İlk 200 satır.
Sedia?
Keputusan saya
sama saja dengan keputusan yang diambil manusia biasa.
Saya juga percaya awak juga akan bertindak yang sama.
Helo, saya John McAfee.
Pengasas syarikat antivirus McAfee.
Sejak keluar syarikat,
saya rasa lebih bahagia.
Anda tentu pernah dengar Antivirus McAfee.
Pengasasnya menyembunyikan diri bulan lalu.
John McAfee kini orang buruan.
Polis mahu menyiasat pembunuhan jirannya.
McAfee pernah bernilai ratusan juta dolar.
Dahulunya anak emas Lembah Silikon,
kini bersembunyi di Amerika Tengah.
Rancangan asal ialah memfilemkan pelarian lelaki ini.
Jom gerak.
- Alamak, pasport saya tinggal. - Saya ada.
Cuma saya tak tahu sejauh mana perginya.
Okey, berhenti.
Awak terlupa hidupkan kamera. Main-main ya.
- Tak adalah. - Betul?
Tak.
SEBUAH DOKUMENTARI NETFLIX
Saya akan dipenjarakan kerana berisiko melarikan diri,
dan memang benar pun.
Saya pakar melarikan diri.
Ini bukan filem tentang seks dan keganasan,
walaupun unsur itu ada.
Ini suatu kisah manusia.
Boleh saya pesan susyi?
Cara saya saja yang luar biasa sikit.
Apa hal?
Awak menembak ke udara dan kata, "Saya akan bunuh dia."
Kita semua buat silap.
Benarkah McAfee usahawan berjaya telah naik hantu
dan bunuh jirannya?
Atau dia berpotensi menyelamatkan Amerika?
John McAfee, calon presiden.
Saya bukan penyokong alkohol, dadah, keganasan dan kegilaan kepada sesiapa.
Apa halnya semua ini?
Tapi selalunya berhasil untuk saya.
John ada maklumat semua orang.
Jangan paranoid jika orang cari awak.
Dulu saya sebahagian daripadanya.
Kartel mahu membunuhnya.
Cuba cakap sebabnya cerita ini tak wajar disampaikan.
Gabungan James Bond, Scarface, dengan sedikit Indiana Jones.
Minum.
Slogan yang menarik.
Dia seorang yang berbahaya.
BELIZE AMERIKA TENGAH
Semua orang suka Belize.
WARTAWAN
Penerbangan dua jam dari Miami.
Anda akan menemukan kuil Maya di sini,
pulau tersembunyi dengan hanya sebatang pokok.
Boleh menyelam dengan jerung paus.
Jika awak memilih ini tempat persaraan awak,
ramai sudah melakukannya dan memulakan hidup baharu.
Tapi sebenarnya, kerajaan tidak memeriksa dengan teliti
jenis orang yang dibenarkan untuk berhijrah ke negara ini.
Negeri ini jadi pilihan ramai yang
melarikan diri daripada masalah di Amerika Utara, contohnya.
Ramai melarikan diri ke Belize.
PELOPOR ANTIVIRUS
Saya baru jadi penduduk tetap Belize
dan saya bersyukur Belize benarkan saya
menjadi penduduk tetap.
Semua orang kenal John McAfee.
Dia selalu dilihat memandu sekitar pulau dengan anjingnya.
Satu hari, hal ini berlaku kepada jirannya.
Saya pemberita pertama di situ.
Laut dan matahari ialah sebabnya
pelancong datang ke pulau San Pedro di Ambergris Caye.
Namun begitu, suasana sedikit terkesan
dengan tragedi hujung minggu itu.
Di belakang saya, dalam rimbunan pohon kelapa itu,
dalam rumah itu, Gregory Faull, seorang warga Florida 52 tahun,
ditembak di belakang kepalanya.
Apabila saya tiba, tiada kesan pecah masuk.
Polis juga katakan tiada apa-apa yang pecah atau rosak.
Pasti dia benarkan orang masuk.
Sebelum dia dibunuh,
Faull buat aduan tentang jirannya,
peneraju perisian sekuriti, John McAfee.
Anda mungkin pernah dengar tentang perisian Antivirus McAfee.
Pengasas syarikat itu, John McAfee, menghilangkan diri,
dan pihak polis ingin soal siasatnya.
Polis menyerbu rumah agam McAfee di Ambergris Caye lewat malam Ahad
ingin menyoalnya tentang pembunuhan itu,
tetapi En. McAfee tidak dapat ditemui.
Dia dikatakan telah bersembunyi,
kerana jika ditemui polis, dia akan dibunuh.
Semuanya sukar dipercayai,
tetapi ini semua tidak masuk akal sehingga boleh dikatakan benar.
Adakah dia terlibat dengan kematian Gregory Faull?
Saya rasa berkemungkinan besar, ya.
Sedia? Okey.
DISEMBER 2012
Kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami.
