpm. - Apa?
Dan 160bpm.
Sekarang, 170bpm.
Oh Tuhan! Tuan.
Saya hampir mati di situ.
Ulang balik semuanya 10 kali.
Apa?
Sekali lagi, 120bpm dan rentak 4 kali 4.
Oh, jadi...
Baiklah.
Saya minta maaf kerana terlewat.
Bagaimana awak boleh buat presiden tertunggu-tunggu begini?
Ketua pengarah juga belum tiba lagi,
dan ini juga kali pertama saya bertemu dengan dia.
Saya minta maaf. Mesyuarat ambil masa lebih lama dari jangkaan saya.
Saya minta maaf...
kerana terlewat sedangkan ini kali pertama kita bertemu.
Tidak mengapa.
Saya yang minta untuk bertemu dengan awak pada saat-saat akhir.
Sila bawakan kami hidangan makan malam tambahan.
Baik tuan.
- Jemput minum. - Baiklah.
Saya sudah berbual dengan dia,
dan nampaknya dia memang berminat dengan yayasan kita.
Dia juga tahu banyak perkara tentang muzik klasik.
Ketua pengarah telah banyak cerita tentang awak kepada saya, tuan.
Saya dengar awak menaja banyak organisasi yang berbeza.
No comments yet. Be the first to leave one.