İlk 200 satır.
=Lost You Forever S2=
=Episod 22=
Ini sebab Cangxuan
bukannya sudi disemaikan pepijat beracun.
Awak langsung tak semaikan
pepijat beracun pada dia.
Saya pula sudi terima
pepijat beracun yang awak semaikan.
Awak asyik minta saya buang pepijat beracun.
Saya tak tipu awak.
Saya benar-benar tak mampu buangnya.
Walaupun saya tak mampu buang pepijat beracun,
saya boleh bunuhnya.
Jangan salahkan saya.
Awak cuma tanya sama ada saya boleh buangnya atau tak,
tapi tak pernah tanya sama ada saya boleh bunuhnya atau tak.
Pepijat beracun awak
telah dibuang.
Mulai hari ini,
kita berdua...
Sudah tiada hubungan lagi.
Apakah yang dilakukan Xiang Liu tadi?
Mengapa saya macam nampak
dia bunuh dua dirinya.
Xiang Liu menggunakan nyawanya untuk mengumpan pepijat beracun.
Dia mengorbankan dua nyawa
untuk mati bersama pepijat beracun.
Hanya Xiang Liu Bernyawa Sembilan
yang boleh menggunakan cara ini.
Terima kasih.
Saya masih ada satu permintaan.
Cakaplah.
Yao pernah cakap,
dia tak ingin jumpa saya lagi
dalam hayat ini.
Selepas malam ini,
saya dan dia
sudah tiada hubungan lagi.
Jika Yao bertanya tentang pepijat beracun dalam tubuhnya...
Saya akan beritahu Yao
bahawa saya yang buangnya.
Pengasas perubatan, Raja Chenrong
merupakan kawan lama saya.
Ajal saya sudah dekat,
awak tak perlu risau saya akan bongkarkan rahsia ini.
Perkara ini ada kaitan dengan Yao,
mengapa dia tak boleh tahu?
Memandangkan kami tiada jodoh dalam hayat ini,
lebih baik jangan saling berhutang
atau saling mengenangi,
anggaplah kami tak pernah berjumpa
dan tak pernah berkenalan.
Awak...
Jangan risau.
Saya takkan biarkan
Yao tahu kejadian hari ini.
Saya, Haoling Yi bersumpah,
saya takkan beritahu Yao perkara yang berlaku hari ini.
Jika saya mengingkari janji,
saya akan pendek umur,
hilang kebahagiaan
dan roh hancur selama-lamanya.
Terima kasih.
Gunung Yu tak terima tetamu luar.
Namun, awak boleh singgah di sini untuk sehari atau dua hari.
Awak patut beredar selepas badan sudah sembuh.
Tak perlu.
Saya perlu berdepan tentera Xiyan.
Nyawa saya kurang satu atau bertambah satu,
sama saja.
Saya minta diri dahulu.
Air kehijauan membersihkan kesan darah.
Mayat dikebumikan di gunung hijau.
Selepas perpisahan hari ini,
kita takkan bertemu lagi, betul?
Dia langsung tak meninggalkan sebarang kesan.
Nenda.
Pasukan tentera sudah dikumpulkan.
Beberapa hari ini, Ru Shou akan menurunkan arahan
untuk memulakan serangan utama terhadap tentera pemberontak Chenrong.
Chi Chen, Yanzhuan
dan Hong Jiang,
mereka hanya boleh mati,
tak boleh mengalah.
Mereka hanya boleh dibunuh, tak boleh dihina.
Seorang lagi,
Xiang Liu.
Yao sudah sembuh?
Nian hantar surat kepada cunda.
Bonda Ratu sudah tolong Yao buang pepijat beracun.
Namun, Yao mengalami kecederaan dalaman.
Dia masih tak sedarkan diri sekarang.
Selepas Yao sembuh,
apa rancangan cunda?
Asalnya cunda sangka
jika tanam Pokok Semarak Api memenuhi Puncak Zijin,
Gunung Chenrong akan jadi rumah Yao untuk selama-lamanya.
Namun, Chenrong Xinyue menyebabkan kematian Tushan Jing.
Selagi Chenrong Xinyue ada di sana,
cunda risau Yao enggan balik ke sana.
Cunda guna segala ikhtiar untuk buat pencarian hingga sekarang,
tapi tetap tiada berita Tushan Jing.
