İlk 200 satır.
Saya nak ia nampak profesional.
- Saya akan ratakan dan kemaskan. - Okey.
Apa kerja encik?
Sebenarnya, saya…
Dulu saya uruskan
urusan kewangan berskala besar.
Saya beli syarikat di bursa saham.
Tapi dalam 30 tahun lepas, saya…
pelarian.
- Saya sembunyi. - Bersembunyi?
Ya, daripada Interpol dan lain-lain.
Lelaki yang merupakan dalang jenayah terbesar di Sweden
berjaya bersembunyi selama 30 tahun,
dalam kes yang dikenali
sebagai skandal Trustor.
Dalang penipuan itu ialah lelaki Stockholm berusia 33 tahun.
Individu utama dalam kes ini, Joachim Posener.
Joachim Posener,
lelaki yang disyaki menjadi dalang penipuan itu.
Joachim Posener dikehendaki oleh Interpol.
Khabar angin mengatakan yang dia telah melarikan 100 juta,
menjalani pembedahan plastik
dan telah tinggal di seluruh pelosok dunia.
DIA SEMBUNYI DI SINI
Polis ada petunjuk baru tentang lokasi Posener.
Ada mengatakan dia di Moscow,
Tel Aviv, Rio de Janeiro…
…Barbados, Iraq dan beberapa negara lain turut disebut.
Ganjaran telah ditawarkan untuk maklumat yang membantu penahanannya.
Pihak polis telah menerima pelbagai jenis maklumat.
Seperti dia berambut panjang,
berkaki besar,
bercakap dalam loghat Scania,
minum Pepsi,
dan dia pernah menyertai rancangan Big Brother.
Namun, Joachim Posener tak pernah ditemui.
Semuanya kerana dia dan empat orang lain
berjaya membeli syarikat pelaburan Trustor
dengan wang Trustor sendiri.
Ini belum pernah berlaku dalam sejarah bursa saham Sweden.
Ratusan juta rizab tunai Trustor
telah dikesan dalam akaun bank di seluruh dunia.
Ia penipuan kewangan terbesar di Sweden setakat ini.
Tapi bagaimana ia berlaku?
Siapa yang terlibat,
dan apa kesudahan individu yang terlibat?
INSIDE THE TRUSTOR SCANDAL
FILEM OLEH KARIN AF KLINTBERG
Awak tentu tak sangka semasa mula terlibat dalam urus niaga ini
yang ia akan jadi huru-hara begini.
Kejadian "huru-hara" itu disiasat bertahun-tahun
dan berkesudahan dengan konflik yang berlarutan
antara mereka yang terlibat.
Untuk menjelaskannya, saya hubungi orang yang rancang
atau kebetulan terlibat dalam skandal ini.
Antaranya, perunding bernama Thomas Jisander,
yakni lelaki yang pandu Ferrari itu.
Jika kita ingat balik,
kita mungkin fikir
saya sepatutnya tahu apa yang berlaku.
PERUNDING TRUSTOR, 1997
Tapi saya tak tahu.
Saya juga bertemu dengan timbalan CEO yang masih belum pulih sepenuhnya.
Saya dah tak betul. Saya tak tidur sejak tahun 1997.
TIMBALAN CEO TRUSTOR, 1997
Serta wartawan penyiasat.
WARTAWAN
Saya dapat rasa ada sesuatu yang tak kena.
Pegawai yang menyiasat kes itu.
Saya sangat kecewa kerana kami gagal tangkap
orang utama di sebalik skandal Trustor.
Tak guna…
Akhir sekali, pakar kewangan berpengalaman yang cuba menyelesaikan masalah itu.
Kita boleh tegas dalam perniagaan,
tapi apabila melibatkan penjenayah, saya takkan berkompromi.
Kita juga ada Joachim Posener,
yang polis Sweden mahupun Interpol
gagal cari hingga bertahun-tahun.
Tiada siapa tahu kisah versinya…
GAMBAR ARKIB
…dan sama ada berbaloi baginya
meninggalkan keluarga dan anak-anaknya untuk bersembunyi.
Selepas banyak cubaan,
saya berjaya mendapatkan alamat e-mel
milik Joachim Posener.
MAAF KERANA MENDESAK…
KALI KETIGA BERJAYA…
Apabila saya tekankan yang saya mencari kebenaran,
dia akhirnya jawab.
PETI MASUK
ARLANDA TERMINAL 5
Saya terima e-mel awak
dan saya dah baca.
Baiklah.
Saya akan aturkan pertemuan
di suatu tempat di Eropah.
Apa syarat pertemuan ini?
Saya mahu diberi pilihan untuk tarik diri.
Bagaimana saya nak kenal awak semasa kita berjumpa?
