İlk 200 satır.
NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN
GISELLE
TARIAN BALET BERPASANGAN
BABAK 1
RABU BERAT 46.7 KILOGRAM
LENGAN 22.2 SENTIMETER PINGGUL 87.2
PINGGANG 56.1 DADA 87.3
- Irene, kami nak keluar. - Boleh tumpangkan saya?
Tak boleh, sayang. Mak tumpangkan ayah kamu ke mahkamah.
- Semoga berjaya hari ini. Nanti cerita. - Terima kasih.
Selamat pagi.
Selamat pagi.
- Bila awak nak berehat? - Apabila dapat kerja.
- Nanti jadi gila, Lidi. - Yalah.
Bukan awak seorang saja yang gila dalam keluarga, adik.
Tak takut mak tahu?
Saya akan buka tingkap.
Pukul berapa sekarang?
Alamak!
Saya akan cuci. Saya pun nak rehat.
Terima kasih, saya dah lambat.
Hari ini ada pengumuman, bukan?
Pengumumannya adalah hidup saya tetap sama saja.
Jangan cakap begitu.
Mungkin mereka akan tersalah pilih awak.
Tak mungkin.
Kamu sungguh cantik.
Ketatkah?
Taklah.
Kalau ketat beritahu, nanti mak perbetulkan.
Barang dah kemas?
Dah.
Mak pula?
Cantik tak?
Saya boleh pergi sendiri.
Ini hari pertama kamu dalam kumpulan. Kamu rasa mak nak biarkan?
Tak adalah.
Jom. Nanti kamu terlewat.
Ya?
- Hai. Irene? - Helo.
- Saya Laura. Pembantu Norma. - Hai. Apa khabar?
Ya.
Terima kasih.
Okey.
Mak…
Baiklah, jumpa nanti.
Mak nak dengar semuanya.
- Dia tak ambil pun barangnya. - Dia mahu kembali.
Apa yang María buat di New York?
Sudahlah.
- Kenapa? - Sudahlah.
Jumpa nanti.
Selamat tinggal.
Selamat tinggal.
Helo.
- Hai. - Selamat pagi, Ruth.
Hai.
Hai.
Awak macam mana?
Tak apa-apa.
Terima kasih hantar mesej. Saya tak balas pun.
Tak apa.
- Sebenarnya, saya nak awak tahu… - Ya, ia teruk.
Itu saja.
Hei, kalau awak nak berbual…
Aduhai. Saya tak apa-apa, okey?
Sekarang, apa?
Dah tahu siapa pengganti?
Tentulah awak, Ruth. Dah jelas.
Selamat datang pada penari baru.
Menyertai kumpulan ini adalah satu penghargaan besar.
Saya harap kami juga mendapat manfaatnya.
Maafkan saya.
Duduk bersama-sama yang lain.
Takkan ada pengecualian.
Setiap hari kamu harus buktikan mengapa kamu menyertai kumpulan ini.
Atau, untuk apa.
Ada sesiapa tahu?
Ada sesiapa tahu kenapa kamu di sini?
Orang-orang baru?
Untuk menari?
Menari adalah untuk kelab malam.
Kamu ada sebab lain.
Untuk mengubah pengorbanan bertahun-tahun kepada sebuah kesempurnaan.
Hanya beberapa saat
yang akan sentiasa diingati oleh sesiapa yang menonton.
Tiada yang lebih penting daripada itu, faham?
Tiada.
Pementasan utama tahun ini adalah Giselle .
Ia akan diteruskan demi memperingati María.
Bukan watak Giselle daripada pementasan lain.
Tapi watak seorang wanita yang kematiannya mencetus revolusi.
Saya rasa kamu dah tahu siapa terpilih untuk revolusi itu.
- Ruth, bukan? Sudah pasti. - Tentulah dia.
Nampaknya dia tak beritahu sesiapa pun.
Bukan saya yang patut beritahu.