Tushan Jing sepatutnya dah tiada.
Sudah tiada penghalang antara cunda dan Yao.
Cunda pernah memikirkan masa depan bersama Yao?
Cunda tak perlu tergesa-gesa dalam perkara ini.
Cunda perlu tunggu Yao lepaskan semua ini.
Lagipun, tak kira berapa tahun,
kami tetap akan bersama akhirnya.
Ini Teh Buah Karma yang perlukan masa 9,000 tahun untuk dihasilkan.
Biarpun cunda ingin santap,
nenda juga dah tiada.
Cunda takkan menolak pemberian nenda.
Nenda suruh cunda santap,
cunda pasti akan santapnya.
Daun teh ini tumbuh di Gunung Beihao.
Ia berbunga sekali setiap seribu tahun.
Ia berbuah sekali setiap seribu tahun.
Ia masak sekali setiap seribu tahun.
Kita hanya dapat hasilnya setiap 3,000 tahun.
Namanya ialah Kebenaran.
Selepas santap teh ini,
cunda akan jawab setiap soalan yang ditanya.
Jawapannya mesti benar.
Teh Kebenaran?
Nenda.
Teh cuma satu gurauan,
tapi nenda memang ada soalan yang nak tanya cunda.
Ia berkaitan dengan rakyat jelata.
Cunda mesti jawab semua soalan
dengan jujur.
Ya.
Jika Yao berkeras nak bunuh Xinyue,
adakah cunda akan berkenan?
Nenda pun tahu,
Chenrong Xinyue tak boleh mati.
Mengapa tanya soalan ini?
Cunda akan berkenan untuk bunuh Chenrong Xinyue?
Tak boleh.
Secara peribadi,
Fenglong gadaikan nyawa untuk selamatkan cunda.
Cunda telah berjanji kepada Fenglong
untuk menjamin Chenrong Xinyue hidup aman selama-lamanya.
Secara rasminya,
di belakang Chenrong Xinyue
ialah seluruh puak Dataran Tengah.
Kini, dunia telah tenteram.
Cunda tak boleh cetuskan peperangan lagi.
Soalan terakhir.
Kini, cunda cuma ada dua jalan di hadapan cunda.
Jalan pertama adalah untuk
lepaskan takhta dan bersama Yao.
Jalan kedua adalah untuk
lepaskan Yao
dan terus menjadi Raja Xiyan.
Cunda pilih jalan mana?
Yao yang tolong cunda
dapatkan takhta ini.
Mengapa cunda perlu lepaskan salah satu, nenda?
Cangxuan,
cunda bukan budak kecil.
Cunda tak boleh begitu tamak dan mahu kedua-duanya.
Jika cunda anggap
Yao sebagai wanita cunda di Istana Zijin,
cunda terlalu pandang rendah terhadap Yao
dan lagi pandang rendah terhadap diri.
Di dunia ini, tiada orang yang boleh buat sesuka hati mereka.
Selaku pemerintah Dahuang,
cunda lagilah tak boleh begitu.
Setiap langkah yang diambil
dan setiap pilihan yang dibuat dalam hidup ini
ada kebaikan dan keburukannya.
Ia pilihan yang dibuat selepas pertimbangkan keuntungan dan kerugian.
Cunda cuma ada dua jalan di hadapan cunda.
Jalan pertama adalah untuk
lepaskan takhta
dan bersama Yao.
Jalan kedua adalah untuk
lepaskan Yao
dan terus menjadi Raja Xiyan.
Cunda pilih jalan mana?
Yao
atau takhta?
Tuanku.
Raja tua.
Mengapa?
Ada surat kecemasan daripada Ketua Puak Lirong,
(Jing dah baik-baik sekarang, kini menuju ke Gunung Yu untuk bertemu dengan Cik Xiling)
Sudah beratus-ratus tahun berlalu,
tak sangka selepas jalan sekeliling,
akhirnya saya kembali ke sini.
Tak sangka
tempat ini langsung tak berubah.
Semasa kecil,
saya paling benci tempat ini
kerana langsung tiada perubahan.
Bunga pic di sini
juga sentiasa berkembang mekar dan takkan layu.
Saya bermati-matian mahu lari dari sini.
Namun, hari ini saya nampak
No comments yet. Be the first to leave one.