Awak akan kenal suara ini.
Walaupun selepas 30 tahun,
rupa saya tak banyak berubah.
BRUSSELS
Pertemuan pertama dibuat di tempat awam,
dan di sana, Joachim Posener dapat melihat kami dari jauh.
Kami hanya boleh merakam dari belakang.
Tapi tiada sesiapa tahu rupanya sekarang.
Hai, saya Joachim.
Jumlah gambar Joachim Posener yang diterbitkan sangat sedikit.
Itu strategi yang sengaja dibuat olehnya supaya tidak ditemui.
Semasa melarikan diri, dia pernah ditemu bual sekali.
Tapi oleh sebab dia diburu polis, dia enggan mendedahkan wajahnya.
Dia juga menipu sepanjang temu bual.
Awak dikenal pasti sebagai dalang urus niaga itu.
Betulkah?
Tidak, sudah tentu tidak.
Saya tak terlibat dalam semua itu.
Saya terlibat pada bulan Ogos.
Sebelum itu, saya…
Awak tak pernah mahu menceritakan kejadian itu sebelum ini.
Kenapa awak nak cerita sekarang?
Jenayah itu dah luput tempoh hadnya,
jadi saya tak perlu berahsia lagi.
Awak sedia bercakap benar sepanjang temu bual ini?
- Bolehkah awak berlaku jujur? - Saya janji takkan tipu.
Tentang semuanya.
Tak. Awak cuma perlu tanya soalan yang tepat.
Mereka yang terlibat
ada motif tersendiri
semasa melibatkan diri dalam urus niaga itu.
Motif saya ialah buat duit
dan menjadi seorang yang berjaya.
Wang beri kita kebebasan,
dan mengesahkan
sama ada kita berjaya atau tidak.
Sejak kecil lagi,
saya terpesona oleh kapal layar besar dan kereta mewah.
Tumpang tanya!
- 80? Lapan puluh, bukan? - Ya!
Ini model apa?
Saya berangan nak jadi kaya.
Saya nak sewa kapal layar selepas buat urus niaga,
duduk di dek sambil minum dan rasa saya dah buat kerja yang baik
dan dah buat untung.
Saya berhak mencapai impian zaman kanak-kanak saya.
Saya bercita-cita menceburi sektor kewangan,
hingga ia menjadi satu obsesi.
Saya pernah jual sistem ERP.
Di semua tempat kerja saya, saya biasanya jurujual terbaik.
Tapi saya nak jadi bos.
Matlamat itu tak masuk akal
sebab rupa-rupanya, saya bukan bos yang bagus.
Dulu, kalau kita ada kapal layar
panjang kapal layar kita…
mestilah sekurang-kurangnya 30-35 meter
untuk layak dianggap sebagai kapal layar.
Berapa ukuran yang ini?
Dua puluh tujuh? Ukurannya lagi besar sekarang.
Saya tak memanggilnya kapal layar jika panjangnya kurang 50 meter.
Kapal saiz itu tak patut dianggap kapal layar.
Kalau nak mewah, buatlah betul-betul.
Joachim Posener
ada motif lain untuk urus niaga itu.
Selepas pertemuan pertama, kami setuju untuk terus berjumpa
di tempat berbeza di Eropah.
Ya.
Kita jumpa di sini.
Saya dilarang merakam wajahnya. Setidak-tidaknya, pada peringkat awal.
Ada satu syarat,
jangan tanya tentang keluarga.
Tapi akhirnya, saya sentuh sedikit.
Saya masih kawal
setiap aspek hidup saya.
Ia jadi tabiat
apabila kita hidup sebagai pelarian.
Jika kita nak berjaya melarikan diri, kita perlu nampak biasa,
tak menarik dan tak menonjol,
supaya mudah hilang di khalayak ramai…
Jangan tarik perhatian.
Semasa saya diburu,
saya hidup macam perisik.
Saya korbankan keluarga dan hidup saya
demi kebebasan.
Bukan demi wang.
Awak pernah pulang ke Sweden sepanjang 30 tahun lepas?
Tak pernah.
Kenapa tak pulang?
Saya tak sanggup lagi
menjalani hukuman maksimum.
Hukuman dulu pun saya rasa susah sangat.
"Hukuman dulu" merujuk kepada hukuman
yang Joachim Posener jalani
sebelum kes Trustor.
Pada hujung 1980-an,
apabila pasaran kewangan sedang pesat,
Joachim Posener yang berusia 22 tahun
mula berurusan dengan saham dan opsyen.
Dia tawarkan strategi cukai yang kreatif.
Pada mulanya, perniagaannya berjalan lancar
dan berjuta-juta wang diterima.
No comments yet. Be the first to leave one.