Giselle wanita yang berani.
Dia akan hadapi apa saja untuk mempertahankan kepercayaannya.
Jika orang yang telah dipilih untuk menjadi penari utama
tak berupaya untuk beritahu, mempertahankan, mengetuai kumpulan ini…
- Awak tak beritahu sesiapa pun? - Tak sempat.
Tentulah tak sempat, awak lambat.
Maafkan saya.
Jangan berulang lagi.
Awak boleh duduk.
Yang lain, bersiap sedia.
Uji bakat untuk watak lain dalam beberapa hari lagi.
Tiada keputusan muktamad lagi.
Buktikan kamu mahu watak itu seolah-olah itu hajat terakhir kamu.
Carmen…
Lapan dan…
Satu.
Dua.
Pusingan besar.
Kelima.
Sekarang, pusing bersama kepala dan berdiri tegak.
Angkat. Satu…
Lapan, dua, tiga dan satu…
Seterusnya kedudukan kelima.
Baiklah, tukar kumpulan.
Ikat rambut.
Semua…
Mari mulakan.
Baiklah, muzik.
Kepala ke hadapan…
Siapa nama awak?
Aurora.
Aurora.
Bagus, sangat bagus.
Kumpulan seterusnya.
Dan, satu, dua. Satu, dua.
Satu, dua, dan…
Sekali lagi. Satu, dua, dan…
Dua, satu, dua dan chaîné .
Dan…
Bagus.
Satu, dan satu…
Bagus. Dan satu, dua, satu…
Akhir sekali. Dua, tiga…
Teruskan. Dua, dan spot serong.
Tahniah.
Terima kasih.
- Saya mahu… - Tapi tak.
Awak ingat saya takkan tahu?
- Mungkin dia takut pada awak. - Takut apa, gila?
Entahlah, awak yang suka berahsia.
Giselle, awak datang ke parti malam ini?
Atau awak takut kami rosakkan minuman?
Tak apa.
Kamu boleh pakai baju hijau yang mak jahit.
Baju itu cantik dengan kamu.
Saya tak nak pergi.
Saya letih sangat.
Nantilah rehat.
Hari ini penting, begitu juga parti-parti ini.
Mak, saya tak kenal sesiapa pun.
Aurora.
Kamu bukan budak kecil. Inilah tempat kamu.
Kamu boleh jadi penari solo. Ingat mak tak tahu?
Menari berkumpulan.
Tengoklah nanti.
Mereka akan letak di tempat selayaknya.
Mereka akan sedar nanti.
Sebab itu kamu harus ikut saja mereka, tunjukkan diri.
Cakap dengan semua orang. Jangan bersembunyi, biar mereka nampak.
Ayuh, mak tunggu kamu.
Hai.
Awak nak merokok?
Ya.
Nak satu?
Okey.
Awak tak merokok, bukan?
Tak.
Duduklah di sini kalau mahu.
Saya tak rasa nak masuk ke dalam.
Buang kalau tak suka.
Terima kasih.
Berhenti berterima kasih.
Awak dalam kumpulan. Awak sama-sama berhak
untuk berada di dalam, di luar, mana saja awak mahu.
Di sini pun okey.
Saya nak hisap rokok dulu nanti kita pergi.
- Siapa kisah jadi penari utama? - Kita berada di sini sepanjang malam.
Ruth bukanlah jahat.
Dia cuma terluka kerana María.
Mereka kawankah?
Mereka selalu bersama.
Dia macam mana orangnya?
María seorang yang…
Hanyalah María.
Macam mana awak rasa?
Saya? Tentang apa?
Menjadi penari utama kumpulan.
Giselle yang baru.
Kenapa?
Tiada orang pernah tanya saya tentangnya.
Saya Irene.
Saya Aurora.
Kamu jumpa ramai orang?
Ya, semua orang.
No comments yet. Be the first to leave one.