Sekarang pukul 7.30 pagi.
Kami dah bersedia mencari John McAfee.
Saya terima panggilan untuk buat liputan kisah paling sensasi dunia.
- John. - McAfee.
John McAfee.
Ini kisah yang terbaik, dan kami akan cari penamatnya,
dan ini saat yang bersejarah.
Saya tak sabar hendak ikuti pengembaraan John.
Saya fikir…
WARTAWAN
…ini pasti menarik dan terus menaiki pesawat dengan Robert.
Apa rancangannya?
Kami tiada rancangan.
JURUKAMERA
Saya tak tahu…
Kami mahu memfilemkan pelarian John McAfee.
Ayuh.
Sayang mak.
Tugas saya pasang audio, edit dan rakam.
Rocco pula perlu berinteraksi dengan John.
HARTAWAN PELARIAN JUMPA CNN
Kami akan tiba di lapangan terbang esok.
Saya diminta memakai skarf biru di leher.
Ramai pemandu teksi akan bertanya,
"Encik nak teksi?"
Tapi akan ada seorang yang berkata, "Maaf sebab saya lewat."
Itulah kereta tumpangan kami.
Saya tahu ini berita besar.
VICE juga inginkannya.
Saya bersama Ketua Pengarang benar-benar mahukan berita ini.
Esok, tugas saya amat mencabar.
Saya takkan gelar John McAfee sebagai jerung,
mungkin pari manta, sebab dia cuma terapung-apung.
Tapi, ekornya berbisa.
Kalau dia mahu, kita akan ditikamnya, tapi…
Kita patut ke mana?
Sejak 20 tahun lalu, namanya jadi bualan dalam perisian antivirus.
Intel membeli syarikatnya pada harga tujuh bilion dolar.
Dia menjawat jawatan pengaturcara di Institut Kajian Angkasa NASA.
Dia mengusahakan program Apollo.
Itu langkah kecil bagi manusia…
Dia bagaikan pesaing
Bill Gates atau Steve Jobs.
Seorang berpengaruh dalam antivirus serta yoga dan meditasi.
YOGA DENGAN JOHN MCAFEE
Saya cuma merakam, minum dan kembali merakam,
segala apa yang ada, termasuk tanda jangan merokok, minuman.
Saya sedar saya masih mentah, tapi saya juga tak pasti akhirnya.
Tiada siapa tahu apa yang menanti kami,
tapi, takkanlah kami nak tolak?
Imbas virus, mungkin dadah, senjata.
- Jadi kami… - Macam filem.
Ya, macam filem dan kami para pelakonnya,
dan harapnya tiada siapa yang mati.
Ini menarik.
Tapi saya tak beli peralatan baharu.
Sebuah kamera untuk dokumentari ini
diberikan kepada saya.
Tuan-tuan dan puan-puan, bagi pihak…
Tiada masalah semasa pemeriksaan kastam.
Kami sedang menunggu dan sebuah van tiba.
Itu John dan dia kata, "Masuk." Kami pun masuk.
- Apa khabar? - Khabar baik. Saya jurukamera saja.
- Saya tak mahu ditemu bual. - Saya takkan temu bual.
Saya cuma bercakap dengan jurukamera.
- Okey. - Gurau saja.
Sam, kekasih John, ada bersama.
Dia mula dengan menyumbat bunga ke dalam mulut.
Apa tujuannya?
Kelopak bunga ros.
Dia minta kami merakam semasa dia menyamar,
buat-buat macam terkena strok atau tak dapat bercakap
dan buat isyarat yang dia sakit.
Saya anggap itu pelik.
Itu okey? Berhasil?
Boleh kita bincang kenapa awak mahukan ini didokumenkan?
Dramatik, bukan?
Pastilah dramatik.
Kami bercakap tentang bahaya, pengembaraan, risiko, ketidakpastian.
- Orang sukakan semua itu. - Ya.
Itu akan ceritakan kisah saya
jika kalian tak edit apa-apa yang saya sedang merapu ini.
Pasti dokumentari panjang.
Saya sedar jika cukup cerita saya,
- kalian boleh manipulasi saya. - Mengedit.
Sebagai insan mulia, penjahat, apa saja.
Selepas semua ini selesai, kita akan menjadi kawan,
mungkin awak akan bersimpati dengan saya.
Mesti selesai pukul 1.00 nanti.
Nyawa saya jadi pertaruhan, faham?
John merancang untuk lari dari Belize untuk ke Guatemala.
Kami baru dengar daripada bekas pegawai polis.
Perdana Menteri berikan ganjaran $150,000 jika saya ditembak.
Jika ditembak?
Ya, atau dibunuh.
Dia sangat takut ditangkap pihak berkuasa.
Kita akan jumpa dia dalam sejam.
Katanya kerajaan Belize menindasnya
dan mereka unit pasukan khas.
No comments yet. Be the first to leave one.