İlk 200 satır.
- Menara? - Ia perlu siap sebelum musim bunga.
Tuan ada terfikir untuk mencari sekutu di luar kawasan kita?
Terangkan cadangan raja awak
supaya saya boleh beritahu ayah saya.
Saya akan tahu jika dia berahsia.
Mungkin dia yang tahu kamu berahsia dengannya.
Tempat apakah ini?
Kerajaan Pulau Númenor.
Saya nak menangguhkannya.
Ujian Laut akan bermula dan kamu akan menaiki kapal itu.
Saya tak mahu cari pasal.
Ini peta Benua Selatan.
Ia bukan tempat, tapi rancangan
untuk mencipta dunia mereka.
Benua Selatan dalam bahaya.
Jika Sauron sudah kembali, Benua Selatan hanya permulaannya.
Jika ada antara kalian yang mahu terus hidup…
kita akan bertolak ke menara Elf subuh pagi esok.
Bawa dia berjumpa Adar.
Orang kata, Sauron ada banyak nama.
Mungkin ini juga namanya.
Orang awak tiada raja, kerana awaklah raja mereka.
Ikutlah saya ke Dunia Tengah.
Awak tiada bala tentera.
Semua ini akan berubah.
Di istana ini, kita berhimpun untuk mengatur masa depan pulau kita.
Tapi di upacara Memberkati Anak-anak ini,
kita akan mengalu-alukan mereka yang akan memenuhi masa depan itu.
Limpah berkat tak terhingga seperti suria menyinari lautan.
Nama apakah yang kamu beri kepadanya?
Alinel.
Alinel.
Semoga kekuatan Númenor wujud dalam dirimu.
Kebijaksanaannya akan membimbing kamu…
Kadangkala, pulau kita perlu meregangkan jasadnya.
Seperti kamu.
Hari ini indah, Pemangku Ratu.
Bagaimana tuanku mahu mulakan hari ini?
Tuanku mahu berjumpa Elf itu.
Pagi tadi,
rakan Elf itu serang empat pembina dan ratu jemput dia minum teh?
Mungkin baginda mahu menghukumnya.
Atau mohon perintahnya.
Kemudian, sementara Elf itu membisikkan dusta di telinganya,
siapa yang akan mewakili kita?
Canselor!
Kirim salam kepadanya. Perlahankan suara.
Tuan nak satu? Marilah.
Saya tak tahu yang ayah sibuk.
Canselor!
Tataurus negara ialah kebolehan menguruskan isu kecil
sebaik kita menguruskan isu besar.
Kamu sepatutnya dah tahu tentang itu.
Saya cuma berlagak pandai saja.
Perkataan pandai hanya untuk orang yang tak bercita-cita tinggi.
Ayah lebih suka kalau kamu bijak.
Baiklah, apa masalahnya?
Rasanya ada kekecohan yang sedang berlaku.
Kapal Elf di pulau kita?
Pekerja Elf rampas kerja kamu?
Pekerja yang tak tidur,
tak penat dan takkan tua.
Tidak!
Kalau benar, ratu kita mungkin buta
atau pencinta Elf.
Seperti ayahandanya.
- Pencinta Elf! - Pencinta Elf!
- Pencinta Elf! - Pencinta Elf!
Pencinta Elf!
Jika Elf itu di sini sekarang, apa yang dia akan nampak?
Rakyat Númenor,
atau sekumpulan budak yang melalak?
Kita cucu-cicit Edain.
Berajakan Elros Tar-Minyatur, pemimpin tentera yang menewaskan Morgoth.
Tapi kini seorang Elf yang hanyut buat kita rasa terancam?
Lihatlah lambang yang kamu semat.
Peninggalan kaum yang gagah.
Pembina yang menegakkan Tembok Laut,
yang membangunkan Armenelos, lambang kegemilangan tamadun kita.
Tapi kini seorang Elf buat kita rasa terancam?
Sahabat sekalian…
Yakinlah pada saya.
Kerana dengan bersaksikan tangan yang kasar ini,
saya bersumpah Númenor takkan sesekali jatuh ke tangan Elf.
Ia akan kekal sebagai kerajaan Manusia.
Minumlah!
Dia kenal semua orang,
pandai beri semangat, buat mereka rasa terhutang budi…
Ia mengagumkan.
Saya baru nak kata "menyakitkan hati."
Ia dari ladang anggur di Meneltarma.
Katanya ia akan menghilangkan kebimbangan.
Kebimbangan ini saya cari sendiri.
Awak tentu pelatih baru.
Saya Kemen dan awak…
Eärien. Pelan, sekarang.
Kamu menjengkelkan beta, Elf.
Beta terima kamu sebagai tetamu,
tapi kamu bergegas ke luar kota dan curi khazanah purba
sementara rakan Benua Selatan kamu serang rakyat kami.
Memang wajarnya dia panas baran. Ramai rakyatnya yang mati.
"Rakyatnya?"
Saya percaya tahanan tuanku itu bukan kaki gaduh biasa,
tapi pewaris takhta Benua Selatan yang dalam buangan.
Kalau dia raja, Elendil tentu maharaja Rhûn.
Saya bangsawan biasa saja.
Rakyatnya dah berselerak, tanpa ketua.
Tapi dengan sokongan tuanku, mereka mungkin bersatu, dan berjuang.
Apa maksud kamu, "sokongan"?
Dulu, Sauron musuh kami dan musuh rakyat tuanku.
Tuanku perlu selesaikan tugas yang masih tertangguh.
Yakni, membina semula kerjasama antara Númenor dan Elf,
dan berjuanglah dengan saya untuk menyelamatkan Benua Selatan
sebelum Sauron menjadikan tanah mereka miliknya.
Kami dah dengar banyak usul di istana ini.
Tapi usul kamulah yang paling berani dan mengejutkan setakat ini.
Namun, Númenor memilih haluan berbeza.
Bukan semua rakyat Númenor.
Sama ada dia raja atau rakyat jelata, dia tetap akan dihukum.
Semua boleh bersurai.
Jika begitu, terpaksalah saya tanya orang lain,
yang juga raja sebenar Númenor.
Ayahanda tuanku.
Jangan cakap tentang perkara yang kamu tak faham,
Galadriel, kerabat Finarfin.
Jangan masuk campur
agar saya boleh mengajukan usul saya kepada pihak berkuasa.
Galadriel, cukuplah.
Kuasa apakah yang kamu maksudkan, Elf?
Kuasa kaum kamu?
Bukankah kamu hanyut di laut, tergapai-gapai di lautan bergelora?
Jiwa saya yang bergelora.
Ia membawa saya ke pulau ini atas sebab tertentu
dan ia takkan dipatahkan oleh pemangku ratu.
Biar saya teka.
Bergaduh di warung.
Menghasut.
Kamu hampir berjaya!
Beberapa hari lagi,
bolehlah saya gelar kalian teman sekapal.
Tarik cepat, kadet! Tarik!
Isildur...
Tarik cepat, kadet!
Tarik!
Tali!
Apa kamu dah buat?
Tuan, ada benda yang tak kena.
Ia salah saya, tuan nakhoda.
Saya cuai.
Saya dah banyak kali tengok kamu lepaskan tali itu.
Itu memang disengajakan.
Jawatan kamu dilucutkan!
Ketiga-tiganya sekali!
"Orang Barat"? "Númenor sebenar"?
Benda mengarut yang adik awak selalu bebelkan itu!
Saya ingat saya saja yang akan dibuang.
Maafkan saya?
Maaf?
Awak minta maaf? Awak baru saja musnahkan hidup kita semua!
Mana bekas najis? Saya rasa loya.
Saya akan minta ayah saya
kembalikan tugas kamu berdua.
Tidak. Awak dah hilang jawatan
yang awak tak layak dapat.
- Valandil... - Tidak.
Sejak kecil lagi, saya ingin belayar.
Saya dah berusaha untuk mendapatkannya, tapi apa awak buat?
Apa? Selain meratapi ibu awak yang sudah tiada.
Sudah! Cukup!
Ya, Isil pergi seperti biasa.
Isil! Awak mahu ke mana?
Dia pergi atau tidak tiada bezanya.
Masalahnya ialah dia, dan masalah itu kekal selagi dia ada.
Magrot!
Adar...
Adar...
Nampak uglursha.
Nampak uglursha.
Kamu lahir di mana,
askar?
Di muara sungai?
Awak siapa?
Aku pernah pergi ke sungai itu…
Semasa aku kecil.
Aku ingat lagi…
Tebingnya penuh dengan bunga sej.
Saujana mata memandang.
Kenapa Orc panggil awak bapa?
Kau dah dengar banyak pembohongan.
Sesetengah sudah lama terpahat
hinggakan batu dan akar mempercayainya.
Ia tak dapat lagi dirungkai…
Kecuali dengan penciptaan dunia baru.
Tapi dewa saja yang dapat melakukannya.
Aku bukan dewa. Atau mungkin aku patut kata…
Belum lagi.
Awak apa sebenarnya?
Berjumpalah Manusia yang berlindung di menara pengawal lama itu.
Sampai pesanan kepada mereka.
Pesanan apa?
No comments yet. Be the first to leave one.